BAB 29

Romance Completed 52907

If your pride is bigger than your heart and your ego is bigger than your head, grow up or you will be alone for life-Mr Nobody

Hari ini merupakan hari yang bakal mengubah hidupku. Aku bakal menjadi seorang isteri dan juga ibu sekaligus. Tanggungjawab mesti diutamakan dan dipikul dengan sepenuh hati. Agak mencabar untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang selalu sibuk dengan kerja di hospital.

Sebelum ini, masaku banyak dihabiskan dengan patients dan bilik bedah. Jauh di sudut hati, aku bimbang. Bimbang jika tidak mampu menjadi seorang isteri yang baik. Bimbang jika tidak mampu menjadi ibu yang penyayang. Bimbang jika kesibukan menjadi punca rumah tanggaku goyah.

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Pakaian nikah disarungkan pada tubuh. Shawl dipakaikan oleh Anisa kemas. Setelah itu, wajahku disolek alar kadar. Aku tidak mahu kelihatan over. Cukuplah untuk menghilangkan kesan tidak cukup tidur. Anisa, Izzah dan Wafa setia sedari semalam denganku. Lagi sebulan, Izzah pula bakal menjadi ibu. Perutnya sudah memboyot.

"Bella, lawa gila kau!"Wafa terus menerpaku daripada belakang. Izzah dan Anisa membuntuti. Mereka turut mengangguk bersetuju.

"Kann! Tak pakai make up pun dah lawa, ni kan pula bila dah pakai. Lagilah bertambah lawa,"Anisa menambah. Aku tersipu malu. Entah kenapa aku rasa pelik bila dipuji begitu oleh mereka.

"Untunglah si Farhan tu. Dapat bini lawa, bekerjaya, pandai masak pula tu. Jealous aku!"

"Apa kau orang merepek ni? Boleh jangan melebih-lebih sangat boleh tak?"mereka bertiga ketawa.

"Alah, bakal pengantin kita ni. Nak bergurau pun tak boleh. Tahulah dah nak kahwin. Tak sabar nak hm hm,"badanku ditolak manja oleh Izzah. Anisa dan Wafa masih ketawa. Aku memukul kuat lengan Izzah.

"Jangan nak mengarutlah. Aku tak gatal macam kau!"wajahnya dipandang tidak puas hati. Geram betul.

"Alalala, yelah. Sorry. Nak gurau sikit pun tak boleh."

"Of courselah tak boleh. Haram!"aku menjeling.

Juru solek yang dipanggil Kak Piah itu hanya tersengih memandang gelagat kami berempat. Sebelum ibu memanggil kami keluar dari bilik, aku memeluk mereka bertiga erat.

"Nanti aku akan rindu kau orang,"air mataku berasa mahu gugur. Entah kenapa tiba-tiba emosi jadi tidak stabil.

"Rilekslah. Bukan jauh pun rumah kita. Overlah dia ni!"Izzah memicit pipiku.

"Tulah. Dekat hospital pun kita still boleh jumpa. Entah apa-apa je kau ni."

"Dahlah. Jom keluar. Nanti semua orang tunggu. Dah pukul 8.45 dah ni. Jom!"aku mengikuti tanpa membantah. Sikit sahaja lagi.

Lagi beberapa minit, aku akan menjadi isteri sah buat Farhan. In Shaa Allah. Di dalam kereta, aku terus menggenggam erat tangan Izzah dan Wafa. Ibu sedari tadi asyik memberi nasihat sebelum bergelar isteri. Nasihat itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hatiku mula berdebar. Jantungku berdegup kencang. Mana mungkin nasihat itu mampu terpahat dalam ingatan.

Telefon Anisa berdering. Kedengaran dia nama Daniel disebut. Tak lain tak bukan mesti Nadialah tu. Agaknya, dia orang datang tak hari ni? Maksud aku, Daniel datang tak hari ni? Walaupun aku masih marahkan lelaki tu, namun, perasaan bersalah masih terasa. Aku tidak patut menyakiti perasaannya dengan bercakap soal Jasmin. Perempuan itu sudah tiada. Tapi, apa yang dia buat pada aku, lagi menyakitkan perasaan aku. Ego ke aku? Ataupun dia yang ego? Aku rasa aku dah buat benda yang betul.

"Dah sampai,"anganku termati sebaik sahaja Wafa mencuit lengan kiriku. Aku memandangnya.

"Rileks. Tarik nafas dalam-dalam. Jangan risau, aku ada,"aku mengangguk seraya menarik nafas seperti yang disuruh.

Masuk sahaja di dalam masjid, kelihatan sudah ramai tetamu yang hadir. Hanya keluarga kenalan rapat aku dan Farhan sahaja yang dijemput. Itu pun sudah hampir penuh separuh masjid itu. Aku cuba mengawal perasaan cuak saat ini. Berkali-kali aku berzikir dan beristighfar. Mengharapkan agar majlis berjalan dengan lancar.

Saat wajah tampan Farhan dipandang, hatiku bertambah berdebar. Yaya sudah duduk di sebelahku.

"Andy Farhan bin Azhar."

"Saya."

"Aku nikahkan engkau dengan Nik Nur Isabella binti Nik Ismail dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."

Farhan menarik nafas. Dahiku sudah berpeluh. Wafa mengelap peluhku dengan tisu di tangannya. Tanganku yang sudah sejuk digenggam erat.

"Saya terima nikahnya, Nik Nur Isabella binti Nik Ismail, dengan mas kahwin seribu ringgit tunai."

Sebaik sahaja semua saksi menjawab sah. Air mataku terus mengalir laju ke pipi. Sebak. Mungkin inilah perasaan setiap wanita saat dia bergelar seorang isteri. Perasaannya tidak mampu digambarkan.

Setelah doa habis dibaca, Farhan terus bangun dan bergerak ke arahku. Dia melutut di hadapanku. Kini, lelaki yang sedang berada di hadapanku kini merupakan suami yang halal buatku.

"Assalamualaikum,"sapanya sambil mengesat air mataku yang sudah mula kering. Aku tersenyum memandang wajahnya.

"Apa khabar sayang I ni?"perasaan sebak mula menjelma kembali. Saat dia menggelarkan dirinya 'abang', aku dapat rasakan satu perasaan yang belum pernah dirasakan sebelum ini. Aku mengangguk laju. Bibir tidak henti mengukirkan senyuman.

"Cantik."

Aku tidak mampu membalas apa-apa. Cincin disarungkan pada jari manisku. Setelah itu, kami bersalaman. Dia mencium ubun-ubunku sebelum dia bergerak ke satu sudut untuk mengerjakan solat sunat syukur. Aku tersenyum sendiri. Ibu, Anisa, Izzah dan Wafa bergilir-gilir memeluk tubuhku. Mungkin, inilah jalan yang menuju kepada kebahagiaanku.


------

Selesai majlis resepsi, Farhan membawaku ke rumahnya bersama Yaya. Wajah mereka kelihatan sangat bahagia. Tidak dapat diungkapkan perasaanku ketika ini. Mungkin ini memang sudah takdir dan jodohku. Farhan adalah masa depanku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Yaya sudah tidur di atas ribaku akibat kepenatan. Sedari majlis bermula, dia tidak berhenti bercakap dan berlari-lari di dalam dewan. Seronok mungkin. Aku tidak pernah melihat Yaya sebahagia itu.

Farhan yang sedang meletakkan kunci kereta di atas meja kopi dipandang. Dia terus membuka butang kemeja putihnya. Dia berjalan mendekati kami dan duduk rapat di sebelahku. Dadaku berdebar. Entah kenapa aku jadi cuak apabila kami duduk serapat itu. Padahal sebelum ini bukannya tidak pernah berkeadaan sebegitu.

"You tak penat ke?"aku menelan liur. Wajahnya dipandang.

"Bolehlah,"jawabku tergagap. Dia ketawa.

"You takut ke,sayang?"aku hanya mampu tersengih.

"I bukannya makan orang pun. Ke you takut I ci..."aku terus mencubit pehanya kuat. Dia ketawa lagi. Kali ini bertambah kuat bunyinya.

"Shuu, nanti Yaya terjaga."

"Dia takkan terjaga dah. Takpelah. Meh, I bawa dia masuk bilik,"dia mengambil Yaya daripada ribaku. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga. Dia menoleh ke arahku kembali.

"Pergilah mandi dulu. Tunggu I dalam bilik,"dia mengenyit matanya sebelum melangkah. Aku tersenyum sendiri. Nakal!

Selesai mandi, aku terus menyarungkan telekung. Pintu bilik dibuka daripada luar. Farhan tersenyum gatal ke arahku. Aku hanya mampu tersipu menahan malu.

"Tunggu I, okay? Abang nak mandi sekejap je,"tuala dicapai. Aku mengangguk laju. Mata terus memandang suamiku itu sehinggalah dia masuk ke dalam bilik mandi dan pintu ditutup rapat.

Kami solat isyak berjemaah. Pertama kali aku solat berimamkan lelaki bernama suami. Perasaan yang dirasai sekarang ini cukup lain. Aku bersalam dengannya sebelum dia mencium ubun-ubunku lama. Dia memusingkan badannya menghadap kiblat dan doa terus dibaca.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunkanlah dosa kami, dosa hamba-MU yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia Ya Allah. Panjangkan umur kami, agar kami dapat bertaubat dan menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah. Berikan rezeki halal buat kami ya Allah. Sempatkanlah kami untuk bertaubat sebelum nyawa kami diambil Ya Allah,"air mataku perlahan-lahan mengalir ke pipi. Mata dipejam rapat.

"Aku bersyukur Ya Allah. Kau telah kurniakan aku seorang isteri yang aku cintai. Aku akan berusaha untuk menjadi suami yang baik untuknya. Berikanlah keamanan dan kenahagiaan dalam rumah tangga yang baru dibina ini. Ya Allah yang Maha Penyanyang lagi Maha Pemurah, tempatkan kami berdua dalam syurga-MU. Andainya nyawaku tidak panjang, jagakan dia Ya Allah,"aku sudah tersesak-esak di belakangnya.

Siap dia mengimamkan bacaan doa, dia terus memeluk tubuhku erat. Aku dapat rasakan ada titisan air yang hangat gugur ke bahuku. Lama kami berkeadaan begitu. Sehinggalah aku sedar, jam sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi.

"I sayangkan you, sayang. I harap you akan setia dengan I dan terima I seadanya,"belakang badannya kuusap lembut.

"I love you too. I pun harap macam tu. Jadi imam I? Bimbing I? Sama-sama berubah okay?"dia mencium ubun-ubunku lagi.

Entah kenapa, aku rasa selesa apabila berada dalam pelukannya. Aku rasa selamat. Kalau boleh, aku mahu terus begini sampai bila-bila. Aku mahu berada dalam pelukannya. Memang cintaku terhadapnya tidaklah setebal cintanya. Namun, lama-kelamaan perasaan cinta dan sayang itu perlahan-lahan datang sendiri. Aku berdoa agar perasaan ini akan kekal sehingga ke akhirnya.

Telekung dan sejadah dilipat dan disangkut dengan cermat. Lampu bilik dimatikan. Hanya tinggal lampu tidur sahaja yang menerangi bilik tersebut. Walaupun dalam samar-samar, aku dapat melihat Farhan sedang memandangku nakal.

Tanpa berkata apa-apa, dia terus mengunci pintu bilik dan mengangkatku badanku. Wajahnya dipandang lama. Dia meletakkan tubuhku perlahan-lahan ke atas katil. Kini, kami sedang terbaring di atas katil. Badannya telah berada di atas badanku. Liur ditelan. Dadaku berdebar.

Aku hanya memejamkan mata sebaik sahaja butang baju tidurku terasa dibuka satu persatu. Aku menggigit bibir bawahku. Dia mencium bibirku lama sebelum kami berdua hanyut dalam dunia kami sendiri.

"I love you, sayang,"bisiknya penuh romantis.

"I love you too,"pipinya dicium. Aku tersenyum bahagia.


------

Nadia memandang wajah Daniel penuh geram. Badan alongnya itu dipukul melepaskan geram berkali-kali. Daniel hanya mampu tertunduk memandang lantai. Passport di tangan dipegang kuat.

"Along ni kenapa?"

"Takkan sebab dia dah kahwin dengan lelaki tu along nak lari macam ni? Kita orang macam mana? Ish siapa nak jaga?"Nadia mengesat air matanya. Dia tidak peduli jika banyak mata yang sedang memandangnya.

Yang dia tahu, dia benci dengan alongnya itu. Selalu terburu-buru buat keputusan. Buat keputusan yang salah. Bila dah jadi, baru nak menyesal.

"Along pergi bukan sebab dia! Along cuma rasa, mungkin nilah masanya untuk along sambung belajar,"Ish yang sudah terlena di atas riba dipandang penuh kasih.

"Dahlah. Tu semua alasan. Alasan je. Along ni ego! Along sakitkan hati dia. Padahal along cintakan dia. Sekarang, bila dah tengok dia bahagia dengan lelaki lain, barulah nak menyesal. Eh, dah takde gunalah!"

"Kalau along terus macam ni, sampai bila-bila punlah along takkan bahagia! Sampai mati pun tetap macam ni!"Daniel mengangkat tangannya tinggi ke atas.

Dadanya sudah berombak. Jika diikutkan hati, mahu sahaja ditampar pipi adiknya itu. Namun, sedaya upaya ditahan perasaan amarah yang sudah memuncak. Nadia menjeling tajam ke arah Daniel.

"Dahlah. Buang masa bertekak sebab perempuan tu. Biarlah dia bahagia dengan suami dia. Along dah tak nak tahu. Along dah tak nak kesah. Esok, nenek akan ambil kau orang. Sepanjang along dekat sana, Ish akan duduk dengan nenek."

"Buatlah apa pun. Asalkan along bahagia. Nad dah malas nak ambil kesah lagi dah. Nad dah malas nak tolong along lagi dah. Buat apa Nad nak tolong along dapatkan Kak Bella tu kalau along sendiri yang dah sia-siakan dia."

Daniel terdiam. Dia tidak mampu membalas apa-apa kerana apa yang sudah dikatakan oleh Nadia itu semuanya adalah benar. Namun, kerana egonya, dia kehilangan perempuan yang dicintai. Kadang-kadang dia benci dengan diri sendiri. Tapi, nak menyesal pun dah tiada guna. Dia dah pun jadi milik orang lain. Yang dia boleh buat, adalah doakan kebahagiaan mereka berdua.

"Good luck dekat sana nanti. Apa-apa call. Ego macam mana pun, along tetap abang kita orang!"tubuh Daniel dipeluk erat. Daniel memejamkan matanya.

Naik sahaja di atas kapal terbang, dia terus duduk di atas kerusi yang sama dengan nombor tempat duduknya. Nasiblah tempat duduknya di sebelah tingkap. Barang-barang disusun elok. Setelah dia duduk, matanya hanya memandang ke luar tingkap.

Ingatannya memutarkan saat-saat indah bersama Bella. Kehadiran Bella dalam hidupnya adalah saat paling indah dan bermakna. Namun, dialah orang yang telah menghancurkan semua itu. Dia memang tidak layak untuk Bella. Bella akan bahagia dengan lelaki lain dan bukan dengannya. Air matanya gugur.

Bella adalah perempuan kedua yang mampu membuatkan air mata lelakinya gugur. Walaupun pedih, namun dia terpaksa menerima hakikat. Dia berharap agar jodohnya dipertemukan ketika dia sudah bersedia dan mampu menjadi lelaki yang boleh membuatkan seorang wanita itu bahagia. Juga suami yang terbaik untuk seorang perempuan bernama isteri.

"Aku akan cuba lupakan kau, Bella. Semoga kau bahagia,"dia memejamkan mata rapat. Kapal terbang mula bergerak.

Saat dia meninggalkan bumi Malaysia, dia sudah bertekad untuk meninggalkan memorinya bersama Bella di situ. Biarlah Bella menjadi salah satu daripada memori dan kenangan indahnya. Akan diingati, namun cuba dibuang daripada hati. Biarlah ia hanya kekal di memori. Dia tidak mahu kerana perasaan cinta itu, menyebabkan dia sentiasa hidup dalam dosa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience