Sometimes life will bring you down to your knees but don't let it make you cold and don't let it harden your heart. Keep the faith. The sun will shine again and you will feel love fill up your heart and surround your soul again-Karen Kostyla
Empat bulan sudah berlalu. Aku mula melupakan setiap perkara buruk yang berlaku pada diriku sebelum-sebelum ini. I have to move on and keep walking to the end of the day. I seriously don't want to crying all the entire day like a baby because of a man who don't deserved me. I deserve someone who loved me, appreciate me and can makes me feel better. I just need someone who can treat me like a queen. I know he was waiting for me. Now,I need to be a better person and wait for my Mr right. Telefon terus berbunyi. Aku yang sedang berada di dalam tub mandi terus mencapai telefon di atas meja kecil di situ.
Panggilan daripada Mr.Menopause. Aku menarik nafas dalam. Suara Daniel terus kedengaran sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Ye?"
"Kau dah siap belum?"
"Untuk apa?"dia mengeluh perlahan.
"Kau ni kan, kan aku kata harini aku buat birthday party adik aku,Ish. Aku dah ajak kau semalam kan?"aku terus keluar dengan gopoh-gapah daripada tub mandi dengan badan yang telanjang bulat.
Entah macam mana, tiba-tiba aku terjatuh di atas lantai. Telefon tercampak jauh. Cepat-cepat aku mencapainya dan meletakkan di telinga.
"Apahal tu?"
"Takde apa. Kau cakap apa tadi? Telefon aku terjatuh."
"Kau ni boleh tak hati-hati? Gelabah semacam. Cuba cool cam aku ni. Hari-hari cool je."aku membatukkan diri. Ya Allah,perasannya.
"Erk, tolonglah weh. Nak muntah aku. Pukul berapa kau nak ambil aku?"dia ketawa.
"Ambil kau? Sorry. Aku busy ni. Kau datang sendiri jelah. Banyak cantik kau setiap kali keluar aku yang ambil kau cam tuan puteri. Kau ingat kau anak raja Brunei?"
Tuala dicapai lalu dibalut pada tubuh. Cepat-cepat aku mencapai gown labuh berwarna putih dan dihiasi corak-corak bunga berwarna pink. Gown itu diletakkan di atas katil.
"Ek eleh mengungkit pula. Aku tak datang kang baru tahu!"dia ketawa lagi.
"Alah yela. Sori. Pastikan kau pakai lawa-lawa. Harini aku nak jumpakan kau dengan seseorang. Party tu start pukul 8. Make sure sharp pukul 8 kau dah terpacak depan rumah aku."
Tanpa membalas sesuatu,aku terus menamatkan panggilan. Padan muka. Membebel lagi. Ingat aku larat nak dengar? Jam sudah menunjukkan pukul 7.15. Selesai solat maghrib, aku melangkah ke arah meja solek berwarna pink. Kerusi ditarik.
Tanpa berlengah, aku menconteng muka dengan solekan agak tebal. Gown di atas katil terus disarungkan pada tubuh. Rambut disikat. Aku membiarkan rambut terlepas tanpa disanggul atau diikat. Sebahagian daripadanya ditarik ke depan dan diletakkan pada bahu kiri.
Setelah aku pastikan semuanya sempurna, aku terus mencapai purse berwarna pink berbulu lebat. Awal-awal lagi aku sudah meminta kebenaran ibu. Daniel mengajak ibu juga tetapi ibu lebih memilih untuk berehat di rumah memandangkan dia baru sahaja selesai bekerja pada petang tadi. Tangan dan pipi ibu dicium lama. Keluar sahaja dari rumah, sebuah teksi sudah berada di hadapan rumah. Pasti Daniel yang call. Haih, baiknya dia.
Kasut tumit tinggi berwarna pink dimuatkan pada kaki. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah teksi. Cermin diturunkan. Seorang wanita sedang tersenyum ke arahku.
"Masuklah. Daniel suruh saya ambil Bella dekat sini,"aku mengangguk lalu masuk dan duduk di tempat duduk hadapan.
Sepanjang perjalanan, aku banyak bercerita dengannya. Kak Mas. Katanya dia lebih senang apabila orang memanggilnya dengan panggilan itu. Entah kenapa, aku rasa sangat selesa berbual dengannya. Sebelum dia beredar, aku meminta nombor telefonnya. Dia juga mengajakku untuk makan tengahari di rumahnya hujung minggu ini. Aku terus setuju tanpa berfikir lama. Tangan dilambai sebelum kereta bergerak laju membelah malam.
Setelah melihat rumah tiga tingkat dihadapanku ini,aku terus menelan liur. Tak sangka Daniel kaya macam ni. Halaman rumah yang sedang dipenuhi orang ramai itu dipandang lama. Pasti ramai orang-orang berpangkat dato' dan datin di situ. Meriah sungguh suasana di rumahnya malam ini. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Aduh,pasti Daniel sudah membebel. Telefon dibuka. Terdapat 10 missed calls daripadanya dan satu missed call daripada nombor yang tidak dikenali.
Sewaktu aku melangkah ke dalam kawasan rumahnya, aku dapat menangkap susuk tubuhnya yang sedang memakai tuksedo berwarna hitam. Rambutnya diikat kemas. Subhanallah,sungguh indah ciptaan Tuhan. Aku melangkah menghampirinya. Bahunya dicuit daripada belakang. Dia memusingkan badannya.
"Ha datang pun. Aku ingatkan dah pengsan dalam teksi kak Mas,"aku ketawa kecil.
"Sorry, aku tak jawab call. Tak dengar. Silent mode,"telefon ditunjukkan padanya. Dia memandang tidak puas hati.
"Makanlah dulu. Kek pun ada tu kat sana. Treat yourself."
"Kau taknak makan sekali dengan aku ke? Aku dahlah tak biasa."
"Kau pergi dulu. Nanti aku datang."
Dia terus masuk ke dalam rumah. Aku melangkah ke arah khemah dihujung halaman rumah. Makanan penuh tersedia di situ. Aku hanya mengambil sepinggan ayam panggang bersama sos lada hitam. Meja kosong di sebelah swimming pool dihampiri. Sedang aku makan, tiba-tiba seorang lelaki yang belum pernah aku kenali sebelum ini datang dan terus duduk berhadapan denganku.
"Seorang je? Boleh join?"aku memandangnya dengan mata yang tidak berkelip. Dah duduk baru nak tanya boleh ke tak? Pelik, pelik manusia sekarang.
"Dah duduk pun kan?"dia ketawa. Wajahku dipandang lama. Aku membetulkan duduk. Tidak selesa apabila dipandang sebegitu.
"So, you kawan Daniel?"aku mengangguk.
"Ouh, I see. Ingatkan kawan Nadia."
"Nadia? Siapa Nadia?"
"Adik Daniel. Sikitnya makan. Nak I ambilkan makanan lain?"laju aku menggeleng. Makanan di dalam pinggan ni pun belum habis dimakan. Perut sudah kenyang memandangkan aku sudah melahap sepinggan nasi goreng sebelum datang ke sini tadi.
"No its okay. Saya dah kenyang. Thank you."
"Sama-sama kasih. So what's your name?"aku tertanya, siapakah lelaki yang bermata bulat ini? Wajahnya seakan wajah Daniel. Cuma,matanya lebih bulat berbanding Daniel. Dan yang paling penting, wajahnya lebih menawan.
"Hey, dah kenal ke?"aku memandang Daniel yang sedang menarik kerusi di sebelahku. Dia terus duduk dan memandang kami berdua bersilih ganti. Aku menarik nafas dalam.
"Baru nak kenal. Kacau linelah kau,bro."
"Rif, mama kau panggil tu,"dia mengeluh kuat.
"Aduh,time nilah. Okay,I got to go. Don't go anywhere. I will be right back!"dia mengenyitkan mata. Aku hanya mampu tersenyum nipis. Daniel ketawa kuat.
"Siapa tu? Gatal kemain."
"Cousin aku. Dia yang paling rapat dengan aku. Biasalah dia tu. Playboy. Dah ada tunang pun padahal,"aku membeliakkan mata. Fuh, king of buaya daratlah ni kiranya.
"Mana adik kau?"
"Dia tengah buka hadiah dia. Tak sabar sangat dah katanya. Oh ye, aku nak bawa kau jumpa seseorang. Jom!"aku hanya mengangguk dan terus membuntutinya ke dalam rumah.
Sampai sahaja di ruang tamu, dia terus berbual bersama seorang perempuan yang cantik berbaju kebaya. Badannya seperti model membuatkan aku tergugat. Wajahnya yang cantik membuatkan aku tidak berkelip memandangnya. Mereka berdua terus berjalan menghampiriku.
"Bella, ni Jasmin. Jasmin, ni Bella, kawan I,"perempuan cantik di hadapanku itu terus menghulurkan tangannya. Senyuman tidak lekang daripada wajahnya. Lambat-lambat aku menyambut huluran tangannya.
"Cantik."
"Tapi tak boleh lawan you,"pujian yang keluar daripada mulut Daniel membuatkan Jasmin memukul manja lengan lelaki tinggi lampai itu. Mereka ketawa. Aku tersentak. Mungkin inilah perempuan yang Daniel suka itu.
"Oh Bella, aku lupa nak bagitahu. Minggu depan kitaorang bertunang. So, aku harap kau datang!"wajah Daniel sangat bahagia apabila berada dekat dengan Jasmin.
Entah kenapa, hatiku mula terasa sakit. Hubungan mereka nampak bahagia. Aku hanya mampu menahan air mata daripada gugur. Aku terpaksa memujuk diri sendiri dengan kata-kata semangat. Mungkin dia bukan untuk aku. Lagipun, dia memang tak suka aku. Dia anggap aku kawan dia je. Bukan kawan baik apatah lagi lebih daripada itu. Jasmin hanya tersenyum manis memandang Daniel di sebelahnya.
"InShaaAllah."
"How old are you?"
"19. You?"
"Same as Daniel's"aku cuba menepis segala perasaan sedih. Aku perlu menerima hakikat yang dia tak pernah ada apa-apa perasaan dekat aku. Mana mungkin dia nak suka dekat perempuan macam aku. Jauh sekali nak dibandingkan dengan Jasmin. Mereka sangat serasi.
Aku? Daniel denganku hanyalah seperti abang dan adik. Dia handsome. Kaya. Bekerjaya. Mana mungkin hatinya dapat aku curi.
"Sayang,I nak jumpa opah you sekejap,"Daniel mengangguk. Sayang? Mataku mula berkaca. Aku cuba menahan. Mataku dikelipkan tanpa henti. Berharap agak dia tidak perasan air mukaku mula berubah.
"Are you okay? Kau nampak pucat!"aku mengangguk lemah.
"Aku nak pergi toilet."
"Toilet dekat hujung sana,"tanpa menunggu lama, aku terus melangkah laju ke sana. Daniel yang mahu menemaniku terus ditahan.
"Kau pergilah layan tetamu lain."
Sebaik sahaja pintu dikunci, aku terus terduduk di atas mangkuk tandas. Tangisan cuba ditahan namun tidak mampu. Aku menangis dengan suara yang cuba diperlahankan. Aku tidak mahu sesiapa tahu aku sedang menangis. Selepas puas menangis, aku terus membasuh muka dan keluar dari situ.
Aku mahu berjumpa dengan Daniel terlebih dahulu sebelum balik ke rumah. Namun, sebaik sahaja aku melihat dia sedang berbual mesra dengan Jasmin, kakiku kaku. Langkahku mati di situ. Air mata terasa mahu gugur lagi. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke luar rumah. Kasut dipakai laju.
"Nak balik dah ke? Jomlah sembang-sembang dengan I."
"Sorry. Saya nak balik. Can we continue this next time?"dia mengangguk. Aku terus berjalan laju meninggalkan rumah tersebut. Aku terus berjalan ke arah jalan utama.
Teksi ditahan dan terus meluncur laju ke arah Wangsa Walk Mall. Sekarang bukan masa yang baik untuk balik ke rumah. Jam menunjukkan pukul 9.50 malam. Sampai sahaja di sana, aku terus melangkah ke tingkat atas. Chatime menjadi pilihan. Selepas mengambil air yang dipesan, aku mengambil tempat duduk di situ. Air mata gugur lagi. Biarlah orang tengok. Aku tak peduli. Aku perlu menenangkan diri. Telefon berbunyi berkali-kali. Semuanya adalah panggilan daripada Daniel. Aku terus menutup telefon.
------
Sudah seminggu aku tidak berhubung dengan Daniel. Beberapa hari lepas dia ada datang ke rumah. Tapi, aku memaksa ibu untuk menipu. Aku menyuruh ibu memberitahu Daniel bahawa aku sedang berada di kampung. Hari ini merupakan majlis pertunangannya dan Jasmin. Telefonku berbunyi lagi. Sejak kejadian di rumahnya minggu lepas, sudah 54 missed call yang aku terima daripadanya. Aku terpaksa bertindak sebegini untuk mengelakkan daripada aku terus sakit. Sakit melihat dia bersama perempuan lain. Pintu bilik diketuk.
"Sampai bila?"soal ibu. Aku memandang ibu lemah.
"Entah. Maybe sampai bila-bila?"
"Dia call ibu. Dia harap Bella datang harini. Bella kawan dia. Dia nak kawan dia ada harini. Sama-sama raikan hari bahagia dia."
"Then Bella terpaksa tahan sakit hati? Macam tu? Memang hari bahagia dia, tapi kalau Bella pergi, it will be the bad day in my life,bu. I can't stay there and keep calm. I can't."
Ibu memelukku erat. Air mata terus mengalir. Ibu menenangkanku dengan kata-kata positif. Syukur Ya Allah aku masih ada ibu. Ibu jelah yang selalu ada dengan aku susah senang hidupku.
"Shuu, ibu faham. Ibu pernah rasa. Maybe ada yang lagi baik untuk Bella? Sabarlah sayang. Tak semua benda yang kita nak, kita dapat. Ibu sayang Bella. Ibu cuma nak Bella bahagia,"aku membalas pelukan ibu kuat.
"Bella sayang dia,bu. Dah setahun kitaorang kenal. Bella, bella rasa dia memang untuk Bella. Tapi Bella silap. Dia hanya kawan Bella. Dia takde apa-apa perasaan pun dekat Bella. Sakit,bu. Dulu Farhan. Sekarang dia. Nanti siapa pula?"
"Jangan cakap macam tu. Ibu taknak Bella macam ni. Bella, kita kena terima ketentuan Allah. Sama macam ibu cuba terima hakikat waktu abah meninggal dulu. Ibu terpaksa jauh dengan dia. Ibu hilang tempat mengadu. Tapi,Bellalah semangat ibu. Sebab Bella, ibu cuba terima hakikat. Ibu belajar. Akhirnya ibu kuat. Bella,ibu nak Bella jadi macam tu. Kuat. Ibu tahu Bella kuat."
"Thank you ibu. Sebab selalu ada dengan Bella."
"Memang tanggungjawab ibu kan? Sekarang, lupakan semuanya. Mulakan hidup baru. Jom,ibu belanja makan!"aku mengesat air mata yang sudah hampir kering.
"Yeay!!"kami ketawa kuat.
Share this novel