Sometimes you make me feel like I actually have a chance with you, but when I try to take that chance you make me realize I never really did-Anonymous
Sudah lebih 5 bulan Daniel terbaring di katil hospital. Hari-hari aku memantau keadaannya. Namun, masih tiada berita baik. Keadaannya masih sama. Aku memandang wajahnya yang kelihatan tenang. Aku tahu. Walaupun dia koma dan tidak sedarkan diri, tapi dia masih dapat mendengar setiap kata yang didengarinya. Aku meraut rambutnya yang sudah panjang.
"Daniel, apa khabar hari ni? Bangunlah . Aku rindukan kau. Aku rindu nak kena usik dengan kau. Nak tengok senyuman kau. Aku tahu kau anggap aku macam adik kau je. Tapi, aku masih sayangkan kau. Perasaan aku tak pernah pudar walaupun aku kena terima hakikat yang kau bukan jodoh aku,"air mataku terus mengalir.
Bunyi mesin memenuhi ruang di bilik itu. Aku duduk di atas kerusi sebelah katilnya. Wajahnya dipandang lagi.
"Aku nak kau sembuh. Boleh kerja macam biasa. Everyone need you. Pakcik india tu pun hari-hari lawat kau even kaki dia kudung. Bangunlah,"tangannya digenggam erat.
Seperti biasa, setiap kali aku meluahkan perasaanku dihadapannya, pasti air matanya akan mengalir. Aku menyeka air matanya. Aku tahu dia dengar. Cuma, dia tak mampu memberi reaksi.
"Doktor Bella,"aku menoleh ke arah pintu masuk bilik tersebut. Aku terus menyeka air mata dan berdiri menghadap perempuan tersebut.
"Kenapa doktor?"Doktor Izani menggeleng. Dia melangkah mendekatiku.
"Still no reaction?"aku tertunduk.
"Macam biasa. Setiap kali saya bercakap dengan dia, dia akan nangis. Tu jelah. Yang lain, still no improvement. Dah nak masuk enam bulan dia koma. Saya cuba buat yang terbaik jelah,"Doktor Izani memeluk badanku erat. Perutnya yang sudah membulat itu dipandang.
"Thank you, doktor. Hm, bila due?"
"Bulan depan. InShaaAllah, kalau takde apa-apa."
"InShaaAllah, everything will be fine,"pintu diketuk beberapa kali. Wajah Kak Zai kelihatan di sebalik pintu.
"Sorry ganggu. Adik Doktor Izzul nak melawat dia,"aku mengangguk seraya terus keluar daripada bilik tersebut bersama-sama Doktor Izani.
Wajah adiknya dipandang sebelum menghadiahkan senyuman kepadanya. Dia menarik tanganku lembut.
"Doktor Bella?"aku mengangguk.
"Er, doktor Bella. See you later,"Doktor Izani memandangku sebelum aku mengangguk lagi.
"Kenapa?"aku menyoal adik perempuan Daniel itu. Dia menarikku untuk mengikuti langkahnya. Dia membawaku masuk kembali ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat.
"Doktor, bila agaknya abang Nad boleh sedar? Kami dah penat nak tunggu. Masih takde apa-apa perubahan ke?"aku memeluk tubuh kecil adiknya yang bernama Nadia itu.
"Sorry, Nad. Saya dah buat yang terbaik. Tapi, memang takde apa perubahan pun. Banyakkan berdoa. Mungkin Allah nak uji kita. Saya pun nak sangat tengok dia macam selalu. Saya nak dia sihat. Tapi, apa yang kita boleh buat,"Nadia menangis teresak-esak.
"Dia abang yang baik. Dia jaga kami adik-beradik macam anak dia. Nad tak nak abang pergi lagi. Allah tak boleh ambil nyawa abang lagi. Nad masih perlukan abang."
"Nad, jangan cakap macam tu. Ingat Allah,"dia duduk di atas kerusi sebelum memeluk tubuh Daniel erat. Pipi lelaki itu dicium lama.
"Doktor tak faham apa yang Nad rasa. Doktor takde dekat tempat Nad. Mak ayah kita orang meninggal waktu kita orang kecil lagi. Kita orang hanya ada abang je."
"Nad silap. Memang saya takde dekat tempat Nad. Tapi, saya pun pernah rasa apa yang Nad rasa. Saya anak tunggal. Ibu sibuk kerja. Abah pula meninggal waktu saya kecil. Saya rapat dengan abah. Sampai suatu hari, saya rasa hidup saya kosong. Tak berguna lagi. Ibu pula terpaksa dapat rawatan pakar. Lama. Saya hidup sendiri. Takde siapa-siapa..."
"Lama-lama, saya sedar. Allah uji saya. DIA nak uji saya. Supaya saya sentiasa dekat dengan-Nya. DIA uji kita sebab kita kuat. DIA sayang kita. Ingatlah, Nad. Kita ada DIA. Mintalah dengan doa. Sabar. Itu yang penting," dia memelukku erat. Dia menangis lagi. Aku mengusap rambutnya.
"Ya Allah, doktor. Terima kasih. Doktor dah sedarkan Nad. Terima juga sebab dah rawat abang. Nad tahu abang akan sembuh. Abang kuat,"aku mengangguk lalu tersenyum bahagia. Tabahlah. Setiap orang ada dugaan hidup masing-masing.
Aku juga selalu berdoa agar Allah pulihkan Daniel semula. Aku ingin meluangkan lebih masa dengannya lagi. Sungguh, aku sayangkan Daniel. Aku juga tidak mahu kehilangannya.
------
Tengahari itu, aku mendapat berpuluh-puluh panggilan daripada Farhan dan Ezmir. Entah kenapa aku rasa mahu sahaja membaling telefon ke luar rumah. Aku terus mematikan telefon dan bingkas bangun daripada katil. Langkah diatur ke arah dapur. Tiba-tiba terasa ingin membuat maggi.
Selesai menghidangkannya di dalam mangkuk besar, aku terus membancuh air milo. Sedap juga kalau makan maggi dengan milo. Fuh, nikmat. Terasa sudah bertahun-tahun aku tidak menyentuh makanan seperti itu.
"Wah, sedapnya. Nak juga!"Anisa yang masih berbaju tidur, terus menerpa maggi yang sedang ku jamah. Aku memandangnya tidak puas hati.
"Ei, tak gosok gigi lepastu makan maggi orang!"aku menarik kembali mangkuk maggi yang sedang berada di tangannya. Dia menghirup kuah maggi dengan begitu selera.
"Biarlah. Bukan busuk pun mulut Nisa,"dia menjawab selamba seraya terus menghirup air milo sehingga tinggal separuh. Aku menjerit kuat.
"Menyibuklah dia ni! Sanalah. Along nak makan pun tak senang. Pergi buat sendiri!!"dia ketawa kuat sebelum masuk ke dapur.
Baru sahaja aku ingin menghirup kuah maggi, dia sudah terjerit-terjerit daripada dapur. Aku mengeluh kuat. Apa lagi yang dia bising-bising dekat dapur tu? Ada sahajalah benda yang nak dikeluarkan daripada mulut becok itu.
"Ibu mana?!"
"Ibu pergi rumah Mak Lang. Kan anak Mak Lang baru bersalin semalam. Dia tidur sana. Esok dia baliklah kot,"air milo diteguk penuh minat.
"Dah tu, ibu tak masak apa-apa ke?!"
"Tak. Masaklah sendiri!"
"Malaslah. Alonglah masakkan!"dia datang kembali ke ruang tamu dengan segelas air dan sebungkus biskut Tiger.
"Ah, nak makan, masak sendiri. Nisa tu bukannya kecil lagi. Pandai-pandailah nak hidup,"dia menjeling tajam ke arahku. Pemalas punya budak.
"Kedekut!!"pintu diketuk beberapa kali. Aku memandang Anisa yang sedang mengunyah biskut dengan begitu berselera.
"Pakwe Nisa datang ke?"dia menggeleng laju sebelum menekan punat remote control televisyen.
"Siapa agaknya?"aku melangkah ke arah pintu rumah. Tombol pintu dipulas. Wafa yang sedang memandangku dengan wajah serius dipeluk erat.
"Weh, tak cakap pun nak datang. Kau bukan kerja ke hari ni?"dia tersenyum tawar.
"Kau pergi mana? Aku call asal tak angkat?" aku tersengih.
"Sorry, aku off phone tadi. Eh, masuklah!"aku menarik tangannya sebelum ditepis lembut oleh Wafa. Aku tersentak. Apa kena dengan Wafa ni?
"Aku datang sini nak bawa kau pergi hospital. Doktor Izzul..."
"Kenapa dengan Doktor Izzul?!"
"Dia dah sedar!"
"Kau biar betul?!"aku memandang Wafa tidak percaya. Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia dah sedar? Allah, Alhamdulillah.
"Yelah. Takkan aku nak tipu?"
"Macam mana dia sekarang?"
"Boleh tak tukar baju cepat? Kita kena cepat," aku ketawa sebelum melangkah ke bilik untuk menyalin pakaian.
Sampai sahaja di hadapan bilik yang menempatkan Daniel, Wafa menarik tanganku. Daripada luar, aku dapat menyaksikan Daniel sedang tersenyum dan ketawa bersama keluarganya. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku sebaik sahaja wajah itu kembali tersenyum.
"Kenapa, Fa?"aku memandang Wafa yang sudah tertunduk memandang lantai.
"Takde apalah. Aku cuma rasa, kita kena jumpa dia lepas family dia balik. Aku taknak ganggu masa dengan family dia,"aku mengangguk setuju. Kami bercadang untuk menunggu di cafe sementara menunggu keluarga Daniel pulang.
Namun, sewaktu aku dan Wafa sedang berbual, Wafa mendapat panggilan. Dia meminta diri dan memohon maaf kerana tidak dapat menemaniku untuk berjumpa Daniel sebentar lagi. Aku mengangguk. Ada orang yang lebih memerlukan Wafa sekarang ini.
Aku melangkah kembali ke bilik Daniel. Kelihatan dia sedang terbaring di atas katil. Keluarganya sudah pulang agaknya. Aku mengetuk pintu sebelum melangkah masuk. Dia tersenyum memandangku.
"Alhamdulillah, doktor dah sedar."
"Alhamdulillah. Kau siapa?"senyumanku tiba-tiba mati sebaik sahaja soalan itu keluar daripada mulut lelaki tersebut. Dia bangun dan duduk di birai katil.
"Tak ingat saya ke?"dia mendiamkan diri. Mungkin cuba berfikir dan mengingati wajahku. Dia menggeleng laju.
"Entah. Aku tak pernah jumpa kau. Aku cuma teringatkan Jasmin je,"aku memaksa diri mengukirkan senyuman. Mataku sudah berkaca. Sebaik mungkin air mata ditahan daripada gugur ke pipi.
"Hum,mungkin doktor tak ingat saya sebab kita jarang jumpa. Saya bukan orang penting dalam hidup doktor. Saya datang ni cuma nak tengok rakan sekerja saya. Rehatlah. Mesti penat. Jumpa bila doktor dah sembuh nanti,"aku melangkah keluar dari bilik tersebut. Namun, dia memanggilku kembali.
"Siapa nama?"aku menoleh ke arahnya.
"Nama saya?"dia membuat muka.
"Taklah. Nama kerusi tu. Nama kaulah!"aku ketawa.
"Tak payah tahulah. Okay, assalamualaikum," cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik tersebut. Air mata diseka.
Daniel tertunduk memandang lantai. Air mata yang mengalir dikesat dengan lengan baju yang dipakainya.
"Sorry, Bella. Aku buat semua ni sebab aku taknak kau terus berharap pada aku. Aku taknak kau kecewa lagi,"dia menarik selimut menutupi seluruh badannya. Dia menangis lagi.
Share this novel