BAB 24

Romance Completed 52907

Sometimes, the person viewing you from afar, loving you in silence is the one capable of loving you the greatest-Mr.Nobody


Anisa memelukku erat.

"Along, cakap je. Nisa takkan judge apa-apa pun. Ceritalah. Nisa dengar. Nisa kan adik along?"

"Ye. Along kenal abang Daniel tu. Sebelum along sambung studi dekat Ireland, kita orang best friends. Tapi, sebabkan tunang dia, along ambil keputusan untuk tak lagi berhubung dengan dia. Lima tahun, kita orang tak contact, tak mesej, apatah lagi call. Along jumpa dia balik tahun lepas. Time along start kerja dekat HKL. Dia doktor senior along. Tapi, relationship kita orang tak lebih daripada kawan sekerja."

Aku menarik nafas sebelum menyambung ayat.

"Sampailah hari yang along cerita doktor along accident tu. Dialah yang accident. Lepas dia sedar daripada koma, dia kata dia tak ingat along. Dia tak kenal along,"air mataku kembali mengalir.

"Along cuba nak lupakan dia. Tapi, dia selalu muncul dalam hidup along. Along tak mampu nak lupakan dia. Along terima abang Farhan pun sebab along nak lupakan abang Daniel. Along tahu, dia tak suka along pun. You, buat apa along nak simpan hati lagi dekat dia?"

"Along sure ke dia tak suka along?"

"Kalau dia suka along, dah lama dah dia bagitahu."

"Nad dengan Nisa dah start jadi best friends. Dia share banyak benda denga Nisa. Dia cakap, abang dia selalu cerita pasal along. Benda kecil pun dia cerita. Sebelum ni, dia mana nak share benda-benda macam ni dekat adik-adik dia. Dia sedih pun dia tak kan cerita,"aku terdiam. Tidak mampu membalas apa-apa.

"Nisa, dahlah. Along tak nak dah dapat janji-janji palsu ni. Dah, pergilah solat. Along nak ambil wuduk dulu,"Nisa menarik tanganku.

"Yang penting, Nisa nak tolong along cari orang yang bagi hadiah-hadia dekat along tu. Nisa nak along bahagia dengan pilihan along. Nisa nak tengok along bahagia. Nisa janji,"aku mengangguk lemah sebelum melangkah ke bilik mandi laju.

Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, aku terus menangis sepuas-puasnya sebelum mengambil wuduk dan solat untuk menenangkan diri.


------

Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Setelah mendapat mesej daripada Farhan, aku terus bersiap untuk bekerja. Aku meminta kebenaran ibu yang baru selesai solat subuh untuk pergi bersama Farhan. Kelihatan kereta Farhan sudah berada di hadapan rumah. Cepat-cepat aku menyarungkan kasut di kaki. Pintu kereta dibuka. Farhan tersenyum lebar.

"How's my future wife today? Okay? Ready to go?"aku mengangguk sambil ketawa kecil. Lengannya dicubit.

"Auch!"dia menjerit kuat. Aku menoleh ke tempat duduk belakang. Kelihatan Yaya sedang tidur nyenyak.

"Diamlah. Yaya kan tengah tidur tu,"aku menuturkan kata-kata tersebut dengan suara yang diperlahankan.

"Youlah. Cubit I. Sakit tau!"suaranya semakin kuat. Aku memukul lengan sasa Farhan kuat.

"Mami..."rintih Yaya. Kami memusingkan kepala ke belakang. Yaya sudah merengek perlahan sambil mengenyeh matanya. Aku menghulurkan tanganku kepadanya.

"Shuuu, mami dekat sini,"aku membawanya ke tempat duduk hadapan. Entah bila dia mula memanggilku mami. Mungkin dia teringat akan arwah maminya.

"Youlah ni. Dah, diam. Cepatlah gerak,"aku menjeling ke arah Farhan.

Yaya yang sudah berada di dalam pelukanku ditepuk-tepuk perlahan badannya. Aku menidurkannya sambil jariku meraup rambut halus anak kecil itu. Jauh di sudut hati, sudah timbul perasaan sayang terhadapnya. Kesian. Kecil-kecil sudah kehilangan ibu. Dia langsung tidak pernah merasa kasih daripada seorang ibu. Aku menoleh ke arah Farhan yang sedang fokus memandu. Aku kena buat semua ini untuk Yaya. Walaupun aku tak cintakan Farhan, tapi Yaya perlukan aku. Dia perlukan seorang ibu untuk membesarkannya.

"Mami,"ucapku perlahan di telinga Yaya. Yaya yang sudah nyenyak di atas lenganku tersenyum. Aku mencium beberapa kali pipi

Sebelum aku keluar daripada perut kereta, Farhan menarik tanganku. Aku menarik tanganku aku daripada pegangannya. Dia meminta maaf. Jari-jariku dipandang lama.

"Mana cincin tunang kita?"aku menepuk dahi. Aku menayangkan senyuman lebar untuknya.

"Lupa nak pakai. I letak atas meja tadi. I buka sebab nak mandi,"aku menciun pipi Yaya yang sudah mencelikkan matanya.

"Takpelah. Next time pakailah. Barulah orang tak kacau you sebab orang tahu you dah jadi milik lelaki lain,"dia mengenyitkan mata. Aku terus keluar dan melangkah laju ke dalam bangunan wad kecemasan.

Telefonku berdering beberapa kali. Tertera nama Anisa pada skrin telefon. Aku menjeling seraya mengangkat.

"Along!"

"Apa?"

"Busy ke?"aku mengeluh berat. Nasi di dalam pinggan masih belum terusik.

"Along baru nak lunch ni. Ada apa call along? Tak boleh cakap dekat rumah ke?"

"Tak boleh! Nisa nak tanya sekarang juga. Baru nak lunch?!"

"Cepat sikit boleh tak? Along baru je free ni. Tu yang lambat."

"Makan apa tu? Makan nasi. Jangan makan bukan-bukan pula!"

"Tanyalah cepat makcik. Along dah lapar ni!"

"Okay, okay. Cam ni..."dia menarik nafas dalam-dalam. Cuak pula aku rasa. Aku cuha mendengar dengan teliti dan fokus.

"Along ada syak siapa-siapa tak yang bagi bunga dengan hadiah-hadiah tu?"aku menepuk dahi. Dia call semata-mata nak tahu pasal benda macam ni je?

"Karang ada yang kena hentak kepala dekat dinding ni. Tanya nanti tak boleh ke?!"aku menjerit. Banyak mata sudah memandang ke arahku. Aku tersengih memandang mereka. Suara mula diperlahankan.

"Nantilah. Along nak makan ni. Bye!"terus dimatikan panggilan. Nafas ditarik sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Baru hendak menyuapkan nasi buat kali kedua ke dalam mulut, telefonku berdering lagi. Ya Allah. Sabar jelah.

"Hello,"sapaku malas. Apa yang Farhan nak ni?

"Hi, Bella."

"You nak apa Farhan? Nak cancel petang ni ke? You tak jadi nak ambil I?"

"Er..."panggilan tiba-tiba diputuskan. Apa masalah dia ni? Call lepas tu putuskan panggilan. Ingat orang tak ada kerja ke? Aku cuba menahan perasaan amarah dan terus menyambung makan.

Buat kali ketiga aku bersyukur kerana sudah tidak ada yang menganggu aku lagi. Aman sikit nak makan.


------

"Along ikut cakap Nisa. Nisa rasa Nisa tahu macam mana nak detect orang yang bagi hadiah dekat along. Okay, along akan tulis setiap benda yang berlaku dalam diari? Semua benda kan? Termasuklah time along dapat semua hadiah tu?"aku mengangguk laju. Anisa terdiam seketika sebelum menyoalku kembali.

"Tarikh dia ingat tak? Hari-hari ke dia bagi hadiah tu semua?"aku menggeleng.

"Along tak ingatlah. Jap, nak pergi ambil diari dekat bilik!"aku berlari laju ke bilik. Nafas terasa tidak cukup. Aku menarik nafas dalam-dalam.

Setelah mendapatkan diari, aku melihat tarikh-tarikh aku mendapat bunga dan hadiah-hadiah tersebut. Kebanyakannya adalah pada hari selasa. Mungkin lelaki itu tahu, aku selalu cuti pada hari rabu atau khamis tapi tidak pada hari selasa.

"Dah! Along selalu dapat semua tu hari selasa. Ah, tapi ada sehari dia bagi hari jumaat. Sekarang, nak buat apa?"

"Yang selalu passkan benda-benda tu?"

"Susahlah. Sebab along dapat daripada orang-orang berbeza."

"Hm, cerdik juga orang ni,"aku mengangguk menyokong pendapat Anisa.

"Along start dapat daripada siapa?"

"Kak Wafa. Yes, dia yang start jadi orang yang sampaikan bunga tu,"Anisa mengangguk sambil memikirkan sesuatu.

"Cuba tanya dia siapa yang bagi."

"Along dah pernah tanya. Tapi, dia tak tahu."

"Tanyalah daripada mana dia dapat bunga tu. Mungkin, orang tu guna beberapa orang untuk sampaikan semua tu dekat along?"aku terdiam untuk mencerna maklumat yang didengari. Lambat-lambat aku mengangguk.

"Okay, I will try. Dah, pergi tidur. Esok ada class kan?"Anisa mengangguk lalu bersalam denganku sebelum naik ke bilik tidurnya.

Suis lampu dan kipas ruang tamu dimatikan. Dengan mata yang sudah semakin terasa berat aku melangkah ke bilikku. Mulut sudah menguap beberapa kali. Pintu bilik ditutup kuat dan rapat. Badan dihempas ke atas katil sebelum lampu tidur ditutup. Aku menutup mata rapat dan berharap agar aku dapat menjumpai individu yang menghadiahkan semua benda-benda tersebut dalam jangka masa terdekat.

Sudah hampir sebulan aku mencari si pemberi hadiah tersebut. Namun, tiada satu pun jejak dan clue yang dijumpai. Aku tidak menolak bahawa lelaki tersebut sangat licik. Sudah puas bersoal jawab, hasilnya masih sama. Sampai sahaja di rumah, Anisa terus berlari mendapatkanku.

"Amacam, jumpa?"aku menggeleng lemah. Anisa menunjukkan riak kecewa.

"Licik betul orang tu kan?"

"Takpelah. Mungkin dia memang tak nak along tahu indentiti dia kot. Dia nak sentiasa jadi bayang-bayang je tu,"aku menuturkan kata-kata tersebut dengan nada perlahan dan ornuh emosi.

Setelah solat maghrib dan mandi, aku mengambil keputusan untuk terus tidur. Makan malam tiada selera mahu dijamah. Aku mula baring lemah di atas katil. Tiba-tiba pintu rumahku diketuk kuat dan dibuka. Anisa terus menerpaku.

"Along, Nisa rasa Nisa tahu siapa yang bagi!" aku terus bangun dan menadah telinga untuk mendengar. Nafas Anisa tercungap-cungap. Dia mengambil masa sebelum mula berkata-kata.

"Siapa je yang tahu rumah kita dekat mana?"

"Daniel dengan Farhan? Ah, Ezmir pun tahu!"

"Good. Tulah orangnya!"

"Ezmir?"Anisa mengecilkan mata.

"Seriuosly? Ezmir?"aku mengangguk lemah. Anisa memukul lenganku kuat.

"Jangan blur sangat boleh tak?"dia menjeling.

"Hm, dah tu siapa?"

"Bukan Ezmir!"

"Takkan..."

"Mungkin dia! Sebab haritu bunga tu Nisa jumpa luar rumah kita! Mungkin dialah yang bagi selama ni!"aku terdiam seketika. Kaku. Badanku tidak mampu memberi reaksi.

Tak mungkin dia? Dia. Aku tidak percaya dengan kata-kata Anisa. Mungkin ada orang lain yang tahu di mana rumahku. Boleh jadi. Orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia orang nak. Mungkin orang yang bagi aku semua hadiah tu langsung aku tak kenal. Mungkin dia stalk aku. Mungkin. Banyak kemungkinan boleh berlaku.

Sewaktu selesai solat zohor, aku terus menelefon Farhan. Aku mahu ke rumahnya. Dia bersetuju dan menyuruhku segera bersiap kerana dia akan mengambilku dalam masa 20 minit. Aku cuma mengenakan pakaian yang simple. Lipstick dioles tipis pada bibir. Bedak cuma dipakai sedikit sahaja.

Hon kereta berbunyi beberapa kali. Mesti Farhan. Aku mencapai beg tangan dan terus turun ke tingkat bawah.

"Ibu, Bella pergi dulu, eh?"ibu mengangguk seraya terus melangkah menghampiriku.

"Hati-hati. Jada diri. Ingat, ke mana Bella pergi, Bella bawa nama ibu, nama keluarga ni. Okay?"aku mengangguk dan bersalaman dengan ibu. Pipi tua ibu dicium penuh kasih.

"Bye, along!"aku melangkah ke luar rumah. Sepatu putih dimuatkan pada kaki.

Di dalam kereta Farhan kelihatan Yaya sedang melambaikan tangan kecilnya ke arahku sambil tersengih lebar. Buka sahaja pintu, dia sudah terjerit-jerit memanggilku.

"Mami!!"badanku dipeluk daripada belakang.

"Ye, sayang?"

"Yaya rindu mami,"ucapnya dengan suara perlahan. Aku tertunduk lalu memandang Farhan di sebelah. Ya Allah, apa agaknya yang jadi kalau aku batalkan perkahwinan ni?

"Mami pun rinduuuuu Yaya. Meh, duduk depan sini dengan mami,"aku menghulurkan tangan ke arahnya. Terasa lenguh juga kaki sebaik sahaja Yaya duduk di atas ribaku.

"Mami, mami masakkan untuk Yaya hari ni boleh? Yaya nak makan masakan mami. Kawan-kawan Yaya semuanya makan masakan mami dia orang. Yaya nak juga,"Yaya sudah mencebikkan mulutnya. Aku mencium pipinya lama. Dia ketawa tidak selesa.

Farhan sudah tersenyum di sebelah. Aku memeluk tubuh Yaya erat dan meraup lembut rambutnya. Aku berharap agar Allah menunjukkan apa yang terbaik untukku, dan untuk orang-orang yang aku sayang. Mungkin ini juga adalah yang terbaik untuk aku. Hidup dengan lelaki yang aku tak cinta dan anak kecil yang sangat dahagakan kasih sayang seorang ibu.

Sampai sahaja di rumah sederhana besar Farhan, kami melangkah bersama-sama ke dalam rumah. Setelah berehat beberapa minit, aku bercadang untuk masakkan makanan tengahari untuk kami berempat. Adik Farhan juga ada di rumah. Yaya terus melompat gembira. Farhan juga ingin menolongku menyiapkan makanan.

"You nak masak apa ni?"soalnya sambil merapatkan badannya denganku.

"You...sanalah sikit. Nanti Yaya tengok tak eloklah,"aku memperlahankan suaraku. Yaya yang sedang berada di situ terjenguk-jenguk melihat bahan-bahan basah yang belum diusik.

"Alah, you ni..."dia mencuit hidungku lembut. Aku memukul lengannya kuat.

"Mami, cepatlah kita masak!"kami memandang Yaya yang kelihatan sudah tidak sabar. Aku memicit pipinya sebelum mula menyiang ikan.

"Hari ni, mami nak masak ayam goreng, ikan sumbat dengan tomyam. Boleh?"Yaya mengangguk laju. Dia tersengih lalu menepuk tangannya.

Farhan menolongku mengacau, mengupas bawang dan memotong sayur-sayuran. Bolehlah daripada tak ada. Yaya pula sibuk bercakap itu ini. Tiba-tiba peramah pula hari ni. Selalu bercakap bila perlu je. Mungkin dia memang jenis pemalu dengan orang yang dia tak kenal.

"Mami, mami sayang daddy Yaya tak?"soalan itu membuatkan aku terpaku. Lidahku kelu. Aku memandangnya dan Farhan silih berganti. Liur ditelan beberapa kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience