BAB 3

Romance Completed 52907

Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones you did do, so throw off the bowlines, sail away from safe harbor, catch the trade winds in your sales. Explore, dream, discover-Mark Twain

Aku memandangnya lama. Aku dapat rasakan dia lelaki yang baik. Dia memang baik dan dia layak dapat perempuan baik. Perempuan yang boleh cintakan dia sampai syurga. Perempuan yang boleh jaga dia waktu sakit,jaga makan minum dan pakaian dia. Tapi,aku tak mampu. Aku tak bersedia lagi nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri orang. Tanggungjawab sebagai pelajar pun dah tak terjawab dah aku rasa. Kelihatan air matanya mengalir perlahan ke pipi.

"No,jangan menangis please. Bukan sepatutnya yang mengangis tu perempuan ke? Where's the real Farhan? This is not really you,Farhan. Farhan,aku faham keadaan kau sekarang. Kau cuba berbincang dengan ibu kau dulu. Mesti ada cara lain. Kalau daripada awal kau cakap baik-baik dengan dia,aku yakin dia mesti faham keadaan kau. Aku,aku tak tahu Farhan. Aku belum sedia nak jadi isteri. Apatah lagi nak kena pikul banyak tanggungjawab. Aku rasa,ni bukan masa yang sesuai. Tapi,aku akan fikirkan. But I'm not sure I can make it. Don't hope too much. But I'll try. Please give me some time to think and make a right decision. Ok?"dia mengangguk lemah. Kalaulah aku halal untuk dia,aku dah lama peluk dia dan cuba tenangkan dia. But I had no right to do that. He's not even mine.

"Everything for you,Bella. Aku takkan paksa kau. Tapi,aku harap sangat kau terima aku. Kita sama-sama buat ibu bahagia buat kali terakhir,"Aku mengangguk lemah. Kereta kembali memecut keheningan malam. Kami kembali menyepikan diri. Melayan perasaan buat seketika.

Sampai sahaja di depan rumah,aku terus membuka pintu kereta selepas mengucapkan terima kasih. Tanganku ditarik. Aku memandangnya dan terus menarik tanganku kembali.

"What?"

"Sorry. Good night. Sleep well,princess. See you later,"aku mengangguk sambil tersenyum ke arahnya. Pintu kereta di tutup dan dia terus berlalu pergi setelah dia melambaiku beberapa kali. Aku menarik nafas panjang. Time for sleep. Im exhausted. I really need my bed right now.

------

Seminggu sudah berlalu. Aku masih ingat kata-kata daripada arwah abah dulu. Waktu tu aku dan abah memang sangat rapat. Lagi rapat daripada hubungan abah dengan ibu. Dia selalu pesan "biarlah apa keputusan kita,make sure it is the best for us and for our life. Tak payah pedulikan apa yang orang kata. Sebab orang tak pernah ada dekat tempat kita. Yang penting kita happy dengan keputusan tu. Kalau keputusan kita tu just boleh bahagiakan diri orang lain, tapi tak mampu nak bahagiakan kita, tak ada guna. Believe in me,princess. I know you want the best in your life."

Setiap kali aku rasa susah sangat nak buat keputusan,aku akan ingat pesan abah. Walaupun abah dah tak ada lagi atas dunia ni,tapi setiap kata-kata dia, tak pernah aku lupa. Aku rindu abah. Rindu sangat. Lepas abah meninggal, ibu mula sibukkan diri dengan kerja dekat hospital. Ibu kata, itu jelah cara yang paling berkesan untuk lupakan tentang kepergian abah. Ibu terlalu sayangkan abah.

Sebulan lepas abah meninggal, Ibu terpaksa dapatkan rawatan daripada pakar. Waktu tu,aku dah tak ada tempat mengadu. Aku tak ada siapa-siapa pun untuk tengok-tengokkan aku. Aku dah makan ke belum, pelajaran aku macam mana, pakaian aku, keperluan aku semuanya aku uruskan sendiri. Aku cuba terima hakikat yang hidup ni tak selalu mudah. Kadang-kadang, kita terpaksa teruskan hidup walaupun payah. Sampaikan orang kata, aku nampak matang dapat umur sebenar aku. Ya, maybe sebab daripada dulu lagi aku banyak kena uruskan semuanya sendiri. Semuanya.

Aku dah penat. Aku dah alami macam-macam benda sejak aku kecil lagi. Waktu umur 6 tahun, aku kena stay dekat hospital lebih kurang setahun juga. Doktor kata,jantung aku ada problem. Aku terpaksa dibedah. Sampaikan doktor cakap,aku memang dah tak ada harapan untuk hidup. Ibu dah hampir mengalah, tapi dia tahu aku kuat. Akhirnya tanpa disangka, aku kembali hidup macam kanak-kanak normal. Macam miracle. Apa yang berlaku dekat aku hanyalah 1 dalam 1000 kes. Aku beruntung sangat. At least aku ada dengan ibu waktu abah meninggal. Sedikit sebanyak aku dapat temankan dia.

Ring ring ring

Telefonku terus berbunyi beberapa kali. Panggilan daripada ibu.

"Assalamualaikum,Bella. Ibu minta maaf. Harini ibu kena oncall. Jadi,ibu tak balik rumah malam ni. Is that okay for you?"aku mematikan diri. Aku perasan. Makin lama, hubungan aku dengan ibu makin jauh. Aku rasa macam aku bukan siapa-siapa bagi dia. Aku bukan nak merengak macam budak kecil bila ibu dia tak belikan ais krim. Aku cuma nak rasa kasih sayang daripada seorang ibu macam orang lain. Aku teringin nak rasa disayangi dan dihargai. Ibu dah tak sayang aku ke?

"Bella? Are you still there?"tiba-tiba, air mataku mengalir tanpa disangka. Aku mengesat ia perlahan. Badanku mula bergetar perlahan.

"Yup,Im okay. Ibu,Bella nak tidur. See you tomorrow,"aku terus mematikan telefon. Panggilan daripada ibu terus aku letak tanpa sempat ibu membalas apa-apa. Kurang ajar ke aku? Aku bukan sengaja. Aku cuma sedih. Kenapa hidup aku selalu menyedihkan. Sudahlah kawan pun tak ramai. Hari-hari,aku terpaksa habiskan masa dengan buku dan telefon. Nak mengadu pun, bukan ada yang nak dengar.

Dengan air mata yang masih mengalir,aku mencapai sweater pink yang dibeli abah dan disarungkan ke tubuh. Rambut disanggul. Telefon dicapai. Selepas melihat jam menunjukkan pukul 8.15 malam,aku terus bergerak perlahan ke arah taman tidak jauh daripada rumah sambil menikmati suasana malam yang menenangkan.

Sampai sahaja di hadapan tasik kecil itu,aku terus duduk memeluk lutut di atas rumput. Kalaulah hidup aku macam ni. Tenang je. Tak ada masalah pun. Tapi semuanya sekadar angan-angan yang takkan berlaku pun. Mana ada manusia yang dapat hidup tenang je. Hari-hari akan ada je masalah yang timbul.

Air mataku kembali jatuh ke pipi. Aku tak mampu nak tahan lagi semua beban yang aku tanggung selama ni. Akhirnya aku lepaskan dengan tangisan. Dalam asyik melayan perasan,aku dapat menangkap bunyi suara lelaki ketawa yang tidak jauh daripada tempat aku duduk. Bukan seorang tapi lima orang.

"Hai,awek. Buat apa sorang-sorang kat sini? Nak abang-abang temankan?"soal salah seorang daripada mereka. Dia terus mendekati aku. Aku terus bangun dan berlari. Tapi,dia lebih pantas.

Dia menarik tanganku kasar ke arah mereka berlima. Peluhku sudah mula membasahi seluruh tubuhku. Dalam hati,aku berdoa supaya aku bukan mangsa mereka malam ni. Aku takut. Aku mula menangis. Mereka ketawa lagi.

"Alolololo,jangan nangis sayang. Abang taknak duit sayang pun. Abang cuma nak..."aku menjerit kuat. Cepat-cepat dia menutup mulutku dengan sebelah tangannya. Dia memandang dalam mataku.

"Jangan menjerit. Kalau kau menjerit, lagi aku rasa terliur nak rasa kau malam ni,"air mataku masih tidak dapat ditahan. Kenapa ada lelaki kejam dalam dunia ni. Kalau dah gatal sangat, kahwinlah. Kan senang.

"Tolong lepaskan saya. Saya boleh bagi duit tapi please jangan buat apa-apa,"aku mula merayu kepada lelaki yang berkulit putih. Rambutnya diikat rapi.

"Hahahaha, duit dengan kau? Mana boleh aku pilih duit. Aku lebih nakkan kau daripada duit tu. Alah sikit je,lepas kitaorang puas,kitaorang lepaskan kau,"dia mencubit manja pipiku.

"Weh,aku rasa dia ni macam tak hebat ah. Cari orang lain ah jom. Tak menaikkan nafsu aku doh!"kepalanya terus diketuk kuat.

"Bodoh. Dah dapat pun nasib. Kau kalau taknak,kau boleh blah. Biarkan aku sorang je layan dia!"sedang mereka bergaduh sesama sendiri, aku cuba melepaskan diri. Selepas mereka bertumbuk,aku terus berlari sekuat hati.

"Weh,kejar. Kaulah punya pasal ni. Bodoh! Cepat,jangan bagi dia terlepas macam tu je!" makin laju aku berlari sehinggalah aku terlanggar seseorang. Aku terjatuh di atas badannya.

"Aduh,takde mata ke?!"aku memegang kepalaku. Penglihatanku mula kabur. Dalam samar-samar,aku dapat melihat lima orang lelaki yang cuba merogolku tadi semakin dekat. Akhirnya,duniaku terus menjadi gelap dan kosong.

------

Aku sedar-sedar sahaja, aku sudah berada di tempat yang cukup asing. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Kelihatan seorang lelaki sedang membelakangiku. Dia sedang termenung mengahadap tingkap. Aku tak dapat mengagak siapa lelaki tinggi lampai tu. Aku cuba untuk bangun tapi kaki dan lenganku terus terasa berdenyut. Aku mengaduh sakit.

"Eh,kau dah sedar,"lelaki berkulit putih pucat itu terus bergerak ke arahku. Dia memandang wajahku seketika sebelum terus keluar daripada bilik. Matanya yang agak sepet meningatkan aku pada Farhan. Tapi,mata Farhan lagi sepet. Sepet sangat. Apa khabar agaknya dia? Hm.

Dia kembali masuk ke dalam bilik tersebut bersama seorang doktor dan nurse. Doktor perempuan yang memakai tag nama 'Dr.Sofie' terus memeriksa keadaanku. Dia berbisik beberapa saat dengan lelaki tersebut sebelum dia memandangku sambil tersenyum manis.

"Actually,luka awak tak teruk. Nasiblah Dr.Daniel dah selamatkan awak. Kalau tak,saya tak tahu apa yang akan jadi dekat awak. By the way,awak anak Dr.Marliana kan?"air mataku terus mengalir laju. Cepat-cepat aku kesat dengan lengan baju. Aku taknak orang tengok aku sebagai perempuan lembik.

"Terima kasih. Saya hargai sangat-sangat. Haah. Macam mana doktor kenal?"aku memandang lelaki tersebut dengan doktor Sofie bersilih ganti.

"Tadi lepas dia dapat tahu awak masuk hospital,dia terus datang sini. Dia risau sangat. Tapi,dia terpaksa pergi sebab nak tengok patient. Tapi nanti dia datang balik jenguk awak,"aku hanya mendiamkan diri. Ingatkan dah tak sayang. Ya Allah,apa yang aku merepek ni? Aku dah banyak buat dosa dengan ibu.

"Bila saya boleh balik? Saya nak rehat dekat rumah je"

"Esok. Nanti ibu awak akan uruskan semuanya. Buat masa sekarang,rehat dulu. Jangan banyak bergerak. Jangan fikir sangat. Nanti lain pula jadinya. Oklah,saya minta diri dulu,"sebelum dia keluar,dia berbisik lagi sebelum lelaki itu mengangguk perlahan. Sekarang,hanya tinggal aku dengan doktor muda itu sahaja.

"Kau okay tak?"soalnya acuh tak acuh. Matanya memandangku tajam. Dah apahal pula dia ni. Daripada tadi aku perasan,dia asyik pandang aku macam tu je. Sampaikan waktu doktor Sofie cakap apa pun aku tak dengar. Tak boleh nak fokus langsung.

"Okay. Terima kasih,ye,"daripada tadi,hanya itulah yang mampu dikeluarkan daripada mulutku. Aku sangat bersyukur, aku langgar dia tepat pada masa. Kalau tak, rasanya aku dah hilang semuanya.

"Ye. Boleh tak kau jangan asyik ulang benda sama?"aku tersenyum lebar. Mesti dia rasa menyampah.

"Hehehe. Awak pergilah balik. Mesti penat," dia mengangguk perlahan. Telefon pintarnya di atas kerusi dicapai lalu di terus melangkah keluar. Aku memandang pintu bilik itu lama. Nampak sangat dia tak suka aku. Kenapa cara dia macam taknak pun tolong aku? Ke dia rasa aku dah susahkan hidup dia?

"Oh lupa. Aku ada sediakan nasi dengan air dekat atas meja tu. Makanlah. Nanti sakit lagi lepastu menyusahkan aku. Bye,"dia terus menutup pintu kembali sebelum sempat aku membalas apa-apa. Aku memandang nasi kosong dengan sup ayam di atas meja kecil sebelah katil. Ada terselit nota di dalam dulang berwarna putih itu.

Get well soon. Nanti aku ganti balik sweater pink kau tu ;)


Aku tersentak. Kenapa dengan sweater yang abah bagi tu? Apa dah jadi? Dahlah tu je satu-satunya kenangan aku dengan abah. Takkan dia buang kot? Kenapa dia buang? Aku terus menarik selimut menutupi seluruh badanku. Aku menangis sepuas hati. Entah kenapa, aku rasa banyak betul air mata aku yang dibazirkan harini. Semoga hari esok seribu kali ganda lagi baik daripada hari ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience