BAB 15

Romance Completed 53074

When one door closes, another opens. But we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one that has opened for us-Alexander Graham Bell

Aku menolak badannya kasar. Dia mengecilkan matanya.

"Apa benda ni? Sanalah. Nanti orang nampak!"

"Takde orang pun. Bilik ni bukan ada apa-apa pun. Takde siapa dah pun yang nak masuk bilik yang tak berisi ni,"dia mengunci pintu. Langkahnya diatur kembali mendekatiku. Dadaku mula berdebar.

"Blahlah. Aku nak keluar. Banyak lagi kerja nak kena buat!"aku berlari ke arah pintu.

"Nak ke mana?"

"Aku nak keluar!!"

"Aku tak habis cakap lagi. Aku belum tanya lagi soalan aku dekat kau,"aku menarik nafas dalam.

"Cakaplah cepat. Aku nak keluarlah."

"Kalau aku taknak kau keluar?"

"Boleh tak jangan paksa aku? Aku nak keluar. Tolonglah!"

"Taknak!"

"Lepaslah!!"aku menarik lengan bajuku. Dia tidak mahu kalah. Makin ketat lengan bajuku dipegang.

"Jangan paksa aku berkasar dengan kau!"aku menolaknya lagi. Tanpa menunggu lama, dia menarik lengan bajuku sehingga terkoyak. Aku terkedu. Dia kenapa ni? Jangan dia terfikir benda mengarut sudahlah.

"Habis baju aku. Kau apahal ni? Jangan buat apa-apa eh? Aku jerit nanti!"

"Jangan risau. Baju kau murah je kan? Aku boleh ganti berpuluh-puluh baju pasar malam macam tu."

"Hina ke pakai baju pasar malam?"

"Aku tak cakap pun. Kau yang buat spekulasi sendiri,"aku menarik bajuku kasar. Aku melangkah jauh daripadanya. Matanya masih memandang tepat pada wajahku.

"Dahlah. Bolehlah lepaskan aku?"

"Jawab soalan aku. Kenapa kau mengintai? Bukan ke kau banyak kerja? Aku bagi kerja dekat kau kan tadi? How? Dah siap?"aku menggigit bibir bawah.

"Belum. Tadi, Wafa yang ajak. Aku ikut jelah ingatkan dia nak tunjuk apa. Sorry,"dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Aku menelan liur lagi.

"Kenapa kau susah sangat kau nak ikut cakap aku? Tak boleh ke kau buat je benda yang aku suruh buat tu diam-diam?"soalnya dengan suara yang makin mendatar. Tiada sedikit pun senyuman yang terukir di bibir merah jambu itu.

"Sorry. Aku tak buat macam tu dah lepas ni."

Kami berdua mendiamkan diri. Dia masih memandangku tidak henti. Apa agaknya yang ada dalam fikirannya sekarang? Tertanya juga

"Weh, pernah tak ada orang cakap kau comel?"aku menggeleng dengan kerutan pada kening. Dia tersengih.

"Patutlah. Sebab kau memang tak comel pun!"dia menjelir lindahnya kepadaku lalu ketawa kuat. Aku menyepetkan mataku. Kecil besar kecil besar je aku tengok mamat menopause ni.

"Kalau takde benda nak cakap boleh tak diam? Lepaskan aku. Aku nak keluar!"

"Boleh. Tapi, lepas kau..."wajahnya semakin rapat dengan wajahku. Aku menelan liur.

"Lepas kau bagi aku..."aku dapat merasakan hembusan hangat nafasnya pada wajahku. Dadaku semakin berdebar.

"Kau bagi aku ciu..."aku terus menolak badannya kasar sebelum terus keluar dari bilik tersebut. Aku dapat mendengar ketawa kuat lelaki itu.

Peluh sudah mula membasahi dahi. Aku cepat-cepat mencari Wafa untuk pulang bersama. Sebelum balik, aku cuba mengelakkan diri daripada berjumpa dan melihat wajah Daniel. Aku masih malu dengan kejadian tadi. Mujurlah dia tidak sempat melihat pipiku yang memerah selepas diusik olehnya tadi. Aku tersenyum lebar.

------

Sebaik sahaja mendapat call daripada Kak Zai, aku terus mencapai blouse pink dan seluar slacks biru tua. Rambut panjangku dijalin kemas. Beg tangan berwarna hitam dicapai. Setelah memberitahu ibu, aku terus menghidupkan enjin kereta. Mujurlah hari ini aku dapat cuti memandangkan semalam aku mengambil EL kerana senggugut yang teruk. Hari ni, tak ada siapa boleh ganggu aku dengan Kak Zai.

Sampai di restoran mamak yang dicadangkan Kak Mas, aku mencari tempat duduk kosong. Memang penuhlah tempat itu memandangkan sekarang merupakan waktu lunch. Aku menarik kerusi. Sementara menunggunya, aku terus memesan makanan dan minuman untuk kami berdua.

"Lama tunggu?"sapanya yang manis bertudung blink blink. Kerusi di hadapanku ditarik dan diduduki. Aku menggeleng dengan senyuman lebar.

"Baru juga saya sampai,"dia membetulkan tudung bawal yang dipakainya.

Teringin juga nak berhijab macam ni. Tapi, aku masih belum ada rasa mahu menutup apa yang patut. Sejak dahulu, ibu tidak pernah bising dan memaksa untuk aku memakai tudung. Abah juga begitu. Tapi, selepas abah meninggal, aku terasa bersalah. Abah yang akan menanggung dosa ibu dan aku. Sampai bila aku nak bebankan abah di sana? Ya Allah, aku bukan anak yang solehah.

Dadaku dipandang sekilas. Patutnya, dada ini yang ditutup. Bukan didedahkan kepada orang bukan mahram. In Shaa Allah, suatu hari nanti aku akan berubah. Aku selalu berdoa agar Allah bukakan hati ini. Bila terbit perasaan ikhlas, aku akan berhijab juga. Kak Zai memandang pelik. Dia mencuit lenganku.

"Apahal ni? Senyap ja. Kak Zai nak tanya something. Jangan marah nah?" lambat-lambat aku mengangguk. Dia menarik nafas dalam.

"Bella ada apa-apa ka dengan Doktor Izzul tu? Korang berdua nampak macam rapat ja. Curious cheq,"aku memandang wajahnya lama.

Seriuslah? Kenapa dia perlu rosakkan mood aku dengan nama tu? Aku cuti ingatkan bolehlah buang sekejap nama tu daripada ingatan. Ada juga orang yang duduk sibuk-sibuk seru nama mamat menopause tu.

"Ah? Kenapa tanya macam tu?"

"Bukan. Kami tengok Bella dengan Doktor Izzul tu macam mesra ja. Ada apa-apa ka? Girlfriend dia ka?"aku mengangkat kening. Girlfriend? Bukan ke dia dah ada isteri? Kenapa pula tiba-tiba tanya soalan ni? Takkanlah sku nak rampas suami orang!

"Apa Kak Zai merepek ni? Dia kan dah ada isteri. Buat apa saya nak jadi girlfriend kepada suami orang. Macam-macamlah!"Kak Zai membeliakkan mata bulatnya.

"Tak silap Kak Zai dia tak kahwin lagi. Tapi tak taulah sebab dia tak pernah cerita hal perbadi dia dekat orang lain."

"Takdelah Kak Zai. Tak baiklah. Mesti dia dah kahwin."

"Tapi kenapa dengan Bella ja dia bercakap padahal dia sebelum ni tak pernah ramah macam tu dengan mana-mana perempuan tambah-tambah dengan doktor baru? Kami ingatkan Bella dengan dia ada affair ka apa. Alah, kalau dia dah kahwin pun, lelaki boleh kahwin empat! Hahaha jadi betuilah kau orang dua takda apa?"aku menggeleng.

"Apa Kak Zai merepek ni? Betul! Daniel den..."aku menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangan. O,o. Ei, mulut ni tak boleh cover betullah.

"Daniel? Sure ka belum pernah kenal dia sebelum ni? Rasanya orang yang rapat dengan dia ja panggil Daniel,"aku menggeleng laju.

"Tak, saya teringat kawan saya nama Daniel. Tersasul. Sebab muka Doktor Izzul dengan Si Daniel tu hampir sama. Hahaha, tersasul pula. Eh, makanlah. Saya lapar dah ni,"aku membaca basmallah sebelum menyudukan nasi ke dalam mulut. Fuhh, nasib tak kantoi. Nasib boleh cover lagi.

"Oh ya. Kak Zai lupa pula nak sampaikan pesanan doktor Izzul. Dia suruh Bella jumpa dia esok. Jumpa lepaih ja sampai hospital. Dia ada benda nak cakap katanya. Jangan lambat sebab..."Kak Zai memandang ke atas untuk mengingati kembali pesanan tersebut. Aku mengangguk sambil mengelap mulut dengan tisu.

"Then?"

"Ah! Dia kata kalau dia tahu Bella ada pergi mana-mana sebelum pergi jumpa dia, tahulah apa dia nak buat nanti. Ah lagu tulah katanya," aku menelan liur.

Apa yang dia nak buat lagi? Ei, sejak perkara dua hari lepas, aku masih malu untuk bertemu dengannya. Lelaki itu bukan boleh jangka. Perkara gila pun mungkin juga dia sanggup buat untuk puaskan hati dia dan sakitkan hati aku.

"Dia cakap macam tu?"Kak Zai mengangguk laju.

"Dia tu asyik nak cari pasal dengan Saya je. Apa masalah dia pun saya tak tahu!"aku menyedut air yang masih berbaki.

"Agaknya, dia suka Bella kot!"aku tersedak. Kak Zai sudah kecoh. Dia bangun dan terus menepuk perlahan belakang badanku.

"Ya Allah. Minumlah leklok. Kan dah tersedak. Macam budak kecil,"aku terbatuk-batuk.

"Okay?"aku mengangguk sambil meneguk air masak.

"Terima kasih Kak Zai,"dia duduk kembali selepas sudah memastikan bahawa aku sudah okay.

"Lupa nak tanya tadi. Kak Zai cuti ke hari ni?" aku ketawa selepas dia membuat riak muka yang menggelikan hati.

"Dah panaih bontot duduk sini baru nak tanya. Ha lah. Takkan ponteng pula dah,"jam pada pergelangan tangan dipandang. Sudah pukul 2 petang.

"Okaylah. Kak Zai nak pergi pejabat pos pula ni. Thank you, Bella. Sebab sudi keluaq dengan Kak Zai hari ni,"aku mengangguk. Tangannya disalam.

"Takpe. Jumpa esok. Assalamualaikum!"

"Okay,Waalaikummussalam,"dia berlalu pergi. Selepas menghabiskan air minuman, aku mencapai beg di kerusi sebelah.

Saat itu, mataku terpandang seorang lelaki yang cukup aku kenali itu. Dia sedang berjalan memandang ke bawah mendekati restoran tersebut. Cepat-cepat aku berlari menyorokkan diri. Dia sedang memimpin tangan seorang budak perempuan. Aku tertanya-tanya, siapa agaknya budak perempuan yang ada dengannya itu?

Nak kata anak buah, dia anak sulung. Takkan adiknya sudah berkahwin sedangkan dia baru sahaja tamat sekolah beberapa tahun lepas. Mungkinlah kot anak saudara lelaki itu. Aku berjalan menghampiri keretaku.

"Bella?"aku terpaku selepas disapa oleh suara itu. Aku memusingkan badanku ke arahnya. Dia tersenyum manis. Aku memandang lelaki dan budak perempuan itu bersilih ganti.

"Sihat?"aku menyoalnya. Dia ketawa.

"Nampak macam I tak sihat ke? You, sihat? Makin cantik I tengok. You dah kahwin? Dah berpunya?"aku tersenyum tawar.

"Hm, alhamdulillah. Makin kurus. Ingatkan you sakit. Tak. I still single,"dia ketawa lagi.

"Busy kerja. Tak sempat nak makan. Lepas ibu I meninggal tahun lepas, I mula sibukkan diri."

"Ibu you dah meninggal? Inalillah. I tak tahu," aku menyampuk sebelum dia dapat menghabiskan kata-katanya.

"Takpe. Boleh tak kita duduk sekejap. I nak berborak sekejap je,"aku memandang jam tangan lagi.

"Sorry, I can't."

"Please, Bella. Sekejap je. I janji,"akhirnya aku setuju juga.

"Anak buah you?"

"Erm..."

"So, anak buah you ni nama siapa?"aku memicit pipi budak perempuan yang dipanggil Yaya itu.

"Nama dia Jannah. Bella, actually dia bukan anak buah I. Dia, anak I,"aku terus memandang wajahnya. Badanku terasa membeku. Anak? Anak Farhan?

"Jap, you dah kahwin?"dia menunduk memandang meja.

"I tak kahwin pun,"mataku terbeliak. Aku memandangnya tidak percaya.

"Maksud you..."

"Yes. Dia anak luar..."
"Dengan siapa?"Farhan mengenggam erat tanganku. Aku menarik tanganku daripada genggamannya.

"Dengan perempuan yang you nampak dekat mall lima tahun lepas tu. Nama dia Rachel. Dia bukan orang Islam. I dengan dia, kitaorang terlanjur. Lepas tu, I dapat tahu dia pregnant. I memang dah rancang nak kahwin dengan dia. Alhamdulillah dia sempat convert tapi, waktu dalam perjalanan nak ke hospital, kitaorang accident. Dia meninggal. Nasib anak I selamat. Lepas ibu tahu, ibu pula pergi. I kena heart attacked,"aku mendengar dengan hati yang tidak percaya.

Lelaki yang aku sangka kuat agama ni boleh terlanjur? Sungguh aku tak sangka. Teragamam seketika. Aku memandangnya lama. Dia hanya tertunduk. Aku nampak ada titisan air yang sudah gugur daripada matanya. Jauh di sudut hati, aku sedih. Aku sedih dengan hidup Farhan. Mesti dia menyesal dengan apa yang berlaku.

"I, I menyesal Bella. Kalau dulu I setia dengan you, mesti kita dah bahagia. Mesti ibu tak kecewa dengan I."

"Jangan cakap macam tu,please! Ni semua takdir. Memang jodoh you bukan dengan I mungkin. Sebab tu semua benda ni berlaku."

"Mungkin. Tapi, lepas I ada Jannah, I nampak hikmah di sebalik semua ni. I syukur, ada juga orang yang ada dengan I bila I sedih, happy. At least, ada orang temankan I. Lagipun, mungkin ni balasan Allah dekat orang macam I. I tak hargai you. I sakitkan you. I memang menyesal Bella. I minta maaf,"air matanya mengalir lagi.

Jannah memeluk erat tubuh Farhan. Sejuk hati melihat budak perempuan itu. Mukanya seiras dengan Farhan. Cuma, tubuhnya agak kecil molek. Mungkin sama dengan arwah ibunya. Kesian. Kecil-kecil lagi sudah tiada ibu. Tiada kasih sayang daripada seorang ibu.

"Shuu. You, I dah lama maafkan you. I dah tak simpan perasaan apa-apa. Dah takde perasaan benci ataupun marah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya you dah insaf. I happy tengok you sekarang,"dia mengesat air matanya. Tubuh Jannah dipeluk penuh kasih sayang.

"Cuma, you kena makan banyak sikit. Nampak kurus sangat. And please, jangan busy sangat. Kesian anak you,"dia tersenyum memandangku.

"Sayang juga you dekat I,kan?"aku menjeling. Dia ketawa.

"Eh, please. I kan doktor. Dah terbiasa nasihat orang macam ni. Jangan nak memandai!" dia ketawa semakin kuat. Aku turut ketawa. Rambut Jannah diusap lembut. Comel. Farhan tersenyum melihat kelakuanku itu.

"I nak minta tolong you boleh?"aku mengangguk.

"Minta tolong apa? Tengoklah. Kalau I boleh tolong, I tolong."

"Tolong bagi I peluang kedua?"aku tersentak sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar daripada mulutnya itu. Kaku. Suaraku bagai sudah hilang dibawa angin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience