If you want to know what a man's like, take a good look at how he treats his inferiors not his equals-J.K. Rowling
"Bella, nak main satu game tak?"
"Game? Game apa?"
"Okay. Nama game ni if you get a chance, will you..."
"Aik. Kenapa aku macam tak pernah dengar je nama game ni?"
"Alah. Kau tu apa tahu. Semua benda kau tak tahu."
Aku menyepetkan mataku. Lengannya dicubit kuat melepaskan geram.
"Auuuch, sakitlah!"
"Hah, padan muka. Nak usik aku sangat kan!"
"Ei. Cepatlah. Nak main tak ni?"
"Mula jelah."
"Okay, aku mula dulu"
"Memang kau kena mula dulu pun. Aku bukan reti main."
"Ye, ye. Diamlah. Bella, if you get a chance, will you be a housewife? "
"Is this a question? Cause I don't know how to answer it."aku membuat muka. Dia menjeling.
"Just answer it. Please be honest."
"Yelah. Nak bergurau sikit pun tak boleh. Aku rasa, tak kot. Aku dah habiskan bertahun-tahun study, takkan end up nak duduk rumah, jadi housewife kot."
Dia mengangguk faham.
"Your turn."
Aku terdiam sejenak untuk berfikir.
"If you have a chance, will you cook for a year for your someone you love?"
"Someone I love? Of course duh! I will do anything for her. Kacang je soalan kau!"
"Awww, such a gentleman!"
Kami ketawa.
"Tak nak mainlah. Bosan!"
"Okay. Ni last. Jawab betul-betul. "
"Hm, okay. Cepatlah tanya."
"Eh. Dia ni!"
"Okat, okay. Go on, "
"Bella, if you get a chance, will you be my queen, and mom of our future children? "
Aku terdiam buat seketika. Liur ditelan. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Daniel, what are you trying to ask? Serius sikit boleh tak?"
"Ya Allah. Aku tak main-main,Bella. Aku serius ni! Daripada dulu, aku cintakan kau. Tapi, sebabkan ego, aku hilang kau. Aku tak nak hilang kau buat kali ketiga, Bella. Aku ikhlas nak memperisterikan kau,"
Aku menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya dipandang lama. Aku tersenyum.
"Then, is this a question too? Because I don't think I can say no to your question."
Daniel membulatkan matanya. Dia memandangku tidk percaya.
"Is it a yes?!"
"Yes!"
Aku mengangguk laju. Daniel terus menjerit kuat. Kami berdua terus ketawa bahagia. Jauh di sudut hatiku, aku terus memanjatkan rasa syukur. Syukur kerana Allah telah menyatukan aku dengannya.
------
Balik sahaja ke rumah, aku terus memberitahu ibu dan Anisa. Mereka tersenyum gembira sambil memelukku sebaik sahaja mereka mengetahui tentang perkara itu.
"Apa?!"Aiman menyoal dengan nada terkejut. Anisa memukul peha suaminya itu.
"Ei, dia ni! Jangan menyibuklah!"
Aiman mencuit hidung kecil Anisa. Aku dan ibu hanya ketawa lucu sebaik sahaja telatah mereka disaksikan.
"Tak, maksud Aiman, Aiman tak sangka Along buka juga hati Along. Kita orang happy dengan keputusan Along,kan?"Aiman memandang ibu dan Anisa. Mereka mengangguk setuju.
"Alhamdulillah. Ibu bangga dengan pilihan Bella. Daripada dulu, ibu suka dengan Daniel tu. Bertanggungjawab orangnya. Baik pula tu."
Aku tersengih lebar. Anisa yang sedang memangku anaknya turut tersenyum menampakkan wajah bahagia.
"So, bila dia nak datang merisik? Dah bincang belum?"Anisa menyoal. Aku menggeleng laju.
"Tak tahu lagi. Along pun belum bincang apa-apa lagi dengan dia. Nanti apa-apa along bgitahu."
"Tak sabar ibu nak dapat cucu baru! "Anisa ketawa kuat.
Aiman berdehem kuat.
"Kalau ibu nak cucu baru, kenapa tak cakap awal-awal? Aiman sedia menurut perintah..."Anisa membulatkan matanya. Peha Aiman ditampar lagi.
"Amboi, budak ni meniarap pun tak reti ada hati lagi eh?"kami ketawa geli hati.
Sungguh aku cemburu melihat hubungan mereka. Walaupun sudah lama bersama, keserasian masih seperti dahulu. Bahagia sahaja. Aku memusingkan badan memghadap ibu. Tangan ibu digenggam erat.
"Ibu...kahwin pun tak lagi. Ibu doakan supaya semuanya lancar, eh?"
Laju ibu memeluk tubuhku erat. Belakang badanku digosok.
"Ibu sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anak ibu. Ibu tahu, dia yang terbaik untuk Bella."
Aku mengangguk mengiyakan. Harapnya begitu. Setelah itu, kami bertiga terus masuk ke dapur sementara Aiman melayani Fikry dan Fatehah.
Sedang memasak untuk makam tengahari, Aiman menjerit namaku kuat dari ruang tamu. Aku mencuci tanganku.
"Apa?"aku melangkah ke ruang tamu. Wajah Aiman dipandang penuh tanda tanya.
"Ni ab..."
"Bella."Daniel melambaikan tangannya ke arahku. Aku tersenyum malu.
"Eh, kenapa datang tak bagitahu?"dia menggaru kepalanya.
"Er, okay. Aiman gerak dulu."
"Ok, thank you Aiman."
Aiman mngangguk dan berlalu pergi sambil membawa Fatehah bersamanya.
"Tadi aku call kau, tapi kau tak angkat. Tu yang aku datang. Ingatkan jadi apa-apa,"aku ketawa.
"Ops, sorry. Telefon dekat bilik. Tak dengar,"aku terus menjemputnya duduk.
"No, it's okay. Aku datang nak pastikan kau okay je."
"Auch, so sweet!"mukanya tiba-tiba merah. Aku ketawa lagi. Jarang-jarang dia malu.
"Siapa tu,Bella?"
Kami memandang ke arah ibu. Ibu tersenyum lebar.
"Eh, Daniel. Alang-alang dah ada dekat sini, eloklah kita makan sama-sama sekejap lagi."
"Eh, takpelah, auntie. Saya nak kena gerak dah ni. Buat susah je. Lain kalilah."
"Apa yang susahnya. Lagipun makanan dah nak siap ni."
"Bu, biarlah dia balik..."ibu mencubit lenganku. Aku mengaduh sakit.
"Sakitlah,bu!"Daniel sudah menahan ketawa. Aku menjeling ke arahnya tidak puas hati.
"Hah,tulah. Buat lagi perangai macam tu dekat tetamu. Kan tak elok tu. Dia tu bakal suami Bella, kan?"aku mengangguk akur. Daniel masih tersengih. Sakit pula hati aku pandang mukanya.
"Dah. Pujuk dia makan sini. Kalau tak, siaplah!"ibu membisik ke telingaku sebelum melangkah ke dapur semula. Aku mengetap bibir.
"Suka sangatlah!?"Daniel terus ketawa kuat.
"Haruslah. Bukan selalu boleh tengok orang tu kena marah,"aku terus melayangkan penampar ke lengannya. Dia mengaduh sakit sambil menyambung tawanya lagi.
"Awww, sakitlah sayang..."
Aku membulatkan mata. Serta-merta pipiku mula bertukar kemerah-merahan.
"Sukalah tu kan orang panggil dia sayang?"aku menyepetkan mata. Lengannya dipukul lagi beberapa kali.
"Ei, benci betullah dia ni!!"aku terus melangkah pergi dari situ untuk membancuhkan air untuknya.
"Yeah, love you too!"Daniel menjerit kuat. Aku tersenyum sendiri. Perlahan-lahan dapat aku rasakan hati ini sedang berbunga-bunga.
Selesai makan, kami terus mempersiapkan diri untuk solat berjemaah. Daniel mengimamkan solat zohor pada tengahari itu. Bacaan al-Quran yang dibacakan sungguh merdu sekali. Suaranya mengingatku kepada suara lelaki di surau HKL suatu ketika dahulu. Sungguh aku jatuh hati dengan suara itu.
Ops, mungkin ke lelaki itu sebenarnya Daniel? Suara mereka memang mirip. Merdunya, kelembutannya, Masha-Allah. Jika betullah suara itu kepunyaan Daniel, aku adalah wanita yang paling beruntung. Hatiku semakin berbunga.
Jauh di sudut hati, aku bersyukur dengan semua aturan Allah untuk hidupku ini. Indahnya perjalanan ini hanya aku yang dapat rasakan. Walaupun perjalanan ini akan berakhir juga suatu hari nanti, namun aku bersyukur. Bersyukur dengan semua kejadian yang berlaku dalam hidupku.
Farhan, Yaya, Izatul, termasuklah Daniel, semuanya adalah anugerah Allah untukku. Anugerah yang paling berharga dalam hidupku. Kehadiran mereka telah melengkapkan hidupku.
Tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya air mata mengalir jatuh juga. Ibu memeluk badanku untuk memberikan sedikit sokongan.
"Ibu?"aku menyoal setelah selesai solat dan bacaan doa. Kini, tinggal aku dan ibu sahaja di dalam bilik itu. Ibu memandangku lama.
"Bella nak pergi sana sekejap boleh?"aku mengangguk lemah.
Aku terus memeluk ibu erat. Ibu mengusap lembut belakang badanku.
"Bella rindukan dia orang ibu. Bella rindu Farhan, Bella rindu anak-anak Bella..."
"Bella, ibu faham. Ibu faham sebab ibu dah pernah rasa macam mana sakitnya bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Bella kena kuat. Kuat untuk ibu, untuk Nisa dan untuk Daniel."
Lama kami menyepikan diri. Air mataku makin lebat mengalir.
"Betul ke apa yang Bella buat ni, bu?"
"Bella sayang Daniel?"
"Sayang, bu."
"Then, what are you waiting for?"
"Bella cuma takut. Bella bersalah. Bella rasa macam Bella curang dengan arwah Farhan..."
"Apa cakap macam ni? Ibu yakin. Ibu yakin kalau arwah Farhan ada lagi, dia mesti nak yang terbaik untuk Bella. Dia mesti nak tengok Bella bahagia."
Aku menutupkan mataku lama. Betul kata ibu. Aku patut bahagia. Aku berhak bahagia.
------
Selepas melawat pusara abah, aku melangkah pula dengan penuh berhati-hati ke pusara mereka bertiga. Perlahan-lahan, aku duduk dan membacakan Yasin untuk mereka.
Setelah itu, air mataku terus gugur lagi. Sungguh aku rindukan mereka. Aku rindu memori bersama mereka.
"Farhan, I minta maaf Farhan. I sayang you. You suami yang baik untuk I. Sampai bila-bila you akan ada dalam hati I. You dengan anak-anak kita adalah punca kekuatan I."
Daniel yang berdiri tidak jauh daripada tempat Bella duduk, terus memandang ke tanah. Entah kenapa, dia merasakan Bella masih cintakan arwah Farhan. 'Betul ke di nak kahwin dengan aku? Betul ke dia sayangkan aku?' Dia mahu melangkah dari situ, namun hatinya terasa berat. Bagai ada sesuatu yang masih perlu dia dengar.
"I nak minta maaf. I takkan lupakan you, Farhan. Tapi, I cintakan Daniel. I nak kahwin dengan dia. I datang sini, I nak share benda gembira ni dengan you dan anak-anak kita. I cintakan dia sangat, Farhan..."
"Daripada dulu, I cintakan dia. Tapi, dia tak pernah cakap dia suka I. Sejak kita kahwin, I dah mula sayangkan you. Cuma mungkin, jodoh kita tak panjang. Apa pun, you akan selalu ada dalam hati I. I sayang you. Tapi, I tak boleh nak cintakan you. Cinta I untuk Daniel."
Perlahan-lahan air mata Daniel mengalir. Entah kenapa, dia merasakan bahawa Bella sungguh baik. Perempuan itu sangat mulia hatinya. 'Ya Allah, apa yang aku dah buat dekat dia sebelum ni?'
Share this novel