BAB 30

Romance Completed 52907

Sometimes even the greatest love has to end so your destiny can begin-Mr Nobody

Empat tahun sudah berlalu. Seperti biasa, setiap hujung bulan, aku tidak akan pernah lupa untuk melawat mereka. Merekalah tempat aku mengadu. Walaupun kejadian tersebut sudah lama berlalu, namun kurasakan baru tadi semua itu berlaku. Cepat betul masa berlalu. Tudung yang menutupi rambutku itu digunakan untuk mengelap air mata yang gugur ke pipi.

Aku menyiram pusara mereka bertiga dengan air mawar. Setelah Yasin dibaca, aku duduk sebentar di situ. Bahuku disentuh perlahan. Wajah Anisa dipandang.

"Along, dahlah. Kita dah duduk dekat sini lama dah. Nanti, kita datang lagi,okay?"

"Dah call Aiman?"aku mengesat air mata lagi. Anisa mengangguk perlahan.

"Farhan, I kena balik dulu. Nanti ada masa, I datang lagi. I sayang you sangat,"aku memusingkan badan ke arah pusara Yaya dan anakku bersama Farhan, Izatul. Batu nisan mereka diusap penuh kasih.

"Mama balik dulu, ye? Nanti mama datang lagi lawat Yaya dengan adik. Mama sayang Yaya dengan adik."

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun. Anisa yang masih belum berdiri itu dibantu. Memandangkan perutnya sudah memboyot, agak sukar untuk melakukan semuanya sendiri. Hanya menunggu masa untuk melahirkan si anak.

"Jom?"aku mengangguk lalu melipat tikar mengkuang itu sebelum beredar bersama Anisa.

Aku menoleh kembali ke arah pusara mereka sebelum melangkah lemah. Di dalam kereta, ingatanku kembali pada hari kejadian. Kejadian yang mengubah hidupku 270 darjah.

Pagi itu, sebelum bergerak ke rumah ibu, sikap Farhan tiba-tiba berubah. Dia tersangatlah romantik. Asyik mahu berkepit sahaja denganku. Kami bersiap. Usai menyarungkan pakaian ke tubuhku yang sudah mula membesar itu, aku menyiapkan Yaya yang kelihatan sangat bahagia. Bukannya tidak selalu ke rumah ibu. Mungkin ada sesuatu yang menarik sedang menunggu.

Saat itu, aku sudah mula menyayangi Yaya seperti anak sendiri. Aku sudah merasakan bahawa aku adalah ibu yang melahirkannya. Perasaan cinta akan Farhan juga sudah makin mekar.

Namun, semuanya berubah selepas kereta yang dipandu Farhan terbabas. Brek tidak makan. Waktu itu, aku berada di tempat duduk belakang. Yaya dan Farhan tidak dapat diselamatkan. Walaupun mereka sudah pergi, anakku yang berada di dalam kandunganlah yang menjadi pembakar semangat untuk kekal tabah.

Aku meneruskan hidup seperti biasa walaupun tiada lagi suami di sisi untuk menemani. Alhamdulillah, ibu dan Anisa sentiasa menyokongku. Wafa sentiasa berada di sisiku. Izzah juga begitu walaupun dia mempunyai keluarga untuk diuruskan. Nadia juga ada menjengukku walaupun tidak kerap. Aku sudah menganggap Nadia dan Ish macam adik sendiri. Merekalah manusia yang sentiasa ada bersamaku. Saat aku lemah dan saat aku jatuh.

Sebulan kemudian, aku melahirkan Izatul dengan selamat. Enam bulan aku menjaganya penuh kasih sayang. Walaupun aku sibuk dengan kerja, namun tidak pernah sesaat pun aku lupa akan anak kecil itu. Anak hasil daripada kasih sayang aku dan Farhan. Alhamdulillah, dia membesar dengan sempurna. Kasih sayang ayah belum pernah dirasai. Namun, aku yakin, dia mampu hidup dan menjadi seseorang yang kuat. Macam aku.

Panggilan daripada ibu membuatkan dunia aku gelap. Aku tidak mampu berdiri lagi. Lututku terasa lemah sebaik sahaja ibu memberitahu Allah lebih sayangkan Izatul. Ibu mana yang tidak sedih saat anak yang dikandung dan dilahirkan meninggal? Dialah satu-satunya semangat aku selepas Farhan dan Yaya pergi selamanya daripada hidupku. Hanya Allah yang tahu perasaanku ketika itu.

Hari demi hari berlalu. Aku terpaksa reda dengan ketentuan Allah. Sekurang-kurangnya, aku masih diberi peluang untuk merasai pengalaman mengandung dan melahirkan anak. Anak yang berkongsi segalanya bersamaku selama sembilan bulan. Masih ramai lagi yang tidak berkesempatan untuk merasai semua itu.

Sehinggalah Hari ini, empat tahun mereka meninggalkanku buat selamanya, aku masih setia melawat mereka. Tidak mungkin akan kulupakan segala kenangan dan memori indah bersama. Biarlah mereka hilang daripada pandangan, namun mereka tak akan pernah hilang daripada hati dan ingatan.

"Along?"

"Along!!"jeritan Anisa membuatkan aku sedar daripada anganku sendiri. Dia yang duduk di tempat duduk hadapan dipandang.

"Along ingatkan apa tu? Nisa panggil banyak kali tak menyahut,"aku ketawa. Kepala digaru walaupun tidak berasa gatal.

"Sorry, Nisa. Kenapa?"

"Kita orang nak berhenti dekat restoran depan tu. Nisalah mengidam sangat nak makan ikan keli sambal dekat situ. Along nak apa-apa ke?"Aiman kelihatan menjeling ke arah Anisa yang sudah mencebikkan mulutnya.

"Hm, takpelah, Aiman. Along dah kenyang. Lagipun, lepas ni along kena pergi hospital terus. Makan dekat sana jelah,"Aiman mengangguk laju.

"Kalau along dah kata macam tu. So, kita beli untuk ibu jelah kan, yang?"Anisa mengangguk seraya memasukkan asam yang berada di tangan ke dalam mulut dengan begitu selera sekali.

Teringat kenangan sewaktu aku sedang mengandungkan Izatul. Apa yang aku minta, pasti Farhan carikan. Bahkan, dia sanggup ke Terengganu semata-mata mahu mendapatkan satar ikan. Aku tersenyum sendiri walaupun perkara itu sudah lama berlalu dan tak mungkin akan berulang lagi.


------

"Assalamualaikum, along!!"suara itu menjerit di hujung talian. Daniel menjauhkan telefon daripada telinganya sebelum menjawab salam.

"Waalaikummussalam. Boleh tak jangan jerit-jerit macam tu? Boleh pekak tahu tak?!"Nadia ketawa kuat.

"Padanlah pekak. Along pun bukan muda lagi. Dah tiga puluh tiga tahun kot. Entah bila nak kahwin entah."

"Diamlah budak. Ada apa call ni?"

"Esok kan along balik sini?"

"Sorry. Along balik next week. Sebab boss bagi berhenti jumaat ni. Kalau tak takde gaji. So, kena tunggulah,"Nadia mengeluh.

"Alah! Kata nak pergi rumah nenek kan?"lama Daniel mendiamkan diri.

"Macam ni. Kau orang dua balik dulu. Nanti along balik sanalah."

"Ei!"

"Please, Nad? Boleh, eh?"

"Okay, okay. Ni, kak ngah pun ada sekali ni. Nak cakap dengan dia?"

"Apa? Er, shuuuuu. Nad, line not too clearlah. Can you call me back? Okay thanks."

Tut tut tut. Talian diputuskan. Nadia mendengus kasar. Masih marah dengan Kak ngah ke? Hm.


------

Aku berlari laju ke arah wad yang menempatkan Anisa dan anaknya yang baru dilahirkan. Panggilan daripada Aiman tadi membuatkan aku ingin melompat kegirangan. Walaupun aku sudah mendapat gelaran mak long sedari dua tahun lalu, namun perasaan gembira masih dirasai. Sedikit sebanyak merekalah yang menggantikan tempat Yaya dan Izatul. Aku sedar aku hanya mak cik mereka. Namun, kasih sayang yang dicurahkan ibarat anak yang lahir daripada rahimku sendiri.

Kerja terpaksa ditangguhkan sebentar. Mujurlah pagi itu kes tidaklah sebanyak selalu. Mungkin Allah sudah merancang yang terbaik. Jika tidak, aku tidak dapat melihat si kecil itu sekarang. Tubuh kecil bayi lelaki itu diambil dan dikendong dengan berhati-hati.

Anisa masih tidak sedarkan diri. Setelah Aiman mengazankan bayi mereka itu, dia terus keluar untuk menguruskan uri bayi. Ibu terpaksa menjaga Fikry di rumah. Tidak mahu mengejutkan anak kecil itu katanya.

Aku duduk di kerusi sebelah katil. Aku mencium pipinya lama. Matanya masih tidak terbuka. Sedari tadi, dia hanya menggeliat kecil. Melihatkan wajah bayi yang sedang berada di pangkuanku itu, membuatkan perasaan rindu akan Izatul membuak-buak dalam diri. Sungguh aku rindu akannya. Aku rindu mahu mengendong dan menyusukannya. Aku tidak sempat mahu melihat dia merangkak, bertatih dan berjalan. Padahal sewaktu mengandung dahulu, aku paling tidak sabar untuk mendengarnya memanggilku 'mama'.

Apakan daya. Aku bukannya Tuhan. Aku hanya hamba-Nya yang kerdil. Hanya mampu tabah dan menerima segalanya. Ini yang sudah tertulis. In Shaa Allah, suatu hari nanti, aku pasti aku berjumpa mereka bertiga di pintu syurga.

Aku terus meletakkannya kembali ke dalam inkubator. Aku mencuit pipinya sebelum melangkah pergi. Senyuman lebar terukir di bibir. Alhamdulillah. Semuanya selamat. Maka, bertambahlah bilangan cucu Nek Marliana.

Hari ini, Anisa sudah dibenarkan pulang. Mujurlah hari ini aku cuti. Jadi, bolehlah meluangkan masa bersama keluarga. Ibu awal-awal lagi sudah memasakkan bubur untuk Anisa. Waktu berpantang, makan juga mesti berpantang. Nanti luka lambat sembuh. Ibu memang akan pastikan anak-anaknya mematuhi setiap larangan sewaktu berpantang. Walaupun rasa terseksa, ada jugalah perasaan syukur dalam diri. Setidak-tidaknya, ada juga orang yang menjaga kami sewaktu berpantang. Makanan juga ibu akan sediakan. Tidak perlu susah-susah. Semuanya pasti akan tersedia.

"Hei, baby mak long ni. Comelnya dia,"aku mencuit pipi gebu bayi yang sedang nyenyak tidur itu. Anisa dan Aiman tersengih.
"Ni, Nisa. Boss dah tahu ke Nisa dah bersalin ni?"Anisa mengangguk laju.

"Nisa dah cakap awal-awal. Along memang tak kerja ke?"

"Kebetulan along memang cuti hari ni. Tapi, kena standby jelah. Kalau ada call daripada hospital, terpaksalah pergi."

"Along, along tak rasa nak..."aku memandang Aiman yang tergagap itu. Anisa sudah mencubit peha suaminya kuat.

"Kahwin maksud Aiman?"lambat-lambat Aiman mengangguk.

"Lagipun, abang Farhan dah lama meninggal. Dia pun ada cakap dengan Farhan sebelum dia pergi dulu. Dia okay je kalau along kahwin lain. Lagipun, along pun berhak bahagia,"aku hanya terdiam. Tiada kata yang boleh dibalas.

Semua yang Aiman kata itu semuanya betul. Tapi, hati aku masih tidak terbuka dengan mana-mana lelaki. Cukuplah Farhan sahaja yang menjadi suamiku. Lagipun, aku tidak berjumpa untuk lelaki yang boleh menggantikan tempat Farhan. Jauh di sudut hati, aku juga mahu bahagia. Mahu membina keluarga sendiri.

Aku tidak menolak jika suatu hari nanti, aku berkahwin. Tapi, mungkin bukan sekarang. Buat masa ini, aku mahu fokus pada kerjaya dan keluarga ini. Cukuplah ibu, Anisa, Aiman dan anak-anak mereka dalam hidupku sekarang.

"Kalau Aiman carikan along calon, nak tak?"aku memandang Aiman lama. Mukanya cuak. Dia serius ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience