BAB 44

Romance Completed 52907

Perhaps one day, they'll understand all the sacrifices she gladly made out of love for them-John Mark Green

"Nad? Ish? A...angah? Macam mana kau orang boleh ada dekat sini?"

"Kenapa abang tak pernah jujur selama ni? Kenapa perlu tipu Bella?"

Daniel membulatkan matanya sebaik sahaja tubuhku dipandangnya. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Sayang? Sayang buat apa dekat sini?"

Tanpa menunggu lama, aku terus berlari dari bilik kecil itu. Air mata terus mengalir laju.

"Sayang? Wait!"

Aku terus berlari sambil memegang perutku erat. Sampai sahaja di lobi, terasa tangannya menarik tanganku kuat. Aku sedaya upaya ingin melepaskan diri daripadanya.

"Lepaslah!"

"Sayang, let me explain everything to you, okay?"

"Bella kecewa selama ni abang tipu tentang perkara ni semua. Abang cakap selama ni mak ayah abang dah tak ada. Tapi apa semua ni? Berapa banyak lagi perkara yang abang rahsiakan daripada Bella? Say it now!!"

"I'm sorry okay? Sayang kena dengar dulu cerita yang sebenarnya. I really sorry. Abang memang nak cakap daripada awal lagi. Tapi ti..."

"Bella tak nak dengarlah semua alasan tu. Let me go!"

"Don't be like this. This is not healthy for you and our baby. Please. I'm begging you."

Aku menarik kasar tanganku daripada genggamannya.

"Please, do at least for our baby."

"Bella kecewa dengan abang!"aku terduduk di kerusi sambil mengesat air mata.

Daniel memeluk tubuhku erat. Dia mengusap lembut badanku.

"Give me some time to explain everything to you. Tolonglah. Please dengar cakap abang, kalau sayang betul-betul cinta dan sayangkan abang dan baby kita,"dia terus mencium perutku lama.

"I'm sorry, baby. I really sorry for doing this to you and mummy."

Aku terus memeluk tubuh Daniel erat. Bajunya ditarik dan digenggam erat.

"Sayang minta maaf. Sebab terlalu ikutkan emosi. it's okay, I will give you some time to explain everything to me later. I love you so much."

Ubun-ubunku dicium lama.

"I promise you I will make things right. I love you more, sayang."

Perutku terasa ditendang. Badanku terhenjut perlahan akibat terkejut. Daniel mula mempamerkan riak cuak.

"What's wrong, sayang?"

"Baby kicking my tummy."

Daniel ketawa senang hati.

"Aww, kenapa baby ni naughty sangat ni? Sian mummy."

Dia mencium perutku lagi.

"Don't do this often, okay?"

Daniel mula bercakap dengan bayi di dalam perutku. Sesekali dia mencuit dan mengusap perutku penuh kasih sayang. Aku mencium pipinya sambil tersengih sendiri.


------

Lima bulan telah berlalu. Hari ini genap 7 bulan aku mengandungkan anakku dan Daniel. Pagi-pagi lagi aku sudah terbangun untuk mandi dan menyediakan sarapan. Setelah mandi, aku terus menyarungkan maternity gown yang dihadiahkan oleh Wafa. Syukur, Wafa memberitahuku dua bulan lepas bahawa dia juga sedang mengandung.

Rambut disanggul tinggi. Perlahan-lahan aku melangkah mendekati Daniel yang masih terbaring di atas katil selepas solat subuh tadi. Katil dipanjat. Pipinya dicium berkali-kali.

"Bangun..."

"Sekejaplah sayang. Awal lagi ni."

"Awal apanya. Dah pukul 9 dah ni, daddy. Sarapan pun dah siap daripada tadi lagi!"

Pantas aku menggigit bibir bawahnya manja. Terus terbuka luas mata sepetnya itu.

"Oh, main gigit-gigit pula eh sekarang! Nak, kena ni!"

Ligat jari-jemarinya menggeletek badanku. Aku terus ketawa kegelian. Tergolek-golek aku dibuatnya.

"Aww, aww!!"

"Kenapa ni? Baby nak keluar dah ke?!"

Aku ketawa pecah. Daniel kelihatan terpinga-pinga.

"Panceng!"

Daniel mengetap bibirnya. Aku terus berlari menyelamatkan diri. Daniel sedaya upaya mengejarku. Akhirnya, dia berjaya mendapatkanku. Tubuhku dipeluk erat. Dia mencium pipiku lama.

"Nampak tak jodoh kita memang berdua?"

"Hm? Tak paham..."

"Yelah. Laju pun sayang lari, abang still dapat tangkap sayang, masukkan sayang dalam pelukan abang. Maknanya, jodoh kita kuat. Sampai bila-bila sayang tak boleh lari jauh daripada abang."

Aku membalas pelukannya.

"Auch. Kenapa tiba-tiba manis sangat pagi ni?"

Dagunya dicuit manja. Dia mengenyitkan mata sepetnya.

"Eh, hari-hari abang sweet, okay. Sayang je tak nampak kemanisan abang!"

"Alololo, busuklah daddy ni. Pergi mandilah."

"Jomlah join sekali..."dia tersenyum meleret.

"Jangan nak mengadalah. Ei, cepatlah pergi. Nanti lambat pula!"

"Kalau macam tu apa kata sayang mandikan abang?"

Aku menyepetkan mata. Geram betul dengan baby tua seorang ni!

"Tak malu!"

"Buat apa nak malu. Sayang bukannya tak pernah tengok abang puny..."aku menekup mulutnya rapat.

"Jangan nak merepek. Cepatlah mandi. Baju sayang dah letak dekat luar almari tu. Lepas siap, turun, sarapan."

"Yela, mummy."

Bibirku dikucup sekejap sebelum dia beredar masuk ke bilik mandi. Aku menggelengkan kepala. Macam-macam perangai.


------

Aku dan Daniel duduk bersama setelah membuat pemeriksaan. Dia menggenggam erat tangan kiriku yang sudah mula terasa sejuk.

"How's it, doctor? Is everything okay?"Daniel menyoal dengan suara yang kedengaran cuak. Doktor perempuan cina itu tersenyum manis.

"Everything's good. Your babies grow up so fast and they look healthy and fine."

"W...what? Babies? That means we'll get twins?"

Doktor itu mengangguk laju. Aku memandang Daniel tidak percaya.

"Alhamdulillah!"Daniel terus mencium perutku lama. Aku mengusap rambutnya lembut.

Sebelum pulang, doktor ada memberikan sedikit tips untuk kami berdua. Tekun betul Daniel mendengar setiap kata-kata yang keluar daripada mulut doktor muda itu. Aku hanya mengangguk faham. Fokusku mulai kurang sejak akhir-akhir ini. Pinggangku juga kerap sakit kerana terpaksa menampung dua orang bayi dalam satu masa.

Mujurlah Daniel sangat memahamiku. Setiap kali mahu pergi dan balik dari hospital, dia akan menghantar dan menjemputku. Katanya bimbang jika terjadi apa-apa sewaktu memandu. Setiap malam juga, dia sanggup bangun untuk memasakkan sesuatu untukku.

Masa berlalu begitu pantas. Pagi itu aku sudah bersiap-sedia untuk ke hospital. Sebaik sahaja aku membuka pintu rumah, perutku terasa sakit. Sakit yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Memandangkan aku pernah mengalami keadaan seperti ini dahulu sewaktu hendak melahirkan Izatul, aku tahu, ini adalah tanda-tanda sebelum kelahiran bayi.

"Abang!!"aku menjerit sekuat hati.

Kelihatan cecair jernih keluar dan mengalir perlahan ke atas lantai.

"Ya Allah sayang!"dengan pantas Daniel mengangkat dan memangkuku ke arah kereta.

"Cepat, bang!"

"Sabar sayang. Banyakkan berzikir, selawat. Mengucap, mengucap."

Sampai sahaja di hospital, aku terus dibawa ke labor room. Daniel meminta kebenaran untuk menyambut anak-anak kami sendiri memandangkan dia tahu serba sedikit mengenai cara untuk menyambut bayi.

Aku memegang tangan Nisa kuat. Kata-kata positif yang datang daripada mulut Daniel membuatkan kekuatanku terasa bertambah banyak.

Setelah bayi pertama kami selamat dilahirkan, badanku mula terasa lemah. Dikuatkan juga diri ini untuk membolehkan anak kecil kami itu melihat dunia. Aku mengeluarkan seluruh tenaga yang masih berbaki. Alhamdulillah, kedua-dua bayi kami selamat dilahirkan secara normal.

Setelah mendengar Daniel mengazankan mereka berdua, mataku terus layu dan terkatup rapat. Perkara terakhir yang dapatku dengar adalah tangisan nyaring mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience