Many people will walk in and walk out of your life but only true friend leave footprint in your heart-Eleanor Roosevelt
Wajahku dioles dengan mekap yang tipis. Aku yang menyuruh jurusolek yang mesra dipanggil Melly itu agar tidak melebih-lebih. Malas mahu menarik perhatian orang. Lagipun yang nak kahwin bukan aku. Tapi, Izzah. Baju labuh berwarna biru muda itu diperbetulkan. Aku memandang Izzah yang ssedang dipakaikan tudung. Berseri-seri wajahnya. Aku tertanya, bilakah aku boleh berada di tempatnya sekarang?
"Bella, ambilkan pin atas meja tu please." Suruh Melly dengan badannya melentok lembut.
Aku hanya mampu ketawa melihat badannya yang lembut kalah sotong itu. Dia menjerit dengan memperdengarkan suara garaunya. Cepat-cepat aku menuruti suruhannya. Seram pula bila dengar suara jantannya keluar.
"Okay, you berdua nampak cantik sangat. This is the best yang I pernah buat. Because what? Because you're special,Zah! I cuma nak you nampak kebabom Harini."
"What about me?"aku menyoal.
"You? Bolehlah. Tapi yang lebih cantik Izzahlah."
"Sebab tu I suruh you make up biasa je. I just don't want to look over than orang yang patut."
"Ei, perasan. Okay, jom. Dah lama diaorang tunggu."
Aku terus membuntuti Melly dan Izzah di belakang. Kami bertiga keluar dari bilik Izzah. Kelihatan ramai tetamu sudah hadir dan menanti di ruang tamu. Sebentar sahaja lagi, majlis akad nikah Izzah dan Fazrul akan berlangsung. Aku terus mengambil tempat di sebelah Izzah di atas pelamin tersebut. Mataku meliar memandang satu persatu wajah tetamu yang hadir.
Selepas doa dibaca, Fazrul datang menghampiri kami berdua. Tiba masanya untuk upacara pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin. Aku pula yang sebak sebaik sahaja Izzah sah menjadi isteri kepada lelaki yang sudah 7 tahun dikenalinya itu. Akhirnya, mereka disatukan oleh ikatan perkahwinan yang sah. Sewaktu sesi bergambar, aku dapat melihat sosok tubuh seseorang yang sudah lama aku tidak temui. Dia sedang berdiri membelakangiku.
Aku melangkah mengampirinya. Aku dapat rasa itu memang dia.
"Ezmir!"dia terus memalingkan badannya menghadapku. Aku terkejut melihat wajahnya yang sudah berubah selepas lima tahun tidak bertemu.
"Hani.."aku rindu dengan suaranya dan panggilan yang diberikan olehnya kepadaku. Dia terus memeluk erat badanku. Aku terus kaku di situ.
"Mir rindu Hani."air mataku terus gugur tanpa sempat diseka. Aku dapat merasakan bajuku basah. Pasti dia menangis.
"Hani pun. Rindu sangat. Macam ni, I think we need some private place. Just two of us. I need to go. Nanti kita jumpa. Dekat, dekat tempat biasa."
Kami mengelap air mata masing-masing. Dia melepaskan pelukan dan berlalu pergi. Aku perlu bertindak sebegini agar tiada siapa yang tahu aku berjumpanya terutama ibu. Ibu memang tak sukakan Ezmir. Sejak dulu lagi.
------
Aku melangkah ke arah sungai di belakang rumah ibu Izzah. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk di atas batu besar di situ. Batu tersebut tersorok di sebalik pokok-pokok. Jadi, hanya orang tertentu sahaja yang tahu tentangnya. Aku terus duduk disebelahnya.
"Hani, Mir ingat Hani tak datang."
"Mana boleh tak datang. Lama dah kita tak jumpa. Berborak macam ni,"dia tersenyum memandangku. Daripada tadi, dia masih tidak mengalihkan pandangannya.
"Ibu tahu tak Hani dekat sini?"aku menggeleng.
"Hani cakap hani nak pergi jumpa kawan sekejap. Jangan risau, takde siapa tahu kita jumpa,"tanganku digenggam erat oleh tangan kirinya. Tangan kanannya mencuit lembut pipiku.
"Mir rindu sangat waktu dulu-dulu. Hani still nampak macam dulu. Makin cantik pula tu. Aish,Mir makin jatuh cinta."
"Mir pun apa kurangnya. Makin handsome. Masih macam dulu. Cuma,muka je banyak berubah,"mukanya terus berubah riak.
"Kalaulah dulu Mir tak terjebak dengan benda haram tu, dah lama kita bersama kan? Mir menyesal sangat. Mir cuma perlukan duit. Mir terdesak. Mir.."aku meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Air mataku mula gugur.
"Lupakan benda tu semua. Hani dah taknak ingat dah pasal tu. Hani nak, Mir mulakan hidup baru. Hani tahu. Yang penting sekarang ni,Mir dah berubah,"dia menyeka air mataku dengan jarinya.
"Hani sihat?"aku mengangguk. Dia masih tersenyum lebar.
"Mir?"
"Hani nampak Mir macam tak sihat ke?"kami ketawa. Wajahnya dipandang lama.
Aku rindu. Rindu dengan wajahnya. Rindu dengan suara garaunya. Rindu dengan sikap dan perangainya. Dialah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku. Lelaki yang selalu mengambil berat tentang diriku. Dia cinta pertamaku. Mana mungkin aku dapat melupakannya. Apatah lagi melupakan memori indah bersama.
Air sungai yang mengalir kedengaran sangat menenangkan jiwa. Suasana yang sejuk menambahkan lagi ketenangan. Kami terus melayani perasaan masing-masing. Aku selesa dalam pelukan Ezmir. Bahuku diusap lembut.
"Hani dah ada pengganti?"aku menjadi kaku. Fikiranku tiba-tiba teringatkan Daniel.
Aku bukan milik dia pun. Aku je yang melebih-lebih. Aku je yang sukakan dia. Dia? Anggap aku adik je. Aku menjauhkan diri daripadanya. Matanya dipandang dalam. Senyuman dihadiahkan kepadanya.
"Ada. Tapi dia curang dengan Hani. Entahlah. Mungkin dia tak sayangkan Hani macam Mir cintakan Hani?"
"Hahaha Hani, Hani. Mana boleh orang lain sayangkan Hani macam yang Mir buat. Mir kenal Hani daripada kecil kot."dia membuang pandangan jauh di dasar sungai. Mungkin teringatkan memori dahulu.
"Tapi, Hani ada suka dekat seorang lelaki ni. Cuma, tulah. Dia tak suka pun dekat Hani. Dia anggap Hani adik je kot."
"Hani tak cakap dekat dia?"
"Cakap apa?"
"Hani suka dia."lambat-lambat aku menggeleng. Tak cakap pun aku dah dapat agak apa reaksi dan jawapan dia.
"Hani tak cakap pun. Sebab Hani dah dapat agak apa jawapan dia. Hani ni budak lagi. Dia tu doktor. Ada kerjaya. Hani ni masa depan pun tak nampak lagi,Mir. Macam mana dia nak suka Hani?"Ezmir mengenggam erat tanganku dengan kedua-dua belah tangannya.
"Macam tahu dia suka Hani juga?"dadaku terasa sebak.
"Kalau dia suka Hani, dia takkan tunang dengan orang lain."
"Tunang je. Orang kahwin pun boleh cerai."
"Dia dah jadi tunang perempuan tu. Dia takkan suka Hani. Dia cintakan perempuan tu. Biarlah Mir. Hani malaslah nak fikir. Dia dah nak jadi milik orang lain dah pun."
"Takpelah,Hani. Mungkin Hani jodoh Mir?"aku ketawa kuat.
"Apa Mir cakap ni? Takkanlah Hani jodoh Mir. Ada lagi perempuan yang lebih sesuai untuk Mir daripada Hani,"dia mencubit pipiku kuat. Aku menjerit kesakitan. Lengan lelaki itu dipukul sekuat hati. Dia ketawa kuat.
"Suka tau buat macam tu. Kecutlah pipi Hani!" Ezmir terus bangun dan berlari meninggalkanku. Aku terus bangun dan mengejarnya laju. Tubuh lelaki itu ditarik kuat sehingga kami berdua terjatuh ke dalam sungai. Terhembur keluar ketawa kuat kami.
------
Setelah dua hari berkampung di rumah Izzah, ibu membawaku pulang kerana dia baru mendapat call daripada pihak hospital. Cuti dua hari pun dah kira beruntung sangat. Kalau tidak, jangan haraplah dapat spend time macam ni dengan ibu. Aku meminta kebenaran ibu untuk tinggal lebih lama di sini, tetapi ibu awal-awal lagi sudah melarang. Takut katanya aku berjumpa dengan Ezmir. Padahal aku sudah banyak kali berjumpa dengan lelaki itu di sungai.
Aku bukan anak yang baik. Sepatutnya aku dengar arahan ibu supaya tidak lagi berhubung dengan Ezmir. Tapi, Ezmir bukannya budak jahat. Jadi, patut ke aku jauhkan diri daripadanya seperti yang ibu mahu? Aku bukan buat salah apa-apa pun dengan Ezmir. Kami cuma berbual kosong sahaja. Ya, sebenarnya adalah buat benda tak patut macam peluk dia.
Nak buat macam mana. Aku dan Ezmir memang macam tu daripada dulu lagi. Aku dah anggap dia macam keluarga aku sendiri. Daripada kecil lagi aku kenal dia. Sebelum balik, aku terus meminta nombor telefon Ezmir daripadanya. Aku juga menghadiahkannya beberapa helai baju baru dan sepucuk surat.
Sampai sahaja di rumah, ibu terus bersiap untuk bekerja. Aku masuk ke dalam bilik. Surat yang diberi oleh Izzah kepadaku tempoh hari diambil daripada dalam beg. Aku melihat tulisan tangan Ezmir pada sampul surat itu. Namaku tertulis kemas. Dengan berhati-hati, aku mengoyakkan sampul surat berwarna putih itu. Aku membaca surat itu dengan penuh perasaan.
Assalamualaikum Hani,
Mir rindu Hani. Mir harap kita dapat jadi macam dulu. Mir sayangkan Hani. Lepas Mir keluar daripa penjara, Mir cuba cari Hani, tapi Izzah berkeras tak nak bagitahu alamat rumah Hani.Sebulan lepastu, Izzah pindah Johor. Mir hanya mampu pujuk dia. Mir selalu call dia. Satu hari,Mir call nombor dia. Tapi tak boleh. Mir rasa dia tukar nombor. Sampailah awal tahun ni, Mir jumpa dia. Mir pujuk dia lagi. Daripada situ, Mir berhubung dengan dia balik. Mir dapat tahu tentang Hani semuanya daripada dia. Cuma,Mir tak bagi dia bagitahu dekat Hani pasal Mir. Mir taknak ganggu hidup Hani lagi. Ibu pun tak suka kita berkawan kan. Jadi, Mir nak jumpa Hani waktu Izzah kahwin nanti. Mir nak berbual dengan Hani. Jumpa dekat sana ;) Mir sayang Hani daripada dulu sampai sekarang. Perasaan tu tak pernah hilang dan kurang. Malah, Mir rasa perasaan tu makin banyak daripada hari ke hari.
Aku sebak. Patut ke aku bagi peluang dekat Ezmir lagi? Tapi,aku tak anggap dia lebih daripada seorang abang. Memang dulu kami pernah bercinta. Tapi tu dulu. Kami tak tahu apa-apa pun. Makna cinta pun masih tak dapat difahami lagi. Aku taknak Ezmir kecewa. Macam mana aku nak cakap dekat dia, yang aku tak cintakan dia? Aku cuma cintakan Daniel.
Pintu diketuk kuat. Aku tersedar dan kembali pada dunia realiti. Pintu dibuka. Wajah ibu dipandang. Sebaik sahaja ibu memberitahu mengenai perkara tersebut, aku terpaku. Badanku terasa kaku.
Share this novel