BAB 34

Romance Completed 52907

Don't find love, let love fine you. That's what it's called falling in love because you don't force yourself to fall. You just fall-Unknown

"I tahu you sayang dia kan? You still love him..."

"But, I love you Farhan!"badannya terus dipeluk erat. Kepala disandarkan pada dada bidangnya.

"Cara you pandang dia, cara you cakap dengan dia, I tahu, you cintakan dia,Bella."

"I cintakan youlah Farhan..."suaraku sudah kedengaran perlahan. Air mata mengalir laju. Baju putih bersih yang dipakai Farhan habis kebahasahan.

"Bella, its okay. I nak you bahagia. Kalau you rasa you cintakan dia, pergilah. Terima dia. I nak you bahagia Bella. Jangan seksa diri you lagi. I pasti, dia pun cintakan you,"mata Farhan dipandang dalam-dalam.

Lelaki itu masih tersenyum manis.

"How do you know?"

Dia menyeka air mataku lembut.

"Along!!!!!"jeritan itu membuatkan aku terus tersedar.

Mata dibuka serta-merta. Aku memandang Anisa yang sedang berdiri di hadapan pintu bilikku. Aku terus bangun dan memandangnya tajam.
"Ei, nak apa ni jerit-jerit macam ni?"

Dia melangkah ke arahku dengan sengihan lebar. Dengan perlahan-lahan, dia duduk di sebelahku.

"Along tak kerja ke hari ni?"
"Boleh cuti tak?"dia memukul pehaku kuat.

"Awww, sakitlah!"

"Jangan nak mengada!"

Mulut dicebik. Dia menjeling tidak puas hati.

"Dah. Pergi mandi. Ibu suruh solat Subuh lepas tu terus turun makan. Sarapan dah siap."

Dia terus bangun daripada duduk dan bergerak perlahan keluar dari bilikku. Aku menepuk dahi perlahan.

Dengan malas aku mencapai tuala mandi dan bergerak ke bilik mandi. Pintu dihempas kuat.

Setelah siap bersarapan, aku meminta diri daripada ibu untuk bergerak ke hospital. Jam menunjukkan pukul 7.05 minit.

Di dalam kereta, fikiranku hanya sempat memikirkan tentang mimpiku tadi. Betul ke Farhan benarkan aku kahwin lain? Kalau aku kahwin lain, bermakna aku tidak setia dengan Farhan. Aku tak cintakan Daniel. Daniel hanyalah masa laluku. Kini, Daniel mungkin sudah ada pilihan hatinya sendiri.

Kini, bayangan Daniel sedang bermain di mata dan fikiranku. Aku cuba menepis semua itu dan terus fokus pada prmanduan. Namun, segala itu sia-sia. Makin ditepis, makin terbayang.

Aku menarik nafas dalam. Betul ke aku dah tak cintakan Daniel? Ya Allah. Aku buntu. Aku tidak tahu apa yang sedang aku rasakan saat ini. Apakah betul perasaan sayang dan cintaku terhadap Daniel sudah tiada?

Siap memarkir kereta, aku terus melangkah laju masuk ke bangunan wad kecemasan. Hari ini wad itu kelihatan sesak. Tidak seperti biasa. Kelihatan juga ramai nurse dan doktor berlari ke sana dan ke sini. Terdapat juga beberapa orang polis yang sedang bercakap sesama mereka. Muka mereka kelihatan serius. Aku mengerutkan dahi. Apa dah jadi?

Ambulans juga kerap masuk ke kawasan itu. Daripada jauh, aku dapat melihat Wafa sedang berlari laju. Dia dan doktor lain sedang menolong staf menguruskan pesakit-pesakit yang baru sahaja dikeluarkan daripada ambulans. Aku terus berlari mendapatkan nurse yang sedang berdiri di hujung suatu sudut di luar bangunan tersebut.

"Hey, Katherine!"dia mendongak memandangku cemas.

"Hey, Doktor Bella. You don't know about the news?"aku mengerutkan dahi lagi. Berita tentang apa?

"Ermm, I don't watch any news yesterday. What happened?"

"30 orang meninggal pagi tadi. Kebakaran. There's still five students in ICU,"aku menekup mulutku dengan kedua-dua belah tangan.

"Astaghfirullah. Students? Kenapa tak call I then?"dia menggaru kepalanya.

"Yes. Sekolah terbakar. You kan still on EL. Lagipun, kita punya staf cukup dah pun."

"Kerja I lagi penting. Kenapalah tak ada sesiapa yang call I?"wajahnya dipandang penuh kesal.

"Sorry. We just don't want to disturb you."

"Katherine!!"Wafa menjerit kuat.

Katherine terus meminta diri untuk menyambung kerjanya. Dia berlari laju ke arah Wafa. Wafa sempat melambai tangan ke arahku sebelum mereka masuk ke dalam bangunan.

Aku berjalan masuk dan naik ke tingkat tiga. Hajat aku datang ke situ hari ini adalah untuk menyiapkan kerja yang masih berbaki. Duduk di rumah bukan ada apa nak buat pun. Makin serabutkan otak memikir pasal Daniel adalah. Kerana itulah aku sedikit terasa sebaik sahaja dapat mengetahui mengenai berita tadi. Tak penting ke aku ni? Langsung tak ada sesiapa yang call.

"Doktor Bella?"

Wajah nurse muda itu dipandang penuh tanda tanya. Wajahnya cemas.

"Buat apa dekat sini?"

Aku hanya tersengih lebar.

"Ada kerja nak buat."

"Boleh tolong tak?"

"Kenapa ni? Cakaplah!"

"We need your help and we really need doctor yang boleh ganti Doktor Hadijah."

Aku terus berlari masuk ke dalam bilik bedah bersama nurse lelaki itu.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia pengsan,"pintu bilik tersebut ditolak kuat.

Pembedahan yang mengambil masa yang agak panjang itu membuatkan aku terduduk di atas kerusi dengan muka yang kepenatan. Sungguh aku tak sangka, pembedahan kali ini gagal lagi.

Sejak aku kembali bekerja selepas kematian Izatul, pembedahan yang diketuai oleh diriku sendiri hampir semuanya tidak berjaya. Mungkin kualiti kerjaku tidak lagi seperti dahulu. Punca kekuatanku sudah hilang daripada mata dan hidupku. Mereka hilang sekali gus. Aku sendiri terpaksa mencari kekuatanku kembali selepas semua itu berlaku.

Aku keluar daripada bilik bedah dengan muka yang hampa. Aku terduduk di atas kerusi di kaki lima itu. Aku terus menangis sepuas hati tanpa menghiraukan orang sekeliling. Bahuku terasa dipegang lembut.

"Bella?"

Aku tidak menyahut panggilannya. Aku terus menangis dan melayan perasaanku lagi. Daripada suaranya, aku dapat mengagak siapakah gerangannya. Suara lembutnya sangat sinonim padaku. Aku menarik nafas dan terus memeluk tubuhnya erat.

"Shuuu. Aku faham. Jangan nangis,please."

Badanku diusap lembut dan penuh kasih sayang.

"Semua ni salah aku, Fa. Kalau aku buat elok-elok, mesti budak tu tak mati!"

"Apa kau mengarut ni?!"

Aku menangis lagi. Emosi mula mengawal diri. Aku sendiri tidak mampu untuk mengawal diriku.

"Dia meninggal bukan sebab sesiapa. Memang dah sampai ajal dia. Kita nak buat macam mana? Kita bukan Tuhan, weh."

Aku mengenggam bajunya kuat.

"Aku bukan doktor yang baik kan? Aku teruk, Fa..."

"Jangan mengarutlah. Kau dah jadi doktor yang hebat kot. I'm proud of you. Kau contoh doktor terbaik dekat sini,"aku mengangkat mukaku. Bajunya sudah basah terkena air mataku. Wajahnya dipandang dengan air mata yang masih mengalir.

"Dahlah. Aku dekat sini. Apa pun, kau dah buat yang terbaik. Mungkin ni dah memang ajal dia. Kita doakan yang baik-baik je,"badannya dipeluk lagi.

"Thank you, Wafa. You're the best!"

"Don't worry. I always here for you, babe!"

Aku tersenyum sebelum mengesat air mata yang sudah mula kering.


------

Sebaik sahaja aku berjalan ke arah kereta, terasa ada tangan yang memegang erat lengan kananku. Aku menoleh ke arahnya. Terkejut beruk setelah melihat dia sedang tersenyum ke arahku. Aku terus menjauhkan diri daripadanya.

"Hani nak ke mana?"dengan kasar dia mencapai tanganku dan menarikku ke dalam pelukannya.

Aku cuba menolak badan sasanya namun tenagaku tidak mampu melawan tenaga lelakinya.

"Lepaslah!!!"dia ketawa. Aku menoleh ke arah lain sebaik sahaja aku berasa seperti dia hendak menciumku.

"Bodoh. Apa kau buat ni?!"aku menjerit sekuat hati. Aku tetap cuba untuk melepaskan diri daripada pelukannya.

"Hahahaha. Kau rasa lepas aku dah dapat kau, aku akan lepaskan kau?"

Air mataku terus mengalir laju ke pipi. Kawasan parkir yang sunyi itu membuatkan jantung aku berdegup laju. Sungguh aku takut. Takut jika diapa-apakan oleh lelaki itu. Badanku mula menggigil.

"Tolonglah, Mir. Janganlah buat macam ni. Lepaskan Hani!"

Dia cuba untuk menciumku lagi. Aku menjerit kuat.

"Help!!! Help!!!"kami menoleh ke arah perempuan cina yang sedang menjerit kuat selepas melihat aku dilakukan begitu oleh Ezmir.

Dia terus berlari ke arah kami dengan pengawal keselamatan. Ezmir terus melepaskan pelukannya dan berlari laju meninggalkan aku yang masih menangis ketakutan.

Perempuan itu memelukku erat.

"Are you okay miss?"aku mengangguk lambat-lambat.

"You body still shaking. You sure you okay?"aku mengangguk lagi.

"Thank you for your help. Saya hargai sangat. Kalau tak, tak tahu apa yang jadi deka saya tadi,"aku memandang pengawal keselamatan dan perempuan cina itu silih berganti. Air mata dikesat dengan hujung lengan bajuku.

Setelah dia menghantarku ke kereta, dia memelukku lagi. Aku terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Setelah melambai tangan ke arahnya, aku terus menekan pedal minyak. Setelah keretaku hilang daripada pandangannya, barulah dia melangkah meninggalkan kawasan parkir itu.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Radio dibuka. Siaran Ikim fm menjadi pilihan. Aku menarik nafas dalam dan cuba menenangkan diri. Air mata terus mengalir. Badanku masih lagi menggigil perlahan.

Telefon dicapai daripada tempat duduk di sebelah. Nombor ibu didail. Lama menunggu, akhirnya panggilanku diangkat.

"Assalamualaikum,bu,"perlahan-lahan air mataku diseka. Aku cuba mengawal suara agar ibu tidak mengesyaki apa-apa. Aku tak mahu ibu risau. Lagipun, ibu bukan sihat sangat pun.

"Waalaikummussalam, Bella. Kenapa ni sayang?"suara ibu kedengaran cemas.

Aku membuka kasut dan badan disandarkan pada kerusi. Tubuh dipeluk erat.

"Takde apa. Cuma nak bagitahu, Bella balik lambat sikit. Nak pergi klinik sekejap."

"Ya Allah. Bella okay ke tak ni?"

"Jangan risau ibu. Bella okay je. Ibu bagitahu pun sebab tak nak ibu risau."

"Bella demam ke?"

"Hmm. Rasa tak sihat sikit ni."

"Jangan kerja teruk sangat. Jaga diri. Okay? Dah lunch ke belum?"

"Baru nak pergi lunch. Okay ibu. Don't worry, okay? Ibu tu pun jaga diri. Makan ubat. Nanti masuk hospital lagi!"

Ibu ketawa.

"Okay. Dahlah. Ibu nak masak ni. Take care."

"Biarlah Nisa masakkan. Ibu rehat je!"

"Erm, yelah. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Panggilan diputuskan. Setelah berjaya menenangkan diri dengan suara ibu dan alunan al-Quran, aku terus menekan pedal minyak.


------

"Along!"Anisa terus memelukku erat. Aku memandangnya pelik. Nak apa lagi agaknya budak ni?

"Ada apa?"

Dia tersengih lebar.

"Bila nak pergi ambil barang Nisa tu?"

Aku mengeluh berat. Ingatkan dia dah lupa. Still ingat lagi rupanya. Penting sangat ke barang tu?

"Esok along kerja. Busylah. Apa yang penting sangat dengan barang tu?"

"Penting. Tu macam nyawa Nisa! Please!!"

"Lambat lagi ke Nad nak balik sini?"

Dia mencebikkan mulut sambil mengangkat bahunya.

"Please?"

Aku terdiam sebentar untuk berfikir.

"Bolehlah..."dia masih memujuk.

"Okay. Lusa along ambil. Puas hati?"

Dia terus bersorak sebelum keluar dari bilikku tanpa ucapan terima kasih.

"Bukan nak cak..."

Cup. Dia mencium pipi kiriku.

"Thank you, along sayang!"

Dia tersengih lagi sebelum melangkah ke biliknya dengan laju. Aku ketawa sendiri. Macam-macamlah.

Malam itu aku tidur bersama dengan Fikry. Dia memang selalu tidur di sini. Lagipun, aku tidak mahu menyusahkan Anisa. Dia perlu menumpukan perhatian lebih kepada Fatehah. Fatehah selalu merengek. Bila malam je nak merengek. Kadang-kadang, kesian juga aku melihat Anisa. Selalu tidak cukup tidur. Itulah dugaan sebagai seorang ibu.

Mujurlah dahulu Izatul tidak seperti itu. Sejujurnya, menjaga Izatul adalah perkara yang paling mudah. Tidak banyak merengek. Jika dia merengek pun, tidaklah lama. Beri sahaja susu, pasti dia akan senyap. Bersyukur. Allah sudah memberikanku peluang untuk menjaganya walaupun tidaklah lama. Biarlah dia bermain-main di taman syurga bersama rakan-rakannya yang lain. Suatu hari nanti, aku akan berjumpa dengannya juga.

"Mama rindu Yaya. Rindu dengan Izatul. Tunggu mama,ye?"terasa ada air mengalir daripada mataku.

Aku menutup mata rapat. Badan Fikry dipeluk penuh kasih. Akhirnya aku tertidur dalam tangisan.


------

Sampai sahaja di hadapan rumah batu yang boleh tahan besar itu, aku terus mematikan enjin. Aku keluar daripada kereta dan menutup pintu rapat. Fikry yang sedang nyenyak tidur di dalam kereta dipandang sekilas. Kereta dikunci.

"Assalamualaikum,"aku melangkah ke arah pintu rumah. Pintu diketuk beberapa kali.

"Waalaikummussalam."

Pintu dibuka perlahan-lahan. Kelihatan seorang perempuan yang sudah berusia sedang berdiri di hadapan pintu. Aku terus bersalaman dengannya. Dia tersenyum manis.

"Ye, cari siapa?"

"Nadia ada?"

"Kawan Nadia ke?"aku mengangguk laju.

"Jemput masuk,"dia tersenyum lagi.

"Eh takpelah, makcik. Saya nak ambil barang je ni."

Dia ketawa. Aku memandangnya pelik. Apa yang kelakarnya?

"Makcik? Panggil je Nek Timah. Nenek ni, nenek Nadia,"aku turut ketawa. Nenek? Kenapa nampak muda? Macam makcik-makcik gitu.

"Yeke? Maaf, saya tak tahu,"dia mengangguk.

"Takpe. Jom masuk. Nadia keluar. Tunggu dia dekat dalam jom?"

Aku menoleh ke arah kereta.

"Eh, anak ke? Ambil dia bawa masuk dalam,"tanpa membantah, aku terus melangkah mendapatkan Fikry.

Aku meletakkan Fikry di dalam sebuah bilik. Katanya bilik Nadia. Nyenyak sungguh dia tidur. Aku mencium pipinya sebelum keluar dari bilik tersebut. Keluar sahaja, sudah ada air yang tersedia di atas meja. Nek Timah keluar dari dapur dengan kuih di dalam pinggan.

"Makanlah."

"Eh, Nek Timah. Menyusahkan je. Saya datang bukan nak makan pun,"dia tersenyum. Jujur aku kata, nenek ini memang tidak kedekut dengan senyuman. Senyum memanjang.

"Mana boleh tak hidang tetamu dengan makanan macam ni. Takpe. Sementara nak tunggu dia orang balik, kita makan dulu. Nanti kita makan tengahari sama-sama."

"Eh, takpelah Nek. Saya ada hal lepas ni. Kena balik."

"Nek Timah tak kan bagi kamu balik dengan perut kosong! Lepas zohor, baliklah."

Aku mengangguk akur. Baiknya perempuan ini. Sungguh baik hatinya.

"Minum Nek,"dia mengangguk.

Kami berbual sementara menunggu mereka pulang daripada berkelah. Aku turut membantu Nek Timah menyiapkan makanan tengahari. Lama tak makan masakan kampung begitu. Bau sahaja sudah boleh membuat aku tergoda.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikummussalam,"aku dan Nek Timah menyahut serentak.

Nek Timah melangkah ke ruang tamu. Aku menyambung kerjaku. Kedengaran mereka sedang berbual.

"Wah, sedapnya bau!"aku membulatkan mata.

Suara itu membuatkan dadaku berdebar. Jantungku mula berdegup laju. Aku dapat rasakan dia sedang berada di belakangku.

"Masak apa?"aku menoleh ke arahnya. Kerjaku terberhenti.

"Eh, kau buat apa dekat sini?"aku menelan liur. Kami berpandangan sesama sendiri. Mata kami bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience