BAB 39

Romance Completed 52907

There is no boy at this age that is cute enough or interesting enough to stop you from getting your education. If I had worried who liked me or who thought I was cute when I was your age, I wouldn't married to the president of United States-Michelle Obama

Aku mengesat air mata. Pantas aku bangun dan melipat tikar mengkuang yang dihamparkan ke atas tanah tadi. Tiba-tiba telingaku dapat mengesan bunyi daun-daun kering dan ranting dipijak. Aku menoleh ke belakang.

Kedebuk! Bunyi seseorang jatuh terus mencuri perhatianku. Aku terus mencapai jag dan Yasin. Dengan laju, aku berlari ke arah kereta. Enjin kereta dihidupkan. Tanpa menunggu lama, aku terus memandu kereta meninggalkan tempat itu. Nafas lega ditarik.


------

Daniel memegang kepalanya yang luka. Kelihatan ada setompok darah yang melekat pada tangannya. Dia mengaduh sakit. Matanya melihat ke arah tempat Bella duduk menangis tadi. Bayangan wanita itu tidak lagi kelihatan.

Dengan perlahan-lahan dia bangun. Daun-daun kering yang melekat pada pakaiannya dibersihkan. Dia menarik nafas lega.

"Ehem ehem..."Daniel membulatkan matanya yang sejak azali sudah sepet itu.

Aku memeluk tubuhku erat. Senyuman terpaksa ditayangkan kepada lelaki yang tinggi lampai itu.

"Eh, buat apa dekat sini?..."Daniel tersengih seperti kerang busuk.

"Buat apa dekat sini? Ni ha, saja nak jalan-jalan sambil tengok pemandangan yang cantik ni, ha..."

Daniel hanya mampu tersengih. Jauh di sudut hatinya, dia kagum dengan wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu. Beberapa minit lepas dia sedang menangis teresak-esak, dan sekarang dia mampu berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku tadi. Sungguh, dia sangat kuat. Dia seorang wanita yang tabah.

"Hello?!"

"Izzul Daniel!!"

Badan Daniel terhenjut sedikit akibat disergah sebegitu. Aku mencekak pinggang sambil memandangnya geram.

"Ye?"

"Patutlah berdarah kan dahi tu? Rupanya sebab sekodeng orang!"

Daniel ketawa kuat. Dengar sahaja sudah tahu ketawa itu adalah ketawa yang dibuat-buat.

"Sorry. Aku ikut kau tadi sebab aku risau. Takkanlah aku nak biarkan kau keluar rumah sambil menangis macam tu sorang-sorang?"

"Daniel...tak perlulah nak buat sampai macam tu. Aku, aku tahu macam mana nak jaga diri aku sendiri."

Wajah Daniel dipandang lama. Air mataku sudah berkumpul pada tubir mata.

"Jom? Kalau orang tengok, tak elok pula,"aku mengangguk perlahan.

Aku membuntuti Daniel daripada belakang. Air mata dikesat dengan hujung lengan baju kurung yang tersarung pada badanku.

"Bella?"

"Hm?"

"Are you okay?"aku mengangguk lemah. Aku hanya mampu menunduk memandang jalan.

"Aku minta maaf. Aku cuma risaukan kau je. Kalau jadi apa-apa, aku takkan maafkan diri aku Bella. Aku...aku sayang kau,"air mataku menitis lagi.

"Janji dengan aku?"dia bersuara lagi.

Aku mengesat air mataku lagi. Kepala didongak memandang lelaki itu.

"Janji apa?"

Daniel tersenyum manis.

"Janji jangan buat aku risau lagi?"

Aku ketawa kuat. Dia mengetap bibirnya.

"Janjilah!"

"Ye, janji!!"

Dia mengenyitkan matanya. Aku ketawa lagi. Dahinya yang luka itu dipandang.

"Kenapa kau datang balik? Aku ingat kau dah balik..."

"Kalau ye pun nak sekodeng orang, biarlah bijak sikit. Kau ingat aku tak dapat cam kereta kau? Terang-terang kot!"Daniel terus ketawa.

"Aku risaukan kau sangat..."

"Jom!"aku terus melangkah ke arah keretaku.

"Nak pergi mana?"

"Kau nak biarkan dahi kau macam tu je ke?"

Daniel masuk ke dalam keretanya tanpa membalas apa-apa. Kami terus bergerak meninggalkan tempat itu. Aku tersenyum lagi seorang diri. Daniel, Daniel.


------

Aaron memeluk ayahnya erat. Mereka memandang sesama sendiri.

"How's Izzul?"lelaki tua itu menggeleng lemah.

"Dia tak maafkan ayah, Long. Ayah bersalah. Ayah terlalu selfish. Ayah tinggalkan dia dengan adik-adik lepas ayah ceraikan ibu..."

Mereka mendiamkan diri.

"Ayah, benda dah lama. Long tahu, lama-lama dia akan maafkan ayah juga. Percayalah. Mungkin dia kata dia tak sayang ayah. Tapi, Long yakin, dia madih sayangkan ayah. Dia rindukan ayah..."

"Betul ke Long?"

"Percayalah. Dia cuma ego."

"Dia dengan Long macam mana? Okay tak?"

Aaron tersengih penuh makna.

"Nanti Long cerita. Sekarang ni, Long ada plan."

"Plan?"Aaron mengangguk laju.


------

Aku menyarungkan t-shirt putih berlengan panjang dan seluar slack putih pada tubuh. Shawl bercorak yang dibeli beberapa tahun lepas dikeluarkan daripada almari. Aku cuba memakainya mengikut gaya yang dilihat dalam tutorial di youtube pagi tadi.

Sejak kami berbincang mengenai majlis merisik dan pertunangan tempoh hari, Daniel menyatakan hasratnya untuk melihat aku bertudung selepas sahaja majlis akad nikah diadakan. Sebagai seorang suami, dia mahu membawa aku ke arah yang lebih baik. Untuknya, untuk ibu, untuk arwah abah dan bakal anak-anak kami.

Aku hanya mampu mengangguk setuju. Lagipun, sudah lama aku menyimpan hasrat itu. Cuma, mungkin saat ini adalah saat yang paling tepat untukku berubah dan berhijrah.

Telefonku berbunyi nyaring. Setelah nama pemanggil yang ditunjukkan pada skrin dipandang, aku menolak butang berwarna hijau.

"Assalamualaikum..."dia memberikan salam. Suaranya kedengaran penat sekali.

"Waalaikumussalam. Awak okay ke ni?"dia ketawa perlahan.

"I really like to hear you call me 'sayang'. Kenapa jadi 'awak' dah sekarang ni?"

"Ei, mengadalah dia ni!"

"Okay, fine. Kalau awak tak nak panggil saya sayang, saya yang akan panggil awak sayang! So, sayang, free tak lusa?"

Aku tersenyum sendiri. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Suka tau buat saya blushing sorang-sorang! Taklah. Kenapa?"

"Hahahaha, siapa suruh cabar saya. Kalau macam tu, bila free?"

"Hari rabu? Saya cuti."

"Good. Saya pun cuti."

"Kita nak pergi mana?"

"Shuu, mana boleh bagitahu. Rahsia! Yamg penting, saya nak awak pakai lawa-lawa. Nanti saya text awak?"

"Okay. Dah, dah. Pergilah sambung kerja."

"Ye, sayang. Take care okay dekat rumah Wafa nanti? Jangan nakal-nakal. Jangan buat saya risau lagi?"

"Ya Allah. Ye! Dia ni kan!"

Daniel ketawa kuat di hujung talian.

"Okay, bye sayang. Te amo. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Love you too!"

Aku meletakkan telefon di atas meja solek. Setelah merasakan keyakinan diri berada pada tahap maksima, aku terus mencapai tas tangan dan melangkah turun ke bawah.

"Ibu?"Ibu menoleh ke arahku dengan pandangan yang tidak percaya.

"Bella? Masha-Allah, cantiknya anak ibu bertudung. Ya Allah, syukur Alhamdulillah, akhirnya doa ibu termakbul juga, nak."

Aku memekuk ibu erat.

"Ibu, thank you sebab ibu selalu doakan Bella. Bella sayang ibu,"ibu tersenyum lebar.

"Bella anak ibu. Mestilah ibu selalu doakan Bella. Kalau abah ada lagi sekarang ni, mesti abah happy sangat tengok anak dia yang seorang ni dah cantik bertudung!"

Aku mengangguk laju. Pipi ibu dicium.

"Ibu, Bella nak pergi rumah Wafa dulu. Nak tolong apa yang patut. Ibu betul tak nak ikut ni?"ibu menggeleng.

"Ibu tak laratlah. Badan ni rasa tak sihat je."

"Eh, ibu okay ke tak ni?"

"Ibu okay. Bella pergilah. Ibu dah makan ubat dah. Nanti okaylah."

"Betul ni? Kalau ada apa-apa, bagitahu bella, okay? Call,eh?"

"In Shaa Allah."

"Oh ye. Senyap je rumah ni. Mana Nisa semua?"

"Dia orang keluar. Pergi kenduri kahwin kawan Aiman,"aku mengangguk laju. Tangan ibu disalam.

"Jaga diri, okay ibu?"

"Ye."

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam."

Aku terus melangkah ke luar rumah. Kasut disarungkan pada kaki. Setelah masuk ke dalam perut kereta, aku memandu kereta dengan penuh berhati-hati ke rumah Wafa yang tidak jauh dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience