Define success on your own terms, achieve it by your own rules and build a life you're proud to live-Anne Sweeney
Ring ring ring
Aku mencapai telefon di dalam beg tangan. Skrin telefon dipandang lama. Panggilan daripada nombor tak dikenali. Butang hijau ditolak ke kiri.
"Hello, assalamualaikum,"suara garau itu menyapa.
"Waalaikummussalam. Ye, siapa ni?"soalku sambil memandang ibu dan Anisa di sebelah.
"Bella. Kenapa kau tak cakap kau nak belajar dekat Ireland?"
"Siapa ni?"
"Ni aku. Daniel. Kalau ibu kau tak cakap dekat aku semalam, aku rasa aku takkan tahu sampailah kau balik sini balik."
"Sorry. Tapi, aku tak rasa kau penting, so kenapa aku nak bagitahu kau pula? Okaylah, kita orang dah nak gerak."
"Wait. Kau kenapa? Aku rasa kau pelik sangat lepas kau tahu aku dengan Jasmin nak bertunang. Apa hal ni?"nafas ditarik dalam-dalam. Air mata sedaya upaya ditahan.
"Kau kawan aku. Kau kenal aku lama juga kan? Kenapa kau masih tak faham-faham lagi? Takkan aku nak kena bagitahu kau kot? Dahlah Daniel. Aku dah malas. Aku malas nak fikir pasal kau. Kau pergilah. Aku doakan kau bahagia dengan Jasmin. Jaga dia baik-baik. Dia layak untuk kau. Assalamualaikum."
Panggilan dimatikan. Mata sudah berair. Aku mengelipkan mata tanpa henti bagi mengelakkan ia gugur ke pipi. Anisa mengenggam erat tanganku. Dia menghadiahkan senyuman manis kepadaku. Walaupun dia bukan darah dagingku, tapi aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Sejak ibu ambil dia sebagai anak angkat sewaktu aku jatuh sakit dahulu, dialah yang selalu buat ibu tersenyum.
Tapi, sewaktu ibu terpaksa mendapatkan rawatan pakar selepas abah meninggal, Mak Su yang menjaga Anisa memandangkan dia tidak mempunyai anak. Sekurang-kurangnya bolehlah jadi peneman dia. Sekarang, alhamdulillah, Mak Su dah ada dua orang anak . Kembar. Rezeki.
"Bella?"ibu memanggilku dengan suara yang lembut. Aku memandang ibu.
"Are you okay?"laju aku mengangguk.
"Dah, jom."kami bertiga melangkah ke balai perlepasan.
Beep beep beep
Skrin telefon dipandang lama. Inbox dibuka.
Bella. I'm sorry. Aku tak boleh nak cinta dan sayang kau. Aku bukan kawan yang baik untuk kau. Good luck. Belajar rajin-rajin dan capai cita-cita kau. Waalaikummussalam.
Mesej dibaca sekilas. Aku dah agak. Sebab inilah aku tak nak confess perasaan aku dekat dia. Aku dah dapat agak jawapan yang dia akan bagi kalau aku cakap apa yang aku rasa. Air mata terus membasahi pipi. Dengan menggunakan tangan, aku mengusap air mata sendiri. Tanpa menunggu lama, aku mematikan telefon. Aku terus meletakkan telefon di dalam beg.
Biarlah kepergian aku harini, jadi titik permulaan untuk aku lupakan Daniel. Aku akan cuba lupakan dia. Lupakan siapa dia. Lupakan memori dan kenangan aku bersama dia selama ni. Nafas ditarik dalam-dalam. Aku akan lupakan dia. Yes! Aku boleh! Langkah diatur membuntuti ibu dan Anisa di belakang. Ireland, Here I come! Senyuman lebar diukir.
------
Lima tahun sudah berlalu
Sampai sahaja di rumah, aku terus memeluk ibu erat. Air mata jatuh ke pipi. Sungguh aku rindu ibu. Selama ini hanya mampu mendengar suara sahaja. Sudah banyak yang berubah. Anisa juga sudah menginjak 19 tahun. Cepat masa berlalu. Dia pun sudah habis sekolah.
"Ya Allah. Makin kurus Bella. Lama ibu tak tengok. Tak lalu makan ke?"aku hanya mampu tersenyum sahaja. Tiada kata yang mampu diungkap.
"Lima tahun kan. Ibu makin cantik. Makin tembam Bella tengok. Nisa sihat?"Anisa mengangguk. Dia terus memeluk badanku.
"Anisa pula yang makin ramping. Isi semua dah bagi kat ibu ke?"Anisa ketawa mendengar soalan yang keluar daripada mulutku.
"Ada-ada je Bella ni. Dah tu ibu duduk rumah takde benda nak buat. Asyik makan je kerja memanglah makin tembam. Nisa makin ramping sebab sekarang dah ada buah hati. Takkan nak tembam lagi,"Anisa ketawa kuat. Lengan ibu dipukul manja.
"So, sampai bila rehat?"kami melangkah ke meja makan. Makanan sudah terhidsng di atas meja. Kami mengambil tempat duduk masing-masing.
"Entahlah. Tunggu dapat surat dululah nak posting ke hospital mana. Ibu kenapa berhenti awal sangat? Kalau tak boleh kerja sama-sama."
"Ibu dah penat. Ibu nak fokus pada keluarga je. Lagipun, Bella dah start kerja nanti, Bellalah sambung khidmat ibu sebagai doktor,"nasi dibubuh ke dalam pinggan.
"Betul tu, long. Lagipun, kesian dekat ibu. Biarlah ibu berehat. Nisa yang suruh ibu berhenti. Maybe dah tiba masanya."
"Hm, ha ni Nisa. Sibuk hal orang. Yang dia tu, okay ke belajar?"Anisa menggaru kepala.
"Ei along ni! Okay je. Cuma tulah. Susahlah akaun tu. Buat pening kepala je. Nak kena seimbangkan tu pun dah nak tercabut kepala ni rasa,"aku hanya mampu ketawa.
"Sorry. Dekat sini Nisa sorang je budak akaun. Kami budak pure science. Tak retilah akaun semua ni. Kan ibu?"ibu ketawa. Anisa mencebikkan mulut.
"Yelah. Kau orang dua pandai. Nisa ni biasa-biasa je. Budak akaun je,"aku memijak kakinya di bawah meja. Dia menjerit kesakitan.
"Jangan nak mengada eh! Sama je budak akaun ke budak law ke budak art. Rezeki Allah dah aturkan. Yang penting, belajar rajin-rajin. Dapatkan kerja bagus. Faham?"dia mengagguk akur.
"Ni long, takde ke menantu orang mat salleh untuk ibu?"Anisa mengangkat keningnya. Aku menyepetkan mata.
"Takde. Ni kenapa makin gatal ni?"
"Alahh. Mana ada. Nisa cuma teringin je. Manalah tahu boleh dapat abang ipar orang Ireland kan,ibu? Lagipun, along dah 24 tahun. Nanti kalau dah kerja, busy pula. Mana sempat nak bercinta. Ke along nak jadi andartu?"ibu mencubit peha Anisa. Anisa ketawa. Aku menjeling. Geram betul dengan budak ni. Rasa nak cili je mulut dia!
"Ei, geram betullah dengan budak ni. Makin menjadi-jadi sekarang ni. Biarlah. Along malas nak fikir pasal lelaki. Lelaki sekarang ni banyak yang tak betul. Bukan boleh percaya pun."
"Dah, makan. Jangan nak merepek lagi. Ah Bella. Lepas ni, rehat. Mesti penat kan. Ah, haritu Izzah ada minta nombor Bella. Dia ada call?"aku menyuapkan nasi ke dalam mulut. Rindu masakan ibu. Sedap!
"Ada. Almost every day dia call Bella,"ibu mengangguk.
Kami makan sebelum solat Zohor berjemaah. Selesai solat, aku terus masuk ke dalam bilik untuk berehat. Badan sudah terasa lenguh-lenguh. Telefon di atas katil dicapai. Terdapat 30 missed calls daripada Ezmir. Aku memilih untuk tidak menelefonnya. Sekarang, masa untuk tidur. Aku menghempaskan diri ke atas katil. Bantal Minnie Mouse dipeluk erat. Hmm, inilah syurga. Mata dipejam rapat.
Share this novel