I choose you. And I will choose you, over and over. Without pause, without a doubt, in a heartbeat. I will keep choosing you-Unknown
Majlis perkahwinan Wafa dan Faris berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. Setelah majlis selesai, aku dan ibu berbual dengan Makcik Idah dan Wafa di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Sejak daripada pukul 9 pagi tadi kami berada di sini.
Aku mencuit bahu ibu. Ibu memandangku pelik.
"Mana Daniel? Dah lama sangat kita dekat sini,"aku membisik perlahan ke telinga ibu.
"Sabarlah sekejap. Dia tengah berbual dengan kawan-kawan dialah tu kot."
Aku mengangguk perlahan.
"Ni, Bella bila lagi? Dah ada calon dah ke?"aku terbatuk kecil sebaik sahaja soalan itu keluar daripada mulut Makcik Idah. Aku memandang Wafa yang sedang mengangkat keningnya.
"Hm, in Shaa Allah kalau ada jodoh."
Makcik Idah tersengih lebar. Dipukul manja pehaku.
"Oh, biasa jawapan macam ni maknanya dah ada calonlah, kan?"Makcik Idah memandang Wafa untuk meminta jawapan.
"Hmmm, entah. Kalau dapat kad jemputan tu adalah tu, mak!"
Kami ketawa kuat.
"Test, test."
Suara lelaki itu yang amatku kenali itu kedengaran jelas daripada pembesar suara. Namun, bayangan lelaki itu tidak kelihatan. Aku memandang ibu, Wafa dan Makcik Idah pelik tanda meminta jawapan. Mereka hanya mengangkat bahu. Semua tetamu yang masih berada di dalam dan di luar rumah terus terdiam dan fokus pada suara itu.
"May I have attention, please?"
Senyap.
"Okay, good. Ehem, ehem. Mesti semua tertanya kan apa yang saya buat ni? Gila ke apa mamat ni kan?"
"Ibu, apa Daniel buat tu? Malulah! "
"Manalah ibu tahu. Dahlah. Kita dengar je apa yang dia nak cakap tu."
"Is Bella still here?"suara Daniel kedengaran kuat. Aku menelan liur.
Beberapa orang tetamu yang masih menjamu selera kelihatan sedang tercari-cari sesuatu.
"Bella...saya tahu saya tak sweet dan romantik macam lelaki lain. Tapi, saya cuba, Bella. Saya tahu awak boleh jumpa lelaki yang lagi baik daripada saya. Tapi, awak still pilih saya. If you truly love me, come and find me!"
Satu tepukan gemuruh kedengaran di serata tempat. Tidak tahu datangnya dari mana kerana para tetamu sudah ramai yang balik.
"Oh, inilah dia calon tu ye, Bella?"Makcik Idah ketawa. Aku tersenyum malu.
"Bella?"wajah Wafa dipandang.
"Hm?"
"Go!"
"Where?"
"Find him!!"mereka bertiga terus bersuara kuat.
Aku terus bangun daripada duduk dan terus berlari ke setiap sudut di rumah yang besar itu. Naik mengah juga aku dibuatnya.
Sampai di tingkat atas rumah yang terdapat kolam renang dan kawasan lapang itu, kelihatan maskot bear yang sedang menunggu sambil memegang sejambak bunga yang dihiasi dengan coklat-coklat kegemaranku.
Aku berjalan mendekatinya. Tiba-tiba dia memelukku erat. Aku cuba untuk melepaskan diri.
Saat itu, aku terdengar petikan gitar yang datang dari arah belakang. Aku menoleh ke arah bunyi itu datang. Air mataku mengalir laju sebaik sahaja melihat Daniel yang bersuit hitam sedang menghampiriku sambil memetik gitar.
Di belakangnya kelihatan tetamu-tetamu yang disangka sudah pulang ke rumah masing-masing. Aku menekup mukaku dengan kedua-kedua tangan.
"I, ooh I choose you baby,
I choose you baby,
And I'll tell you why,
You where there,
When no one else,
Would be in my corner,
Girl and it's you that I've learned to love,
And place no one above,
Oh, how can I ever thank you,
Except take you home,
And make you my lovin' wife,
So we can always be together,
Oh ain't that nice,
Ooh I choose you baby,
I choose you baby..."
Sebaik sahaja aku membuka mata, kelihatan Daniel sudah berada betul-betul di hadapanku. Dia menghulurkan bear besar yang berwarna putih bersih. Aku mengambil dengan tangan yang menggigil.
"Awak jahat..."
"You're welcome,"Daniel menjawab selamba. Dia menghulurkan tisu kepadaku.
"Mana dapat idea macam ni?"
Daniel menjuih bibirnya ke arah maskot tadi. Aku menoleh kebelakang. Kelihatan Anisa sedang tersengih lebar sambil melambai ke arahku.
"Ei, dia ni! Berkomplot eh kau orang!!"aku memukul lembut badan Anisa.
"Bukan dia je. Ibu, Wafa, Makcik Idah, Faris, Aiman semua join saya sekali tau!"
Aku mengetap bibir sebaik sahaja mereka semua melambaikan tangan ke arahku jauh di belakang Daniel. Aku ketawa. Wajah Daniel dipandang.
"You're all I want, Bella. Saya dah cuba buat semua ni. I want to know your answer, now..."
"Daniel, bukan ke hari tu saya dah..."
"Saya nak awak jawab depan semua orang ni. Sebagai saksi."
Aku menarik nafas dalam-dalam. Sengihan lebar dihadiahkan kepada Daniel.
"Ye, Daniel. Saya sudi nak jadi isteri awak."
"Hah? Say it louder please!"
"I want to be your wife!!"
Para tetamu mula bertepuk tangan sambil bersorak kuat.
Daniel terus menghulurkan cincin berwarna putih ke arah ibu. Ibu terus menyarungkan cincin yang kelihatan mahal itu ke jari manisku.
"Awww, kau orang dua ni sweetnya! Jealous kita!"Wafa menjerit kuat.
"You, you tak pernah pun sweet macam ni dengan I!"Wafa memandang Faris tidak puas hati.
"I sweet dalam bilik je..."Wafa terus memeluk badan suaminya itu erat. Kami ketawa kuat.
"Ehem ehem. Sampai bila Nisa nak kena pegang benda ni? Ingat Nisa kuli ke?"
Daniel mengambil jambangan bunga tadi daripada tangan Anisa. Aku memijak kuat kakinya. Dia mengaduh sakit.
Ibu memelukku erat.
"Thanks ibu."
"Ibu happy tengok Bella happy."
"Yang, kita pun nak sweet-sweet juga. Bila nak buat macam ni?!!"suara Anisa kedengaran kuat.
"Malam esok! Malam ni abang penatlah!"
Kami ketawa kuat selepas mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Aiman. Tak malu!
"Okay. I give you some space."
Ibu terus melangkah pergi meninggalkan aku dan Daniel. Kami berjalan bersama dan terus duduk di tepi kolam renang itu.
------
"Awak..."
"Hm?"
"Thank you sebab sudi buat semua benda ni. Saya bahagia sangat."
"Takde apa pun. Dia orang semua yang banyak bantu saya. Saya bukannya romantik macam lelaki lain. Kalau dia orang takde, saya rasa benda ni semua takkan jadi."
"Tulah. Kau orang semua ni buat cuak je. Malu saya tahu tak tadi? Semua orang pandang pelik je bila dengar awak bercakap guna mikrofon tadi!"
Daniel ketawa. Keadaan mula menjadi sunyi kerana semua tetamu sudah tiada. Hanya tinggal Anisa dan Aiman sahaja yang sedang berbual-bual di hujung sudut kawasan itu.
"Sayang?"
"Y...ye?"
Daniel ketawa lagi.
"Saya janji saya akan jaga awak baik-baik sampai ke hujung nyawa saya..."
"Je t'aime!"
"Love you too, sayang..."
Aku dan Daniel ketawa kuat. Kami berbual lagi sambil menghayati suasana malam yang menenangkan itu. Aku berdoa agar Allah merahmati hubungan ini sehingga ke Jannah.
Share this novel