And there will be someone that comes along one day and offers you an entire galaxy when you only expected a single planet-unknown
"Serius ke ni?"
"Seriuslah. Takkan along nak tipu kot."
"Pergh. Cayalah. Ni macam bukan along Nad ni. Kena sampuk dengan apa?"Daniel menjeling ke arah Nadia tajam.
"Nak kena sepak tak? Entahlah. Dengan Kak Bella ni,along rasa lain sikit. Along rasa sayang dia lebih daripada along sayang arwah Jasmin dulu."
"Lol. Rilekslah. Nad gurau je. Haih, see. Nad dah agak dah along suka dia. So, along cakap apa? Apa reaksi Kak Bella?"Daniel menarik nafasnya dalam-dalam. Ini yang dia tak suka bila bercakap soal cinta. Jantungnya berdegup laju dan hatinya berdebar-debar. Lidah pula berasa kelu. Damn,Bella!
"Along dah kecewakan dia, Nad. Along memang tak layak dapat dia. Dia lebih sesuai dengan bakal suami dia."
"Along cakap apa dekat dia?!"
"Along, along confess dekat dia. Dia cakap dia bahagia bila dengan along. Tapi, bila along teringatkan tunang dia tu, along tak boleh. Along suruh dia lupakan along. Along ni ego sangat ke?"Nadia memukul peha Daniel.
"Along ni bo...ergh! Kenapa along ni? Boleh tak fikir dulu sebelum cakap? Nad tak fahamlah. Along ni bukan setakat ego, but you're stupid too!"
"What should I do now?"
"Entahlah. Yang penting, just go for it. Fight for you love. Buatlah apa pun kalau along betul-betul sayangkan dia. Ataupun kalau rela, biarkan dia bahagia dengan future husband dia,"Daniel terdiam.
"Please, help me get her back!"
"Nad tak nak masuk campur. Good luck!"Nadia terus berdiri dan berlari meninggalkan Daniel yang masih terkapai-kapai sendirian.
"Nadia! Tunggulah!!"
"Jom! Nanti dia orang semua tunggu kita!"
"Aduh dia ni. Tak boleh nak tolong langsung!"Daniel terus mengejar Nadia yang sudah jauh di hadapan. Langkah di atur dengan laju.
------
Kami berempat duduk di atas tikar mengkuang selepas penat bergelak ketawa. Daripada jauh, kelihatan Nadia sedang berbual mesra bersama alongnya. Melihat sahaja muka lelaki itu, hatiku berasa pedih. Meluat pun ada. Sedang kami membuka penutup bekas makanan satu persatu, telefonku berbunyi.
"Ibu, makanlah dulu. Bella nak jawab call kejap,"ibu mengangguk laju sebelum menyambung berbual dengan Ish dan Anisa.
Sesampai sahaja Nadia dan Daniel di situ, aku terus bangun dan melangkah agak jauh dari situ. Aku tidak menoleh ke arah Daniel. Malas mahu melihat wajah itu. Buat hati makin pedih je. Panggilan daripada Farhan. Aku menarik nafas dalam sebelum menolak butang hijau.
"Assalamualaikum, wifey!"sapa Farhan ceria. Kedengaran suara Yaya di hujung talian.
"Waalaikummussalam. Amboi, kemain ceria you hari ni. Ada berita gembira ke?"dia ketawa.
"Tak boleh ke I nak bahagia bila dapat dengar suara you?"
"You ni kan! Boleh je. Takdelah. Selalu you biasa je bila call I. Hari ni lain macam pula."
"Kita kan dah lama tak jumpa. I rindulah,"wajahku terasa berbahang.
"You..."
"Hm?"
"I dah buat keputusan."
"Keputusan apa ni?"
"I sedia nak jadi isteri buat you. I cuba untuk cinta dan sayang you. Mungkin you adalah jodoh I,"dia terus menjerit di hujung talian. Aku ketawa kuat.
"Alhamdulillah. I happy sangat. So, bila?"
"Bila apa?"
"Bila kita nak fitting baju nikah, baju reception? Nak cari cincin? Cari barang hantaran? Rasa kek dengan lauk pauk?"
"Hahaha, one by one please. I can't get it."
"Hm, you dekat mana? Jom jumpa. Bincang pasal ni?"
"I pergi picnic dengan ibu sekali dengan Nisa ni. Nanti boleh tak?"
"You pergi picnic? Tak ajak pun?"
"Kita orang pergi dengan kawan Nisa. Lain kali kita pergi sekali,okay? Sekali dengan Yaya semua."
"Kalau I nak join boleh tak?"aku menoleh ke arah mereka yang sedang berbual-bual sambil makan. Kelihatan Daniel sedang mencuri-curi pandang ke arahku. Aku menjeling.
"I think you can. Nanti I share location,"Farhan bersorak sebelum aku meminta diri. Nanti apa pula yang dia orang fikir.
"Siapa tu?"soal Anisa di sebelahku sebaik sahaja aku duduk. Mujurlah Daniel duduk jauh daripadaku.
"Abang Farhan,"Anisa mengangguk seraya menolak badanku manja.
"Patutlah tersengih-sengih je Nisa tengok."
"Oh ye Kak Bella, bila tarikh?"Nadia mencelah.
"Bulan September. Tarikh yang spesifik tak tahu lagi."
"Ouh, lebih kurang empat bulan lagilah kan?"aku mengangguk seraya memasukkan sandwich ke dalam mulut. Juice oren diteguk.
"Kak Bella nak kahwin dengan siapa?"soal Ish . Eh, budak kecil ni. Pandai jelah. Aku tersengih.
"Ish, jangan menyibuklah!"Nadia menguatkan suaranya. Ish membalas dengan jelingan.
"Biarlah. Akak pun menyibuk!"
"Kenapa Kak Bella tak kahwin dengan along Ish?"soalan itu membuatkan Daniel tersedak. Nadia mengusap lembut belakang badan alongnya itu.
"Ei, dia ni. Mulut macam makcik-makcik. Makan cepat! Menyibuk je."
Ibu dan Anisa ketawa. Ish mencebikkan mulutnya. Muka comelnya sudah masam mencuka.
"Erm, Nad. Fiancé Kak Bella nak join kita. Boleh ke?"Nadia menoleh ke arah Daniel meminta jawapan.
"Join jelah."jawab Daniel tanpa memandang ke arahku. Dia terus menyuapkan makanannya yang masih berbaki di dalam pinggan ke dalam mulut dengan cermat.
Tanpa berlengah aku menghantar location kepada Farhan. Entah kenapa, aku rasa tidak sabar mahu melihat wajah lelaki itu. Aku berasa rindu mahu melihat wajah Yaya juga. Farhan membalas mesejku dengan emoticon love. Aku tersengih sendiri.
"Perempuan. Cepat sangat ubah fikiran,"Daniel membebel sendirian. Bella yang sedang tersengih-sengih sendirian itu dipandang dengan perasaan meluat. Tak lain tak bukan, mesej dengan tunang dialah tu.
"Eh, tambahlah lagi, auntie. Banyak lagi makanan ni,"ajak Nadia kepada ibu. Ibu tersengih seraya terus membubuh nasi goreng ke dalam pinggannya.
Hampir sejam menunggu, kelibat Farhan, Aiman dan Yaya kelihatan sedang melangkah ke arah kami. Cepat pula dia orang sampai. Anisa kelihatan terkejut. Sukalah tu tengok Aiman. Aku melangkah ke arah mereka. Yaya yang sudah terjerit melihatku didukung dan dicium pipi paunya. Aku tersengih memandang Farhan.
"Cepatnya kau orang sampai!"
"Kebetulan, kita orang tak jauh daripada sini tadi. Ambil Aiman ni ha."
"Oh. Eh, jomlah duduk makan."
"Ni, I ada beli KFC sikit,"kami bertiga berjalan bersama ke arah mereka berlima. Setelah melihat Farhan, Daniel terus bangun dan melangkah pergi. Wajahnya juga turut berubah riak.
Kami makan sambil berbual dan ketawa. Selepas makan, Ish, Nadia, Ibu dan Yaya kembali menyambung pembinaan istana pasir tadi. Anisa dan Aiman pula sudah hilang entah ke mana. Tinggal aku dan Farhan sahaja di situ. Daniel awal-awal lagi sudah menghilangkan diri. Mesti dia bahagia. Well, dia kan nak aku lupakan dia. So, aku tengah buat apa yang dia nak.
"You tahu tak, bila I tengok laut ni, I rasa tenang sangat. Sama macam setiap kali I tengok muka you. You're one of the things that I love to see everyday. I will never feel bored to see your smile, you laugh and your eyes. You're special,wifey. You mean everything to me and Yaya,"aku menoleh ke arah Farhan. Matanya sedang memandang ke arah laut yang membiru di hadapan kami. Senyuman terukir di bibirku.
"You terlalu baik Farhan. Bila you minta second chance dulu kan, I don't know either I should give it or not. But now, I don't regret anything. I'm glad I choose to give you another chance because I can feel that you're the one for me."
"I love you, Bella."
"I love you,Farhan,"kata-kata itu dipaksa keluar daripada mulutku. Walaupun agak payah, namun Farhan masih memahami keadaanku.
Kami pulang selepas asar. Tadi sempat kami menyewa di chalet berdekatan. Mujurlah ada yang kosong. Selepas solat zohor, semua sudah kepenatan. Kami tidur sebentar. Sebelum balik, aku dan ibu sempat membeli sedikit minum petang sebelum bertolak.
Memandangkan kereta Farhan agak besar, jadi aku, ibu dan Anisa membuat keputusan untuk menaiki keretanya pulang ke rumah. Tidak mahu menyusahkan Daniel. Rumahnya dengan rumahku agak jauh. Jadi perjalanan mungkin memakan masa. Plus, aku sudah malas untuk menghadap muka lelaki itu. Mungkin juga Nadia akan menyuruhku duduk di hadapan lagi. Nadia itu bukan boleh dijangka.
Ish terus masuk ke dalam kereta selepas aku memberitahu mengenai perkara tersebut. Mukanya yang masam dan mulut yang dicebikkan jelas menunjukkan yang dia sedang merajuk. Jadi, aku membelikan budak kecil itu sehelai baju princess. Mujurlah sudah hilang rajuknya itu.
------
Tinggal lagi tiga sahaja sebelum majlis aku dan Farhan akan berlangsung. Makin lama, makin jarang aku bertemu dengannya. Busy katanya. Banyak kerja perlu disiapkan segera. Dia tidak mahu kerjanya nanti mengganggu sewaktu honeymoon nanti. Aku ketawa sendiri.
Aku juga makin bertambah busy. Hampir setiap hari aku terpaksa oncall. Mujurlah persiapan semua sudah disiapkan awal lagi. Tidaklah kelam kabut. Cuma baju sahaja belum dicuba buat kali terakhir. Aku terpaksa mengambil cuti pada hari terakhir sebelum majlis. Mujurlah Wafa sanggup menggantikanku.
Kad jemputan sudah pun diagihkan pada minggu lepas. Termasuklah kepada keluarga Daniel. Sejak perkelahan empat bulan lepas, aku tidak lagi berjumpa dengan mereka sekeluarga. Hanya Nadia dan Ish yang selalu berhubung denganku melalui telefon. Mungkin Daniel memang sudah membenciku. Muak agaknya jika muka aku ini dipandang.
Kini, setiap hari aku mendapat bunga dan hadiah lain seperti coklat, bear, baju dan cincin. Kadang-kadang hanya jambangan bunga. Semua disimpan di dalam bilikku. Sudah penuh almari itu dengan jambangan bunga. Yang peliknya, macam mana dia tahu saiz baju dan jariku? Creepynya. Aku sudah memaklumkan kepada Farhan mengenai hal itu. Dia menyuruhku untuk membiarkan sahaja. Katanya mungkin aku terlalu cantik. Sudahnya, aku yang termalu sendiri. Farhan, Farhan. Ayat manis je.
Share this novel