I love you, but I hate the way you act sometimes. You always make me hate you more. But I can't. More I hate you, more I love you-unknown
Sampai sahaja di rumah, aku terus mencampakkan beg ke atas sofa di ruang tamu. Ibu memandangku pelik. Dengan hati yang masih panas, aku menyinsing lengan baju ke atas.
"Kenapa ni? Bella kata dengan ibu Bella balik pukul 7 hari ni? Ni kenapa sampai pukul 10?" aku menangis dalam pelukan ibu. Ibu mengusap rambutku lembut.
"Dialah ibu. Sejak Bella kerja situ, tak ada lagi orang yang lebih kejam daripada dia. Bella benci dia!"
"Ye, ibu tahulah. Cuba cerita. Kenapa balik lambat ni?"
"Hari ni je, dia dah buat banyak benda kejam. Mula-mula dia suruh Bella check patient. Lepastu, dia boleh sedap makan yang Bella ni macam orang gila tunggu dia dengan perut lapar. Last, Bella pergi juga makan. Sebab Wafa paksa. Apa lagi, dia tengking Bella depan orang ibu. Malu, ibu. Lepas tu, dia suruh Bella masuk operation room sekali. Time nak balik tu, dia suruh Bella ikut dia ke hulu ke hilir. Dia suruh buat macam-macam! Pasal dia Bella kena balik lambat!"aku mengesat air mata. Ibu ketawa.
"Kenapa ibu gelak? Bella serius tau! Ibu rasa cerita Bella lawak ke? Ibu rasa Bella reka cerita?"
"Bukan. Masalahnya ibu tak tahu Bella cerita apa ni. Ibu tak faham satu apa pun. Siapa dia?"
"Dia tu alah kalau Bella cakap pun takde function ibu. Yang penting Bella rasa nak bunuh dia!!"
"Dah, dah. Ibu rasa Bella penat sangat ni. Takpe, ibu faham. Bella mandi, solat. Lepastu turun makan. Mesti lapar kan?"aku mengambil begku dengan muka tidak puas hati.
Aku menaiki anak tangga dengan hentakan kaki kuat. Ibu ketawa lagi. Geram betullah. Orang serius, dia boleh gelak. Bencinya! Ergh!!
"Hentak kuat lagi. Biar retak tulang kaki tu."
"Ei, biarlah. Kaki orang kuat lagilah!"aku menjerit daripada tingkat atas. Makin kuat ibu ketawa. Aku masuk ke bilik dengan hati yang semakin sakit. Apalah nasib aku hari ni? Pintu dihempas kuat.
"Hurm, bertuah punya anak dara. Anak siapalah tu,"bisik ibu kepada diri sendiri sebelum melangkah ke dapur. Dia ketawa lagi.
------
Aku berjalan ke arah cafe sendirian memandangkan Wafa sedang berada di dalam bilik pembedahan. Aku terus duduk di meja paling hujung dalam cafe sederhana besar itu selepas selesai membuat pembayaran.
"Hai, boleh kami join dak?"aku yang baru hendak menyuapkan nasi ke dalam mulut terus memandang wajah nurse berkulit hitam manis itu. Sah orang utara. Aku membalas dengan senyuman dan anggukan.
"Nama sapa?"aku menyedut air milo beberapa teguk.
"Isabella. Tapi, boleh panggil saya Bella je. Awak?"dia ketawa.
"Tak payahlah berawak saya. Panggil Kak Zai ja. Baguih nah. Tak sombong. Kebanyakkan doktor muda macam Bella ni selalunya sombong. Berlagak. Apa depa ingat depa doktor, depa hebat sangatlah?"aku ketawa kuat. Ops, mulut ditekup. Dia hanya tersengih menampakkan barisan gigi yang cantik teratur.
"Biasa jelah, Kak Zai. Buat apa nak sombong kan. Sama je, semua manusia. Apa yang nak disombongkannya?"
"Eh, makanlah. Kita sembang sambil makan," aku tersenyum tawar.
"Saya tak berbual waktu makan, kak. Ibu tak bagi,"terus tersedak dibuatnya. Kak Zai tersengih seraya menelan liur. Ambil hang. Setepek!
"Sorry. Okay, kita makan dulu. Lepaih tu, kita sembang. Boleh dak?"
"Tak bolehlah, kak. Saya kena balik wad lepas ni. Hm, apa kata Kak Zai bagi nombor dekat saya. Bila-bila waktu cuti kalau tak busy kita lepak kedai mamak. Okay?"laju perempuan itu mengangguk. Tangan menyuapkan nasi ke dalam mulut dengan berselera sekali.
Semakin hari, semakin ramai staf di situ yang aku kenali. Alhamdulillah, setakat ini, yang bermasalah tu jelah, siapa tu. Ahh, mamat menopause tu. Dia tu entah kenapa mood asyik tak betul je. Pelik juga. Agaknya dia tu sebenarnya spesies apa? Terancam mungkinlah kan? Belum pernah lagi rasanya aku jumpa lelaki bermasalah macam tu.
Selesai makan, aku meminta diri kepada Kak Zai. Aku bukan taknak berbual, cuma, aku malas dah nak bertekak dengan mamat tu. Kalau boleh, tak nak dah timbulkan masalah apa-apa. Benda kecil pun dia boleh mengamuk macamlah aku curi bini dengan anak dia.
"Sedap berbual. Tak ingat dunia aku tengok. Ni, kerja tadi dah siap?"aku mengangguk seraya menjeling ke arahnya.
"Sedap? Saya tak rasalah pula sedap ke tak. Masin ke masam ke manis. Dah. Saya ni pekerja yang baik. Amanah. Doktor terhebat di dunia. Of course dah siap sebelum pergi rehat tadi," dia memandangku tidak puas hati. Muka tu kan, kalau tak macam masam tu agaknya tak lengkap kot hidup. Tak boleh bernafas kot kan?
"Eh, kau ni. Aku cepuk kang. Dah, pergi buat kerja sana. Malas aku nak layan orang macam kau."
"Well, tak suruh pun layan. Tak mati pun kan kalau tak cari salah saya hari-hari? By the way, doktor pun patut buat kerja juga. Bukan asyik menyuruh orang je,"aku melangkah meninggalnya di belakang. Wajahku ditenung tajam.
"Ei, nasiblah perempuan."
"Oh ye. Kalau boleh muka tu senyumlah sikit. Asyik marah je. Muka tu saya tengok makin berkedut. Tak lama dah tu,"aku mematikan langkah dan memandang wajahnya dengan senyuman sinis. Rambut diselak ke belakang.
Aku ketawa puas. Langkah terus diatur laju. Padan muka! Kau ingat, kau je mampu? Aku pun mampulah. Kacang je nak senyapkan orang macam mamat tu. Pleaselah. Ni Isabella kot. Of course hebat. Daniel mendengus kasar. Penumbuknya sampai ke dinding. Akhirnya, dia yang mengerang kesakitan.
"Tunggu kau,"bisiknya pada diri sendiri sebelum berlalu daripada situ dengan tangan yang memerah.
Sedang aku memeriksa pesakit dalam wad tersebut, Wafa terus menepuk bahuku kuat. Aku terkejut lalu menarik nafas panjang. Masha Allah, sungguhlah budak ni. Kalau aku ada sakit jantung, lama dah Inalillah.
"Eh, kau ni. Pahal?"aku menyoalnya dengan wajah tidak puas hati.
"Jom ikut aku!"tanganku ditarik kasar.
"Gi mana? Weh, mana boleh! Aku banyak kerja nak kena buat. Kenapa? Cakap jelah."
"Tak boleh. Kau kena ikut aku. Sekejap je. Aku dah minta Hanis tolong cover kau kejap. Please. Aku janji sekejap je."
"Kau ni kan. Mengacau aku jela. Karang kerja aku tak siap aku juga kena tengking,"aku meletakkan fail pesakit di atas meja. Sebelum melangkah keluar dari situ, aku berterima kasih kepada Hanis. Dia hanya tersengih.
"Kenapa ni? Boleh cakap tak?"dia tidak membalas. Tanganku makin ditarik kuat. Stresnya dengan dia ni.
"Tu, tengok tu. Kau nampak tak?"terbeliak mataku sebagai sahaja aku melihat Daniel sedang bertumbuk dengan seorang doktor lelaki yang kelihatan familiar.
"Apahal tu?"aku menyoal sambil melangkah lagi ke hadapan. Wajah Daniel sudah kelihatan lebam.
"Hoi! Kau ingat ni hospital bapak kau orang ke?"jeritan itu membuatkan semua staf yang sedang mengerumuni mereka berdua berlari pergi. Aku dan Wafa menyorok di sebalik dinding. Kepala dijenguk sedikit ke luar.
"Kenapa ni Doktor Rizman? Doktor Izzul? Awak tahu tak tindakan awak berdua ni tak professional? Sungguh memalukan. Nampak macam orang takde ilmu!"Daniel hanya menjeling.
Kelihatan tangannya sudah berdarah. Dalam hati, aku rasa kesian. Walaupun dia selalu bersikap kejam dengan aku, tapi aku still ada hati perut.
"Maaf,doktor. I'm not the one who started this first. Doktor Rizman tiba-tiba pukul saya. Saya tak tahu apa salah saya!"
"Memang saya mulakan. Sebab dia kacau isteri saya!"aku dan Wafa masih tekun mencuri dengar perbualan mereka.
"Come onlah, Rizman. Aku tak pernah kacau isteri kau. Kitaorang cuma berbincang je dalam bilik tu. Tak lebih daripada tu. Aku pun tahu batas-batas pergaulan dengan perempuan..."tanpa menunggu lama, perut dan muka Daniel ditumbuk lagi. Doktor lelaki berambut putih tadi sudah menarik badan Doktor Rizman ke belakang dengan kasar.
"Awak sedar tak apa yang awak dah buat ni Rizman?!"Doktor Rizman memandang tajam ke arah Daniel yang sudah membongkok menahan sakit.
"Rizman!"jerit satu suara. Aku dan Wafa memandang ke arah Doktor Izani yang sedang berlari mendapatkan suaminya yang semakin ganas. Badan suaminya ditolak kasar.
"What are think you are doing?!"
"Dia pegang tangan isteri I, then what do you think I should doing with him?"Doktor Izani memandang Daniel dan suaminya silih berganti.
"Apa benda you ni? Dia takde niat pun nak pegang tangan I. Kebetulan waktu tu I nak jatuh, so dia yang selamatkan I dengan anak kita. You tahu tak, I rasa kalau Izzul takde tadi, I think I will lost our baby,"Doktor Rizman membulatkan matanya. Aku dan Wafa juga terkejut.
"You're pregnant? Why don't you told me? Since when?"
"You know what, kita belum habis discuss lagi. I nak sekarang you minta maaf dekat Izzul!"Doktor Izani terus berlalu pergi dengan muka yang masih merah akibat menahan marah. Doktor Rizman cuba mengejar namun ditahan oleh lelaki berambut putih yang dikenali sebagai Doktor Ibrahim.
"Doktor Izzul and of course you, Rizman. Ikut saya. Now!"tanganku yang sedang berpaut pada dinding tiba-tiba tergelincir dan menyebabkan aku rebah ke lantai. Auch, sakit. Tulang belakangku terasa sudah mahu patah.
"So, what are you doing here? Mengintip?!" aku membuka mata. Aku memandang tepat pada wajah Doktor Ibrahim. Aku memandang ke kanan. Kelihatan Daniel sudah memandangku dengan wajah yang cukup bengis. Habislah aku!
Aku mencari Wafa yang sepatutnya berada di dalam bilik tadi. Namun, bayangnya sudah tidak kelihatan. Aku memandang ke arah Doktor Ibrahim kembali. Aku hanya mampu membalas dengan senyuman.
"Takde kerja nak buat ke selain daripada curi-curi dengar macam ni? Awak pun, ikut saya."
"Tapi, saya tak buat..." aku berdiri dengan pinggang yang memang sudah terasa berdenyut. Nasib.
"Shut up and just follow me! Now!!"aku berlari anak membuntuti mereka bertiga. Apalah nasib aku kan? Dengan Wafa lari selamatkan diri dia je. Tak tolong aku pun. Tengoklah dia nanti.
"So, Rizman, ready to apologize to Doktor Izzul? Or should I give you 1 thousand years more?"aku hanya menunduk memandang lantai. Tak pasal-pasal kena masuk office Doktor Ibrahim sebab mengintai dia orang tadi. What a shame!
"Still no response?"Doktor Rizman memandang Daniel yang sedang berdiri di sebelahku. Makin lama, dia makin rapat denganku. Aku menapak beberapa langkah ke kiri. Apa masalah dia ni?
"Sorry Izzul. Saya silap. Minta maaf sebab pukul tadi. Mesti sakit kan?"Daniel memandang senyuman sinis Doktor Rizman.
"So? Izzul. Do you want to accept his apology?"lambat-lambat Daniel menangguk selepas aku memijak kasutnya tanda menyuruhnya menerima sahaja maaf Doktor Rizman. Aku nak keluar cepat-cepat daripada sini. Please.
"Okay, sorry accepted. Tapi, kita belum selesai lagi."aku tersenyum memandang wajah Daniel yang hanya memandang tepat ke wajah Doktor Ibrahim.
"Rizman, you may go now."
"How about me?"
"Wait until we ask her several questions,"aku menelan liur. Mereka berdua memandang wajahku lama.
"So, betul kan awak mengintai kami bertiga tadi?"aku mengangguk lemah.
"Why? Kan saya dah suruh jangan menyibuk dan buat je kerja awak!"
"Doktor Ibrahim, boleh saya bawa dia keluar? Dia bawah saya. Jadi, biar saya yang settlekan dia. Lagipun, kami ada kerja penting nak kena siapkan. Takut tak sempat."
"Yeah, sure. Nasib saya baik hari ni,"aku mengucapkan terima kasih sebelum keluar meninggalkan bilik kecil itu. Peluh di dahi dilap. Lengan bajuku ditarik kasar oleh Daniel. Aku menjerit. Dia menekup mulutku dengan lengan bajuku sendiri. Aku terdiam seketika. Sakailah dia ni. Eii!
"Mind to explain what happened just now? What are you doing there?!"mulutku ternganga apabila dia menolak aku rapat ke dinding. Wajahnya didekatkan pada wajahku. Aku terjerit kecil sebelum dia menumbuk dinding kuat. Aku kaku. Jantung berdegup laju. Apa nak buat ni? Please idea, I really need you. Think, think.
Share this novel