BAB 43

Romance Completed 52907

Cinta dalam Islam bukan mengajar kita sesat atau tersasar, tetapi membangkitkan kekuatan terutamanya dalam beribadah-Unknown

"I'm pregnant..."

Daniel terus memegang mukaku dan mencium ubun-ubunku lama.

"Betul ke ni sayang?"aku mengangguk laju sambil tersenyum gembira.

Nafas lega ditarik beberapa kali. Daniel ketawa selepas mengucapkan syukur kepada Allah.

"Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Doa abang termakbul juga akhirnya. Thank you, sayang. Makin lengkaplah keluarga kita lepas ni..."tanpa menunggu lama, bibirku dicium beberapa kali.

"Tak sabarnya nak tunggu anak daddy ni keluar!"

"Abilah!"

"Daddylah baru moden sikit."

"Abikan macam arab-arab gitu. Abi jelah!"

"Daddy lagi sedap!"

"Sedap makan ke?"

"Takde-takde. Daddy je!"

"Abi jelah!"

"Okay, fine. Apa kata, sayang je yang panggil abang, daddy?"

Daniel mendekatkan wajahnya dengan wajahku.

"Cuba panggil, daddy..."

Aku menggeleng laju.

"Tak nak!"

"Cubalah panggil. Nak try dengar..."

"Ei, orang kata tak nak, tak naklah!"

"Please, sayang. Call me daddy..."

"Tak na...k..."

Cup. Bibirku dicium lagi. Kali ini lebih lama.

"Call me daddy, please?"

"Daddy..."

Daniel mengenyitkan matanya. Bibirnya tersenyum kemenangan.


------

Daniel membuka pintu keretanya sebaik sahaja tubuh tua itu sudah terbaring di atas jalan. Dia berlari untuk mendapatkan lelaki itu. Darah pekat sudah mengalir keluar daripada kepalanya. Mata Daniel terbuka luas sebaik sahaja wajah itu diamatinya.

"A...ayah?"

Serta-merta segala perbuatan ayahnya itu terus hilang daripada ingatan. Air matanya mula bertakung di tubir mata.

"Ayah!! Ayah, bangun ayah! Jul minta maaf, ayah!"

Tangannya menepuk-nepuk pipi tua ayahnya tanpa henti.

"Ayah?!"

Tanpa menunggu lama dia terus memangku tubuh ayahnya dan dibawa masuk ke dalam kereta.

Laju dia memandu ke arah hospital berdekatan.

"Daniel?..."

Suara itu kedengaran sangat lemah. Daniel terus mengesat air matanya laju.

"Sabar ayah. Sekejap lagi kita sampai."

Sampai sahaja di hospital, para jururawat dan doktor terus membawa ayah ke wad kecemasan. Daniel terus mencapai telefon daripada dalam poket seluar jeansnya.

"Assalamualaikum sayang..."suara itu kedengaran cemas. Dahiku berkerut.

"Waalaikumussalam. Abang? Kenapa ni?"

Daniel menarik nafasnya kasar. Buat beberapa saat aku hanya dapat mendengar deruan nafasnya.

"Sayang, abang ada kecemasan ni. Sayang jaga diri ye dekat rumah?"

"Itu je? Kenapa cemas sangat sayang dengar suara tu?"

"Abang penatlah sayang..."

Aku ketawa perlahan. Perut yang mula membuncit diusap lembut.

"Ya Allah, abang ni. Sayang ingatkan ada apa-apa yang jadi dekat abang tadi. Cuak tahu tak?"

Daniel mengukirkan senyuman keterpaksaan.

"Abang okay je sayang. Sayang jaga diri okay? Abang maybe balik pagi esok. Jaga baby elok-elok, hm? Untuk abang?"

"Ye, abang. In Shaa Allah."

"Kalau ada apa-apa, terus call abang?"

"Ye, daddy. Nanti Mummy call..."

Daniel ketawa sambil mengesat peluhnya.
"Kalau lapar malam-malam, panggil Kak Hasna, okay?"

"Kenapa ni? Ya Allah. Sayang kan dah biasa kena tinggal malam-malam..."

"Nothing. It is because I love you more than anything. You're everything to me,"air mataku terus menitis perlahan-lahan ke pipi.

"I, I love you more, abang."

"Eh, sayang. Kenapa ni? Jangan macam ni. Tak nak nangis-nangis macam ni. Kalau boleh, nanti abang balik, ye?"

"Tak ada apa. Sayang abang!"

"Abang pun sayang, sayang! Jangan lupa solat, okay?"

"Alhamdulillah. Sayang baru habis solat ni. Okay, abang. Assalamualaikum. Jaga diri?"

"Alhamdulillah. Waalaikumussalam. I will."

Panggilan terus dimatikan. Daniel menarik mafas lega. Buat masa ini, Bella tidak perlu tahu mengenai ayah. Biarlah dia kekal menganggap bahawa ayah telah meninggal. Daniel terus duduk kepenatan.

Satu jam menunggu, akhirnya doktor memberitahu bahawa ayah sudah stabil. Ayah cuma tercedera ringan sahaja. Entah kenapa, dia terus mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana nyawa ayahnya masih panjang.

Daniel melangkah ke dalam wad yang menempatkan ayahnya. Beberapa minit lepas dia baru sahaja menelefon abangnya, Aaron untuk memberitahu tentang ayah. Mungkin dia sedang dalam perjalanan.

Kerusi ditarik perlahan-lahan. Tangan ayahnya dicapai dengan perasaan teragak-agak. Diusap tangan tua ayahnya dengan perasaan ragu-ragu. 'Betul ke apa yang aku buat ni? Maafkan ayah lepas apa yang dia dah buat dekat aku selama ni?' Pantas sahaja tangan itu dilepaskan daripada genggamannya.

"Jul..."

"Maafkan ayah, Jul."

"Dahlah. A...ayah rehatlah. Jul, balik dulu."

Baru sahaja dia hendak berdiri dan melangkah pergi, tangannya ditarik kuat.

"Maafkan ayah. Bagi ayah peluang untuk tebus salah ayah?"

Senyap. Daniel membisu tanpa kata-kata.

"Ayah tahu ayah berdosa selama ni. Ayah tinggalkan anak-anak ayah. Sebenarnya Jul, ibu dengan ayah tak pernah berpisah. Kami tak pernah bercerai. Ibu paksa ayah untuk tinggalkan dia dan kau orang semua."

Daniel memandang wajah ayahnya sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Semua tu berlaku lepas ibu dapat tahu dia kena kanser. Kanser tahap empat. Ayah tak akan tinggalkan dia macam tu. Tapi, dia paksa ayah kahwin dengan perempuan lain. Ayah tak nak. Sebab tu, dia bagi pilihan. Kahwin lain, atau tinggalkan dia."

"Dan ayah pilih untuk tinggalkan ibu? Biarkan Ijul besarkan adik-adik sendiri?"

"Ayah tak ada pilihan lain. Ayah tak nak ada isteri lain."

"Then, how about your new wife?"

"Ayah terhutang budi dengan dia. Dia baik. Dia tolong ayah waktu ayah dekat Poland dulu. Sebabkan kita orang terlalu kerap berjumpa, ayah rasa tak manis kalau perkara tu berlaku tanpa ada ikatan sah antara kami. Sebab tu, ayah jadikan dia halal untuk ayah."

Daniel menutup matanya rapat-rapat.

"Selama ni, dia yang banyak tolong ayah. Dialah yang tolong ayah cari anak-anak ayah. Kalau tak ada dia, ayah rasa, ayah akan still merempat dekat sana."

Tanpa berselindung lagi, Daniel terus memeluk ayahnya erat. Air matanya mula mengalir laju.

"Maafkan ayah, Jul. Maafkan ayah!"

Terasa belakang badannya diusap penuh kasih sayang. Daniel mengetap bibir supaya dia tidak mengeluarkan sebarang suara.

"Ijul, Ijul maafkan ayah. Ijul bersalah dengan ayah. Ijul minta maaf, ayah."

"Ayah dah lama maafkan Ijul. Kita bina keluarga kita balik?"

"Terima kasih, Yah."

"Ayah sayang Ijul dan adik-adik."

"Kami pun sayang ayah!"Daniel mengesat air matanya.

Dia terus menoleh ke belakang. Dahinya berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience