Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakan suaminya apabila dilihat, taat apabila disuruh dan menjaga dirinya serta harta apabila suami tiada-Riwayat A-Tabrani
Awal-awal pagi lagi aku sudah bersiap-siap untuk pulang ke KL. Setelah memandikan Fikry, Nek Timah menyuruh kami bersarapan dahulu sebelum berangkat. Memandangkan keretaku belum siap sepenuhnya, Arif menawarkan dirinya untuk menghantar kami pulang memandangkan dia juga mahu ke sana.
"Makan kenyang-kenyang. Bella?"aku memandang Nek Timah. Fikry yang berada di atas riba disuapkan nasi goreng yang masih panas itu.
"Tambahlah. Makan banyak-banyak. Biar gemuk sikit tubuh tu,"aku ketawa sambil mengangguk laju.
"Nenek pun, makanlah juga."
"Haah, nek. Nenek pun kena makan banyak-banyak,"Arif yang berada di sebelahku menyampuk sambil mengunyah nasi.
"Kamu diam! Berapa kali nek nak kena ingatkan, makan tu jangan bercakap!"dia terus tertunduk malu. Aku dan Nadia terus ketawa kuat.
"Nak bertolak pukul berapa ni?"soal Nek Timah.
Ramah betul orangnya. Memang tidak boleh duduk diam. Senang betul berbual dengannya.
"Bertolak? Nak pergi mana?"Daniel yang baru keluar daripada biliknya terus menarik kerusi kosong di hadapanku.
"Bella ni ha nak balik KL dah!"dia memandang ke arahku sekilas. Aku cuba berlagak tenang. Wajahnya tidak dipandang. Menyampah mahu melihat wajah itu.
"Nak balik dah? Nak balik dengan apa? Bukan ke kereta tak siap lagi?"Nek Timah menjeling.
"Yang kamu banyak bunyi ni kenapa? Dia isteri kamu ke? Takkan? Arif ni ha nak tolong hantarkan dia orang. Biarlah dia,"semua orang sudah ketawa. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman palsu.
Nasi disuapkan ke dalam mulut Fikry lagi. Setelah selesai menyuapnya, Nadia mengambilnya daripada pangkuanku untuk membolehkan aku bersarapan pula. Entah kenapa, seleraku tiba-tiba mati setelah merasakan bahawa Daniel asyik memerhatikanku sedari tadi.
Aku masih cuba untuk berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Nasi dihabiskan dengan cepat agar aku dapat cepat-cepat beredar dari situ.
Aku melangkah ke dapur setelah selesai makan. Dengan pantas aku mencuci pinggan-pinggan kotor di dalam sinki agar tidak bertembung dengan Daniel nanti.
Selesai aku mencuci pinggan, tiba-tiba seseorang telah meletakkan pinggan kotornya ke dalam sinki. Aku dapat mencium bauan yang dipakai olehnya. Aku kenal siapa dia!
Tanpa menunggu lama, aku merelakan diri untuk mencuci pinggannya itu. Setelah itu aku terus melangkah untuk beredar dari situ. Dia menahan kakiku untuk terus melangkah. Aku meneguk liur. Cuba menahan sabar. Wajahnya dipandang tidak puas hati.
"Boleh tepi sikit tak?"
Wajahnya serius. Entah kenapa aku berasa kecut perut. Takut melihat wajahnya apabila dia beriak begitu.
"Tak boleh."
"Sanalah. Aku cakap baik-baik, kan?"
"Aku pun cakap baik-baik."
"Kau nak apa, hah?!"suaraku mula kedengaran kuat.
"Kenapa kau nak balik dengan Arif?"
Aku ketawa. Tubuh dipeluk erat.
"Tak tahu pula aku kau boleh menyibuk dalam urusan aku. Biarlah aku nak balik dengan sesiapa pun. Kenapa? Jealous?"
Dia terdiam. Dia mengaturkan langkahnya mendekatiku. Aku mula cuak. Aku melangkah juga perlahan-lahan ke belakang.
"Ye, memang bukan urusan aku. Tapi keselamatan kau keutamaan aku! Aku berhak nak ambil tahu pasal kau,"aku memandangnya tidak percaya.
"Kau tak ada hak! Kau bukan sesiapa untuk aku! Aku boleh balik atau pergi mana-mana je dengan sesiapa je yang aku suka!"
"Ye, Bella,ye! Memang kau boleh buat apa yang kau suka. Tapi kalau kau nak tahu, selama ni aku memang care pasal kau. Mana je kau pergi aku akan ikut untuk pastikan kau selamat! Sampaikan aku bahayakan nyawa aku sendiri!"
Badanku terhenjut sebaik sahaja ditengking sebegitu. Aku hampir tidak percaya dengan apa yang didengari. Dia menarik nafas berkali-kali.
"Ap...apa kau cakap?"
"Abaikan semua yang aku cakap tu,"suaranya mula mendatar. Tanpa menunggu lama, dia terus melangkah pergi dari situ.
"Er, Bella?"aku menoleh ke arahnya yang sedang berdiri di muka pintu dapur.
"Y...ye?"
Lama dia berdiam diri sebelum berdehem perlahan.
"Take care."
Aku mengangguk perlahan. Entah kenapa, aku tersenyum sendiri. Daniel, betul ke kau sayangkan aku? Pertanyaan itu tergantung di situ. Dibiarkan tidak berjawab. Aku tidak mampu untuk bertanyakan sendiri kepadanya. Akhirnya soalan itu terkubur dalam hatiku tanpa mengetahui kebenarannya.
Sepanjang perjalanan pulang, hanya Arif sahaja yang banyak bercerita. Aku lebih memilih untuk mengiyakan sahaja kata-katanya. Entah kenapa, sejak tadi, aku asyik memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh Daniel sewaktu di dapur itu.
Lama aku berfikir, akhirnya aku tertidur bersama Fikry yang nyenyak tidur diatas ribaku.
Sampai di hadapan pagar rumah, Arif mengejutku perlahan. Aku membuka mata perlahan-lahan. Wajahnya dipandang sekilas sebelum menunduk untuk melihat Fikry. Mana Fikry? Aku sudah mula cuak. Arif ketawa disebelah.
"Mana Fikry? Kenapa you gelak?!"
"Sabar. Cuba rilex, boleh tak? I dah hantar dia masuk dalam. Merengek cari mak dia. Tengok you tidur nyenyal sangat, tak sampai hati pula I nak kejut dulu tadi,"aku menarik nafas lega. Hilang budak tu, apa nak jawab dengan mak ayah dia nanti.
"Ouh, thank you, Rif. Banyak dah you tolong I. I appreciate sangat."
"No hallah. You belanja I makan, settle."
"Eh,boleh je. Bila you free?"dia ketawa lagi. Aku tiba-tiba berasa malu.
"Tak delah! I gurau jelah. Dahlah. You pergi masuk, mandi, makan, solat then rehat. You nampak penat sangat. Rehat, okay?"aku mengangguk perlahan.
Pintu kereta dibuka. Baru hendak keluar terasa tangannya menyentuh bahuku perlahan. Aku menoleh ke arahnya.
"Take care. Call me later?"kepala diangguk lagi. Senyuman diukir untuknya.
Tanpa menunggu lama, aku keluar daripada perut kereta dan melambaikan tangan ke arahnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
------
Daniel membuka pintu rumahnya yang diketuk beberapa kali. Sebaik sahaja wajah tua itu dipandangnya, senyuman lebar yang terukir pada bibirnya terus mati. Lelaki yang berada dihadapannya itu dipandang dengan wajah yang masam mencuka.
"Jul..."
"Buat apa dekat sini?!"kata-kata lelaki tua itu terus dicelah.
"Jul tak rindu dekat ayah ke?"suara lelaki tua itu kedengaran perlahan. Tangan isterinya digengg erat untuk mendapatkan sedikit kekuatan.
"Ayah?"Nadia yang datang dari dapur terus berlari ke arah lelaki tersebut.
Namun, Daniel lebih pantas bertindak. Tangannya menarik kuat tubuh Nadia. Nadia terus masuk ke dalam pelukannya.
"Tak payah nak panggil dia ayah. Tak ingat ke dia tinggalkan kita dulu? Dia sanggup buang kita demi perempuan tu!"jarinya telunjuknya ditunjukkan tepat ke muka wanita yang manis bertudung.
"Along..."
"Nad diam! Kita tak pernah ada ayah macam ni. Ayah kita dah mati."
Nadia sudah menangis tersedu-sedu. Dia merayu agar Daniel beristighfar dan mengucap. Walau seteruk manapun, lelaki itu tetap ayah mereka.
"Patutnya yang kena istighfar tu jantan tak guna ni!"
Pap! Satu tamparan kuat dikenakan ke muka Daniel. Nadia mengenggam erat tangan kirinya. Habis merah pipi Daniel akibat ditampar kuat oleh tangan halusnya. Daniel bernafas tercungap-cungap menahan marah.
"Jul... maafkan ayah."
"Diam! Aku tak nak dengar apa-apa. Kau punca ibu meninggal! Aku takkan mengaku sampai bila-bila kau ayah aku!"pintu rumah cuba ditutup namun dihalang kuat oleh perempuan yang berdiri di sebelah ayahnya.
"Ibu... ibu meninggal? Inalillah. Bila Jul? Kenapa takde siapa yang bagitahu ayah pasal benda ni?"
"Dahlah. Kalau kau menyesal sekalipun, ibu takkan bangun balik. Pergilah. Sejak kau tinggalkan kitaorang, sejak ibu pergi, kau tak pernah jenguk kitaorang langsung!"
"Tak boleh ke Jul bagi peluang kedua untuk ayah? Ayah nak tebus balik salah ayah. Ayah memang tak guna. Ayah minta maaf."
"Along, dahlah. Apa pun, dia tetap ayah kita!"wajah Nadia dipandang sekilas.
"Tak. Sebab ayah aku dah mati!"pintu terus ditutup rapat dan dihempas kuat.
"Kenapa dengan along ni?!"
"Kenapa dengan along? Hei, Nad tu yang kenapa! Nad dah lupa apa yang dia dah buat dekat kita?!"
"Dia tetap ayah kita! Ayah Nad. Ayah along. Ayah Ish!"
"Tak. Tak lepas dia biarkan kita macam tu je. Tak lepas dia biarkan along besarkan korang sorang-sorang. Eh, Nad ingat senang ke along nak besarkan kau orang tanpa ibu, tanpa dia tu!?!"
"Nad kecewa dengan along!"Nadia menjerit kuat sebelum berlari memasuki biliknya.
"Susah along nak maafkan dia lepas apa yang dia dah buat..."Daniel memandang lantai. Perlahan-lahan air matanya mengalir dan menitis ke lantai.
Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana dia masih mempunyai ayah. Tetapi kerana egonya yang setinggi gunung, tidak semudah itu dia boleh memaafkan ayahnya.
Selama ini, dia yang bersusah payah membesarkan adik-adiknya seorang diri tanpa ibu dan ayah. Dialah yang telah membesarkan mereka menjadi seorang manusia yang berguna. Hidup dengan kehadiran ayah yang tidak brtanggungjawab amat payah. Namum terpaksa ditelan juga.
"Aku, aku takkan maafkan kau! Kau penyebab semua ni berlaku! Aku tak maafkan kau..."akhirnya dia terduduk di atas lantai. Lutut dipeluk erat. Air matanya mengalir lagi.
------
Aku melangkah ke arah kereta sambil meletakkan steteskop ke dalam genggaman. Sebaik sahaja aku memasuki perut kereta, dengan kuat cermin diketuk. Cepat-cepat aku mengunci pintu. Dadaku berombak laju setelah wajah seseorang yang cukupku kenali itu dilihat. Telefon dicapai daripada dalam beg tanganku. Dia mengetuk kuat lagi cermin keretaku.
Dengan pantas jari menaip nombor Daniel. Walupun aku tidak lagi berhubung dengan dia selepas malam itu, namun dia sahaja yang dapat membantuku. Waktu menunjukkan pukul satu pagi. Dalam keadaan cemas aku menceritakan segalanya kepada Daniel.
Mujurlah dia juga oncall pada pagi itu. Jauh di sudut hati, aku berharap agar Daniel turut meminta bantuan rakannya yang lain. Bimbang juga jika lelaki itu menyerang Daniel nanti.
"Bukalah!!"jerit Ezmir kuat. Badanku mula menggigil ketakutan.
Buk! Bunyi hentakan kuat mencuri perhatianku. Daripada dalam kereta, aku dapat melihat Daniel sedang memegang kayu manakala Ezmir sudah jatuh ke lantai.
Daniel menyuruhku untuk kekal berada di dalam kereta. Namun kerana kedegilanku sendiri, aku tidak mengendahkan kata-katanya. Aku terus keluar daripada kereta.
"Are you okay?"suaranya kedengaran risau.
Aku mengangguk lemah. Tidak berdaya. Perasaan takut masih menyelubungi diri.
"Watch out..."
"Bella!!"terasa badanku ditolak seseorang. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Daniel sudah terbaring lemah di atas lantai. Tangannya berdarah teruk akibat ditoreh.
Aku tahu. Semua ini berlaku kerana Daniel ingin menyelamatkanku. Serta-merta air mataku mengalir laju setelah Daniel kelihatan tidak sedarkan diri.
"Daniel!!!"aku menjerit kuat.
Aku mula bertindak di luar kawalan. Dengan perasaan marah, aku menendang Ezmir yang masih lemah. Pisau di tangannya dirampas. Dia terus mengelak dan menghalakan mata pisau tersebut ke arah perutku. Kepalaku serta merta menjadi pening dan berpinar.
Perkara terakhir yang dapat aku dengari adalah bunyi tembakan kuat yang dilepaskan oleh sekumpulan polis. Aku tahu, pasti Daniel sudah menelefon polis. Alhamdulillah, ya Allah. Akhirnya mataku tertutup rapat.
Aku membuka mataku luas. Sudah seminggu perkara itu berlalu. Mujurlah torehan pada tangan Daniel tidak begitu dalam. Wafa juga mengatakan bahawa luka pada perutku tidak terkena kawasan peranakan. Jika tidak, kemungkinan aku sudah tidak boleh mengandung lagi.
Ezmir pula telah meninggal dunia pada pagi itu sewaktu dibedah. Walaupun perasaan sedih menyapa diriku, namun aku turut berasa syukur. Sekurangnya, keselamatan aku dan orang sekelilingku tidak lagi dalam bahaya.
Daniel ingin bertemu denganku hari ini. Mujurlah cuti kami masih berbaki. Aku mengenakan pakaian yang paling simple.
Daniel mengambilku tepat jam 11.45 untuk makan tengahari bersama. Sampai sahaja di tempat yang ingin dituju, Daniel membuka pintu kereta untukku.
Perlahan-lahan aku keluar daripada perut kereta. Mataku merayau-rayau melihat kawasan di sekitar itu. Setelah Daniel mengunci pintu kereta, aku hanya melihat dia berjalan masuk ke dalam restoran Ali Maju yang berada betul-betul di hadapanku.
"Berangan kahwin dengan anak raja ke?"dia menjerit ke arahku. Aku tersengih lalu terus berjalan laju ke arahnya.
"Haah. Dengan anak raja Brunei!"aku menjerit ke telinganya. Dia mencebikkan mulutnya.
"Dengan anak raja Brunei? Layak ke?" aku terus berjalan ke meja kosong tanpa menoleh ke arahnya. Aku menarik kerusi dan terus duduk.
"Kau bukannya lawa mana pun..."
Aku mengetap bibir. Geramnya aku dengan mamat ni. Dengan kuat aku memijak kasut sneaker yang dipakai olehnya. Dia menjerit kuat.
"Habis kotor kasut aku!!"aku pula ketawa. Padan muka. Gelakkan aku lagi.
"Alah, kotor sikit je pun. Siapa suruh kutuk aku. Eh, perempuan ni jugalah yang kau berkenan kan?"
"You know what?"dia memeluk tubuhnya. Badannya disandarkan pada kerusi.
"What?"
"You owed me something."
"Eh, apa pulak? Bila masa aku pinjam duit kau?!"mukanya dipandang tidak puas hati. Aku paling benci bila orang fitnah aku benda yang langsung aku tak buat.
"You owed me a kiss and a hug. Mind to pay back?"
Aku menendang kakinya di bawah meja. Dia ketawa lagi. Kali ini lebih kuat. Aku tidak membalas apa-apa. Mukaku sengaja diketatkan.
"Alah, muka janganlah ketat sangat. Nampak buruk."
Aku hanya menyaksikan dia ketawa. Tubuh dipeluk erat. Dia terbatuk sebelum membetulkan duduknya. Air dihirup rakus.
"Dah habis dah?"
"Habis apa?"aku menarik nafas dalam-dalam.
Sungguh, jika ikutkan hati, mahu sahaja muka lelaki itu menjadi tempat kumelepaskan geram. Aku mengukirkan senyuman yang dibuat-buat.
"Dahlah. Aku malas nak layan kau. Aku penat sangat nak habiskan suara aku ni semata-mata nak marah nak tengking kau, tahu tak?"
Dia tersenyum gatal. Aku menayangkan muka tidak puas hati. Dahiku berkerut.
"Kau tahu tak apa beza kau dengan angry bird?"
Aku menjeling. Dia mengenyitkan mata sepetnya.
"Nak tahu tak?!"
"Apa?"
"Angry bird nampak ganas bila marah, tapi kau, kau nampak cantik bila marah."
"Tadi kau kata muka aku buruk kalau marah. Kau main-mainkan aku eh?!"dia ketawa. Wajahku dipandang lama. Aku mula berasa tidak selesa.
"Ke...kenapa kau pandang aku macam tu?"
Dia ketawa. Keningnya sengaja diangkat beberapa kali.
"Aku dah cakap ke belum baju kau pakai hari ni lawa?"aku menggeleng sambil tertunduk malu.
"Tapi sayang..."aku mendongak memandang wajahnya. Keningku berkerut.
"Kenapa sayang?"
"Akhirnya kau panggil juga aku sayang,"dia mengenyitkan matanya lagi.
lengannya dipukul kuat. Ya Allah. Sabar jelah dengan mamat ini. Ikutkan hati, mahu sahaja dihemburkan segala isi hatiku ke mukanya.
Setelah makanan sampai, kami terus makan tanpa bercakap. Sebelum balik, dia membawaku di sebuah tasik. Kami meluangkan masa bersama-sama untuk lebih mengenali satu sama lain.
"Daniel?"dia menoleh ke arahku.
"Hm?"
"Thank you."
"For what?"
"For... everything you have done for me."
Dia tersenyum manis. Dadaku mula berdebar. Untuk menghilangkan debaran itu, aku terus membalas senyumannya.
"Everything for you, Bella."
Aku ketawa bahagia. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku buka hati aku kembali? Aku pun tidak tahu. Jika jodoh aku sudah tertulis dengannya, aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin dia yang terbaik untukku dan masa depanku.
Share this novel