Waiting is a sign of true love and patience. Anyone can say I love you. But not everyone can wait and prove it is true-fac
"Betul kan apa tekaan aku tu?"
"Dia dah tinggalkan aku. Lagi sedih, anak aku pun ikut jejak dia."
Daniel memandangku pelik. Anak?
"Anak arwah Farhan?"
Aku menggeleng laju.
"Anak aku dengan Farhan."
"Inalillah. Aku tak tahu weh. Sorry,"aku mengesat air mata.
Dia menghulurkan tisu kepadaku. Aku mengambil dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Takpe. Benda lama."
"Aku faham perasaan kau. Perasaan dia sama macam time aku hilang mak ayah aku serentak. Aku sedih. Tapi, aku tak tunjuk dekat orang. Yelah, aku tak nak orang nampak aku lemah. Aku kena nampak kuat depan adik-adik aku. Kalau aku tak kuat, macam mana dia orang nak jadi kuat,kan?"
lama aku menyepi. Daniel mendengus perlahan.
"Takpelah, Bella. Kau kena kuat. Aku sure, kalau dia orang ada lagi sekarang, dia orang tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni. Kalau nangis beria-ria pun, dia orang takkan bangun balik. Kita kena sabar, kuat dan yang paling penting, teruskan hidup. Kau berhak bahagia,"aku memandang wajahnya lama.
"Okay?"aku mengangguk laju.
"Thank you."
"Alah, benda kecil je. Janganlah nangis-nangis lagi. Buruklah muka kau kalau nangis,"aku ketawa geli hati. Dia memandangku dengan senyuman di bibir merah jambunya.
"So, kau nak tak isi ruang kosong dalam hati aku?"aku menyepetkan mata. Lengannya dipukul.
"Jangan mengada. Dah, jom, nenek ajak minum petang. Semua orang dah tunggu!"aku melangkah laju meninggalkannya di belakang.
"Aku serius weh,"Daniel menjawab lemah. Berharap agar apa yang diperkatakan itu dapat kudidengari . Dia melangkah lemah.
------
Jam di pergelangan tangan kanannya diperhatikan. Entah kenapa, sedari tadi dia asyik menghitung waktu. Bila teringatkan anak-anaknya dengan bekas isteri, hatinya menjadi pilu. Dia berasa dirinya sangat bodoh. Isteri yang sudah cukup sempurna ditinggalkan hanya untuk bersama dengan wanita yang lebih sempurna. Akhirnya, apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Air mata yang sudah berada di tubir mata dikesat.
Azamnya untuk pulang Malaysia kali ini adalah untuk mencari bekas isteri dan anak-anak yang sudah ditinggalkan lebih 14 tahun lalu. Dia berharap agar mereka bertiga dapat memaafkan kesalahannya. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Hey, are you okay?"perempuan yang sedang berada di sebelahnya itu dipandang lama.
"Do you think we can find them?"
"Hmm, not so sure, but we can try, right?"dia mengangguk lemah.
"I hope they'll forgive all of my mistakes."
"Don't worry. I'm here for you."
"Thank you, sayang!"
"Please. You're my priority."
Dia melentokkan kepalanya ke atas bahu isterinya. Tangan si isteri terus mengusap manja rambut suami. Mereka akhirnya tertidur dalam pelukan masing-masing.
------
Selesai solat maghrib berjemaah, kami makan malam bersama-sama. Kali ini, kami tidak makan berenam. Sebaliknya, kami makan bersama-sama dengan anak bongsu Nek Timah sekeluarga. Anak lelakinya, sedari tadi asyik memandangku. Mukanya kelihatan familiar. Sedari tadi, aku asyik mencernakan maklumat daripada memori.
"Bella?"aku memandang Nek Timah yang berada di sebelahku.
"Ye,nek?"
"Apa termenung tu? Makanlah. Banyak lagi lauk ni. Tambah,tambah."
Aku mengangguk laju seraya menyuapkan nasi ke dalam mulut. Daripada hujung mata, aku dapat melihat Daniel sedang memandangku. Aku menoleh ke arahnya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Aku menyambung makan dengan diri yang terasa diperhati. Seleraku tiba-tiba mati apabila sepupu Daniel itu asyik memandangku. Namun, dipaksa juga untuk menghabiskan nasi di dalam pinggan.
Selepas solat isyak, aku, Nadia, Ish dan Fikry tidur bersama di atas satu katil. Aku membersihkan diri dahulu sebelum membaringkan diri di atas katil. Aku menepuk-nepuk perlahan tubuh Fikry untuk menidurkannya. Mujurlah dia tidak meragam. Aku berbual-bual sebentar dengan Nadia sebelum dia akhirnya tertidur kepenatan.
Aku cuba menutup kelopak mata. Entah kenapa, malam ini mataku terasa tidak ingat berehat. Aku memusing badan ke kiri dan ke kanan. Akhirnya, aku mencapai telefon dan terus bergerak ke luar bilik perlahan-lahan. Ruang tamu sudah gelap. Suasana di rumah itu waktu itu sudah betul-betul senyap. Hanya bunyi cengkerik dan unggas sahaja yang menemani.
Aku membuka pintu rumah penuh berhati-hati. Kasut disarung pada kaki. Aku melangkah sambil menghayati suasana malam yang menenangkan itu ke pondok di hadapan rumah. Aku duduk memeluk lutut. Telefon dibuka. Terdapat mesej dan missed call daripada ibu.
"Buat apa sorang-sorang dekat luar ni?"aku terus menoleh ke arah suara itu. Ya Allah, mujurlah tak terkeluar jantung ini. Wajahnya dipandang sekilas. Dia terus duduk di sebelahku.
"Tak boleh tidur ke?"aku mengangguk.
"I pun tak boleh tidur."
Lama dia menyepikan diri. Aku membetulkan duduk. Dia berdehem perlahan.
"You sihat?"aku memandangnya yang sedang tersenyum manis. Laju aku mengangguk.
"You siapa eh? Kita pernah jumpa ke?"
Dia hanya ketawa. Awkward.
"You serius ke ni tak ingat I?"aku menggeleng. Kepala digaru.
"Langsung tak ingat?"
"Tak."
"Kita pernah jumpa waktu birthday party Ish. Still tak ingat?"
Aku terdiam seketika untuk mengingati kembali kejadian 10 tahun dahulu. Tidak peliklah jika aku tidak mengingatinya. 10 tahun kot. Sudah lama berlalu.
"Okay, I guess you still can't remember me. Never mind. Let me introduce myself again."
"Sorry,"aku hanya mampu tersengih.
"Don't worry. Benda lama. Tak pelik pun kalau you dah tak ingat I. Kita jumpa pun tak sampai 15 minit pun. I cousin Daniel. My name is Arif Zafran. You can call me Rif."
"Wait, I think I remember you. Awak yang tegur saya time parti tu kan? Sebab awak je yang sudi bercakap dengan saya time tu!"dia ketawa.
"Finally!"aku tersenyum malu.
"Hahaha, yeah. So, memang rapat ke dengan Daniel?"dia mengganguk laju.
"I cousin yang dia paling rapat. We share everything. Cuma awek tu taklah. Mana boleh I nak kongsi awek dengan lelaki lain kan? Kita orang sekolah sama-sama dulu. So, sebab tulah kita orang rapat gila."
"Hahaha, awak ni, macam dah kenal saya lama je kan?"dia memandangku lama.
"Sorry kalau you tak selesa. Tapi, I memang cepat rapat dengan orang. Lagi-lagi, dengan perempuan cantik macam you,"wajahku terasa berbahang. Mungkin sudah memerah.
"It's okay. Maknanya kau orang sama umurlah eh?"
"Yup. You dengan Daniel ada apa-apa ke?"
Aku terbatuk kecil. Wajahnya dipandang tidak percaya. Aku? Dengan Daniel? Tak mungkinlah! Daniel mana ada hati dengan aku.
"Kenapa? Nampak kita orang macam ada apa-apa ke?"dia membulatkan matanya.
"Seriously? Waktu dekat meja makan tadi, I perasan dia asyik pandang-pandang you. I think he like you!"
"Siapa suka dia?"kami berdua terus memandang ke arah Daniel yang berkain pelikat itu. Dia terus duduk di sebelah kananku.
Aku betul-betul tidak selesa. Duduk di antara dua orang lelaki? Aku menelan liur. Tangan sudah berasa sejuk. Aku terus memeluk tubuh.
"Er, I masuk dululah. Tiba-tiba mengantuk pula. Good night, Bella!"Arif melangkah laju masuk ke dalam rumah.
"So..."
"So?"wajah Daniel dipandang lama. Lelaki itu mendongak ke langit.
"Seronok berbual? Sampai tak sedar aku datang,"aku tersenyum tawar.
"Well. Mestilah. At least, dia tak pendam dalam hati. Apa yang dia rasa, terus dia luahkan. Tak macam orang tu."
"Orang mana?"
"Alah, orang tu. Yang ego, sombong, bongkak. Takkan tak kenal?"
"Eh, betul-betullah. Orang mana ni? Tak kenallah. Aku cuma kenal orang yang baik, handsome, dan..."
Tiba-tiba dia terdiam tanpa menghabiskan ayatnya. Kami memandang sesama sendiri. Dia kelihatan seperti sedang menarik nafas berat. Kenapa ni?
"Dan?"dia memandangku lama. Kali ini, dia terus memusingkan badannya menghadapku.
"Dan orang yang cintakan kau dan bersedia untuk jadi imam kau. Orang yang nak memperisterikan kau, Bella."
Aku ketawa kuat. Tiang pondok yang sedang diduduki itu ditepuk beberapa kali.
"Apa kau merepek malam-malam ni? Agak-agaklah nak bergurau pun. Jangan nak mengarutlah!"
"Tak, aku serius ni."
Aku terus diam. Bagaikan tidak percaya, akhirnya lelaki itu telah menurunkan egonya demiku. Adakah aku salah dengar? Ataupun ini hanyalah anganku sahaja?
"Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk kau. Aku menyesal weh. Aku terlalu layan ego aku. Sampaikan aku hilang orang yang aku sayang. Aku banyak sakitkan hati kau selama ni. Aku tahu aku tak layak untuk kau pun, but can you give me a chance to make you the happiest woman alive?"
Wajahnya terus dipandang tidak berkelip. Aku memandang ke dalam mata berwarna hazelnya.
"Selama ni, bunga, coklat dengan hadiah-hadiah yang kau dapat tu, actually aku yang bagi. Aku malu nak bagi depan-depan. Sebab tu aku wakilkan orang lain. Kalaulah aku cakap daripada awal lagi, mungkin sekarang ni kita dah bahagia kan?"
"I don't know what to say. Aku tak bersedia lagi, Daniel. I need more time to think about it."
"One thing. Do you still love me like the old time?"
"I don't know."
Aku bangun dan menyarungkan kasut dengan tergesa-gesa. Lengan bajuku ditarik.
"Wait!"
Wajahnya dipandang dengan perasaan amarah dan geram yang sudah sampai ke tahap maksimum. Tangan kanan digenggam erat. Aku cuba untuk menahan diri daripada berbuat perkara di luar kemahuanku.
"Apa lagi, Daniel? Puas ke kau mainkan perasaan aku selama ni?! Memang ni yang kau nak kan? Kau memang suka ke tengok aku terseksa selama ni? Suka ke?!"suaraku sudah kedengaran bergetar. Air mata sudah mengalir laju ke pipi.
"Maafkan aku,"dia tertunduk memandang tanah.
Tanpa menunggu lama, aku menampar pipinya kuat. Dia tidak memberikan reaksi apa-apa.
"Kalau itu yang boleh buat kau rasa puas, buatlah. Buatlah! Aku memang layak dapat semua ni!"
"You know what, Daniel. I hate you so much. Aku meluatlah tengok muka kau!"
Langkah terus diatur masuk ke dalam rumah. Air mata dikesat kasar. Pintu bilik ditutup rapat. Perlahan-lahan, aku memanjat naik ke atas katil. Muka ditutup dengan bantal. Aku menangis semahu-mahunya.
Selepas apa yang terjadi, baru dia berani untuk luahkan semuanya? Kenapa dia selalu kejam dengan aku? Dan yang paling penting, kenapa dia sanggup seksa diri dia sendiri? Dia suka ke tengok aku asyik menangis sebab dia? Aku berasa diriku adalah wanita yang paling bodoh. Bodoh kerana membazirkan air mata disebabkan oleh seorang lelaki. Lelaki yang aku anggap tidak pernah menghargai aku.
Betul ke dia memang cinta dan sayangkan aku? Betul ke? Adakah dengan cara begitu dia meluahkan perasaannya selama tu ini? Dengan melihat aku terseksa? Ya Allah. Dugaan apa lagi ini? Aku sudah penat. Penat dengan drama dunia. Drama yang direka dan dicipta sendiri oleh manusia. Aku penat. Akhirnya aku tertidur. Jauh di sudut hatiku, aku berharap agar sewaktu aku bangun esok, semua ini hanyalah mimpi. Semua ini hanyalah mainan tidur sahaja.
Share this novel