Setiap permulaan, pasti terdapat pengakhiran-Minniestranger
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kelihatan Daniel sedang tersenyum manis ke arahku. Dia mencium tangan kiriku penuh romantis.
"Abang?"
"Ye, sayang?"
"Mana hero-hero kita?"
"Dia orang dekat luar dengan atuk, nenek dan makcik-makcik dia."
"Nek Timah tak datang ke?"
"Dia tak laratlah sayang. Demam katanya."
"Nanti kita balik sana ye? Sejak kita kahwin, baru sekali je kita jenguk dia. Tak elok kan? Lagipun, sayang rindu nak jumpa dia, berbual dengan dia. Yang paling penting, makan masakan dia!"
Daniel ketawa perlahan. Dia mencuit lembut pipi dan daguku.
"Jangan nak berangan lebih-lebih. Sayang tu kena berpantang. Hari-hari abang masakkan sup je! Tak pun ikan bakar."
Aku bersorak keriangan.
"Abang, sup kan kegemaran sayang. Ikan bakar tu lagilah. Kalau dapat makan dengan nasi panas-panas, pergh, enak banget."
Aku menunjukkan tanda bagus kepadanya. Daniel mencium pula pipiku geram. Aku terus ketawa kegeliaan.
"Eh, dah bangun?"mataku yang tadinya tertutup terus terbuka luas. Aku menolak Daniel jauh daripadaku.
"Ganggu ke ni?"Anisa terus membuat muka gatal. Dia mengangkat kening kananya. Daniel terus berdiri menghadap mereka berdua dengan muka yang sudah memerah.
"Ei, budak ni. Along cubit kang!"
Kami terus ketawa. Ibu menghulurkan anak kami kepadaku. Aku terus memegangnya erat. Pipinya dicium penuh kasih. Wajahnya lebih kelihatan seperti Daniel. Daniel Junior.
"Tadi dia meragam sekejap. Maybe nak menyusu kot."
Ibu terus bergerak untuk duduk di birai katil. Daniel dan Anisa terus keluar daripada bilik untuk memberikan ruang kepadaku dan ibu.
Aku terus menyelakkan baju sedikit untuk memberikan susu kepada anak yang sedang nyenyak tidur itu. Wajah ibu dipandang.
"Ibu, terima kasih."
Badanku diusap penuh kasih oleh tangan tua ibu.
"Kenapa ni?"
"Yelah. Selama ni ibu dah susah besarkan Bella. Ibu lahirkan Bella, jaga Bella, susukan Bella. Bella dah rasa dah Bu macam mana sakitnya nak melahirkan tu. Bella minta maaf kalau Bella selalu susahkan ibu. Bella tak dengar cakap ibu..."air mataku terus mengalir.
Ibu terus memeluk erat tubuhku.
"Ibu tak pernah ambil hati pun. Ibu dah maafkan lama dah. Bella tak ada salah dengan ibu, sayang. Terima kasih sebab dah bagi ibu cucu-cucu yang comel."
Ibu mengesat air mataku. Kami ketawa. Setelah siap menyusu, aku meletakkan anakku itu di bahagian kiri katil. Bantal diletakkan di sebelahnya untuk mengelakkannya jatuh. Aku menepuk-nepuk tubuh kecil itu sebelum mencium pipinya lama.
Aku memandang ibu semula dan terus berbual lagi. Selepas ibu keluar dari bilik, Daniel masuk semula dengan membawa anak kedua kami kepadaku. Usai memberi susu, aku terus menidurkannya. Daniel mencium ubun-ubunku lama sebelum menyuapkanku bubur yang dibuatnya sendiri sewaktu dia pulang ke rumah tadi.
Sepanjang berpantang, aku dijaga rapi oleh ibu di rumah kami. Ibu akan pulang ke rumahnya pada cuti hujung minggu sahaja. Aku bersyukur kerana ibu ada untuk membantuku saat Daniel terpaksa bekerja malam.
Alhamdulillah, ramai yang datang menjenguk. Atuk mereka juga sering melawat cucu-cucunya di sini. Tiga bulan selepas aku bersalin, Wafa pula selamat melahirkan anak perempuan.
------
Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap untuk pulang menjenguk Nek Timah di Pahang. Selesai memakai baju, aku terus memandikan Danish manakala Daniel pula membantuku menyiapkan Daim. Aku bersyukur kerana Daniel banyak membantuku menjaga hero-hero kami itu.
Tepat jam 8.50 pagi, kami bertolak ke Pahang. Sampai sahaja di rumah Nek Timah, kami dihidangkan dengan makanan tengahari. Selesai makan, kami solat zohor berjemaah dan diimamkan oleh Daniel.
Aku melangkah laju ke ruang tamu dan mula memakai telekung. Nek Timah memandangku dengan senyuman.
"Mana Dani dengan Daim?"
"Tidur dalam bilik. Asyik menangis dalam kereta tadi. Penat sangatlah tu agaknya."
Nek Timah mengangguk perlahan.
"Dah?"Daniel menoleh ke arah kami. Kami mengangguk laju.
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Aku terus mencapai tudung selepas siap menyediakan minum petang. Aku melangkah ke luar rumah. Kelihatan keluarga Arif sedang berbual bersama Daniel dan Nek Timah di pondok kecil itu. Tersenyumku dibuatnya sebaik sahaja melihat Danish dan Daim itu dilayan baik oleh mereka. Selipar disarung pada kaki.
Langkah di atur ke arah pondok tersebut untuk mendapatkan Daniel. Lengannya dicuit lembut. Dia memandangku pelik.
"Jomlah dating berdua dengan sayang..."
Aku membisikkan lembut ke telinganya. Dia tersenyum meleret.
"Nakal ek sayang ni."
Dia terus berdiri dan menarik tanganku lembut. Aku menoleh ke arah Nek Timah penuh makna. Nek Timah mengangguk faham.
"Pergilah. Nanti Nek tengokkan hero-hero kamu ni."
Aku tersengih lebar.
"Terima kasih, Nek. You're the best!"
Daniel menjerit kuat. Aku terus membuntutinya ke arah sawah padi di belakang rumah. Kami duduk di bangku yang pernah diduduki bersama suatu ketika dahulu.
"Hmm, cantiknya,"aku menjerit perlahan.
"Kan. Tapi, sayang abang ni lagi...cantik!"
Aku memeluk tubuhnya erat. Daniel mencium ubun-ubunku.
"Cepatkan masa berlalu?"soal Daniel setelah sekian lama berdiam diri.
"Hm, tulah. Hero-hero kita tu dah nak masuk empat bulan dah."
"Dulu kita datang sini, sayang masih belum jadi isteri abang. Hari ni, bukan setakat jadi isteri abang, tapi mummy kepada hero-hero kita."
"Sayang..."
"Apa dia abang?"
"Thank you."
"Kenapa pula nak thank you bagai ni?"
"Yela, sebab sayang sudi terima abang. Sudi terima cinta abang, sudi bagi kasih sayang untuk abang dan anak-anak kita. Sayang dah jadi mummy yang baik untuk hero-hero kita."
"Patutnya abang terima kasih dekat Allah. Allah yang dah gerakkan hati sayang untuk terima abang. Allah yang bukakan hati sayang untuk cintakan abang. Allah yang hadirkan perasaan ni."
"Untungnya abang dapat isteri macam sayang,"dia mencuit daguku lembut.
"Sayang pun untung sebab dapat suami macam abang. Abang banyak tolong sayang. Abang dah jadi suami dan daddy yang baik,"wajahnya dipandang lama.
"Erm abang?"
"Ye, sayang?"jawabnya penuh romantis. Aku termalu sendiri.
"Kenapa abang tak pernah jujur dengan perasaan abang sebelum ni? Kenapa tak luahkan je perasaan abang dekat sayang dulu?"
"Abang malu. Lagipun, ego abang yang halang abang buat semua tu. Lepas abang tahu sayang dah jadi milik lelaki lain, abang cuma mampu terima. Abang tak boleh nak buat apa. Mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Abang percaya, jodoh abang akan sampai. Tak sangka sayanglah jodoh yang abang tunggu-tunggu selama ni,"aku memeluk badannya erat.
Dia mencium dahiku lama.
"Walaupun perjalanan kisah cinta kita ni panjang, tapi abang tahu, semua yang berlaku ni ada hikmah. Walau lama macam mana pun kita berpisah, kalau dah jodoh, kita tetap akan jumpa balik."
"I love you, Mr.Menopause!"
"What did you call me?!"
"Mr.Menopause!! I madly in love with you, my dear Mr.Menopause!"
Daniel memelukku erat.
"I love you more, sayang."
Akhirnya, bibir kami bertemu. Aku tersenyum bahagia. Aku mendongak ke langit.
Aku bersyukur kerana Allah telah mempertemukan kami berdua. Percayalah, setiap perjalanan hidup kita ini adalah telah dirancangkan sebaik-baiknya oleh Allah SWT. Yakinlah dengan setiap apa yang berlaku kerana pasti terselit hikmah padanya. Jangan pernah mengalah kerana Allah sentiasa ada dengan kita. Hadapilah hidup dengan tenang dan teruskan melangkah. Jika hadapi kesusahan, percayalah bahawa akan ada cahaya yang akan menerangi di akhir nanti.
Share this novel