The only person you're destined to become is the person you decide to be-Ralph Waldo Emerson
Kelihatan Izzah sudah semakin berisi daripada lima tahun dulu. Wajahnya kelihatan lebih berseri-seri. Dia membuka pintu kereta di tempat duduk sebelah pemandu. Badanku dipeluk erat. Dia memukul lenganku.
"Lama gila aku tak tengok kau. Makin cantik. Dah ada calon untuk ibu kau ke?"aku mengerutkan dahi. Calon apa pula ni? Ayah baru ke?
"Kau pun! Gemuk dah. Aku macam dah tak kenal kau,"lenganku dipukul lagi. Kami ketawa.
"Tukar topik nampak. Cepatlah jawab. Takde calon lagi ke?"
"Calon apa ni?"dia memandangku tidak percaya.
"Kau kenapa jadi blur semacam sejak jadi doktor ni? Aku tahu kau penat, stres, tapi takkan ada wayar yang putus kot? Calon suami kaulah! Takkan calon suami ibu kau pula!"aku ketawa kuat. Ohh lol. Kereta terus meninggalkan rumahnya.
"Tengah fikir lagi. Tapi, dia dah lamar aku hari tu,"Izzah menjerit. Aku memandangnya geram.
"Jangan menjerit boleh tak?"
"Sorry! Siapa lelaki tu? Ezmir?"aku terus menyepikan diri. Ezmir? Tak layak nak jadi suami aku!
"Mamat tu boleh berambus daripada hidup aku. Bukan dia, tapi Farhan."
"Kau hutang aku banyak cerita! Takpe, sampai sana, aku pun ada benda nak cerita dekat kau. Tak sabarnya!"aku menarik nafas lega. Senyap juga akhirnya perempuan ni. Penat juga nak layan mulutnya yang seperti bertih jagung itu.
Kami masuk ke dalam restoran sebelum Izzah mahu mencari barangnya di Watson dan Sephora. Kerusi ditarik dan diduduki.
"So, ceritalah! Sementara nak tunggu makanan kita sampai,"aku menarik nafas dalam-dalam.
"Sebelum aku pergi Ireland, Ezmir ada jumpa aku. Kau kan yang bagitahu dia pasal tu?!"
"Alah, dia yang memaksa aku berterus terang. Aku tak sengaja!"
"Kau memang tak boleh simpan rahsialah! Sebabkan mulut kaulah dia paksa aku jumpa dia. Kalau ikutkan hati, aku tak nak pun,"aku menjeling.
"Alah, ye. Sorry, aku salah. Sambung, sambung,"dia tersengih. Aku terdiam seketika sebelum membuka mulut kembali.
"Dia cakap, dia akan tunggu aku. Dia nak aku jadi isteri dia. Aku bukan tak nak, tapi aku memang dah takde hati dekat dia. Aku anggap dia macam abang aku lepas..."
"Lepas kau jumpa lelaki tu?"
"Hm, lepas aku jumpa Daniel. Tapi, aku tak sangka dia betul-betul tunggu aku. Sampaikan dia pergi masuk meminang aku!"
"Hah? Mana dia tahu alamat baru kau?!"
"Tulah pasal."
"Lepas tu, ibu kau marah tak?! Kau terima pinangan dia?"aku memandang Izzah geram. Gelojohlah!
"Kau boleh bagi aku cerita dengan tenang tak? Sabarlah. Satu, satu!"
"Cerita kau panas sangat weh!"
"Aku tahu. Semua yang berkaitan aku semuanya menarik dan panas,"Izzah ketawa.
"Lepastu, ibu aku marahlah. Apa lagi. Dia tengking aku semua. Menangis jugalah. Sebab dia memang tak suka Ezmir kan? Kita orang tolak. Sebab aku tahu dia baru lepas keluar daripada penjara,"
"Kau tahu? Aku lupa nak bagitahu kau. Kau busy sangat."
"Maybe dia marah aku tolak dia. So, semalam, dia datang hospital tempat aku kerja! Dia hampir nak rogol aku weh. Aku tak tahu macam mana, end up aku dah terbaring dekat katil hospital!"
"Kau okay tak ni?!"aku mengangguk.
"Ni pun, aku balik daripada hospital. Nasiblah luka sikit je. Dia hentak kepala aku dekat dinding."
"Teruk tu! Dia cinta sangat dekat kau, Bella. Hati-hati. Aku takut nanti dia boleh buat lagi teruk daripada tu. Better report polislah,"Izzah mengenggam erat tanganku.
"Hm, tulah aku takut. Takpe, lagi sekali dia kacau aku, aku akan buat dia masuk balik dalam bilik besi tu!"kami ketawa.
"Dah tu, siapa yang selamatkan kau?"
"Tu aku tak tahu. Yang aku tahu, semalam waktu aku sedar, Daniel ada dekat sana."
"Dia kot yang selamatkan kau! Haha, banyak kali eh dia selamatkan kau. Dah macam hero dalam drama,"kami ketawa lagi. Seronok dapat meluang masa dengan Izzah begini.
"Tak. Dia kata bukan dia. Aku sedihlah, Zah. Dia tak ingat aku lepas dia accident hari tu. Yang aku pelik, dengan orang lain dia boleh ingat pula!"
"Takpe, Bella. Bagi dia masa. Mungkin..."
"Mungkin aku tak cukup penting dalam hidup dia?"Izzah terdiam.
"Tak. Bukan macam tu. Mungkin dia perlukan masa lagi. Jangan risau. Kalau dia tak sudi, Farhan kan ada!"Izzah mengenyit mata. Aku membuat muka. Makanan yang sudah dihidang dijamu dengan begitu selera.
"Kau, apa ce?"aku menyoal setelah selesai makan.
"Aku okay je. Cuma, tak lama lagi..."Izzah mengusap perutnya dengan riak gembira yang tak terkata.
"You're pregnant?!"Izzah mengangguk laju. Aku menjerit lalu memeluk badannya erat.
"Ya Allah, Zah! Akhirnya, apa yang kau tunggu kau dah dapat,"pelukan dilepaskan. Aku kembali duduk di tempat tadi. Izzah hanya mampu tersenyum bangga.
"Alhamdulillah."
"Berapa bulan dah?"
"Lima bulan. Tapi, tak berapa nampak sangat."
"Patutlah nampak berisi. Ingatkan buncit!"kami ketawa sebelum keluar dari situ. Izzah memukulku kuat.
"Kau bila lagi?"aku tersentak.
"Aku kahwin pun belum!"
"Cepatlah! Nak tengok anak kau pula nanti," aku hanya mampu tersenyum tawar. Orang yang aku sayang tak sayang aku. Apatah lagi cinta. Macam mana aku nak kahwin dengan lelaki yang aku sayang sekadar orang rapat dalam hidup aku?
"In Shaa Allah,"air mata terasa mahu mengalir namun cepat-cepat aku seka. Senyuman dipaksa juga diukir. Aku hanya menuruti langkah Izzah di sebelahnya.
'Takpe, Bella. Suatu hari, kau akan bahagia juga macam orang lain,'aku menyedapkan hati.
-------
Sewaktu aku dah Izzah mahu melangkah keluar daripada mall tersebut, terdengar suara tangisan kuat seorang budak perempuan di suatu sudut berhampir pintu keluar. Kelihatan seorang budak perempuan yang agak familiar bagiku. Namun, aku tidak tahu siapa dan di mana aku bertemu dengannya sebelum ini. Aku mengajak Izzah untuk mendekati budak perempuan tersebut. Dia tertunduk memandan lantai dengan tangan yang menutup sebahagian matanya.
"Adik, kenapa ni?"soalku cuak sambil merendahkan badanku. Bahunya diusap lembut.
"Along. Ish tak jumpa along!"makin kuat tangisannya. Aku memeluknya erat. Belakang belakangnya diusap Izzah.
"Adik datang dengan along?"Ish mengangguk laju.
"Jom, kita cari along sama-sama. Adik ingat nombor along tak?"dia menggeleng lagi.
"Adik tahu rumah adik dekat mana? Kalau kita tak jumpa along, akak boleh hantar adik balik,"Ish terus mencapai tanganku laju.
"Akak, tolong Ish cari along . Ish tak ingat apa-apa. Ish takut,"aku tersenyum ke arahnya lalu memandang Izzah yang hanya terdiam daripada tadi. Kami melangkah bersama-sama.
"Nampak along adik tak?"Izzah menyoal. Ish menggeleng lemah.
"Takpe, kita cari lagi. Jom!"
Selepas hampir setengah jam mencari, akhirnya aku dan Izzah bersepakat untuk pergi ke kaunter pertanyaan. Di sana, kami bertemu pengurus pusat beli belah tersebut. Sepuluh minit kemudian, Ish kembali kepada alongnya. Aku terkedu sebaik sahaja melihat wajah alongnya itu. Mampu untuk membuat aku terkedu.
"Thank you sebab tolong adik aku,"ucapnya sebelum melangkah pergi. Aku hanya mampu mengangguk. Tiba-tiba dia memusingkan kembali badannya ke arah kami.
"Adik aku nak jumpa kau lagi. Harap kau boleh datang rumah aku petang ni. Kalau kau free, datanglah,"Ish melambaikan tangan ke arah kami.
"Kau tahu rumah aku dekat mana kan?"aku tidak mengangguk juga tidak menggeleng. Senyap. Akhirnya, lambat-lambat aku mengangguk. Baru teringat aku pernah ke rumahnya lima tahun dahulu.
Tempat di mana aku berjumpa sepupunya itu dan arwah Jasmin. Kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengannya. Ingatanku kembali ke dunia realiti apabila Izzah memukul lenganku kuat. Aku menjerit kuat. Dia ketawa dan membuat muka selamba. Selamba badak je!
------
Sampai sahaja di hadapan rumah Daniel yang setinggi tiga tingkat itu, aku menekan loceng. Setelah hampir lima kali menekan loceng, pintu pagar terbuka. Aku melangkah masuk sambil mata memerhati kawasan sekeliling. Anisa yang berada di belakang dipandang. Dia kelihatan terkesima melihat rumah yang besar itu. Aku menepuk bahunya kuat. Dia terkejut.
"Along! Tak payahlah terkejutkan orang macam tu!!"dia menjerit nyaring ke arahku dengan wajah yang masam mencuka. Aku ketawa.
"Cepatlah. Dahlah sibuk nak ikut along. Menyusahkan betullah,"Anisa menjeling seraya membuntuti aku di belakang. Pintu utama yang memang sudah terbuka luas itu diketuk beberapa kali.
"Eh, Doktor Bella!"Nadia menjenguk ke arah luar rumah seraya terus melangkah ke arah kami dan memelukku erat. Aku membalas pelukannya.
"Sorry menganggu. Tapi..."
"Takpe. Along dah cakap dah Doktor Bella nak datang petang ni. Lama kami tunggu. Ni siapa?"Nadia tersenyum manis sambil bersalaman dengan Anisa.
"Nad, panggil akak je. Doktor tu formal sangat. Awkward pula. Ah, ni adik akak. Sorry, akak bawa dia sebab dia sibuk nak ikut,"Nadia ketawa. Anisa mencubit belakang badanku perlahan. Aku memijak kakinya. Dia membalas dengan senyuman palsu.
"Hahaha, takpe. Okay, akak. Eh, masuklah! Along tengah siapkan makanan,"kami membuntuti Nadia ke ruang tamu mereka. Kami disuruh duduk dahulu sebelum dia memanggil Ish dan Daniel.
"Akak!!"jerit Ish sambil berlari ke arahku. Dia memeluk badanku erat sambil tersengih menampakkan gigi jarangnya.
"Hai, Ish,"belakang badannya diusap lembut.
"Ni siapa?"soalnya seraya bersalam dengan Anisa yang sedari tadi hanya senyap. Dia duduk di sebelahku.
"Hai, Ish. Kak Nisa,"pipi pau Ish dicubit Anisa.
"Hai, Kak Nisa,"sapanya ramah.
"Eh, baru sampai ke?"soal lelaki yang datang dari arah dapur itu. Rambutnya diikat kemas. Dadaku tiba-tiba berdebar sebaik sahaja melihat lelaki itu kelihatan berbeza dengan penampilannya sewaktu di tempat kerja.
Penampilannya petang ini kelihatan sangat menarik perhatian walaupun simple. Seluar skinny putih dan baju lengan panjang yang melekat pada badannya itu nampak kena dengan kulitnya yang putih. Lengan baju disinsing ke atas menampakkan urat-urat pada tangannya.
"Along?"bisik Anisa perlahan.
"Along!!"aku terkedu sebaik sahaja balik kepada realiti. Semua mata sedang memandang ke arahku. Daniel yang berdiri tidak jauh daripada tempat kami duduk itu dipandang sekilas. Malu.
"Berangan?"soal Daniel sambil tersenyum sinis. Nadia dan Anisa ketawa.
"Okaylah. Nad nak tolong along apa yang patut dekat dapur, minumlah dulu air tu. Nanti dah siap, kita makan sama-sama,"Daniel bergerak masuk ke dapur. Nadia yang hendak melangkah ditarik tangannya. Dia menoleh ke arahku.
"Biar akak tolonglah. Nad rehat,"dia menggeleng laju.
"Mana boleh kak. Akak tetamu. Takpe, duduk dulu. Tak banyak dah nak kena siapkan."
Sementara menunggu makanan siap dihidang, aku dan Anisa berbual mesra dengan Ish. Dia bercerita mengenai kucingnya, rakan-rakannya di sekolah dan Daniel yang sangat rapat dengannya. Daripada situ, aku tahu, Daniel memang banyak berjasa kepada keluarga mereka. Jauh di sudut hati, aku bangga dengan lelaki itu. Tidak lupa akan tanggungjawab diri sendiri.
Kami makan sambil berbual lebat di meja makan itu. Banyak cerita yang dikongsi bersama. Daniel hanya banyak mendiamkan dirinya. Sejak kemalangan itu, dia tidak lagi banyak bercakap apabila aku bersamanya. Bercakap bila perlu. Bercakap benda yang penting sahaja. Banya perbezaannya. Namun dengan doktor-doktor lain, banyak pula dia bersuara. Mungkin dia tidak selesa apabila aku berada rapat dengannya.
"Along kenapa senyap je ni?"soal Nadia. Daniel menggeleng sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Oh ye, along ni dulu banyak cerita pasal akak dekat kita orang. Dia kata..."Daniel terbatuk kuat membuatkan Nadia terdiam. Curious. Apa agaknya yang dia kata? Tak sangka. Dia bercerita juga mengenai aku kepada adik-adiknya. Terasa bangga juga.
"Okay ke?"soalku perlahan. Dia mengangguk lalu meneguk air suam sehingga licin cawannya. Aku menuangkan air ke dalam cawannya lalu dihulur kepadanya.
"Thank you,"Nadia ketawa.
"Kenapa ketawa?"soal Daniel serius. Nadia menggeleng laju. Kecut perut.
"Eh, by the way, Nisa ambil course apa?"
"Account. Nad?"
"Wah, budak account. Nad ambil engineering je. Dulu nak ambil account. Tapi, tak dapatlah."
"Bestnya! Nisa memang minat engineering. Tapi, samalah. Tak dapat. Maklumlah, Nisa ni tak pandai pun,"aku dan Daniel mendengar sahaja mereka berbual. Ish di sebelah dipandang. Dia sedang menguis nasi di dalam pinggannya sehingga ia bersepah di atas meja.
"Ish, makan betul-betul boleh tak?"soal Daniel dengan nada suara yang makin meninggi.
"Biarlah. Ish dah kenyang,"jawab budak kecil itu selamba. Daniel kelihatan sedang menarik nafas dalam.
"Kalau dah kenyang, janganlah membazir. Along dah cakap ambil sikit je nasi tu. Kan dah membazir. Nak jadi macam budak-budak dekat Palestin ke?"Ish menggeleng laju.
"Sorry, along. Ish janji, lepas ni, Ish ambil sikit je!"
"Along bukan tak bagi Ish makan banyak-banyak. Cuma, ambil sikit dulu. Then, kalau tak cukup tambahlah lagi. Okay?"aku tersenyum tawar. Cair mak ai bila tengok Daniel layan adik-adik dia. Ciri-ciri suami pilihan sangat.
"Okay,"aku mencuit lengan Anisa.
"Makan cepat. Nanti nak balik dah!"aku membisik perlahan ke telinga Anisa. Dia mengangguk sebelum aku mengangkat pinggan-pinggan kotor dan melangkah laju ke dapur.
"Eh, kak Bella. Biarlah Nad basuh!"jerit Nadia.
"Biarlah akak basuh. Takpe,takpe,"aku menoleh ke arahnya sebelum kembali melangkah ke dapur.
Aku membasuh pinggan dengan sabun sambil menyanyi kecil.
Oh Cintaku,
Aku tertanya,
Andainya Diriku tiada,
Akan Kau sedih atau,
Ada Pengganti yang lain.
Oh Hatiku,
Selalu Tertanya,
Andainya Diriku tanpa kamu,
Tak Mungkin aku bahagia.
Tak Mungkin aku bahagia,
Jika Cinta bukannya untukmu,
Kau Untukku saja.
"Seronok betul menyanyi eh?"dia berbisik dengan penuh romantis di belakangku. Dia berdiri betul-betul rapat denganku.
"Er..."aku memusingkan badanku ke arahnya. Kepala didongakkan untuk memandang wajahnya.
"Boleh jangan rapat sangat tak?"aku menelan liur yang terasa payah untuk ditelan. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Aku terkaku.
"Sebab aku buat macam ni ke kau berpeluh?" soalnya dengan kening yang diangkat beberapa kali. Aku menolak badannya ke belakang.
"Ops, sorry. Lupa nak bilas tadi,"bajunya dipenuhi buih-buih sabun.
"Jangan tukar topik!"
"Mana ada saya tukar topik!"dia mendekatkan kembali wajahnya dengan wajahku. Gilalah lelaki ni! Dadaku sudah berdebar. Jantung berdegup laju.
"Peluh ni, laplah. Aku tahu kau cuak bila aku ada dekat macam ni dengan kau kan?"dia mengesat peluh di dahiku dengan tisu. Entah daripada mana tisu itu datang.
"Er, saya, saya..."tanpa menunggu lama, aku terus membilas pinggan-pinggan tersebut dengan air lalu berlalu meninggalkan Daniel.
"Nak pergi mana? Aku belum habis cakap lagi!"bajuku ditarik kasar.
Baru sahaja aku mahu menolak badannya ke belakang, badanku terasa tidak seimbang dan ingin rebah. Tanpa dapat dikawal, badanku terjatuh. Terjatuh ke dalam pelukannya. Mata kami bertentang. Dada berdebar. Jantung sudah terasa bagai ingin keluar daripada badan.
"Ehem ehem!"suara itu membuatkan aku dan Daniel menoleh serentak. Wajahnya dipandang lama. Oiemji! Matilah aku! Aku menelan liur yang terasa berpasir. Ya Allah, time ni jugalah dia datang. Aku hanya mampu tersengih ke arahnya yang sudah bercekak pinggang.
Share this novel