We determine our destiny by the actions we tak today-Catherine Pulsifer
Sudah sebulan berlalu. Aku mendapat surat posting ke Hospital Kuala Lumpur, HKL. Jam menunjukkan pukul 6.25 pagi. Selepas meminta izin ibu, cepat-cepat aku memandu kereta ke HKL. Aku memarkir kereta dan terus berlari masuk ke Institut pediatrik. Nafas terasa tidak cukup. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Aku bergegas ke arah kaunter di hadapan pintu masuk tersebut.
"Assalamualaikum. Nurse, saya baru posting sini harini. Saya nak jumpa siapa eh?"dia memandangku dengan wajah yang masam. Aku menelan liur. Dahi sudah berpeluh.
"Doktor baru?"aku mengangguk.
"Pergi jumpa Doktor Razmin. Dia yang akan handle awak. Goodluck."
"Dia yang mana satu?"aku menarik nafas dalam-dalam.
"Awak masuk je wad paling hujung tu. Carilah doktor yang muka paling bengis sekali. Tulah dia."aku sudah kecut perut. Hari ini hari pertama aku. Harap-harap bukan hari paling teruk. Amin.
Jam di dinding dipandang. Dah pukul 6.58 pagi. Habislah. Dah nak pukul 7 pagi. Kena maki aku nanti dengan Medical Officer(MO). Harap-harap, dia bukan macam doktor Erine aku tu. Ya Allah, minta dijauhkan. Aku melangkah laju ke arah wad KK3 iaitu wad yang menempatkan pesakit kanser. Aku memandang doktor lelaki yang berbadan agak gempal. Dia sedang memarahi seorang doktor perempuan. Aku syak, dia juga doktor pelatih.
Lututku sudah terasa lemah sebaik mendengar jeritan dan makian doktor itu. Doktor perempuan berambut panjang tersebut tertunduk memandang lantai.
"Saya peliklah dengan awak ni! Mana pergi ilmu yang awak ada waktu study dulu? Takkan ambik darah pun boleh fail?! Siapa yang ajar lepaskan rambut panjang awak tu waktu kerja? Dahlah lambat! Pergi uruskan diri awak tu dulu sebelum datang sini balik. I give you three minutes."aku berjalan mendekati mereka.
"Maaf, doktor. Saya akan..."
"Cepatlah. Terhegeh-hegeh lagi!"
Doktor perempuan yang memakai tag nama 'Nur Fasihah' itu terus berlari sambil menangis teresak-esak.
"Doktor Razmin?"aku menyapa doktor yang berkulit putih itu dengan wajah yang sudah pucat. Dia memandangku dengan wajah yang bengis.
"Ye? Awak Isabella?"aku mengangguk laju. Dia memeluk tubuhnya dan bersandar pada dinding.
"Sekarang dah pukul 7.05 minit pagi. Lima minit awak lambat. Lima minit ni cukup untuk ambil nyawa lima pesakit dalam wad ni. Today is your first day,right?"aku mengangguk lagi. Jam tangannya ditenung lama.
"Awak ingat hospital ni bapak awak punya? Tell me how can you be a good doctor kalau masa pun awak tak boleh tepati?!"air mata cuba ditahan. Sedih bila dia sebut pasal bapak. Eh,hello. Bapak aku dah meninggal. Don't you dare to talk about him!
"Sorry. Saya janji..."
"Dah! Sekarang ni, saya nak awak pergi jumpa Doktor Izani dalam bilik tu. Dia nak jumpa awak. Lepastu, jumpa saya balik. Pandai-pandailah awak cari saya. Faham tak?!"dia menyergahku kuat. Aku terkejut. Ya Allah. Kalau hari-hari macam ni, mahu sakit jantung aku.
"Cepatlah pergi. Lembablah. Ni aku malas bila dapat budak practical perempuan. Menyusahkan orang je!"air mata diseka. Aku berjalan laju ke arah bilik yang dimaksudkannya.
Sampai sahaja di depan bilik itu, aku membetulkan bajuku. Nafas ditarik lagi. Kali ini lebih dalam. Harapnya doktor dalam ni baik-baik jelah. Pintu diketuk beberapa kali. Setelah mendengar suaranya memintaku masuk, aku memulas tombol pintu dengan berhati-hati. Wajah doktor cantik itu dipandang lama. Dia tersenyum memandangku.
"Have a seat."
"Doktor Isabella?"aku mengangguk lalu duduk di hadapannya.
"Dulu awak study mana?"
"Trinity College Dublin. Saya tak biasa dengan cara kerja hospital dekat Malaysia. Jadi, kalau saya buat salah, saya minta maaf."
"Oh wow. We're same. No worries, doktor Rizman akan handle and guide awak. Dia baik. Cuma, cara dia agak kasar. Saya time first time kerja sini pun kekok juga. Lama-lama okaylah," dia tersenyum lagi. Pintu bilik dikuak daripada luar. Kelihatan Doktor Rizman sedang tersenyum gatal kepada Doktor Izani. Aku membuat wajah menyampah.
"Hi. I just want to remind you of our lunch today. Bye. See you later!"dia mengenyit mata. Doktor Izani ketawa.
"Sure!"pintu ditutup kuat. Aku tersentak melihat badan Doktor Rizman yang terliuk lentok sewaktu bercakap dengan doktor Izani. Lain gila kot. Sumpah bukan dia. Alah, nak tackle pakar mesti kena cara halus kan? Biasalah lelaki. Jumpa perempuan cantik memang macam tu. Miang.
"Hahaha sorry ye? Suami saya memang macam tu,"aku terbatuk kecil. Erm, padanlah tergedik semacam. Bini lawalah katakan. Not so professional.
"Ouh takpe."
"Okay, you may start your work now. Good luck. Enjoy!"mahu termuntah aku mendengar perkataan 'enjoy' itu. Hello, memang aku takkan enjoylah dengan perangai suami kau yang serupa orang gila tu. Nasiblah dia MO. Kalau tak, lama dah lebam mata.
Aku keluar daripada bilik tersebut. Selepas bertemu dengan Doktor Rizman semula, dia memintaku mengikut segala arahannya. Tak suruh pun aku akan buat. Well, aku kan doktor yang baik. Dia menyuruhku memeriksa setiap pesakit dia wad tersebut. Alhamdulillah, segala perkara berjalan dengan lancar. Mujurlah Doktor Rizman itu tidak lagi memaki hamun sesiapa. Aku menarik nafas lega. So far so good.
------
Hari ini genap 9 bulan aku menjadi doktor di HKL. Pada awalnya takut juga apabila terpaksa berkerja di situ. Maklumlah, cara berkerja di sini jauh beza dengan cara di Ireland. Rupanya, tak adalah teruk yang macam aku jangka. Jadi doktor memang bukan senang. Tapi, ini yang aku pilih. Nak tak nak, kena hadap juga. Dari hari ke hari, aku cuba positifkan diri. Lama-kelamaan, aku mula rasakan ini memang bidang aku. Aku suka kerja ini.
'Rotation Medical' telah berlalu dan kini ke department of surgery . Mudah-mudahan, semuanya lancar. Kaki di atur ke arah perempuan bertudung hitam itu. Bahunya dicuit lembut. Dia menoleh ke belakang. Tubuhku dipeluk erat sehingga aku terasa rimas. Dia ketawa kuat sebaik mendengar rungutanku. Lengannya dipukul kuat.
"Hahaha, ilek ah kau ni. Ni, kau dah ready belum?"aku mengangguk lalu menarik nafas dalam-dalam.
Sudah berkali-kali aku berkelakuan begini sejak waktu subuh tadi. Tapi, perasaan gementar masih menyelubungi hati. Aku memandang perempuan yang mesra dipanggil Wafa itu. Dia masih ketawa kuat. Apa yang kelakar pun aku tak tahulah.
"Kau kenapa gelak-gelak daripada tadi ni? Aku pula yang seram. Ke kau kena sampuk ni?"aku menepuk kuat belakang badannya. Dia terbatuk beberapa kali.
"Kaulah. Muka boleh kawal tak? Apa yang kau takut ni? Macam tak biasa pula kau,"aku mencebikkan mulut. Badanku terasa sudah dibanjiri peluh.
"Duduk sini dulu. Lagi lima minit kita masuk. Kau cuba tenang. Rilek. Cuba istighfar. Muka kau dah pucat. Karang jadi apa-apa aku yang dipersalahkan."
"Entahlah,fa. Aku seram. Aku tak tahulah kenapa daripada tadi aku rasa tak sedap hati,"kami duduk di kerusi di koridor utama itu. Dia mengurut belakang badanku lembut.
"Takde apalah. Jangan fikir sangat. Bukan ke ni department yang paling kau tak sabar nak kerja?"aku mengangguk lemah. Aku cuba menenangkan diri.
"Thank you, fa. Kaulah bestfriend aku!"dia memeluk tubuhku.
Walaupun kami baru sahaja kenal tujuh bulan lalu, tapi cukup untuk buat aku selesa apabila bersama dengannya. Dialah kawan baik perempuan kedua yang aku ada sepanjang aku hidup ni. Alhamdulillah, sepanjang aku mengenalinya di sini, dia banyak membantu. Susah senang dia selalu ada denganku.
"Feel better?"aku mengangguk. Kami melangkah ke dalam wad 12 bersama-sama.
Aku melihat seorang doktor lelaki tinggi lampai yang sedang berbual dengan seorang pakcik tua di hujung bilik tersebut. Entah kenapa aku rasa tertarik dengan cara dia melayani pakcik tersebut. Mereka ketawa kuat. Wafa yang sedang berbual bersama seorang nurse yang sedang mengambil darah pesakit katil nombor 29 itu dipandang.
"Mana satu doktor Izzul?"aku menyoal Wafa yang sedang menghampiriku. Jari Wafa tertunjuk ke arah doktor lelaki tadi. Aku menarik nafas dalam. Nampak macam baik. Cara dia layan pakcik tu pun nampak sangat penyayang.
"Kau punya?"
"Aku punya yang tu ah,"kami memandang ke arah doktor perempuan yang sedang memeriksa pesakit di katil nombor 1.
"Ouh, okay. Bye. Thanks,fa. Jumpa nanti,"dia melambai ke arahku sebelum melangkah meninggalkanku.
Aku membetulkan rambut dan baju. Langkah di atur ke arah doktor tinggi lampai itu. Rancak mereka berbual. Aku tersenyum memandang mereka. Dia yang sedang berdiri membelakangiku disapa. Namun, suaraku tidak mampu menganggu perbualan mereka. Ni kalau bagi kopi secawan, lagi lebat dia orang berbual. Aku memberi salam pula. Dia ketawa dan menoleh ke arahku.
"Ye?"soalnya. Aku mendongakkan wajahku untuk memandangnya. Wajahnya dipandang lama. Jantung terus berdegup laju. Peluh terasa sudah membanjiri seluruh tubuhku. Nafas terasa tersekat. Sungguh aku tak sangka aku akan berjumpanya lagi. Habislah. Aku kena hadap dia ke? Ya Allah.
Share this novel