If you cry because of the sun has gone out of your life, your tears will prevent you from seeing the stars-Rabindranath Tagore
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Sudah berpuluh-puluh kali aku menguap. Keadaan di dalam wad tersebut sangat sunyi sepi. Hanya terdapat bunyi-bunyi dengkuran, batuk dan bersin sahaja. Aku duduk di atas kerusi sementara semua pesakit sedang tidur. Kelopak mata sudah terasa pedih. Aku melelapkan mata sekejap.
"Bella, bangun!"aku memaksa mata dibuka. Wajah Daniel dipandang. Dengan keadaan yang masih mamai, aku menggosok mata. Jam di dinding dipandang. Sudah pukul 3.45 pagi
"Sorry, tapi aku memang kena kejut kau."
"Kenapa?"soalku dengan suara yang serak.
"Ada emergency. Kita kena masuk operation room!"aku terus bangun dan mencapai stetoskop di atas riba sebelum berlari anak mengikuti langkah laju Daniel.
"Apa dah jadi dengan perempuan tu?"aku berlari ke arah perempuan yang sudah terbaring longlai di atas katil.
Dia tidak sedarkan diri. Darah merah pekat memenuhi pakaian dan wajahnya. Perutnya yang membulat itu dipandang. Allah. Anak dia! Kena selamatkan anak dia!
"Dia accident. Kita kena cepat. Dia dah hilang banyak darah. Yang penting kita kena selamatkan nyawa dia dengan anaknya!"aku mengangguk sebelum memakai mask. Sarung tangan getah disarungkan pada kedua-dua belah tanganku.
Pembedahan selama dua jam lebih itu berjalan dengan agak kelam kabut kerana denyutan jantung perempuan tersebut tiba-tiba hilang. Namun selepas kami berkerja sedaya upaya, dia kembali bernafas. Anaknya selamat dilahirkan. Kini, kedua-dua mereka sudah stabil. Mujurlah semuanya selamat. Aku tersenyum bahagia. Aku dah selamatkan mereka. Sebagai seorang doktor, jika dapat melihat seorang pesakit itu selamat adalah merupakan satu perkara paling bahagia.
Namun, jika pesakit itu ditakdirkan untuk pergi, pasti kami akan terasa kecewa. Terasa diri ini tidak cukup bagus sehingga terbit perasaan ingin berhenti kerja. Alhamdulillah, semenjak aku bergelar seorang doktor, hanya ada tiga kes pesakit yang dirawat meninggal dunia. Itu pun, aku masih terasa bersalah sehingga kini walaupun ajal bukan ditanganku.
Pernah ada kes keluarga pesakit memakiku kerana pesakit yang aku telah rawat meninggal dunia. Aku langsung tidak menyokong tindakan mereka. Aku seorang doktor. Aku bekerja sedaya upaya untuk menyelamatkan setiap pesakit. Tapi, apakan daya untuk menyalahkan takdir-NYA? Kita bukan sesiapa. Bukan sesiapa untuk menentukan ajal seseorang.
"Thank you,"aku memandang Daniel yang sedang membuka sarung tangannya. Aku membalas dengan senyuman tawar.
"Untuk?"
"Yelah. Kau dah tolong aku selamatkan patient tu dengan anak dia,"kami berjalan keluar dari bilik tersebut.
"Memang kerja saya. Lagipun, kita kerja untuk selamatkan nyawa orang,kan? Memang dah jadi tanggungjawab saya,"dia memandang wajahku dengan senyuman dan anggukan. Aku menarik nafas lega.
"Tak call Jasmin? Dia sihat? Lama tak jumpa,"lama kami mendiamkan diri sebelum aku menyoalnya. Wajahnya terus berubah riak sebaik dia mendengar soalan yang keluar daripada mulutku. Salah ke soalan aku?
"Jasmin dah lama meninggal,"aku tersentak. Tubuhku kaku. Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia terduduk layu di atas kerusi.
"Ya Allah. Sorry. Saya tak tahu,"dia menunduk memandang lantai. Ada air mata yang gugur ke lantai. Menyesal aku tanya soalan tu. Apa yang aku dah buat ni? Sungguh aku rasa bersalah.
"Takpe. Benda lama."
"Kalau Doktor tak kisah, saya nak tanya soalan lagi,"aku duduk di sebelahnya. Dia mengangguk.
"Dia meninggal sebab apa?"
"Accident. Aku tak sangka malam tu last time aku jumpa dia. Dia memang accident tapi semua tu ada orang rancang. Brake kereta dia tak berfungsi time tu,"dia mengesat air matanya.
"Takpelah. Orang tu mungkin dapat lari dekat dunia tapi belum tentu dia boleh lari time dekat sana nanti. Doalah supaya Jasmin selamat dekat sana,"dia hanya mampu tersenyum tawar.
"Aku sedih, tapi at the same time I'm happy too. Sebab orang tu dah dapat balasan dia. Tak sangka dia sanggup buat aku macam tu weh. Dia cousin aku. Aku paling percayakan dia. Tapi, sebab aku tak balas cinta dia, dia sanggup ambil nyawa orang yang tak bersalah,"aku membulatkan mata.
"Cousin? Ya Allah. Manusia sekarang ni sanggup buat macam-macam untuk kepentingan dia orang. Mak pun dia orang sanggup bunuh. Sabar, eh?"dia mengangguk.
"Doktor Izzul?"nurse berbangsa cina itu menyapa. Daniel terus berdiri.
"Pesakit tadi nak jumpa."
"Dia dah sedar?"nurse tersebut mengangguk. Aku hanya mampu mencuri-curi dengar perbualan antara mereka.
"Ada apa dia nak jumpa saya?"
"Nak cakap terima kasih sebab doktor dah selamatkan dia dengan anak dia,"tiba-tiba aku terasa hati. Nak jumpa Daniel je? Aku? Dia taknak jumpa ke? Aku pun selamatkan dia tadi. Ya Allah. Bukan aku yang selamat dia. Tapi Allah. Aku beristighfar berkali-kali. Kaki diatur meninggalkan mereka berdua.
"Bella!"aku menoleh kearahnya.
"Nak pergi mana?"soalnya perlahan. Dia mendekatiku. Aku menggeleng.
"Nak pergi surau."
"Sebelum tu, boleh ikut aku tak?"
"Pergi mana?"aku mendongak memandang wajahnya.
"Jumpa patient tadi. Kau pun dah selamatkan dia kan?"aku tersenyum tawar.
"Tapi..."
"Jom!"lengan bajuku ditarik lembut. Aku tidak mampu menolak kerana tenaganya lebih banyak berbandingku. Tak larat nak melawan. Mata pun sudah mahu tertutup.
Perempuan yang berambut karat itu sedang tersenyum gatal memandang Daniel. Ei, dasar perempuan gatal. Dah ada suami pun still nak menggatal ke?
"Kenapa puan nak jumpa saya?"dia ketawa. Entah kenapa, aku rasa menyampah dengan perempuan tersebut. Daniel semakin rapat denganku. Mungkin dia juga tidak selesa. Lengan bajuku semakin kuat dipegang.
"Janganlah panggil puan. Panggil I Min je."
"Maaf puan. Kalau takde apa-apa lagi, kami nak minta diri. Banyak lagi kerja nak kena buat. Lagipun, saya tak suka buang masa," aku menahan ketawa. Wajah perempuan tersebut bertukar merah. Malu ler tu.
"Alah you ni jual mahal pula. I nak cakap thank you sebab dah selamatkan I tadi. I really appreciate for what you've done to me."
"Memang tugas saya. Doktor Bella pun dah selamatkan puan. So, you should thank her too,"aku tersenyum. Dia menjeling.
"Yeah, thanks."
"Okay, get well soon. Minta diri dulu,"dia menarik tangan Daniel. Daniel menepis. Aku memandangnya tajam. Suka hati main pegang-pegang.
"Sorry puan. We really need to go."
"Can I get your number?"
"Puan, puan rehatlah."
"You jangan nak menyibuk!"
"Memang saya taknak menyibuk pun. Tapi, puan dah menggatal dengan boyfriend saya depan saya sendiri! Ingat saya boleh biarkan je puan menggatal sesuka hati?!"Daniel memandangku tidak percaya. Aku menarik lengan baju Daniel meninggal perempuan tersebut. Wajahnya benar-benar pucat.
"Biar betul!"Daniel memandang mataku dalam-dalam. Aku menggigit bibir bawah. Entah macam mana tiba-tiba aku berani keluarkan ayat begitu. Malu weh. Daniel dah pandang aku lain macam.
"Sorry. Saya geram tengok dia menggatal macam tu. Dah ada suami pun still gatal juga!"
"Jealous?"aku menggeleng laju. Dia ketawa. Mukanya tiba-tiba bertukar serius.
"Aku appreciate apa yang kau dah buat tu,"aku tersengih. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Tapi, aku tak suka kau cakap macam tu. Kita tak lebih sebagai seorang kawan sekerja. Aku, aku tahu kau still sayang dan cintakan aku, kan?"aku hanya mampu terdiam. Mata sudah berkaca. Aku mengalihkan mataku daripada wajahnya.
"Aku tak boleh sayangkan kau. Aku tak cinta kau. I'm sorry. I didn't have that feelings against you,"air mata gugur. Aku terus berlari meninggalkan Daniel. Dia memanggil namaku berkali-kali. Aku berlari laju ke arah surau.
Aku menangis sehingga puas. Lutut dipeluk erat. Badan disandar pada dinding. Aku menangis sehingga tertidur. Kenapa dia tak boleh cintakan aku macam aku cintakan dia? Teruk sangat ke aku ni? Aku tak secantik Jasmin? Tak sebaik Jasmin? Dalam sudut hati yang paling dalam, aku berdoa supaya perasaan ini terus hilang. Aku sudah tidak mampu menanggung kesakitan ini lagi. Mungkin dia memang bukan untuk aku. Aku perlu sedar diri. Wake up, Bella!
------
Daniel menampar pipinya sendiri. Air paip dipulas sehingga habis. Mukanya dibasuh. Tangannya menumbuk cermin kuat. Dia mengaduh sakit. Tangan baru hendak sembuh itu kembali luka semula.
"Kenapalah aku bodoh sangat? Kenapa aku kena keluarkan ayat-ayat yang macam tu? Aku dah sakitkan hati dia. Bodoh!!"tangan ditumbuk ke cermin sekali lagi. Darah mengalir laju. Air matanya terus gugur ke pipi.
"Maafkan aku Bella. Aku bodoh. Aku sayangkan kau. Tapi, aku tak boleh nak cintakan kau. Hati aku masih untuk Jasmin. Aku cuma tak nak kau terseksa hidup dengan aku. Aku tak layak untuk kau..."dia terduduk di atas lantai yang kering itu. Dia menangis lagi.
"Maafkan aku..."
Tuk tuk tuk
Pintu diketuk beberapa kali. Daniel mengesat air matanya kasar. Muka dibasuh. Matanya yang memerah cuba disembunyikan.
"Ada sesiapa ke dekat dalam?"
"Kejap!"Daniel membuka pintu yang dikunci itu. Wajah lelaki yang dikenalinya itu dipandang tidak percaya. Liurnya ditelan.
"Kau buat apa dekat sini, Daniel?"soal lelaki berkulit pucat itu. Daniel mengecilkan matanya. Seriuslah dia tanya soalan bodoh macam ni?
"Ni hospital, bro. Aku doktor. Takkan kerja dekat balai bomba pula. Jangan tanya soalan bodoh boleh tak?"lelaki tersebut ketawa.
"Ye tak ye juga! Hahaha, kau sihat?"Daniel mengangguk lalu berlalu pergi.
"Sekejaplah. Aku dah lama tak jumpa kau!" tangan Daniel ditarik kasar. Daniel menepis kuat. Wajah lelaki itu dipandang tajam.
"Kau nak apa?!"
"Rileklah. Perlu ke tengking-tengking ni?"
"Lepas kau keluar daripada rumah tu, kita dah kira takde apa-apa. Aku bukan lagi adik kau!"Daniel cuba menahan amarahnya. Mata dialihkan daripada memandang wajah abangnya itu.
"Aku minta maaf. Aku bodoh sebab tinggalkan adik-adik dengan kau. Aku tak fikir panjang sebelum buat benda tu."
"Dahlah! Kau biarkan kita orang berempat macam tu je. Sejak kau keluar, dia orang aku yang jaga! Aku cari duit sendiri. Aku yang susah payah besarkan dia orang! Kau memang abang tak guna!!"pipi Daniel ditampar kuat. Pipinya dipegang.
"Jangan kurang ajar! Aku tetap abang kau, Izzul!"Daniel ketawa.
"Baru nak mengaku kau abang aku? Sebelum tinggalkan kita orang ada fikir pasal ni?" tawanya masih bersambung.
"Aku minta maaf. Aku dah menyesal. Aku dah insaf weh. Aku cuba untuk jadi abang yang baik. Please, maafkan aku,"lelaki itu memeluk tubuh Daniel. Daniel menolak tubuh sasa itu kasar.
"Boleh pergi matilah! Aku takde abang macam kau!!"Daniel meludah ke arah abangnya. Langkah laju diatur meninggalkan lelaki itu. Air mata yang gugur laju diseka.
Dia bergegas mengambil barangannya sebelum melangkah ke parkir kereta. Setelah masuk ke dalam perut kereta, enjin kereta dihidupkan. Kakinya terus menekan pedal minyak. Air mata makin banyak yang gugur. Hatinya sakit. Moodnya terus hilang. Dia benci lelaki bernama Aaron itu.
Sejak Aaron meninggalkan dia dan adik-adiknya 10 tahun dahulu, dialah orang yang bersusah payah membesarkan adik-adik. Makan minum mereka semua dia yang uruskan. Namun, dia terpaksa meninggalkan adik yang paling bongsunya itu dengan opah di kampung. Kerana ingin mengejar cita-cita yang mak inginkan, dia perlu berkorban segalanya. 5 tahun di London akhirnya berbaloi selepas dia berjaya bergelar seorang doktor. Dia berjaya banggakan mak walaupun mak dah tak ada.
Kalau mak ada, mesti dia bangga. Sejak itu, dia berazam untuk menjadi seorang doktor yang terbaik macam mak. Lamunannya terhenti sebaik sahaja keretanya tiba-tiba terbabas dan dilanggar treler. Kepalanya terhantuk kuat ke stereng kereta. Darah mengalir laju daripada kepalanya. Asap tebal keluar daripada enjin kereta. Dia terbatuk berterusan. Nafas terasa sesak. Akhirnya, pandangan terus kabur dan gelap.
------
Ring ring ring
Dengan keadaan yang masih mamai, aku mencapai telefon di atas meja sebelah katil.
"Hello, siapa ni?"
"Ni Kak Zai! Bella, mai hospital sekarang! Urgent!"aku menukup mulut. Suara Kak Zai yang kedengaran cuak itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Hello? Bella? Dengaq dak ni?"
"Hm, dengar. Ada apa ni Kak Zai? Saya nak sambung tidur ni."
"Doktor Izzul!"sebaik sahaja mendengar nama tersebut, aku terus bangun daripada pembaringan. Hati berdebar. Jantung berdegup laju. Kenapa dengan dia?
"Kak Zai, ke...kenapa dengan Doktor Izzul?"
"Dia accident pagi tadi! Sekarang dia dalam bilik ICU. Baru habis kena bedah. Doktor kata keadaan dia kritikal sekarang ni,"nafasku tiba-tiba terasa tersekat. Dia? Dia kritikal? Ya Allah.
"Macam mana keadaan dia?"
"Tulang tangan dengan kaki kanan dia patah. Kepala dia terhentak kuat. Ada kemungkinan juga dia akan hilang ingatan tapi mungkin sekejap ja."
"Teruk ke keadaan dia sekarang ni?"
"Tu yang Kak call. Dia tak sedarkan diri lagi sekarang ni. Tadi, jantung dia tiba-tiba berhenti berdegup. Datang sekarang Bella. Takut dia dah tak lama dah ni,"telefonku terhempas ke lantai. Habis retak skrinnya.
Saat itu, duniaku tiba-tiba terasa kosong. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Badanku terasa kaku. Air mata akhirnya jatuh juga ke pipi. Jantungku berdegup kencang. Jauh di sudut hati, aku berdoa supaya Allah menyelamatkan Daniel. Jangan ambil dia lagi ya Allah, bisik hatiku sayu.
Share this novel