Just because we don't talk, doesn't mean I don't think about you. I'm just trying to distance myself because I know I can't have you-Wiz Khalifa
Hari ini sudah genap 2 bulan aku tidak berhubung dengan Daniel. Sejak peristiwa itu, aku tidak mahu rapat sangat dengannya. Aku tidak mahu kecewa lagi. Sedang aku memilih barang dapur, aku mendengar seseorang memanggil namaku. Aku kenal dengan suara itu. Tanpa menoleh, aku terus berjalan pantas meninggalkannya di belakang. Aku tak mahu bertemu dengannya. Aku tak mahu bercakap dan mendengar apa-apa ayat daripada mulutnya.
"Bella. Wait!!"lenganku ditarik kuat.
Aku menampar pipinya. Wajahnya dipandang sekilas. Aku cuba menarik lenganku dan menjauhkan diri daripadanya. Dia memegang pipi yang ditamparku tadi.
"I, I minta maaf. I salah. I bodoh sebab tinggalkan you. I tinggalkan you sebab perempuan tu. Maafkan I,sayang!"
Aku memandang wajahnya dengan pandangan penuh kebenciaan. Aku takkan terperdaya lagi kali ini. Sudah berkali-kali dia meminta maaf. Buat salah minta maaf. Lepas buat salah, minta maaf lagi. Muak dah telinga aku dengar ayat yang sama.
"Then, blah daripada sini. I dah taknak dengar apa-apa lagi alasan daripada you,Farhan. We're over. I'm not your sayang anymore. Pergilah. I ada hidup I sendiri. Please,just go!"
"But I can't even breathe without you,Bella!"
"Selama sebulan ni you tak bernafaslah,ek?"aku membalas dengan perlian.
Dia terus memeluk badanku erat. Aku menolak badannya kuat.
"Tak cukup ke tumbukan dengan sepakan I haritu? Nak lagi? You kena tahu eh, I takkan balik lagi dekat you! I bukan lembu yang you boleh suka hati sayang, suka hati benci. I ada maruah. I can't believe and bring you back to my life! You're the one who messed up with me. Don't you ever dare to touch me again!"
Aku melangkah selepas menolak badannya kuat. Dia menjerit namaku lagi. Kenapalah aku kena hadap dia lagi? Menyusahkan hidup aku je! Selepas membuat pembayaran, aku terus balik ke rumah. Janganlah terjumpa Daniel pula. Minta dijauhkan.
------
Borang yang diisi sudah dihantar secara online. Aku harap aku dapat scholarship tu. Seriously, I need it. Selepas aku mendapat surat tawaran untuk menyambung belajar ke United Kingdom, aku terus memberitahu ibu.
"Bella, kalau Bella tak dapat scholarship tu, I still want you to go and further your studies there. If abah still here, he probably will proud of you, sayang. Ouh ya, do you still remember Uncle Izwan?"aku hanya mampu tersenyum sebaik sahaja mendengar ayat ibu.
"Nope. Who's he?"
"Jiran lama kitalah. Time dekat Sabah dulu. Sekarang ibu dengar dia pindah tak jauh daripada rumah kita. So, esok, ibu nak Bella teman ibu jumpa dia. Can you?"aku mengangguk laju. Untuk ibu, semuanya boleh.
"Okay, so lepas ibu balik kerja petang esok, ibu akan balik rumah sekejap untuk bersiap. Make sure Bella dah siap sebelum ibu balik lagi. Understand?"aku mengangguk lagi.
Nasi disuapkan ke dalam mulut. Aku makan dengan begitu selera sekali selepas lama tidak merasa makanan hasil daripada air tangan ibu. Sungguh aku rindu. Rindu nak makan daging masak kicap ibu. Rindu nak makan ikan keli masak merah ibu. They two are my favorite foods. Today, I'm the happiest person in world. Kalaulah hidup aku hari-hari macam ni. Hmm.
------
Sungguh aku lupa. Minggu depan merupakan hari perkahwinan cousin yang paling aku rapat, Izzah. Selepas mendapat phone call daripadanya pagi tadi, aku terus menyarungkan jeans hitam dan blouse lengan kembang berwarna putih. Dia meminta tolongku untuk menemaninya mencari barang-barang yang masih belum disiapkan terutamanya hantaran pihaknya. Rantai yang ibu hadiahkan kepada tahun lalu dipakai. Rambut dilempaskan bergitu sahaja.
Masuk sahaja di dalam kereta Myvi kuning Izzah, aku terus memeluknya erat. Dia mencium pipiku. Aku memukul lengannya. Dia membetulkan tudung.
"Wehh, aku rindu kau duh! Lama kau tak call aku an? Apa cite sekarang?"
"Aku pun!! Hahaha kaulah busy memanjang. Setiap kali aku call asyik tak angkat je. Aku cam biasa. Cantik macam ni. Well,"dia menjelir lidah. Kereta mula bergerak ke arah Shah Alam.
"Ya Allah, perasan gila. Hahaha, kau masih belum berpunya ke?"aku menggeleng. Fikiranku tiba-tiba melayang teringatkan Daniel dan Farhan. Sakit pula hatiku. Terasa tanganku dicubit kuat. Aku menjerit kesakitan.
"Sakitlah!"
"Berangan lagi! Kau ni, carilah. Umur kau bukan muda lagi."
"Tak guna. Eh hello, aku baru 19 tahun okay. Aku belum masuk U lagi pun. Kau tu ha dah 23. Memang logiklah kahwin,"kami ketawa kuat.
"Hahaha, yelah. Tapi makin lama kau makin tua juga kan. Better cepat-cepatlah kau cari. Nanti semua kena kebas dengan orang lain."
"Siapa je makin lama makin muda, cik kak oi? Tengoklah. Aku tak berminatlah. Lelaki sekarang ni banyak yang tak boleh pakai. Kalau takde orang nak dekat aku sangat, aku suruh la ibu carikan seorang. Kau pun boleh apa recommend kawan Faz ke an?"kami ketawa lagi.
"Ni, baju kau bila nak ambil? Lagi satu, asal Faz tak ikut kita? Bukan ke semalam kau kata kau ajak dia sekali?"dia menjeling ke arahku. Kemudian mata difokuskan kembali pada pemanduan.
"Dah berapa minit masuk kereta aku baru nak tanya? Ah, jumaatlah ambil. Dia kerjalah Bel. Aku terpaksa keluar dengan kau berdua je. Takpelah. Kita pun lama dah tak chat macam ni. Maybe, nilah masanya."
"Hahaha aku mana perasan. Excited sangat jumpa kau. Ezmir apa cite?"air muka Izzah terus berubah.
"Nanti aku cerita,"aku hanya mengangguk lemah.
Kami terus terdiam. Aku memandang Izzah di sebelah lama. Fikiranku teringat mengenai lelaki bernama Ezmir itu. Sudah lebih lima tahun aku tidak mendengar khabar daripada lelaki itu. Dahulu, mereka bertiga sangat rapat sehinggalah Ezmir terlibat dengan dadah. Mungkin dia terdesak untuk mendapatkan duit. Dia terlibat dalam penjualan dadah secara besar-besaran.
Sejak daripada itu, dia terus ditangkap. Keluargaku juga terpaksa berpindah ke KL kerana ibu mendapat tawaran kerja di sini. Aku tidak lagi menaruh harapan pada lelaki itu. Ya, memang aku pernah cintakan dia. Dia juga berjanji untuk mengahwiniku. Tapi, segala-galanya mula berubah. Ezmir sudah tidak seperti dahulu. Aku akan simpan memori indah bersamanya. Cuma, segala perasaan cinta dan sayang untuknya sudah lama dibuang jauh. Aku reda. Mungkin dia bukan untukku.
------
Sampai sahaja di Setia City Mall, kami bergerak ke Tony Roma's. Selesai memesan makanan dan minuman, Izzah membuka cerita mengenai Ezmir. Aku mendengar dengan hati yang berdebar-debar.
"Ingat tak lepas kau pindah Kl? Dia kena tahan kan? Ah, mak ayah dia gadaikan semua tanah diaorang semata-mata nak bayar peguam untuk Ezmir. Tapi, peguam tu kalau. So, Ezmir kena gantung. I don't know, tapi haritu baru je aku nampak dia dekat restoran yang selalu kita makan dulu tu. Aku rasa dia kerja situ,"aku menarik nafas dalam. How can dia kena gantung tapi masih boleh hidup?
"Then, aku jumpa dia. Dia kata ada seorang perempuan ni. Minat dia. Dia sanggup bayar peguam yang hebat kat KL. Akhirnya Ezmir terlepas. Lepastu, dia dapat tahu mak ayah dia meninggal accident. Dia takde siapa-siapa dah. Kau pun tahu kan dia ada abang je. Tapi, abang dia pun dia tak tahu kat mana."
Air mataku mula bertakung di tubir mata. Izzah cuba menenangkanku.
"Waktu tu juga, perempuan tu kena kahwin paksa. Keluarga diaorang pindah pergi Australia. Ayah dia dapat tahu dia habiskan duit dekat Ezmir. Ayah dia memang tak suka anak dia tu kawan dengan lelaki macam Ezmir. So sekarang, Ezmir terpaksalah cari duit macam tu. Kesian dia, Bel. Aku sedih tengok dia. Dia sebatang kara sekarang ni. Aku ada jugalah bantu-bantu apa yang patut. Tapi, aku bukan kaya pun. So, aku bantu sikit-sikit jela."
Tanpa dapat ditahan lagi, air mataku mengalir laju. Ya Allah, aku harap aku dapat tolong dia sekarang. Tapi, kalau ibu tahu ibu mesti marah. Ibu tak suka aku berkawan dengan Ezmir daripada dulu lagi. Ibu kata Ezmir budak nakal. Sejak aku berkawan dengan lelaki itu, ada sahaja masalah yang muncul. So, kiranya aku pindah KL pun sebab ibu taknak aku berhubung lagi dengan Ezmir. Izzah memelukku erat.
"Dia ada juga tanya pasal kau. Aku suruh dia jumpa kau. Aku tahu kau rindu dia. Tapi, dia taknak. Dia taknak ganggu hidup kau dah. Dia banyak menyusahkan kau. Aku tahu dia menyesal. Dia masih sayangkan kau macam dulu. Aku, aku tak tahulah. Aku rasa, kau patut jumpa dia."
"Kau, ada nombor dia?"Izzah mengangguk. Sepucuk surat dikeluarkan daripada begnya. Ia dihulurkan kepadaku. Aku memandang surat itu lama.
"Ambil. Ni dia bagi kat kau. Dia nak bagi ni sebelum dia kena tangkap tu. Tapi kau dah pindah KL. Bacalah. Tapi, bukan sekarang. Sekarang kita makan. Lepastu aku carikan kau baju. Kau kan bridesmaid aku!"aku mengesat air mata. Surat itu disimpan baik-baik di dalam beg. Kami makan sambil berbual-bual kosong.
Selesai makan, Izzah membawaku ke dalam sebuah kedai yang menjual baju pengantin. Aku melihat baju-baju yang digantung rapi di dalam rak. Baju-baju tersebut dibelek-belek.
"I think this will be perfect for you. Try it,"dia menolakku badanku ke dalam fitting room. Selepas menyarungkan gown panjang yang berbelah di hadapan itu, aku keluar dan mencari Izzah.
Damn, I think I see Daniel with Jasmin. Mereka sedang memilih baju kahwin. Aku berlari masuk ke dalam fitting room. Namun, tiba-tiba aku terjatuh kerana terpijak kain baju yang dipakai. Oh, shit! Cepat bangun. Aku cuba berdiri namun sekali lagi aku terjatuh. Ahh, kepalaku berpinar.
"Bella?"suara garau itu memanggilku. Oh, habislah. Aku tak nak jumpa dia. This is not the right time. Aku bangun dan terus masuk ke dalam fitting room. Aku mengunci pintu rapat. Pintu diketuk.
"Bella. Can you please open the door? I really need to talk to you. Why are you avoiding me? Why you ignored my texts and calls?"lambat-lambat aku membuka pintu. Nafas ditarik.
"Tak rindu aku?"aku hanya menunduk memandang lantai. Aku tak mampu nak tengok muka dia sekarang ni. Aku masih kecewa.
"Look at me!"
"Tepi. Aku nak keluar."
Aku masih berdegil. Jantungku mula berlari laju. Sudah lama aku tidak berdiri dekat dengannya begini. Air mata cuba ditahan.
"No until you talk to me and look up to my face!"aku terus menolak badannya kuat.
Dia memijak kainku. Tanpa disedari, aku sudah berada dalam pelukannya. He saved me! Aku memandang wajahnya yang sangat dekat dengan wajahku. Aku terus menjauhkan diriku daripadanya.
"Thank you. I need to go. See you later."
"Jangan harap. Now, explain."
"Explain what?"
"Kau kenapa tiba-tiba tinggalkan party tu? Tak bagi tahu aku? Aku call tak angkat. Aku text tak jawab. Tak datang majlis aku dengan Jasmin. Why? What's wrong?"
"Don't know. I think I shouldn't have to be your friend anymore. Yeah, you know. You will marry Jasmin. Aku cuma rasa aku tak patut rapat-rapat dengan kau lagi. Good luck. Hope you will be a good husband to her."
"Apa kau merepek? Kau memang taknak kawan dengan aku dah ke?"
"Maybe no. Okay, bye. Semoga bahagia!"
"Wait Bella!"air mata terus ditahan.
"Its over!"
Aku keluar daripada kedai tersebut.
"Don't you want to change first?!"Daniel menyoal sambil ketawa. Aku memandang baju yang sedang membaluti badanku. Aduh, macam mana boleh terlupa ni. Aku masuk dan terus menukar baju. Tak jadi nak nangis.
Selepas keluar dari situ, aku mencari Izzah. Aku bergerak ke arahnya. Dia sedang menjawab panggilan.
"Pahal kau tinggal aku kat dalam? Jomlah balik!"
"Mana boleh. Aku tak tengok lagi kau pakai baju tu!"
"Kita beli kat tempat lainlah. Mahallah."
"No way. Cepat ikut aku!"tanganku ditarik kasar. Aku mendengus kasar.
"Aku taknak! Kau jangan paksa aku boleh? Kalau kau paksa aku, aku tak datang majlis kau minggu depan!"tanganku dilepaskan. Aku terus berlari laju meninggalkan Izzah dibelakang.
Share this novel