BAB 21

Romance Completed 52907

If we deny love that is given to is, if we refuse to give love because we fear pain or loss, then our lives will be empty, our loss greater-Oprah Winfrey

"Farhan..."

"You tak sudi ke Bella? You tak nak jadi isteri I dan mama kepada Yaya?"wajah kecewanya dipandang lama. Serba salah.

Apa aku nak jawab? Apa aku nak jawab ni?! Aku betul-betul buntu. Kenapalah hidup aku selalu kena buat keputusan yang susah? Keputusan yang perlu bermain dengan hati lelaki? Aku menarik nafas dalam.

"Bukan. I tak cakap macam tu pun kan? I cuma rasa, belum masanya. Better kita kenal dulu."

"Kita dah kenal lama. Takkan you tak kenal I lagi?!"

"Farhan, can you respect my decision? I tak nak orang paksa I buat keputusan!"aku terus bangun daripada duduk. Dia menarik tanganku lembut. Aku memalingkan wajahku ke arah lain. Menyampah pula nak pandang mukanya.

"I'm sorry. I overreact. Please, duduk balik. Kita bincang elok-elok."

Aku mendiamkan diri. Malas!

"Please, sayang. Kalau you sayang I, duduklah balik."

Masih tiada jawapan. Aku sudah tawar hati.

"You nak I angkat you then letak atas kerusi? Kalau itu yang you nak, I boleh buat,"aku terus duduk di hadapannya kembali. Dia ketawa kuat.

"Duduk pun,"aku menjeling ke arahnya.

"Kali ni je I mengalah dengan you. Lain kali, even you guna cara kotor, I tetap akan ikut cakap hati I!"wajahnya dipandang geram. Dia mengenyit mata kirinya.

"You nak ngorat I ke nak bincang sekarang ni?"aku memeluk tubuh dan bersandar pada kerusi.

"Perlu ke I ngorat you kalau you dah ada depan mata I?"dia mendekatkan wajahnya denganku. Aku menolak badannya kasar.

"Uh, such a annoying little boy,"bebelku perlahan.

"I'm not a little boy. I'm your annoying future husband,"dia mengangkat kening. Aku menepuk dahi.

"Seriously, Farhan?"dia mengangguk. Confident.

"I don't say yes yet! Too early to say like that."

"I know you'll say yes. Because you can't say no to me."

"Apa-apalah. I malas nak layan. Nanti makin menjadi,"dia ketawa. Aku memandangnya dengan pandangan maut sehingga dia berhenti ketawa. Dia memandangku dengan sengihan lebar.

"Kenapa tak sambung ketawa lagi?"

"I penatlah. Okay, let's continue with our discussion,"aku menarik nafas lega.

Mujurlah. Akhirnya, dia serius juga. Kalau tak, mahu aku hempuk kepalanya biar terus hilang ingatan.

"Okay, so, boleh tak you bagi I masa to think about it?"dia mengangguk lemah.

"Sure. But I still hope it will be 'yes',"aku mengukir senyuman tawar sebelum dia mengenggam erat tanganku.

"Kalau jodoh I adalah you, kita akan bersama juga. I just need some time to make a decision. Hope you understand, okay Farhan?"

"I will."


------

Langkah laju di atur menaiki lif ke tingkat tiga bangunan tersebut. Keadaan hospital sangat sesak memandang hari ini hari ahad dan merupakan masa untuk melawat. Terpaksa berebut-rebut dengan mereka untuk sampai tepat pada masanya. Aku bergerak ke arah wad 12. Wad yang selalu menjadi destinasi aku sewaktu masih menjadi 'doktor suruhan' Daniel.

Katil 29 diintai. Tiada bayangan pakcik india itu. Mungkin sudah pulang ke rumahnya. Aku melangkah ke katil yang terletak di tengah wad tersebut. Terdapat enam buah katil dan hanya empat yang berpenghuni. Aku bergerak menghampiri seorang pakcik berbangsa cina yang sudah dipotong kakinya akibat kencing manis dengan nafas lega.

Mujurlah selepas kejadian tersebut, aku belum pernah lagi bertemu dengan Daniel. Mungkin Allah memang nak aku berjauhan dengannya. Hati aku juga tidak sakit setiap kali melihat wajah lelaki itu. Mungkin shift kami tidak sama. Aku bersorak gembira. Cepat-cepat aku membuat memeriksa keadaan pakcik tersebut.

"Muda-muda jadi doktor,"cakapnya dengan senyuman. Walaupun sakit, tetapi bibir tetap boleh mengukirkan senyuman. Senyuman juga mampu membantu seseorang untuk pulih daripada sakit. Mungkin kerana itulah dia selalu kelihatan tersenyum.

"Hehehe,"nurse di sebelah dipandang. Dia sedang menunggu arahan daripadaku.

"Uncle dah makan ubat ke hari ni?"dia mengangguk perlahan. Denyutan jantung diperiksa. Agak perlahan.

"Bagus. Tapi, kena banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat. Saya rasa mungkin minggu depan uncle dah boleh balik. Ataupun hari jumaat nanti,"setelah selesai membut pemeriksaan ke atas pakcik cina berbangsa cina tersebut, aku beralih pada pesakit di katil sebelah.

Selepas selesai membuat pemeriksaan pada pesakit di wad tersebut, aku melangkah untuk ke cafe. Sewaktu aku sedang melalui di hadapan kaunter jururawat, seseorang memanggil namaku. Aku menoleh. Kelihatan Kak Zai sedang melambaikan tangan ke arahku.

"Hai, Kak Zai!"

"Hai, Doktor Bella,"dia melangkah mendekatiku. Aku ketawa.

"Apa ni?"dia menghulurkan kotak kecil berwarna biru kepadaku. Dia hanya tersenyum gatal dan menggeleng.

"Manalah Kak Zai tau. Ambillah. Ada orang bagi,"aku menolak.

"Saya tak tahu siapa yang bagi. Tak naklah. Kak Zai simpan."

"Eh, mana boleh lagu tu. Dia bagi Bella takkan Kak Zai pula nak ambil? Ambil jalah. Rezeki dah ada depan mata,"lambat-lambat aku mengambil.

Aku pelik. Siapa agaknya yang buat kerja macam ni? Dulu dapat juga. Lepas tu, senyap. Sekarang, muncul balik?

"Hari tu, saya dapat juga macam ni. Tapi, dah lamalah. Dia bagi chocolate dengan bunga. Last-last, saya buang juga."Kak Zai memandang tidak percaya. Lenganku dipukul.

"Apalah! Pasaipa duk buang? Membazir ja!"

"Chocolate je saya buang. Tak berani nak makan. Entah-entah dia jampi. Bunga tu saya still simpan haha still tak layu!"kami ketawa kuat

"Amboi. Kalau orang yang bagi ni tahu, mesti dia suka!"

"Okaylah kak. Merepek je. Saya nak pergi cafe. Lapar. Sekejap lagi dah busy,"dia mengangguk. Bahunya ditepuk.

"Okay, okay. Kak Zai pun ada kerja nak buat ni. Jumpa nanti,"aku terus melangkah perlahan sambil membuka kotak kecil tersebut.

Terdapat sebentuk cincin di dalamnya. Langkahku mati. Serius, siapa yang bagi ni? Takkan perempuan kan? Tapi ada ke perempuan nak dekat aku? Huhu. Aku terus meletakkan kembali cincin tadi dan menutup kotak kecil tersebut. Aku melangkah ke arah cafe dengan laju. Baru tersedar aku perlu cepat.


-------

Jam sudah menunjukkan pukul 7.50 malam. Aku mencapai beg dan terus bergerak ke arah kereta. Sedang aku mencari kunci di dalam beg, mulutku ditekup dan badanku terus ditarik oleh seseorang. Dia membawaku masuk ke pintu rintangan api. Badanku ditolak rapat ke dinding. Aku memandang wajahnya. Ezmir. Apa yang lelaki itu sedang cuba lakukan? Peluhku mengalir laju. Ya Allah selamatkan aku! Aku menjerit kuat. Cepat-cepat dia menekup mulutku dengan tangannya.

"Senyap kalau tak nak Mir buat apa-apa!"aku memandangnya dengan jelingan tajam.

"Apa yang Mir buat dekat sini?! Lepaskan Hani!!"kaki dihentak kuat ke lantai.

"Banyak kali Mir call Hani, mesej Hani, kenapa tak jawab? Hani nak lari daripada Mir?"dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Dadaku berdebar. Jantung sedari tadi sudah berdegup laju.

"Hani tak nak jumpa Mir lagi. Hani tak nak kita ada apa-apa lagi. Hani memang tak nak ada kaitan lagi dengan Mir!"

"Hani ingat, Mir akan buat macam tu? Hani memang tak boleh lari daripada Mir. Hani, tetap milik Mir. Forever,"dia berbisik ke telingaku. Aku tergamam.

Dia ni mental ke? Bibirnya sudah mendarat di dahiku. Aku menolak tubuhnya kasar. Perutnya ditendang kuat. Aku membuka pintu untuk melarikan diri. Namun, dengan kasar dia menarik rambutku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada menjerit. Dengan keadaan yang gelap, aku mengharapkan suaraku dapat menarik perhatian seseorang untuk membantuku.

Air mataku sudah mengalir laju. Aku menangis teresak-esak sebelum Ezmir menolakku jatuh ke lantai. Belakang badanku terasa sakit. Dia mendekatiku lalu meraut rambutku ke belakang. Aku menepis tanganku.

"I'm sorry. Mir tak sengaja nak berkasar dengan Hani. Mir terpaksa. Mir sayang Hani. Kalau Mir tak boleh dapatkan Hani cara baik, Mir akan dapatkan cara kasar!"bibirku dicium.

Aku menolak badannya dan berlari ke arah dinding. Tolonglah. Harap-harap, ada yang guna tangga ni. Air mata masih mengalir.

"Mir dah gila ke?!"

"Mir memang gila! Mir gila sebab Hani!"dia memeluk erat badanku. Aku cuba menolak namun dia lebih kuat. Tenagaku sudah terasa kurang kerana dihabiskan untuk menangis dan menjerit.

"Sumpah, Mir akan buat apa-apa je untuk dapatkan Hani. Kalau Mir tak dapat Hani, takde lelaki yang akan dapatkan Hani juga,"dia menghentak kepalaku ke dinding.

Aku menjerit sekuat hati selepas melihat darah sudah mengalir laju daripada dahi. Duniaku terus bertukar gelap.


------

Mataku terbuka perlahan-lahan. Aku keadaan sekeliling yang kelihatan tidak asing bagiku. Hospital! Aku bangun perlahan-lahan kerana kepala masih terasa sakit dan sudah berbalut. Katil yang berada berhampiranku semuanya berpenghuni. Aku masih tak faham. Macam mana aku boleh ada dekat sini? Mana Ezmir? Siapa pula yang selamatkan aku?

"Dah sedar pun,"aku memandangnya tidak percaya. Dia lagi ke yang selamatkan aku?

"Thank you sebab selamatkan saya!"Daniel ketawa.

"Bukan aku yang selamatkan kau. Aku bukan hero macam superman semua tu!"

"Siapa yang selamatkan saya?"

"Entah. Ada staff jumpa kau dekat tempat parking kereta dengan kepala berdarah teruk," aku tersenyum tawar.

"Lelaki tu?"

"Lelaki yang ada dengan kau tu ke?"aku mengangguk.

"Dia lari. Tak dapat nak tangkap. Tak dapat tengok muka pun."

"Saya kenal."

"You need to make a police report. Nanti dia buat lebih teruk lagi daripada ni, kau yang susah,"aku mengangguk lagi.

Rindu dengan lelaki berkulit putih pucat ini. Rindu mahu menjadi kawan rapatnya semula. Namun, aku tahu semua itu adalah mustahil. Mustahil untuk menjalinkan apa-apa hubungan selepas apa yang berlaku. Lama kami menyepikan diri.

"By the way, siapa pun orang yang selamatkan saya tu, cakap terima kasih ye? Dia betul-betul dah selamatkan nyawa saya."

"Sama-sama,"balasnya selamba.

"Saya tak cakap terima kasih dekat awak pun!"

"Takpe, aku tolong jawabkan,"aku menjeling. Sejak kejadian tersebut, dia sudah banyak berubah. Kejadian sewaktu di cafe itu pun, wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas.

Wajahnya sudah ditumbuhi jambang nipis. Rambutnya juga sudah dipotong kemas. Namun, ketampanan wajahnya masih tidak berubah dan semakin kelihatan menarik. Dia berdehem kuat. Aku tersenyum malu.

"Okaylah, aku nak balik dah. Rehatlah, esok kau boleh balik dah,"aku mengangguk. Agaknya dia ingat aku tak? Ke memang dia tak kan ingat aku?

"Er,tak ingat saya lagi ke?"dia yang baru hendak melangkah terus memusingkan badannya semula untuk menghadapkan.

"Sorry, aku tak rasa kau penting dalam hidup aku,"dia terus berlalu pergi.

Entah kenapa, sebaik sahaja aku mendengar jawapan tersebut keluar daripada mulutnya, hatiku sakit. Aku betul-betul kecewa. Dia memang tak kan ingat aku kot. Mungkin. Lagipun, aku tak penting. Tak kan senang-senang je dia nak ingat. Aku terus baring semula dan menangis di dalam selimut. Air mata dikesat sebelum aku cuba memaksa mata untuk ditutup semula.


------

Daniel keluar daripada perut keretanya dengan mata yang sembab. Dia mencabut tie dengan kasar sebelum melangkah ke dalam rumah. Kelihatan adik-adiknya sedang menonton televisyen.

"Hai, long. Lambat balik,"Daniel hanya membalas dengan senyuman tawar. Ish yang sedang memakan ais krim dipandang tajam.

"Siapa suruh Ish makan ais krim ni? Ada along bagi?"batang ais krim terus disorok di belakang badannya. Dia tersengih dengan gigi yang rongak.

"Alah, Ish dah darjah lima! Biarlah. Kawan Ish boleh kenapa Ish tak boleh makan?"Daniel menjeling lalu menyinsing lengan baju kemejanya.

"Along menangis ke?"soal Nadia sambil menyambung kembali pembacaan novelnya.

"Jangan nak menyibuklah. Along sakit mata bukan menangis,"Nadia ketawa.

"Tulah. Macamlah Nad tak tahu nak beza sakit mata dengan menangis. Tak payah menyoroklah. Nampak sangat baru habis nangis,"Daniel tertunduk memandang kakinya di atas lantai.

"Along pergi melawat kubur mak dengan ayah tadi,"suaranya sudah kedengaran bergetar.

"Dahlah! Along nak mandi. Ish, along turun sekejap lagi, kalau masih makan ais krim, esok jangan harap along nak bawa jalan-jalan!"Ish terus berlari ke arah Daniel. Badan Daniel dipeluk erat.

"Along cuti ke esok?"Daniel mengangguk.

"Yeay!"

"Dah, pergi gosok gigi lepastu solat, tidur. Esok, kita keluar,"Ish berlari naik ke biliknya. Daniel tersenyum sebelum turut melangkah naik ke tingkat tiga.

"Ah, Nad, jangan ingat Nad boleh tidur lambat. Pergi tidur! Dah pukul berapa ni. Esok ada kelas kan?!"sebaik sahaja mendengar sergahan itu, Nadia terus bangun dan mematikan suis lampu dan kipas sebelum melangkah laju ke bilinya.

"Tahu takut,"bebel Daniel seorang diri.


------

Aku membuka mata. Bunyi telefon daripada tadi membuatkan tidurku terganggu. Aku mencapai telefon yang berada di atas meja, dan terus mengangkat panggilan yang datang daripada Izzah. Aduh, perempuan ni kacau betullah orang nak tidur cuti-cuti macam ni!

"Buat apa ah? Aku call banyak kali baru nak jawab!"aku bangun daripada baring.
"Tidurlah. Sibuk je kacau aku tidur. Pergilah layan suami kau! Dah, sana. Aku nak sambung tidur,"dia menjerit kuat di hujung talian.

"Kau cutilah maknanya hari ni kan?! Good. Sebab aku nak ajak kau keluar. Hari ni suami aku outstation. So, teman aku pergi beli barang jom? Lama tak jumpa. Sejak kau balik mana nak call tanya khabar aku,"suaranya semakin mendatar. Aku menggaru peha. Aduh, nak sedih-sedih pula. Pagi-pagi macam ni tak ada mood nak menangis.

"Aku malaslah. Kau datanglah kalau nak jumpa. Boleh jumpa ibu aku juga. Aku bukan apa, cuma malas nak ganggu kau dengan suami kau tu. Kau pun tak call aku, tak kan aku nak call kau pula."

"Alah, Bella. Please. Aku nak cakap something juga dengan kau ni. Banyak aku nak cerita!"

"Ei, yelah. Pukul berapa nak ambil aku?!"

"Kau ambil aku boleh tak? Kereta aku rosaklah,"aku mengeluh kuat. Menyusahkan orang betullah.

"Kau yang ajak aku keluar, aku pula yang kena ambil kau. Banyak cantik!"

"Aku memang cantik pun. Tak kan kau tak tahu?"aku menepuk dahi. Tuala yang digantung dicapai dan diletakkan pada bahu.

"Please, jangan nak mulakan. Aku sampai lagi setengah jam macam tu. Kalau lambat, aku tinggal!"tanpa mendengar jawapannya, talian diputuskan. Aku melangkah malas ke bilik mandi. Pintu dihempas kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience