Real love you feel it, you see it, you show it! But fake love is just a words-anonymous
"Hello,"suara yang kedengaran cukup asing bagiku terus menyapa sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Siapa ni?"soalku perlahan. Suara sebaik mungkin cuba dilembutkan.
"Kau tak cam suara aku?"dia ketawa perlahan. Aku mengerutkan dahi. Perlu ke aku cam suara dia? Entah siapa-siapa entah. Mana dapat nombor telefon aku pun aku tak tahu.
"Siapa ni? Jangan main-main boleh tak? Saya takde mood ni. Kalau takde hal penting nak cakap, jangan call,"dia ketawa lagi. Nafasku ditarik dalam. Perasaan amarah cuba ditahan daripada meletus. Menyampahlah dengan mamat ni. Dia ingat aku ada masa nak layan dia?
"Wuuu, garang. Aku nak jumpa kau"
"Awak siapa? Kenapa saya kena jumpa awak? Mana dapat nombor telefon saya ni? Kita pernah jumpa ke?"
"Wo wo, sabarlah. Satu, satu. Siapa aku? Aku, akulah. Aku kena jumpa kau sebab aku ada hal penting nak kena settlekan dengan kau. Nombor kau? Jangan risau, aku tak jumpa atas tanah tepi jalan. Pernah. Banyak kali kita jumpa. Lebih daripada tu kita pernah buat."
"Wait, awak..Daniel ke?!"
"Hahahaha"
"Cakap betul-betul, mana dapat nombor saya?!"
"Pukul 12 aku datang jumpa kau"
"Mana dapat.."tut tut. Talian dimatikan. Geramnya aku. Subhanallah, kenapalah aku kena hadap dengan manusia macam ni? Langsung tak matang. Telefon dimasukkan kasar ke dalam beg. Langkah terus diatur ke arah bilik kuliah di tingkat dua bangunan lima tingkat itu.
------
Sebaik sahaja aku keluar daripada bilik kuliah, aku dapat melihat susuk tubuh Daniel yang sedang berdiri membongkok membelakangiku di koridor. Aku melangkah mendekatinya. Aku berdiri di sebelahnya. Wajahnya dipandang lama. Dia sedang termenung jauh sehinggakan kehadiranku di situ tidak disedarinya. Aku tersenyum nipis. Kulitnya yang putih pucat itu kelihatan sangat bersih. Hanya ada dua butir jerawat sahaja di wajah. Matanya yang sepet dan redup membuatkan dia kelihatan tenang. Kening lebatnya...
"Dah puas tatap muka handsome aku?" soalnya seraya memalingkan wajahnya ke arahku. Aku terkejut beruk. Oiemji! Dia tak termenung ke? Maknanya dia sedarlah aku ada sebelah dia tengah tenung muka dia lama tadi?
"Mana ada!"mukaku mula terasa membahang dan bertukar merah. Dia tersenyum sinis. Lengan baju dilipat. Aku menelan liur. Tiba-tiba sahaja jantungku berdegup kencang. Kenapa ni? Takkan aku suka dia kot? Kenapa harini aku jadi gabra bila berdiri rapat dengannya? Sebelum ni, pandang muka pun tak rasa apa.
"Macam aku tak nampak. Aku tengok kemain kau khusyuk duk tatap muka aku. Tu muka dah merah, apahal?"aku hanya mampu tersengih. Dia menyilangkan tangannya. Badannya disandarkan pada tiang.
"Dahlah. Ni kenapa awak nak jumpa saya?"
"Tukar topik nampak. Hmm,dah buat salah mana nak mengaku."
"Saya tak buat salah buat apa nak mengaku. Cepatlah, kejap lagi saya ada kelas lagi"
"Takkan nak cakp kat sini kot?"
"Dah tu? Nak cakap dekat mana? Saya ada lagi 30 minit je lagi ni,"dia menarik lengan bajuku ketat. Aku memandang wajahnya dengan pandangan pelik.
"Ikut jelah,"aku terpaksa akur. Lagipun, dia bukan pegang tangan pun. Dia cuma pegang kain baju. Tak salah kan?
Sampai di cafe, dia mengambil tempat di sebelah tingkap. Aku disuruh duduk di hadapannya. Awkward. Baru sahaja duduk, sudah tersedia makanan dan minuman di atas meja. Aku memandangnya meminta jawapan.
"Makanlah. Aku belanja"
"Saya dah makan sebelum masuk kelas tadi. So, kenapa awak nak jumpa saya?"aku hanya mampu tersengih. Dia memandangku dengan mata yang semakin menyepet.
"Kalau nak tahu, makan. Aku tahu kau lapar," dia tersenyum sinis. Macam tahu-tahu aku lapar.
Sedang aku berbual kecil bersama Daniel dan menghabiskan makanan, aku dapat melihat Farhan sedang duduk berbual mesra dengan seorang perempuan di luar cafe. Wajahnya kelihatan sangat bahagia. Tanpa sebab, hatiku terasa sakit. Kegembiraan di wajah Farhan saat ini tidak sama ketika dia bersamaku. Mungkin perempuan tinggi lampai itu adalah perempuan yang dicintainya. Kalau perempuan itu yang dicintainya, aku siapa? Jadi, layanan baik, kata-kata manis dan ayat-ayat cinta selama ini? Dia tipu aku ke?
Mataku terasa berair. Wajahku mula membahang menahan sedih. Janganlah nangis. Please jangan. Melalu ekor mataku, aku dapat melihat reaksi Daniel. Dia sedang memandangku pelik. Mataku ditatap lama.
"Kenapa ni?"aku menggeleng. Aku mengelipkan mata tanpa henti dengan harapan agar air mata tidak jatuh ke pipi. Sebaik mungkin aku mengelak daripada memandang matanya.
"So, cakaplah. Saya nak kena masuk kelas dah ni."
"Kau kenapa? Aku tahu kau tak okay"
"Cakap jelah! Kalau taknak cakap, saya boleh pergi sekarang. Jangan buang masa saya,boleh tak?!"dia tersentak. Pelik mungkin. Tiba-tiba sahaja mood aku berubah. Dia menelan liur. Aku cuba menarik nafas dan bersabar. Perasaan marah ditahan.
"Sorry. Sebenarnya aku nak bagi sweater kau. Actually, sweater tu aku tak buang pun. Aku cuma bawa balik rumah. Aku basuh sebab dah kena darah ak.. darah kau,"aku tersentak. Basuhkan? Dia basuhkan sweater aku? Dia ke ni? Asal baik semacam? Tiba-tiba je.
"Awak basuhkan? Awak kata koyak? Bukan ke awak dah buang dalam tong sampah?"
"Saja cakap macam tu. Nak tengok kau nangis. Aku tahu tu sweater arwah ayah kau bagi. Sebab tu aku taknak bagi sweater dengan darah-darah macam tu dekat kau. Nanti mulalah meroyan lagi,"dia memandangku sinis. Aku mencebikkan muka. Tak guna . Dia perli aku rupanya.
"So,boleh tak esok kau datang rumah aku? Nanti aku bagi alamat. Aku lupa nak bawa harini,"aku mengangguk.
Dia menghantarku sehingga ke pintu bilik kuliah. Selepas dia meminta diri, dia memberikan sekeping kertas yang dilipat-lipat dan menghadiahkanku senyuman manis miliknya. Aku termalu sendiri. Entah kenapa aku rasa dia baik sangat harini. Sejak aku jumpa dan kenal dia, mood dia selalu berubah. Kadang-kadang baik, kadang-kadang annoying, kadang- kadang macam jadah.
Aku melangkah ke arah tempat duduk paling belakang. Setelah duduk dan meletakkan beg di atas kerusi kosong sebelah kerusiku, aku membuka lipatan-lipatan kertas yang diberi Daniel tadi. Aku tersenyum selepas membaca ayat yang tertulis di atasnya.
Hari ahad ni aku nak ajak kau keluar minum. Kalau setuju, call aku malam ni ^•^
"Amboi, suka sangat. Surat apa tu?"aku mendongak memandang ke arah empunya suara garau tersebut. Dia tersenyum manis ke arahku.
"Takde apa. Surat I jumpa dekat lantai ni ha,"dia terus duduk di kerusi kosong sebelahku.
Suasana sunyi seketika. Keadaan di dalam bilik itu juga turut sunyi memandangkan kelas akan mula 10 minit lagi. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang sudah duduk di tempat masing-masing. Aku memandangnya sekilas.
"Farhan, I ada benda nak bagitahu. Tapi, I tak boleh bagitahu you sekarang."
"Ermm, okay. I pick you up at nine?"aku terdiam seketika. Malam ini aku dah janji dengan ibu. Ibu nak bawa aku dinner dekat luar.
"Tak bolehlah you. I ada date dengan ibu,"dia terus mencebikkan muka.
"Okay,then when you free, you call me,okay?" aku mengangguk laju.
"Tadi you dengan siapa?"aku membetulkan duduk. Pen yang berada di tangan dipusing-pusingkan di atas meja
"Tadi? Apa yang tadi?"
"Tadi you jumpa siapa?"
"Kawan lama I"
"Kawan lama ke crush lama?"wajahnya terus berubah riak. Aku memandangnya lama. Dia cuba mengalihkan matanya daripada bertemu dengan mataku.
"Crush lama? Apa ni? Apa yang you cuba nak cakap ni?"
"Tak payah pura-puralah Farhan. I tahu you pernah suka dia. You love her . Daripada riak wajah you dah boleh nampak you bahagia dengan dia. Sebenarnya you suka I ke tak? You nak jadikan I isteri you ke? Apa yang you cakap tu semua tak betul kan? You cakap tapi you tak bermaksud pun kan?!"
"Apa you merepek ni? Jangan menyibuk hal I boleh tak?!"aku tersentak sebaik melihat tangan Farhan sudah diangkat ke atas. Badanku mula menggigil apabila Farhan bertindak ingin menamparku.
Bilik yang mula dipenuhi pelajar-pelajar itu tiba-tiba senyap. Mereka memandang ke arah aku dan Farhan. Perlahan-lahan Farhan menurunkan tangannya. Aku mula menangis teresak-esak. Belum pernah ada lelaki yang bertindak seperti lelaki di hadapanku ini selama aku hidup. Dialah lelaki pertama. Aku ingat dia cintakan aku. Aku ingat dia betul-betul nak memperisterikan aku. Tapi, sangkaan aku meleset jauh.
"Sorry, Bella. I, I takde niat nak tampar you. I minta maaf. I.."belum sempat Farhan menghabiskan kata-katanya, aku terus berdiri dan mencapai beg. Kaki diatur ke luar bilik itu. Dengan kasar, tanganku direntap dari belakang. Aku cuba menarik tanganku daripada pegangan tangan Farhan.
"Lepaslah!"aku menjerit kuat. Tanganku direntap dengan lebih kuat.
"Lepaslah,Farhan. I hate you!"sebaik sahaja pergelangan tanganku dilepaskan, aku berlari selaju yang boleh ke arah tandas. Pintu dihempas kuat. Air mata terus mengalir laju.
"Bella!"
Share this novel