BAB 13

Romance Completed 52907

With love and patience, nothing is impossible- Daisaku Ikeda

Aku menelan liur. Wajahnya masih dipandang.

"Daniel?"dia memandangku atas bawah. Senyuman sinis dihadiahkan.

"Pakcik, sekejap ye? Nanti saya datang balik. Jangan lupa makan sarapan tu. Nanti sakit pula,"pakcik india itu mengangguk sambil tersengih lebar.

"Baik doktor,"dengan kasar Daniel menarik lengan baju yang dipakaiku untukku membuntuti langkahnya.

"Apa ni?"dia membawaku keluar daripada wad tersebut. Dengan wajah yang masam, dia melepaskan lengan bajuku sehingga badanku terduduk ke kerusi. Aku mengaduh sakit.

"Apa benda ni? Ingat orang binatang ke?"aku meninggikan suara kepadanya. Aku dah tak peduli apa orang kata.

"Aku nak kau anggap aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku. Sebelum ni kau juga kan yang nak jauhkan diri daripada aku? Aku bukan kawan kau kan? So, aku dah penuhi permintaan kau,"aku memandang wajahnya dengan penuh perasaan sakit hati.

Entah kenapa aku rasa aku tak kenal siapa lelaki di hadapanku ini. Dia bukan Daniel yang dulu. Perangainya cukup berbeza daripada lima tahun dulu.

"Aku nak kau hormat aku sebagai doktor senior. Apa yang aku suruh ikut. Jangan membantah. Dan yang paling penting, jangan panggil aku Daniel. Takde siapa panggil aku Daniel dekat sini. Panggil aku Doktor Izzul. Itu nama aku. Ingat, jangan bagitahu sesiapa pun yang aku kenal kau,faham?!"mataku sudah mula berkaca.

Aku mengalihkan pandangan mataku daripada wajahnya. Sungguh kalau diberi peluang, aku nak saja lari dari sini. Aku nak balik rumah. Aku nak mengadu dengan ibu. Aku nak menangis puas-puas. Tapi, aku tak mampu. Aku kena berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku kena tunjuk, dia tak bermakna langsung pun dalam hidup aku. Aku berdiri dan terus berlalu meninggalkannya.

"Jangan kurang ajar! Aku tengah bercakap dengan kau. Siapa yang mengajar kau bercakap dengan orang macam ni? Kau kena hormat aku. Kau kena ingat, dekat sini, aku lagi berkuasa daripada kau!"aku mematikan langkahku. Aku menolehkan badanku ke arahnya.

"Jadi kalau bercakap tak beradab macam ni boleh? Saya akan hormat orang kalau orang hormat saya,"dia memandangku dengan jelingan. Apa agaknya masalah dia ni? Macam perempuan menopause. Menyakitkan hati je kerjanya.

"Saya tak nak buang masa untuk benda kecil macam ni. Doktor nak saya buat apa sekarang ni?"aku menarik nafas dalam berkali-kali.

"Aku nak kau pergi check patient dalam wad tu. Pastikan aku puaskan hati dengan kerja kau. Kalau aku tak puas hati, kau tak boleh rehat harini. Faham?"aku mengangguk akur tanpa menjawab walaupun aku tahu sudah ada doktor yang berbuat perkara itu sejak selepas subuh lagi. Ikutlah.

Sebelum aku ke wad yang dimaksudkannya, aku terus masuk ke dalam toilet. Pintu dikunci. Air mata mengalir laju ke pipi. Bahuku terhenjut-henjut kerana aku cuba merendahkan suara. Tak naklah orang tahu aku menangis.

Setelah aku terasa lega, aku melangkah ke wad dan terus memeriksa semua pesakit di dalam wad yang agak besar itu. Lenguh jugalah kaki aku berdiri daripada pukul 7.50 sehingga 9.07 pagi. Aku terus berlari mencari Daniel. Namun, bayangnya tidak kelihatan. Ramai juga nurse dan pegawai perubatan yang aku tanya tentang keberadaan lelaki menyakitkan hati itu.

Akhirnya, aku memilih untuk menunggu sahaja kedatangannya di katil pakcik india tadi. Aku tahu, dia pasti akan datang ke situ kerana sudah banyak kali aku melihat mereka berbual sejak pagi tadi. Waktu rehat sudah lama berlalu. Perutku sudah berbunyi teruk. Namun, aku tahan. Tak mahu lagi dimaki. Lelaki itu bukan boleh percaya juga. Moodnya selalu berubah-ubah. Aku pun tak faham.

"Bella, jomlah. Aku dah lapar ni. Kau tak rehat lagi kan?"aku menggeleng. Dia tersenyum.

Tanganku ditarik lembut. Aku masih tidak berganjak daripada tempat aku berdiri. Dia memandangku meminta jawapan.

"Kenapa ni? Jomlah."

"Tak boleh,Wafa. Aku kena tunggu doktor Izzul tu dulu. Dia kata, selagi dia tak puas hati dengan kerja aku, aku tak boleh rehat."

"Dah tu, dia tak puas hati ke dengan kerja kau?"aku menggeleng lemah. Tenagaku sudah terasa mula hilang.

"Ah? Aku tak fahamlah. Boleh tak kau cakap betul-betul?"

"Dia tak check lagi hasil kerja aku. Aku cari dia tak jumpa. Satu bangunan ni aku cari. Aku dah tanya nurse semua tak tahu," Wafa menarik tanganku kasar. Aku tidak mampu menolak.

"Jom. Tanya Doktor Maisarah. Dia rapat juga dengan Doktor Izzul tu. Maybe dia tahu mana mana doktor tu pergi."

Setelah berjumpa Doktor Maisarah yang sedang dalam perjalanan ke cafe, Wafa terus bertanyakan tentang Doktor Izzul.

"Doktor Izzul? Tadi dia dalam operation room. Sekarang rasanya masih dalam tu kot. Kenapa?" Wafa tersengih memandang doktor berspek bulat itu lalu menggeleng laju.

"Takde apa doktor. Thank you,"aku memandang muka Wafa cuak.

"Sama-sama."Doktor Maisarah berlalu pergi.

"Its okaylah, Fa. Aku rasa better kau pergi je. Takpe, aku boleh tunggu dia,"Wafa memandangku tajam.

"No way! Memang taklah aku nak tinggalkan kau dengan muka pucat kau ni. Kau kena makan. Kau bukannya bolehkan kalau berlapar ni. Karang jadi apa-apa, menyusahkan semua orang."

"Takpelah. Kau pergilah. Tak lama dah tu. Aku boleh tahan. Aku tak nak ada masalah nanti dengan dia."

"Bella! Kau jangan mengada boleh tak? Aku tumbuk kang. Kalau dia marah kau, jumpa aku. Pandai-pandailah nanti aku cakap dengan dia. Takkan dia kejam sangat sampai nak maki kau," aku tidak mampu melawan lagi. Makin melawan, makin banyak tenaga yang dibazirkan. Aku membuntuti Wafa ke cafeteria.


------

Setelah melangkah masuk ke dalam cafeteria yang boleh tahan besar itu, kami mengambil tempat yang tidak jauh daripada kaunter pembayaran. Aku tidak mampu berjalan lagi. Perutku sudah terasa panas dan bagai ditoreh. Aku disuruh duduk. Kepalaku terasa berat. Aku meletakkan kepala di atas meja beberapa saat.

Saat aku mengangkat kepala kembali, aku dapat melihat Daniel yang sedang memandang tajam ke arahku. Dia duduk tidak jauh daripada meja kami. Aku menelan liur yang terasa berpasir. Dia menunjukkan isyarat 'I see you' kepadaku. Nafasku terasa tidak cukup. Oksigen. Aku perlukan oksigen.

"Kau apahal? Pucat semacam? Sakit perut ke?"aku menggeleng laju.

"Takde apa weh. Cepat makan. Aku lapar ni," aku memilih untuk tidak lagi memandang ke arah lelaki itu. Habislah aku. Takpe,Bella. Yang penting perut mesti kenyang. Pasal Daniel tu, terpaksa diketepikan dulu.

"Jom. Dah kenyang kan?"

"Eh, tapi aku belum bayar lagi makanan dengan air aku ni."

"Aku dah bayarkan."

"Betul ke ni?"

"Ye, aku belanja. Sebab muka kau nampak menyedihkan sangat tadi. Lain kali, bayar sendiri!"kami ketawa kuat.

Sewaktu ingin melangkah keluar dari situ, kelihatan Daniel masih di situ. Masih memandangku tajam. Minta-minta nyawa aku tak melayang harini. Lutut sudah terasa lemah. Tunggu masa nak rebah.

"Bella."panggilnya sewaktu kami berjalan di sebelah mejanya. Lengan bajuku ditarik lagi. Aduh. Mampus.

"Awak, boleh pergi. Saya ada benda nak cakap dengan Bella." Wafa mengangguk laju lalu berlari meninggalkanku. Peluh sudah mengalir di seluruh tubuh. Wafa menoleh ke arahku. Dia membuat muka sedih dan meminta maaf. Aku mengangguk lemah.

"Okaylah, bro. Aku nak sambung kerja lagi. See you later."wajah Doktor Muazzin dipandang meminta simpati. Dia ketawa.

"Goodluck!"jeritnya sewaktu Daniel sudah menarikku meninggalkan tempat tersebut.

Sampai sahaja di hadapan wad tadi, dia terus memeluk tubuhnya dengan memandangku dengan pandangan sama seperti di cafe tadi.

"Sedapnya makan. Kenyang?"aku mengangguk laju. Kecut perut weh. Aku dah rasa memang aku tak pernah kenal dia sebelum ni. 360 darjah weh. Lain gila.

"Ouh, siapa yang bagi kebenaran untuk kau rehat? Kau dah siapkan kerja belum? Aku kata apa pagi tadi?"aku terdiam dengan badan yang kaku dan beku.

"Sorry, but I really feel sick. I tried to find you but no one know where've you been."dia merapatiku. Aku melangkah ke belakang.

"Alasan. Banyak betul alasan kau ni kan? Tak kesahlah kau dah cari aku ke apa, tapi arahan aku tu dengarlah! Aku dah kata kan, jangan rehat selagi aku tak puas hati dengan kerja kau! Susah sangat ke nak faham?!"dia menengkingku di ruang kaki lima tersebut.
Banyak mata yang sudah memandang ke arahku.

Malu. Sumpah aku malu. Siapa je yang tak malu lepas kena tengking macam tu? Aku rasa, dia ni lagi teruk daripada doktor Razmin. Dua kali ganda malah lebih teruk lagi. Aku terkejut. Kepala hanya mampu tertunduk memandang lantai. Lenguh juga kalau nak kena mendongak setiap kali bercakap dengan manusia galah ni.

"Sorry. Saya janji saya takkan buat lagi..."

"Tak payah berjanji dengan aku. Sebabkan kau degil sangat. Aku terpaksa berkeras lagi lepas ni. Aku nak kau ikut cakap aku. Jangan bantah! Kalau tak, kau jangan balik pukul 7 harini. Do you understand?!"aku mengangguk akur. Tanpa mampu diseka, aku mata sudah jatuh ke lantai.

"Jangan menangis dekat sini. Aku tak pernah buat mana-mana doktor menangis sebelum ni. Kau ni menyusahkan aku betullah. Lap air mata tu,"dia membisik ke telingaku. Aku terkejut. Cepat-cepat aku mengelap mata dengan tangan.

"Pandang muka aku!"suaranya sudah mula diperlahankan. Aku hanya menurut. Dia memandang wajahku lama.

"Sekejap lagi kita masuk operation room. Jom, ikut je aku,"kaki terasa berat. Namun, digagahkan juga melangkah ke hadapan.

See. Aku dah kata. Dia ni macam perempuan menopause. Sekejap kejam, sekejap jahat, sekejap baik lepastu romantik. Aku pun tak pernah mampu nak faham dengan diri dia. Mood dia bukan selalu betul. Kalau sampai waktu dia mengamuk, sedialah untuk tadah telinga dengar jeritan dan sergahan dia. Haih, nasib badan. Dapat MO macam tu. Tahan jelah. Tak lama dah. Lepas ni, jumpa dia pun jarang-jarang. Mungkin takkan jumpa langsung. Sabarlah,Bella. Kuat, kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience