BAB 2

Romance Completed 53074

Challenges are what make life interesting and overcoming them is what makes life meaningful-Joshua J. Marine

Hari ni,cukup dua bulan aku kenal dengan Farhan. Actually,dia takdelah sombong mana. Tapi agak poyo. Rasanya,dia memang jenis sombong kot dengan orang yang dia tak kenal. Lagi-lagi dengan perempuan. Cause he looks like not into girl. 'Not into' doesn't mean he's gay. I mean like dia bukan jenis macam lelaki lain. Yang layan perempuan sana sini. He's completely different from other guys. Setakat ni,aku rasa aku beruntung sebab akulah perempuan pertama yang dia tegur sepanjang dia belajar dekat sini. Dia pernah cakap,time sekolah dulu, dia tak pernah ada kawan perempuan kecuali jiran dia, Amel. Itu pun sebab perempuan tu tomboy. Beruntung juga perempuan yang jadi girlfriend dia. At least,he's not a player.

Ring ring ring

"Assalamualaikum,"lembut suaranya memberi salam sejurus selepas aku mengangkat panggilannya.

"Waalaikummussalam. Mimpi apa call aku? Berlemak pula tu suara,"dia ketawa pecah. Payahlah cakap dengan manusia mudah terhibur ni. Tak buat lawak pun gelak. Kadang-kadang rasa diperli pun ada.

"Dah tak boleh ke nak call kau? Ke sebab takut orang marah?"dia ketawa lagi. Apa yang kelakar sangatlah agaknya.

"Kau pahal ni gelak-gelak cam kambing?Aku rasa,aku tak buat lawak pun. Muka pun serius"

"Kambing gelak ke?Kau pernah tengok ke,doh?!"aku menepuk dahiku perlahan. Seriously?God,help me!

"Kau sekarang ni nak buang masa aku ke,Farhan? Kalau tu yang kau sedang lakukan,please campak phone kau. Aku takde masa nak layan benda-benda tak penting. Aku tengah takde mood ni. Jangan sampai hilang gigi kau nanti,"ketawanya yang sudah hilang tadi,terus datang kembali. What's wrong with you,man?

"Rilek la. Aku gurau je. Aku call sebab aku nak ingatkan pasal 'date' kita petang ni"

"What date?"

"Jangan cakap kau lupa!"

"Apa ni? Lupa apa?"

"Seriously? Harini kan kau janji nak jadi 'girlfriend' aku. Takkan dah lupa? Semalam kau yang lebih-lebih janji."

"Ahhhh,ya. Sorry,Farhan. Aku betul-betul tak ingat. Gosh,nasib kau call. Kalau tak,terpaksa kau cari 'girlfriend' lain!"aku dapat mendengar bebelan kecil keluar daripada mulutnya. Tak kuat,tapi cukup untuk telinga aku dengar.

"Kau bebel apa tu? Jangan ingat aku tak dengar,eh! Aku tak tolong kau kang,baru pada muka"

"Hahaha,ok,ok. So,pukul 8.00 aku ambil kau. Pakai cantik-cantik,eh? Tak sabar nak tengok kau cantik malam ni,"bisiknya perlahan dengan nada yang romantis. Meremang segala bulu,beb. Mamat ni kadang-kadang macam orang terputus wayar. Sekejap ok,sekejap garang,annoying,lepastu baik balik.

"Ok,bye.See you later"

------

Aku masuk kedalam kereta Toyota Vios putih Farhan. Rasanya dah dekat 5 minit dia pandang aku nak terkeluar biji mata. Aku cuba untuk mengalihkan pandangannya daripadaku dengan batuk-batuk kecil. Serius tak selesa. Lain macam.

"Farhan,bila kita nak gerak ni? Sampai bila kau nak pandang aku macam kena sampuk hantu ni?!"aku menguatkan suara. Akhirnya dia tersenyum malu. Kelihatan pipinya mula memerah. Aik? Dah apahal?

"Sorry,Bella. Kau lawa sangat malam ni. Cantik juga baju yang aku beli ni dengan kau. Masuk dengan kulit putih kau. Lain kali,bolehlah kita keluar lagi,"aku terus mencubit lengannya geram. Melebih-lebih pula kau,eh? Bagi betis nak peha. Banyak cantik muka!

"Calm down,oi. Yang sekarang ni punya pun tak settle lagi. So?"dia mengangkat kening.

"So,what?"

"Bila boleh gerak? Aku dah penat duduk dalam kereta ni. Lagipun,daripada tadi aku tak minum air. Kering pula tekak aku ni"dia mengangguk seraya terus menekan pedal minyak dan meluncur ke arah rumahnya.

------

"So,inilah girlfriend,An?"ibunya menyoal dengan penuh kegembiraan. Matanya kelihatan bersinar-sinar. Lawa juga ibu dia even dah berumur.

"Hm,ibu suka?"soal Farhan sambil memandang ke arahku. Dia mengenyitkan mata sepetnya. Awww.

"Mestilah ibu suka.Nampak baik sangat,cantik pula tu. Lain kali bolehlah bawa ibu jumpa ibu Bella. Boleh terus set tarikh,"aku yang sedang minum,terus tersedak sebaik mendengar perkataan 'set tarikh' tersebut. Wow,cepat betul ibu dia ni. Kalaulah dia tahu yang kitaorang tak yang macam dia nampak sekarang. Fake couple.

"Babe,are you fine? Minum elok-elok,"Farhan terus mencapai gelas di tanganku dan meletakkannya di atas meja kopi. Ibunya tersengih-sengih apabila Farhan terus mengusap belakang badanku lembut. Farhan ni ,nak sweet pun agak-agaklah. Nanti ibu dia harap lebih pula.

"I'm okay. Thank you,"dia mengenyit mata lagi. Kalau hari-hari kena kenyit mata macam ni,dah melebur aku agaknya. Aku tak nafikan dia memang good looking. Pendek kata agak perfect for girls.

"Ibu tengok kau orang serasi sangat. Berapa lama dah Bella kenal dengan Farhan?"aku memandang Farhan mengharapkan jawapan. Tapi, lelaki itu hanya pura-pura tak nampak.

"Err,setahun dah. Actually,kita lebih selesa macam ni je buat masa sekarang. Taknak terburu-buru. Lagipun,kitaorang ingat kitaorang nak habiskan study dulu baru fikir pasal benda ni. Kalau ada jodoh,inShaaAllah,kitaorang akan bersama,"aku cuba mengawal muka yang sudah terasa panas. Aduh,macam mana boleh keluar ayat-ayat macam ni. Ni macam bukan Bella. Aku dapat rasakan,Farhan sedang menahan gelak di sebelah. Jangan pandang. Jangan pandang dia,Bella.

"Kalau dah Bella kata macam tu,ibu okay je. Kau orang juga yang nak kahwin nanti. Ibu ikut je apa yang terbaik. Tapi,lagi cepat lagi bagus. Tak elok juga Farhan bawa Bella ke sana ke sini tanpa ikatan sah. Nanti lain pula jadinya,"aku mengangguk. For sure,takkan ada apa-apa yang akan berlaku antara aku dengan Farhan. Nanti pandai-pandailah Farhan cari alasan untuk tak bersama aku.

"Sayang,dah pukul 10 dah ni. You pun macam dah mengantuk. Jomlah I hantar you balik,"aku hanya membalas dengan senyuman yang tak aman. Sayang kot! Ber'I-you' pula tu. Awkward.

"Ibu,kitaorang minta diri dululah. Ada masa kitaorang datang lagi,"ibunya mengangguk dengan senyuman lebar.

"Ok,ibu. Terima kasih sebab sudi terima Bella harini. Susahkan ibu je. Bella minta diri dulu,ye? Bye,"pipiku dicium lama oleh ibu Farhan. Aku dapat rasakan, aku dah berjaya buat ibunya berharap lebih. Aih,patutnya aku tak setuju dengan idea Farhan ni daripada awal lagi. Kesian ibunya nanti kalau dapat tahu kitaorang tak lebih daripada seorang kawan.

Selesai bersalaman,aku dan Farhan terus masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan pulang,aku hanya mendiamkan diri. Rasa awkward sangat lepas apa yang berlaku tadi. Bodoh betul sebab aku terima idea dia yang bodoh ni.

"Bella,I err aku nak cakap thank you dekat kau. Kalau kau tak tolong aku,aku tak tahulah nak minta tolong sape lagi,"aku menarik nafas panjang. Aku memusingkan tubuh menghadapnya.

"Look,Farhan. Aku tak rasa apa yang kita buat ni betul. Kau tengok tadi,ibu kau nampak happy sangat bila dia tahu kita in relationship. Bayangkan,kalau dia dapat tahu,aku ni hanyalah fake girlfriend kau. Apa yang dia akan rasa nanti? Kau tak rasa bersalah ke? Aku rasa,kau kena terus terang dengan ibu kau. Aku taknak dia kecewa nanti,"dia terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia memandang aku di sebelah.

"Bella,aku buat semua ni sebab aku taknak kecewakan dia. Dia memang nak sangat aku kahwin. Ada isteri,ada anak,bahagia dengan keluarga aku. Dia dah tak lama dah boleh hidup. Doktor kata ibu memang takkan sembuh lagi dah. Dia dah bertarung dengan penyakit dia sejak selepas dia bercerai dengan babah aku. Sejak haritu,aku tahu,akulah satu-satunya manusia yang boleh buat dia bahagia. Dia dah banyak berkorban untuk aku. Daripada dulu sampai sekarang. Aku cuma nak tengok dia bahagia tengok aku bahagia."

"Sebenarnya,aku ada benda nak cakap dengan kau. Sejak kita jumpa dekat cafe dua bulan lepas,I can feel there's something special about you,Bella. You're too sweet and kind. I think you're perfect and can make me a happiest man. I know this is too quick but I need to know your answer,Bella. Do you want to be my future wife? Make me happy? Live together?"aku memandangnya dengan riak terkejut.

No way. Aku tak bersedia pun nak hadapi benda ni. Apa yang aku nak sekarang ni adalah capai cita-cita aku dan banggakan ibu dengan arwah abah. Diaorang nak tengok aku berjaya. Lagipun,aku tak cinta dia. I think. Apa yang patut aku jawab ni? Aku taknak kecewakan dia. Tapi,aku taknak kecewakan ibu dia juga. Ibu dia macam dah terlebih berharap. Macam mana kalau ibu tahu nanti? Aduh. It's become crazy and complicated.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience