BAB 35

Romance Completed 52907

True love is eternal, infinite and always itself. It is equal and pure, without violent demonstrations. It is seen with white hairs and is always young in the heart-Honoré de Balzac

"Er..."dia memandangku tidak berkelip.

"Er apa er?"dahiku sudah mula berpeluh.

"Er aku datang nak ambil barang daripada Nad."

"Ke datang sebab nak tengok aku? Takpun kau nak kenal dengan nenek aku? Nak ambil hati dia supaya senang kau nak kahwin dengan aku kan?"

"Aku dah kahwinlah! Apa kau merepek ni?"mukaku terasa berbahang.

"Alah, aku tahu sua..."belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Nek Timah sudah terbatuk kecil. Dia sedang memandang kami penuh makna.

"Dah siap ke Bella?"suara Nek Timah membuatkan aku terus memusingkan badan membelakangi Daniel. Peluh dikesat.

"Alamak Nek. Santan dah hangus!"aku mula cuak setelah melihat isi dalam periuk. Nek Timah mencapai periuk yang masih panas itu dengan kain buruk.

"Ah, Jul. Pergi mesin kelapa tu lagi. Suka ye kamu tengok anak dara orang sampai hangus santan ni dibuatnya."

Aku tersenyum malu. Muka Daniel sudah memerah.

"Mana ada Nek!"

"Macamlah Nenek tak nampak,"Nek Timah membalas selamba.

"Maaf Nek,"Nek Timah memandangku penuh makna seraya mengangguk laju.

Ya Allah. Sungguh aku malu. Kerja terus diselesaikan. Entah kenapa, mataku asyik terjeling-jeling memandang Daniel yang gigih memesin kelapa. Dia yang hanya memakai baju tanpa lengan itu kelihatan sangat menarik perhatianku. Jelas kelihatan otot-otot pada lengannya. Aku tersenyum lagi.

"Kak Bella!!"Ish memelukku erat. Aku turut membalas pelukannya. Setelah pelukan dilepaskan, Nadia berjalan mendekatiku. Kami bersalaman.

"Lamanya tak jumpa! Sihat ke?"mereka berdua mengangguk laju.

"Ish pun dah tinggi dah,"Ish tersenyum malu.

"Memanglah. Ish kan dah besar. Mestilah dah tinggi!"rambutnya diusap lembut.

"Jom, makan!"kami memandang Nek Timah yang sedang menyusun pinggan-pinggan berisi makanan di atas meja makan. Aku dan Nadia melangkah ke dapur untuk menolongnya.

"Bella?"langkahku terhenti sebaik sahaja dia memanggil namaku.

"Ye, Nek?"

"Fikry dah bangun ke? Pergi tengok dia. Biar Nad yang tolong. Tu macam suara dia menangis je tu,"aku mengangguk akur.

"Mana pula si Ijul ni. Aku suruh bancuh air dia lari ke mana?"bebel Nek Timah sendirian. Aku tersenyum. Langkah diatur ke bilik yang berada di hujung rumah tersebut.

Pintu dikuak daripada luar. Jelas kedengaran suara Fikry. Dia sedang merengek. Aku terus mendapatkan Fikry. Air matanya yang mengalir terus diseka dengan jariku lembut.

"Alolo sayang Mak long ni. Shuu. Jangan nangis, okay? Mak long dekat sini,"dia yang sedang berada diatas ribaku dipeluk erat. Rambut hitam pekatnya diusap penuh kasih. Pipinya dicium lama.

"Fikry lapar?"dia mengangguk perlahan. Nampak sangat tak puas tidur. Itu yang merengek. Aku tersenyum memandangnya.

"Eh, kau buat apa dalam ni?"Daniel yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik air itu dipandang. Aku menggigit bibir bawahku.

"Ei, apa ni pakai tuala macam tu depan orang?"aku terus mengalihkan mataku ke arah Fikry.
"Kaulah main masuk je bilik ni. Ketuklah dulu!"

"Manalah aku tahu kau kat dalam tu!"aku terus berdiri dan mendukung Fikry.

"Ke kau memang nak intai aku mandi?"dia membisik dengan suara yang romantis dia telingaku.

Aku tidak menoleh ke arahnya. Mukaku sudah memerah. Takut jika dia perasan yang aku sedang menahan malu. Aku memijak kakinya kuat sebelum keluar dari bilik tersebut.

"Sakitlah!"aku ketawa sendiri selepas dia menjerit kuat seperti mak nyah.

Macam mana dia boleh ada dalam bilik tu? Bukan ke tu bilik Nadia? Kenapa dia pula yang mandi dekat situ? Ya Allah, sungguh aku malu. Malu jika dia nampak perubahan pada wajahku sebaik sahaja aku melihat dia bertuala sebegitu.

Kami makan sambil berbual-bual kosong. Daniel hanya mendiamkan diri. Sedari tadi, dia hanya memandangku tidak puas hati. Sejujurnya, aku pun cuak. Mukanya yang serius itu boleh membuat sesiapa sahaja cuak. Namun, aku cuba bertenang. Abaikan sahaja lelaki itu. Nanti dia penat, dia okaylah tu. Sedang kami berbual, tiba-tiba Nek Timah membuka cerita sewaktu aku dan Daniel di dapur tadi.

"Ijul kenal ke Bella sebelum ni? Lain macam je Nenek tengok cara kamu pandang Bella tadi. Agaknya, kalau nenek tak masuk dapur tadi, apa dah jadi eh?"aku terbatuk kecil. Daniel memandangku sekilas sebelum memandang neneknya dia sebelah Nadia.

"Apa nenek merepek ni? Mana ada lain macam. Biasa je tu."

"Haahlah, Nek. Mana ada apa-apa pun,"aku pula menambah. Fikry yang sedang berada di atas riba Ish dipandang. Nek Timah menjeling.

"Alah, macamlah nenek nak percaya. Nenek bukannya kenal kamu tu setahun. Dah berpuluh-puluh tahun nenek kenal. Daripada kamu terbogel, sampailah berbaju sampai sekarang,"aku cuba menahan gelak. Nadia sudah tergelak kuat. Tidak mampu menahan tawa. Muka Daniel sudah memerah sebaik sahaja ketawaku turut pecah.

"Apa nenek ni. Malulah orang!"

"Tengok tu. Muka dah merah. Selalu kamu mana ada nak malu-malu macam ni. Dengan Nana okay je. Kenapa dengan Bella nak malu-malu macam ni?"

"Nana kan daripada kecil orang kenal. Dia ni baru je kenal. Mestilah malu."

"Along suka Kak Bella nek! Dia selalu cerita pasal Kak Bella dekat Ish!"

"Ei, budak ni kan!"aku terdiam. Betul ke apa yang keluar daripada mulut Ish itu?

"Jangan nak memandai eh!"Ish menjelirkan lidahnya ke arah Daniel. Nek Timah ketawa.

"Tahu. Nenek tengok pun dah tahu. Ni, alang-alang orangnya dah ada dekat sini, apa kata kamu confess je dekat dia?"

Daniel menghabiskan nasi di dalam pinggannya. Mukanya betul-betul sudah merah menahan malu. Dia terus bangun dan melangkah ke dapur.

"Nak kena mana tu? Tak kan dah kenyang kot? Bukan tadi kata nak tambah 40 kali ke?"kami ketawa kuat. Bersalahnya dengan Daniel.

Aku memandang mereka yang masih tergelak kuat. Nek Timah memandangku.

"Makanlah Bella. Biarkan orang tu. Makan kenyang-kenyang,"aku mengangguk laju. Nasi dimasukkan ke dalam mulut.

"Sedap?"Ish menyoal Fikry. Fikry mengangguk. Mereka tersenyum. Suka benar dengan Ish. Nampaknya sekejap lagi, adalah yang akan menangis tak nak balik. Habislah!

Kami solat Zohor berjemaah. Sungguh merdu alunan bacaan al-Quran yang dibacakan oleh Daniel. Baru aku teringat. Suaranya kedengaran sama seperti suara lelaki yang sedang bertarannum di dalam surau tiga minggu lepas. Jangan-jangan, lelaki itu memang Daniel? Tak mungkin. Mungkin semua ini kebetulan. Bukannya dia seorang sahaja yang mempunyai suara begitu di atas dunia ini.

Aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Setelah bersalaman, aku terus masuk ke dalam kereta. Fikry sudah menangis tidak mahu balik. Payah betul. Sudahlah dia memang senang rapat dengan orang. Selalunya, inilah yang akan berlaku selepas berkunjung ke rumah saudara mara. Suka sangat main.

Aku menghidupkan enjin kereta. Mereka masih berada di hadapan rumah. Aku cuba lagi. Masih tidak berjaya. Akhirnya, Daniel datang menghampiri keretaku. Cermin diturunkan.

"Kenapa ni?"soalnya perlahan.

Aku sudah cuak. Tak kan tak boleh start kot? Peluh di dahi dikesat.

"Tak boleh start!"dia membuka pintu keretaku.

"Cuba lagi,"arahnya. Aku hanya mengikut tanpa sebarangan bantahan.

"Tak boleh juga."

Dia mengambil alih. Enjin kereta masih cuba untuk dihidupkan. Aku yang sedang berdiri di luar kereta sudah tidak keruan. Ya Allah. Tolonglah. Kereta, janganlah buat hal. Aku nak balik. Esok kena kerja. Sudahlah banyak dah aku mengambil cuti. Bulan ini sahaja sudah tiga kali aku minta cuti. Nasiblah ada doktor yang boleh menggantikan tempatku.

"Tak bolehlah. Aku pun tak reti sangat bab kereta ni. Masuklah dulu. Aku try call kawan aku,"aku mengangguk. Fikry dibawa ke dalam rumah.

Tangisannya terus hilang. Aku membiarkannya bermain dengan Ish di dalam rumah. Sementara itu, Nadia dan Nek Timah sedang menyediakan minum petang di dapur.

Aku duduk di atas pondok di hadapan rumah itu. Daniel kelihatan sedang membuat panggilan. Aku mendail nombor Anisa.

"Along, ada dekat mana ni? Kau orang dah gerak belum? Fikry okay ke tu? Dah makan?"aku menepuk dahi. Belum apa-apa lagi dah tanya kemain banyak macam ini. Salam apa tak ada. Ya Allah, budak ini!

"Waalaikummussalam."

"Er, along ni! Jawab please soalan Nisa tu!"

"Satu-satu boleh tak? Ingat along ni dapat tangkap semua yang Nisa cakap tu ke? Dahlah laju,"dia ketawa kecil.

"Okay, sorry. Nisa tanya, kau orang dah gerak ke? Fikry okay? Cukup perlahan tak?"aku menjeling.

"Kita orang memang nak gerak tadi. Tapi, kereta tak boleh nak start. Dia okay je. Tak nak balik lagi adalah!"

"Hah? Tak boleh nak start? Dah tu macam mana ni?!"aku menjauhkan telefon daripada telinga. Mahu pekak telinga mendengar pekikan Anisa di hujung talian.

"Cakap perlahan sikit boleh tak? Ei!"

"Sorrylah. So macam mana?"

Kami terdiam seketika untuk berfikir.

"Nak Nisa ambil?"

"Jangan nak mengada. Awak tu masih dalam pantang. Nak kena sekeh?!"

"Bella!"Daniel menjerit namaku.

"Kenapa,long?"

"Er, along call nanti. Ada orang panggil,"Anisa ketawa. Apa yang kelakarnya?

"Daniel ke orang tu?"

"Dahlah. Malas along nak layan!"aku memutuskan panggilan.

Langkah diatur mendekati Daniel yang masih berdiri di hadapan keretaku. Dia mengesat peluhnya.

"Why? Dia boleh tolong tak?"Daniel menggeleng. Aku sudah cuak. Tak kan sikit pun tak boleh tolong kot?

"Dah tu, macam mana sekarang ni?"

"Aku dah call semua mekanik yang ada dekat-dekat sini. Semua tak boleh. Kalau ada pun, esok baru dia orang free. Aku rasa, kau kena tidur sini hari ni."

Mataku terbeliak. Tidur sini? Kenapalah nasib aku malang sangat? Kena tidur satu rumah dengan Daniel? Ya Allah. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Takde pilihan lain ke?"suaraku sudah mula mendatar. Dia menyepetkan mata. Tangan sasanya sudah memeluk tubuh.

"Ada. Nak ke?"

"Hah? Nak, nak!"dia sudah menahan tawa. Aku memandang pelik. Dia terus menayangkan muka seriusnya kembali.

"Betul nak ni?"aku mengangguk laju.

"Mestilah nak! Daripada tidur sini dengan kau!"lidah dijelirkan ke arahnya.

"Selain daripada tidur dalam rumah ni DENGAN AKU, kau boleh tidur dekat atas tu ha. Tidur situ, biar kena makan dengan momok!"jari telunjuknya ditunjukan ke arah pondok kecil di hadapan rumah. Aku memandangnya tidak puas hati.

Dia sudah ketawa terbahak-bahak. Aku mengetap bibir. Tak guna! Aku terus menumbuk kuat lengannya. Dia mengaduh sakit. Langkah diatur laju masuk ke dalam rumah. Bengang betul. Orang serius, dia nak main-main. Tak boleh ke serius sikit? Kerja tahu nak menyakitkan hati orang je.

"Hahahah, kau ingat aku nak bawa kau tidur hotel? Jangan mimpilah. Selagi kau dengan aku, kau tak boleh lari daripada aku,Bella,"Daniel mengomel sendiri.

Dia melangkah ke sawah di tepi rumah neneknya. Pangkin kayu yang berada di bawah pokok mangga itu diduduki. Dia bersila kemas. Pandangan dijatuhkan pada pokok-pokok padi yang baru hendak tumbuh. Warna hijau kawasan itu sungguh menenangkan.

"Hey bro."suara itu menyapanya perlahan. Daniel menoleh ke arah lelaki itu. Siapa dia ini?

"Kau siapa?"Daniel terus bangun dan menjauhkan diri daripada lelaki berjambang lebat itu. Rambutnya diikat kemas.

"Hahaha, kau tak kenal aku. Tapi aku kenal kau."

"Kau nak apa,hah?"jerkah Daniel kuat. Lelaki itu terus ketawa lagi.

"Aku nak kau jauhkan diri daripada Hani. Selagi dia milik aku, dia tak akan jatuh ke tangan mana-mana lelaki!"kayu yang berada di tangannya terus melayang ke badan Daniel.

Namun dengan kepakaran Daniel dalam bersilat membuatkan lelaki itu yang terjatuh ke tanah. Kayu itu dibuang jauh ke dalam sawah. Lelaki yang sedang terbaring lemah itu dipandang dengan perasaan geram. Dengan perasaan geram, Daniel terus menumbuk lelaki itu. Habis berdarah bibirnya.

"Aku tak pernah kenal mana-mana Hani. Sekali lagi aku nampak kau, aku takkan teragak nak call polis. Blah!!"dia terus berlari ketakutan.

"Gila!"Daniel menjerit kuat.
Matanya memandang Daniel yang sedang berdiri memandang ke arah sawah. Sakit dibinbirnya masih terasa berdenyut-denyut.

"Tunggulah. Aku akan pastikan kau mati macam Farhan!"dia mengesat darah yang megalir ke dagunya. Tangan dihentak ke dinding.


------

Selesai membantu Nadia dan Nek Timah menyiapkan minum petang, Nadia menyuruhku memanggil Daniel makan. Aku menurut dengan hati yang masih berat. Selipar disarung pada kaki. Aku mencari lelaki itu di halaman rumah. Lama nencari, akhirnya aku bercadang untuk bergerak ke arah sawah padi yang sedang menghijau.

Dari jauh, aku dapat melihat Daniel sedang termenung jauh. Aku menghampirinya.

"Jauh termenung,"dia menoleh ke arahku sekilas. Aku terus duduk di sebelahnya. Kami mendiamkan diri. Lama. Seronok jika sekali sekala dapat menghabiskan masa begini.

Melihat ciptaan Tuhan yang sangat indah. Aku memuji kebesaran-Nya. Hatiku terasa tenang. Sangat tenang. Ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata, tetapi dapat dirasai dengan hati.

"Cantikkan?"aku mengangguk laju.

"Erm, kau dah berpunya?"soalku setelah dia kembali menyepi. Dia memandangku lama.

"Kenapa? Kau nak mengisi tempat kosong dalam hati aku ke?"aku terbatuk kecil. Ayat, sejak bila pandai letak gula ni?

"Aku kan dah ada suami? Buat apa aku nak isi tempat kosong tu."

Daniel tersenyum. Dia memusingkan badannya menghadapku.

"Kau memang cakap tak pandai fikir dulu,eh?"

"Apahal pula?"

"Yelah. Kau kata kau ada suami. Tapi, buktinya sekarang ni, kau ada dekat rumah orang lain. Ada dengan aku. Kau rasa suami mana je nak bagi isteri dia tidur rumah lelaki lain? Lagipun, cara kau ni, tak nampak pun macam kau ada suami,"aku tersentak. Matanya dipandang dalam-dalam.

"Aku..."

"Suami kau dah meninggal kan?"air mata yang ditahan terus mengalir laju ke pipi. Aku menarik nafas dalam-dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience