BAB 40

Romance Completed 53074

Choose people who lift you up-Michelle Obama

Sampai sahaja di rumah Wafa, aku dijemput masuk ke dalam rumah oleh ibunya, Makcik Idah. Aku bersalam-salaman dengan saudara-mara perempuan Wafa sebelum Makcik Idah memberitahu bahawa Wafa sedang menungguku di dalam biliknya di tingkat dua.

Sebelum naik, Makcik Idah memeluk badanku erat. Dia tersenyum lebar.

"Cantik Bella pakai tudung. Kalau Wafa ada abang lelaki, Makcik dah lamar Bella untuk dia."

Kami ketawa kuat. Aku memukul lengannya manja.

"Ada-ada jelah makcik Idah ni. Terima kasih."

"Sama-sama. Alah, saja makcik nak bergurau. Lama dah tak tengok Bella. Pergilah. Lama dah Wafa tunggu,"aku mengangguk laju seraya melangkah ke tingkat atas.

Pintu bilik Wafa diketuk beberapa kali. Sebaik sahaja pintu terbuka, Wafa terus menjerit kuat. Dia memeluk tubuhku erat.

"Babe, cantiknya kau!!"

"Mana ada. Biasa jelah!"dia melepaskan pelukan dan terus mencubit manja perutku.
"Biasa? Nak aku tumbuk tak muka kau ni? Sejak bila kau pakai tudung ni?"aku tersengih malu.

"Ha, ni lagi satu! Tak cakap pun kan kau dengan Doktor Izzul tu dah ehem ehem kan sekarang?"aku menekup mulutnya. Suara kuat mengalahkan pakai mikrofon.

"Ish, diamlah sikit. Nanti mak kau dengar ke apa ei kau ni! Aku nak bagitahulah ni. Ni siapa yang bagitahu kau pasal ni? Mana kau tahu ni?"

Kami terus duduk di atas katilnya. Dia tersengih-sengih malu.

"Farislah ni kan yang bgitahu kau?"dia mengangguk sambil menggaru kepalanya yang dilitupi tudung.

"Ei, geramnya aku. Ni mesti dia bercerita dekat semua kawan dia ni!"Wafa ketawa geli hati.

"Babe, kau orang ni comel sangat tau! Jangan risaulah, takde siapa yang tahu kecuali Faris. Tu pun Faris yang paksa dia cerita pasal kau orang."

Aku menarik nafas lega.

"Manalah tahu, kan? Syukurlah. Aku ingat semua orang dah tahu pasal ni! Aku tak naklah orang tahu selagi aku dengan dia takde ikatan apa-apa lagi."

"So, bila?"

"Bila apa?"

Wafa mengeluh berat. Dia memandangku geram.

"Bila kau orang nak kahwin?"

"Gelojoh betullah kau ni! Dia pun tak merisik aku lagi. In Shaa Allah, apa-apa aku bagitahu kau."

Dia ketawa lagi.

"Eh, ceritalah macam dia lamar kau!"

Aku menjeling ke arahnya. Lengannya dipukul geram.

"Sakitlah!"

"Padan muka. Menyibuk lagi!"

Dia mencebikkan mulut.

"Bukan menyibuk pasal orang lain. Pasal best friend aku juga. Bakal makcik anak-anak aku juga!"

"Ke situ pulak. Kau kahwin pun tak lagi tau!"

"Salah pula. Maksud aku makcik kepada bakal anak-anak aku!"

"Dahlah. Layan kau sampai bila tak habis. Jom. Tolong dekat bawah. Nanti aku nak kena balik dah."

"Oncall ke?"

"Yelah!"

"Alah, malam berinai aku kau ada kan?"

"In Shaa Allah. Harapnya tak kena oncall lagilah malam esok."

"Amin!"

Aku dan Wafa berpegangan tangan melangkah ke tingkat bawah. Kami ketawa bersama-sama.


------

Selesai memeriksa pesakit di katil 16, nurse lelaki yang berbangsa india itu terus menyapaku dengan keadaan termengah-mengah.

"Doctor, there's emergency! Faster, we need you!"aku terus menyuruh nurse bernama Sarah itu menghabiskan tugasku.

Kami terus berlari ke arah OT.

"What happened to him?"soalku sementara menyarungkan gown berwarna biru cair itu ke tubuh. Glove getah dicapai dan disarung laju ke dua-dua belah tanganku.

"Kaki dia terputus and he's still in critical. We need to save him!"aku mengangguk laju.

"I can do it!"aku memberikan kata-kata semangat kepada diriku sebelum pembedahan yang akan mengambil masa lebih daripada 4 jam itu dimulakan.

Jam menunjukkan pukul 6.46 petang. Aku berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Semoga sempat juga aku mahu ke rumah Wafa malam nanti untuk majlis berinai.

Aku keluar daripada OT dengan wajah yang cukup puas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Syukur Ya Allah. Jam sudah menunjukkan pukul 11.12 malam. Aku mengeluh berat.

Telefon dicapai daripada dalam poket seluar. Terdapat lebih daripada 15 missed call daripada ibu, Daniel dan Wafa.

Aku menghantar mesej kepada ibu. Kemudian, aku melangkah dengan malas ke arah kereta. Mata sudah terasa mengantuk. Namun, aku masih perlu ke rumah Wafa. Telefonku berdering. Aku memandang skrin.

"Sayang, where are you? Risau saya. Kata nak datang? Are you okay?"

"Daniel, cakap dekat Wafa, lagi setengah jam saya sampai. Sorry, okay? Saya baru keluar dari OT ni. I'm okay. Don't worry."

"Eh, betul ke ni okay, sayang? Kalau tak larat tak payah datanglah. Nanti jadi apa-apa susah pula,"aku tersenyun kepenatan.

"No it's okay. Tunggu eh?"

"Okay. Take care. Assalamualaikum."

"I will. Waalaikumussalam."

Lambat-lambat aku bergerak masuk ke dalam perut kereta dan mula memandu dengan berhati-hati.

Aku membuka kasut perlahan-lahan. Suasana rumah Wafa saat ini sungguh meriah. Walaupun jam sudah hampir menginjak ke pukul 12 tengah malam, namun mereka masih lagi kelihatan aktif.

Aku melangkah ke arah Daniel yang segak berbaju melayu. Aku terus duduk di sebelahnya. Dia memandangku penuh risau. Wafa dan Faris kelihatan sedang bergambar di atas pelamin. Bahagia jelas terpancar pada wajah mereka.

"Woah, sayang. Kenapa nampak macam zombi ni?"aku mencubit kuat lengannya. Dia mengaduh sakit.

"Auch, sejak bila jadi ketam air masin ni?"

Wajah Daniel dipandang penuh geram.

"Boleh tak awak tak sakitkan hati saya? Sekejap je, please?"

"Sorry. Saya nak gurau je. Tak boleh ke?"mulutnya sengaja dicebikkan.

Aku ketawa perlahan.

"Yelah, yelah. Lama dah tunggu saya?"

"Lamalah! Daripada pukul 8.30 tadi tau!"

"Sorry. Last minute nurse suruh saya masuk OT. Teruk betul keadaan patient tu, yang. Nasiblah dia selamat!"

Daniel tersengih penuh makna. Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

"What did you called me?"

"Hah?"

"Yang?"

Serta-merta pipiku bertukar menjadi merah.

"Aww, look! You're blushing like a tomato!!"

Daniel ketawa kuat sehingga menarik perhatian ramai tetamu yang berada di dalam rumah itu. Aku memukul lengannya kuat.

"Shuu, orang pandanglah!"

"Biarlah. Orang pandang sebab saya handsome!"dia membisik ke telingaku.

"Ei, dia ni. Perasan betullah!"

"Mana ada. Kalau saya tak handsome, mesti awak tak pandang saya, kan?"

Lengannya dipukul lagi. Daniel ketawa sambil mengenyitkan matanya ke arahku.

Beberapa minit selepas itu, Wafa melangkah ke arahku. Dia membawaku jauh daripada Daniel. Kami berbual lama sebelum Daniel memanggilku untuk pulang. Katanya ibu sudah menelefon.

Aku meminta diri sebelum pulang bersama Daniel. Dia mahu menghantarku kerana jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Risau jika apa-apa berlaku.

"Sayang dah makan?"

"Belum..."

"Bila last makan?"

Aku tersengih bak kerang busuk.

"Tengahari tadi..."

"What?! Jom!"

Dia menarik lengan bajuku kasar. Dia menyuruhku masuk ke dalam kereta. Keretanya laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Dia membawaku kedai mamak berdekatan. Setelah makanan dipesan, Daniel memanggil namaku manja.

"Ye?"

"Saya happy tengok awak pakai tudung macam ni. Cantik sangat."

"Thank you."

"Next saturday saya datang dengan rombongan."

"Hah? Next saturday?"

"Yelah. Kenapa?"

"Kenapa tak cakap awal-awal?"

"Aik, tak cukup awal ke ni?"

Aku menjeling tidak puas hati.

"Lagipun, saya dah bincang dengan ibu. Dia kata, lagi cepat lagi bagus. Lagipun, sabtu ni awak cuti, kan?"

"Hm. So, tarikh kahwin pun awak tak nak bincang dengan saya dulu?"

"Kenapa ni, sayang? I thought you will okay with it?"

"Memanglah okay. Tapi, yang nak kahwin tu saya juga kan? Tak boleh ke awak bagitahu saya dulu sebelum buat keputusan?"

Dia memandangku lama.

"Sorry..."

Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Takpelah. Sorry juga teremo tadi. Penat sangat. But please, next time discuss dulu?"

Dia mengangguk laju. Aku tersenyum lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience