Sometimes I can't let go what's making me sad because it was the only thing that made me happy-Mr.Nobody
Aku terdiam. Farhan memandang mataku dalam. Aku bingung. Tidak tahu mahu bagi jawapan apa. Kalau jawab 'boleh', hati dan cinta aku masih lagi untuk Daniel. Kalau jawab 'tak boleh', aku takut aku akan mengguris perasaannya. Then, what should I say? Nafas ditarik dalam-dalam.
"Kenapa tiba-tiba?"
"I dah lama cari you. Tapi, bila I pergi rumah you, jiran you cakap family you dah pindah. I call ibu you. Ibu you cakap you takde dekat Malaysia. I minta alamat rumah baru kau orang , tapi, ibu you tak bagi. Puas I minta. Ibu you cakap you yang tak benarkan dia bagi alamat rumah baru kau orang dekat sesiapa pun."
"I tak tahulah Farhan. I dah serik nak bercinta."
"Please, Bella. I dah cuba nak jadi yang terbaik buat you. I dah berubah. I dah faham erti cinta. I dah tahu nak hargai orang yang I sayang lepas alamai semua benda tu."
Aku hanya mampu mendiamkan diri. Dia menggenggam kembali kedua-dua belah tanganku. Penatnyalah nak main tarik-tarik tangan ni. Aku membiarkan sahaja dia berbuat demikian.
"I still sayangkan you. Please, bagi I sekali lagi peluang. I cuma ada you, Bibi dengan adik I je sekarang. You tak kesiankan I ke?"
"Kalau you sayangkan I sampai sekarang ni, kenapa you curang dengan I dulu, Farhan? Entahlah. Sekarang ni hati I tak terbuka untuk mana-mana lelaki. I malas nak fikir. Lagipun, I busy dengan kerja. I selesa dengan hidup I yang sekarang,"aku mencapai beg tangan lalu aku berdiri untuk berlalu pergi. Dia menarik lembut tanganku.
"I'm sorry, okay? Kan I dah kata, I sayang you je. I tak pernah sayang orang lain macam I sayang you. Please. At least, fikirkan permintaan I ni. Untuk I dan anak I,"aku tertunduk dan mengangguk. Tanpa memandangnya lagi, aku melangkah ke kereta.
"Bella, wait!"
"What?"aku menoleh ke belakang. Dia menghulurkan telefonnya kepadaku.
"Nombor you. I lupa nak minta. I dah tukar nombor baru,"setelah nombor telefonku dimasukkan ke dalam telefonnya, aku terus masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara.
Dia melambaikan tangannya dengan sengihan lebar pada bibir. Aku hanya membalas dengan senyuman tawar. Kenapa mesti dia hadir balik dalam hidup aku? Lepas apa yang dia buat dekat aku, patut ke aku bagi peluang lagi untuk dia? Hati aku hanya untuk Daniel. Tapi, Daniel tak pernah suka aku pun. So, tak berbaloi kalau aku tunggu dia pun,kan? Lagipun, orang dah nak, buat apa nak jual mahal. Kang nanti aku yang melepas kalau aku tolak cinta Farhan. Ei, apa yang patut aku buat ni?!?
Sampai sahaja di rumah, ibu dan beberapa orang makcik sedang berbual di ruang tamu. Aku memberi salam dan terus melangkah mendaki anak tangga. Ibu memanggil namaku. Langkahku mati di anak tangga yang paling atas.
"Sini sekejap,"wajah masam ibu dipandang. Apa pula masalah kali ni? Aku ada buat masalah apa-apa ke?
"Kenapa, bu?"soalku dengan suara berbisik tepat ke telinga ibu. Dia menarik tanganku supaya aku duduk di sebelahnya. Aku hanya menurut dengan hati yang mula berdebar.
"Ada orang nak masuk meminang Bella,"ringkas jawapan yang diberikan ibu. Aku kaku. Siapa pula yang memandai-mandai pinang aku ni? Ibu terima ke? Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak cinta!
"Siapa?!"
"Sekejap ye? Minumlah dulu. Sekejap lagi, kami turun balik,"wajah empat orang makcik yang sedang tersengih ke arahku dipandang. Ada seorang makcik yang cukup aku kenal. Ap dia buat dekat sini?!
Ibu menarik tanganku naik ke tingkat atas. Pintu bilikku dibuka. Ibu menolak badanku supaya masuk ke dalam. Setelah ibu masuk, dia mengunci pintu. Tiada langsung senyuman yang terbit pada wajah tua ibu. Aku menelan liur.
"Bella ada pergi jumpa Ezmir ke?"aku membulatkan mata. Macam mana ibu tahu? Tapi, tu hal 5 tahun lepas. Sejak aku balik Malaysia balik, batang hidung dia pun aku tak nampak.
"Ma,mana ada, bu. Bella tak jumpa dia pun."
"Jangan nak tipu ibu! Cakap sekarang. Bella ada jumpa dia tak?!"
"Ibu, Bella minta maaf. Bella memang ada jumpa dia. Tapi tu sebelum Bella pergi Ireland. Sejak 5 tahun lepas, Bella tak pernah jumpa dia dah,"ibu terduduk di atas katil.
"Ibu tak sangka Bella degil. Ibu dah cakap kan, jangan pandai-pandai jumpa budak tu lagi! Ibu memang tak suka dia, dan takkan pernah suka dia! Kenapa Bella susah sangat nak dengar cakap ibu?!"ibu sudah menangis teresak-esak. Terbit perasaan bersalah dalam diri. Aku mendekati ibu.
"Ibu...Bella minta maaf. Bella cuma jumpa je. Bella tak buat apa-apa pun. Maafkan Bella,bu. Bella tahu Bella salah. Bella tak dengar cakap ibu,"aku melutut dan memeluk tubuh ibu.
"Bella tahu tak dia yang masuk meminang Bella?"aku memandang wajah ibu tidak percaya.
"Ezmir?"ibu mengangguk sambil mengesat air matanya.
"Tapi...macam mana dia tahu rumah kita..."
"Itu ibu pelik. Ibu ingat Bella yang bagitahu dia. Tak kisahlah. Yang penting ibu nak tolak pinangan dia!"
"Tapi, bu..."
"Takde tapi,tapi. Ibu memang tak berkenan dengan budak lelaki tu. Sejak dulu, banyak je masalah yang dia buat. Takkan ibu nak biarkan Bella hidup dengan lelaki macam tu?"
"Dia baik, bu. Ibu tak kenal dia. Dia dah berubah!"
"Dah tu, Bella kenal dia sangatlah? Dia dah berubah? Habis tu kenapa ibu dengar dia baru keluar dari penjara bulan lepas?"aku memandang ibu.
Sungguh aku tak percaya dengan kata-kata ibu. Ezmir yang aku kenal, dah berubah. Dia takkan buat masalah lagi. Dia sayang aku!
"Ibu percaya kata-kata yang ibu dengar tu?" ibu memandangku geram. Benci sangat ibu pada Ezmir tu. Kesian Ezmir.
"Mak Lang kamu yang cakap. Takkan dia nak tipu?"aku hanya mampu terdiam. Apa yang Ezmir buat sampai dia masuk penjara ni? Curious. Aku betul-betul nak tahu.
"Apa yang dia buat? Ya Allah!"
"Ibu tak tahu. Jom, turun. Ibu tak nak ada kaitan dengan keluarga budak tu."
"Ibu turun dulu. Kejap lagi Bella turun."
"Jangan lambat,"aku mengangguk lalu mencapai telefon di dalam beg tangan.
Aku mencari nombor telefon Ezmir. Laju jariku menulis mesej kepada lelaki itu.
Kita kena jumpa!
Selepas mesej berjaya di hantar, aku terus menyimpan telefon di dalam beg. Sumpah, aku kecewa dengan Ezmir. Tapi, aku betul-betul nak tahu apa yang dia dah buat. Aku kena tahu! Telefonku berbunyi tanda ada mesej masuk. Dengan pantas aku mengambil kembali telefon di dalam beg.
Kenapa?-Ezmir
Ada benda yang Hani nak bincang dengan Mir-Bella
Dekat mana? Tapi, Mir busy sekarang ni. Malam ni boleh?-Ezmir
Okay. Jumpa dekat Restoran mamak yang kita jumpa 5 tahun lepas-Bella
Okay, Hani [kiss]-Ezmir
Aku membuat riak menyampah. Siaplah kau, Ezmir! Tunggu kau!
-------
Selepas aku mendapat panggilan daripada Ezmir yang hanya mahu berjumpa di kawasan tempat tinggalku sahaja, aku terus membantah kerana tidak mahu ibu tahu.
Hampir 10 minit aku menunggu, akhirnya wajah lelaki yang aku sangat rindu itu muncul juga. Air mataku mengalir laju. Dia mengerutkan kening. Kerusi di hadapanku ditarik.
"Kenapa ni,Hani?"
"Hani rindu Mir!"
"Mir pun rindu Hani. Mir masih sayangkan Hani. Perasaan Mir pada Hani takkan berubah," dia mengusap lembut tanganku. Aku menarik kasar kedua-dua belah tangaku itu. Beg tangan dipeluk. Nafas dalam ditarik.
"Kalau sayang Hani, kenapa Mir masih tak berubah lagi?"senyuman di bibirnya terus mati sebaik sahaja mendengar ton suaraku tiba-tiba tinggi.
"Apa, apa Hani cakap ni,sayang?"aku menjeling ke arahnya. Air mata dikesat kasar.
"Tak payah pura-pura Mir! Hani dapat tahu Mir baru keluar dari penjara bulan lepas. Kenapa Mir buat Hani macam ni? Mir janji kan Mir takkan buat benda-benda tu semua?!" sungguh aku terkilan dengan Ezmir. Aku fikir, dia betul-betul sudah berubah. Tapi, aku silap. Aku yang meletakkan harapan tinggi pada lelaki itu.
"Hani, Mir minta maaf. Mir memang betul-betul dah berubah! Mir betul-betul dah insaf. Semua ni bukan salah Mir.Mir boleh jelaskan."
"Takde benda yang nak dijelaskan lagi,Mir. Hani betul-betul kecewa dengan Mir. Hani dah percaya pada orang yang salah!"
"Dengar dulu sebelum judge Mir. Please Hani. Kalau Hani sayang Mir, please stay here with me,"matanya mula berkaca.
"Sorry Mir. Anggap kita tak pernah kenal. Hani minta maaf. Hani minta diri dulu,"aku berlalu pergi dengan langkah yang sengaja dipercepatkan. Dia menarik tanganku. Tanpa berfikir panjang, laju tanganku melayang ke pipinya.
"Hani!! Please!"aku dapat rasakan semua orang sedang memandang kami berdua. Aku tak peduli. Biarlah. Mata orang. Yang aku tahu, aku memang benci lelaki bernama Ezmir tu. Sungguh aku menyesal kenal dan pernah mencintainya dulu. Aku silap.
Aku membuka pintu kereta dan terus menghidupkan enjin. Keretaku mula bergerak entah ke mana-mana. Aku hanya memandu tanpa mengetahui destinasi yang hendak dituju. Air mata masih tidak henti-henti mengalir.
Kereta diberhentikan di satu jalan yang agak gelap. Lampu jalan yang sudah malap . Kereta yang lalu lalang juga tidak banyak dan tidak kerap. Waktu itu, tiada lagi perasaan takut. Aku cuma mampu menangis dan terus menangis. Radio dibuka. Lagu luluh yang dinyanyikan oleh Khai Bahar membuatkan air mata semakin lebat mengalir. Aku tertunduk memeluk stereng kereta.
Sudah Puas aku menangis lagi,
Kau Hadirkan mendung awan yang kelam,
Namun Ku kan tetap bisa bertahan.
Secebis Kasih yang telah kau beri,
Kan Ku simpan dalam memori indah,
Tapi Semuanya telah berakhir.
Aku Tersungkur menunduk meraung,
Dan Tiada siapa bisa merasakan,
Oh Sakitnya hati ini.
Jika Kau tak mampu memberiku senyum,
Usah Kau hadirkan dengan kedukaan,
Oh Biarlah hidupku dengan caraku.
Sedang aku melayani perasaan, cermin kereta diketuk kuat dan berterusan. Aku mengsat air mataku. Kepala ditoleh perlahan-lahan ke luar tingkap. Kelihatan seorang lelaki yang sungguh menakutkan sedang tersenyum ke arahku. Aku bergerak menjauhinya yang sedang memandangku tidak berkelip. Hatiku berdebar. Aku takut. Tanpa mampu ditahan, air mata ketakutan terus mengalir laju. Aku hanya mampu menutup mata.
Bunyi jeritan dan tumbukan kuat menarik perhatianku. Aku memandang ke arah luar kereta. Lelaki tadi sudah longlai di atas jalan. Seorang lelaki berbaju hitam yang sedang membelakangiku itu dipandang. Ya Allah. Terima kasih atas pertolongan ini. He's my hero! Dia memusingkan badannya memandangku. O,o. Kenapa mesti dia? Kenapa dia yang selamatkan aku pula ni? Duniaku terus menjadi gelap. Bunyi terakhir yang aku dengar, adalah bunyi cermin keretaku diketuk berkali-kali.
"Bella!!"namaku disebut kuat. Namun, aku tidak mampu membuka mata.
Share this novel