The heart wants what it want-Woody Allen
Hari ini, genap dua bulan aku menjadi isteri yang sah buat Daniel. Sejak berkahwin, kerjaku di hospital terasa semakin menimbun. Daniel juga selalu sibuk dengan kerjanya. Kadang-kadang, tiada masa yang kami dapat untuk meluangkan masa bersama-sama sebagai suami isteri.
Namun, sedaya upaya aku membahagikan masa bersama bersama keluarga dan masa bekerja.
Alhamdulillah, hubungan kami bertambah bahagia. Aku sentiasa berdoa agar perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.
Pagi itu, aku menyediakan sarapan untuk Daniel memandangkan aku bekerja pada petang hari.
"Abang!!"
Aku menjerit memanggil Daniel dari tingkat bawah rumah sambil menuangkan air teh yang masih panas untuk Daniel.
"Ye, sayang?!"
"Jom, breakfast. Nanti lambat pula!"
Sebaik sahaja Daniel melangkah laju menghampiri meja makan, aku terus menarikkan kerusi untuknya. Dia mencium pipiku lama.
"You look...different."
Aku mengangkat kening sambil duduk di hadapannya.
"Different? How can I look different? Tak cantik macam selalu ke?"
Daniel ketawa. Aku menyepetkan mataku.
"That's not what I mean. Maksud abang, sayang nampak macam tak larat je ni? Muka pucat. What's wrong?"
Aku mengeluh berat.
"Tak tahu. Sejak semalam sayang rasa macam mual-mual. Tak sedap badanlah."
Daniel yang sedang menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut terus meraba-raba dahi dan leherku lembut.
"Tak panas pun, yang..."
"Takpelah. Lepas makan ubat nanti okaylah kot."
"Tak payah kerjalah hari ni. Ambik EL. Abang takut nanti jadi apa-apa pula."
"Mana boleh. Minggu ni je sayang dah ambik EL kan? Takpe, I'm okay. Jangan risau, okay?"
Daniel mencium pipiku lagi. Habis berminyak pipiku dibuatnya.
"Ei, nak cium laplah mulut tu dulu. Berminyak tahu tak?"aku mencebikkan mulut.
"Nasiblah abang kerja hari ni. Kalau tak, abang cium pipi sayang ni sampai malam!"
Aku terus mencubit manja lengannya.
"Nakal eh?"
"Alah. Nakal dengan sayang je!"
Aku mencium tangan Daniel sebelum mendongak memandangnya.
"Okay. I need to go. Jangan lupa makan, then makan ubat okay? If you need me, just call?"aku mengangguk laju.
Badannya dipeluk erat. Dia mencium ubun-ubunku lama. Tanpa menunggu lama, aku terus menarik kuat kolar kemeja Daniel. Bibirnya dicium lama sebelum aku terasa mual.
Aku berlari ke arah sinki dapur untuk memuntahkan segala isi perut. Terasa ada tangan yang sedang mengurut belakang badanku lembut.
"Are you sure you're okay, sayang?"
Aku menggeleng lemah.
"Sayang tak larat. Boleh bawa sayang naik bilik? I think I just need some rest."
"Okay,okay. Jom."
Dengan pantas Daniel mengangkat tubuhku dan membawaku naik ke bilik. Sampai sahaja di bilik, dia terus menyelimutkan badanku. Rambut diraup lembut. Sebelum bergerak ke hospital, dia mencium pipi dan dahiku lama.
"Maaf abang kena kerja hari ni. Esok kalau tak okay lagi, abang teman pergi klinik."
"Thank you,abang. I love you..."
"I love you more, sayang."
Lama dia memerhatikanku sambil tersenyum. Pipiku dicium lagi.
"Ada apa-apa call je abang,okay?"
Aku mengangguk lemah. Perlahan-lahan aku menutup kelopak mata yang mula terasa berat.
------
Aku bersiap-siap untuk keluar bersama Anisa. Mujurlah hari ini cuti. Bolehlah aku meminta Anisa menemaniku ke farmasi. Aku tidak sedap hati sebaik sahaja menyedari bahawa haidku sudah lama tidak datang.
Dengan keadaanku yang sentiasa berasa mual dan pening kepala, aku mula mengesyaki sesuatu.
Sampai sahaja di farmasi yang berdekatan, aku terus mencapai sekotak pregnancy test. Selepas membuat pembayaran, Anisa mengajakku minum di cafe sekitar situ.
Sementara menunggu pesanan yang dibuat sampai, kami berbual-bual kosong.
"Along...pregnant ke?"
Aku membulatkan mataku. Laju aku menggeleng.
"Along tak tahu. Along saja je beli. Nak check je. Tapi, rasanya tak kot. Mungkin sebab penat sangat. Yela, kerja bertimbun dekat hospital tu,"Anisa mengenggam erat tanganku.
"Along tak nak baby?"
Aku memandangnya lama.
"Mestilah nak. Al..."
"Abang Daniel?"
"Entah. Along tak pernah tanya. Biarlah dulu, Nisa. Lagipun, kita orang baru dua bulan kahwin. Tapi, kalau Allah nak bagi, along tak tolak. Mungkin anak tu nanti boleh eratkan lagi hubungan kita orang kan?"
Anisa mengangguk laju.
"Nisa happy tengok along sekarang. Abang Daniel mesti layan along macam queen kan?"
Aku tersengih malu.
"Alhamdulillah, Nisa. Along memang happy dengan dia. Along sayang dia. Dia baik sangat!"
"Alhamdulillah. Cepat-cepatlah dapat baby! Tak sabar nak tengok muka junior tu nanti!"
Kami ketawa. Aku memukul lengannya geram.
"Eh, jomlah makan. Nanti sejuk tak sedap!"
------
Sampai sahaja di rumah, aku terus melangkah ke bilik air. Plastik yang berada di tangan diperhatikan lama. Kotak pregnancy test yang dibeli tadi dibuka. Setelah selesai membaca arahan, aku terus menutup pintu bilik air itu rapat.
Setelah beberapa minit menunggu, aku terus memandang ke arah alat itu lama. Mataku tiba-tiba mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat keputusan.
Aku terus keluar dari situ dan terus mengucapkan syukur kepada Allah. Perlahan-lahan, aku menjatuhkan pandangan pada perutku yang masih leper. Diusap perutku sendiri dengan penuh kasih sayang. Air mata dikesat.
"Kita tunggu abi balik, ye? Ummi tak sabar nak bagitahu abi pasal baby..."
Aku mencapai tuala. Jam di dinding dikerling sekilas. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Pintu ditutup rapat.
Selesai membersihkan diri, aku keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Baju tidur berwarna merah yang terdedah dicapai daripada dalam almari.
"Wow, sayang..."aku menoleh ke belakang. Daniel yang berdiri jauh daripada terus datang menerpaku.
Dia merangkul pinggangku erat sambil mencium lembut pipiku. Aku memusingkan badan menghadapnya.
"Awal abang balik?"
Dia tersenyum sambil mengenyitkan mata.
"Abang rindu nak tengok muka sayang. Rindu nak peluk sayang dan rindu nak cium pipi tembam ni..."dia mencuit pipiku manja.
"Ada-ada jelah dia ni. Pergilah mandi dulu. Nanti kita berbual lagi."
Daniel menggeleng seraya terus menarikku semula ke dalam pelukan eratnya. Dia menyelak rambut yang menutupi mukaku. Perlahan-lahan dia membawa bibirnya mendekati bibirku. Akhirnya, bibir merah jambunya berjaya mendarat di bibirku.
Aku mencium bibirnya lama. Dia terus membawaku ke katil. Bajuku diselak sehingga ke paras peha. Perlahan-lahan dia membuka ikatan tali pada baju tidurku.
Dia tersenyum gatal dan memandangku lama. Aku mengangguk perlahan. Mataku terkatup rapat sebaik sahaja dia mula beraksi.
------
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Daniel yang sedang tidur nyenyak di sebelah dipandang. Aku memusingkan badan menghadapnya. Badannya yang tidak berbaju dipeluk erat. Aku terus mencium perutnya.
"Abang..."
Tiada jawapan. Wajahnya yang kelihatan tenang itu disentuh perlahan-lahan. Aku meraup rambutnya lembut.
"Comelnya dia tidur..."aku mengomel sendirian.
"Abang, bangunlah..."bibirku menyentuh lembut bibirnya.
Dia membuka matanya perlahan-lahan. Aku tersenyum ke arahnya.
"Kenapa ni sayang? Pukul berapa dah ni?"
Aku menjeling ke arah jam pada telefon sekilas.
"Pukul 12.45. Bosan. Tak boleh tidurlah. Lagipun, sayang ada benda nak cakap sikit ni."
Dia terus bangun dan menggeliat kesedapan. Pipiku dicium kasar. Aku ketawa perlahan.
"Hm, cakaplah. Apa yang penting sampai tak boleh nak tunggu esok ni?"
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku merapatkan diriku pada dirinya. Badannya dipeluk erat. Dia membalas pelukanku sambil mencium ubun-ubunku lama.
"Sayang..."
"Kenapa ni? Cakaplah. Abang tak makan orang."
"Memanglah. Tapi abang makan ayam!"
Dia ketawa kuat.
"Aik, apa kena mengena ni sayang?"
"Orang dengan ayam dua-dua daging. "
"Sayang, jangan tukar topik boleh?"
"Okay, okay. I'm pregnant..."
"Ouh... Wait, what?!"
Wajah serius Daniel dipandang. Dahinya berkerut. Dadaku berombak. Jantungku mula berdegup laju. Matanya langsung tidak berkelip. Kenapa dia seperti tidak gembira sahaja? Aku menelan liur.
Share this novel