BAB 25

Romance Completed 52907

Too many people miss the silver lining because they're expecting gold-Maurice Setter

Sebelum sempat aku menjawab soalan yang keluar daripada mulut Yaya, aku terhidur bau hangit. Ya Allah, syukur pula tiba-tiba. Sekurang-kurangnya tak perlulah aku jawab soalan Yaya tu. Aku terus menoleh ke arah ayam goreng yang sedang digoreng di dalam kuali. Cepat-cepat aku menutup api. Farhan yang sedang memandangku dengan riak cemas terus mengibaskan tangannya ke arah kuali tersebut. Yaya sudah terjerit-jerit.

"Api! Api, mami!!"aku ketawa kuat.

"Bukan api sayang. Hangit je tu. Hm, macam mana ni? Ayam dah yang dah siap goreng baru ada 5 ketul. Cukup ke untuk Yaya ni?"dia mengangguk laju. Tanganku ditarik lembut. Aku terus mencangkung lalu memicit pipi paunya.

"Takpe, Yaya boleh kongsi dengan daddy dengan mami. Kita makan sama-sama, okay?" aku memandang Farhan dengan sengihan lebar. Farhan memeluk tubuh bulat Yaya erat.

"Daddy pun boleh kongsi dengan Yaya. Dengan mami pun boleh,"Farhan menoleh ke arahku dengan kenyitan mata. Aku tertunduk malu. Lengannya dipukul kuat. Dia mengaduh manja. Kami ketawa.

"Dah, Yaya pergilah duduk luar dengan daddy. Mami nak sambung masak. Nanti, kita makan sama-sama,"tanpa membantah dia menarik tangan Farhan untuk membuntutinya ke ruang tamu.

"Tengok tv dulu, okay?!"aku menjerit sebelum menyambung kerja yang tertangguh tadi.

Walaupun ramai lebih meriah, namun aku lebih memilih untuk membuat kerja sendirian. Tengoklah, lain jadinya tadi. Habis hangit ayam tu. Aku mengeluh sendirian sebaik sahaja terkenangkan soalan Yaya tadi. Agaknya dia ingat lagi tak? Aku terfikir sendiri. Tomyam yang sudah dimasukkan semua bahan itu dikacau perlahan.

Kami makan sambil berbual dan ketawa. Adik Farhan, Aiman yang dahulunya tidak berapa berkenan denganku mula berbaik-baik memandangkan aku adalah bakal kakak iparnya.

"Ha ni, kak Bella, sekarang kerja dekat mana?"soalnya ramah.

"HKL. Aiman bila habis studi?"

"Hujung tahun ni. Kau orang, dah fikirkan tarikh ke? Jangan lambat-lambat sangat. Benda baik eloklah kita cepatkan,"aku memandang ke arah Farhan sekilas. Dia sudah tersengih-sengih. Apa agaknya yang dia fikir?

"Hm, kalau boleh esok pun abang sanggup. Tapi, orang tu tak sudi,"Farhan tersenyum gatal ke arahku. Aku mencubit pehanya di bawah meja. Dia mengaduh sakit.

"Aduh!"

"Kenapa daddy?"soal Yaya cuak. Nasi yang melekat di pipinya, diambil dan dibuang ke dalam pinggan.

"Takde apa. Ni ah, tiba-tiba daddy rasa macam ada ketam cubit peha daddy,"aku tersengih memandangnya.

"Eh, dekat rumah kita ada ketam ke daddy?"kami terus ketawa sebaik sahaja soalan itu keluar daripada mulut kecil itu. Aku mengusap rambut Yaya manja.

"Sweetie, cepat habiskan nasi tu."

"Yaya dah kenyanglah!"
"Tak baik membazir. Sikit je lagi tu. Kalau Yaya habiskan, nanti mami belanja ais krim, nak?"laju dia mengangguk seraya menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"So, lagi empat bulan la ye?"aku mengangguk.

"Dah beli ke barang-barang?"

"Belum lagi. Tak sempatlah,"Aiman terdiam seketika.

"Kak Bella boleh ambil cuti tak selasa ni?"

"Kenapa?"

"Tak. Sebab Aiman takde class. So, Aiman ingat nak jumpa Anisa. Bolehlah Aiman bawa Yaya sekali. Kau orang boleh pergi cari barang apa yang patut. So, takdelah nanti kelam kabut, kan?"aku memandang Farhan meminta persetujuan. Dia mengangguk.

"Anisa? Siapa tu?"aku sengaja menyoal. Anisa. Macam kenal nama tu. Tapi, Anisa dalam dunia ni bukannya seorang je.

"Kawan Aiman. Kita orang tengah kenal-kenal je."

"Kejap lagi, bolehlah rasa nasi minyak Aiman pula,"aku ketawa. Wajahnya merah menahan malu.

"In Shaa Allah, kalau ada jodoh,"kami berbual lagi sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang.

Selepas minum petang dan selesai solat asar berjemaah, aku meminta diri. Farhan menghantarku sehingga ke rumah. Sebelum keluar daripada perut keretanya, dia menarik tanganku lembut.

"Wifey, Wait!"aku menoleh ke arahnya penuh debaran. Apa lagi agaknya yang dia nak cakap ni?

"You, you betul ke nak kahwin dengan I?"

"Kenapa you tanya soalan macam ni?"

"Kadang-kadang, I rasa you terpaksa je terima I. You tak cintakan I kan sebenarnya?"aku terdiam. Lidahku kelu.

Soalannya membuatkan jantungku berdegup laju. Lebih laju daripada biasa. Ini soalan maut. Aku tak boleh tipu. Tapi, kalau aku jujur, nanti dia terasa. Aku tak nak sakitkan hatinya.

"You dah tak percayakan I?"

"Bukan. I tak nak you terima I sebab Yaya je. I nak you terima I sebab you cintakan I dan you sayangkan Yaya macam anak you. I tak nak you terseksa hidup dengan I nanti. I cuma nak you, kita semua bahagia. Kalau you tak boleh terima dan cintakan I, just say it. I tak kan marah. I akan hormat apa pun keputusan you. Jangan seksa diri you, please?"lambat-lambat aku mengangguk.

Wajahnya jelas menunjukkan hatinya sedang retak. Pecah, berderai. Aku tak pernah mengucapkan perkataan keramat itu setiap kali dia mengatakan bahawa dia sayang dan cintakan aku. Aku tak mampu nak tipu. Tapi, aku buat semua ni semata-mata nak tengok dia dan Yaya bahagia. Air mataku bertakung di tubir mata.

"I'm sorry, Farhan kalau you rasa I tak cintakan you. I buat semua ni, sebab I tak nak kecewakan you. I cuma nak tengok you dengan Yaya bahagia. I tak sanggup nak sakitkan hati you. Yaya tu perlukan ibu. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu. I cuma..."dia meletakkan jari telunjuknya ke bibirku. Air mataku yang baru mengalir ke pipi, dikesat lembut.

"I tak nak sebab I, you tak bahagia. I tahu, ada lelaki lain yang tengah duduk dalam hati you. You fikirlah. Apa yang terbaik untuk you, I yakin, terbaik juga untuk I. Mungkin nilah balasan untuk lelaki yang curang macam I,"aku mengenggam erat jari-jemarinya.

"Jangan cakap macam tu. Benda dah lepas. Kita semua berhak bahagia. Sorry, Farhan. I akan fikirkan. Bagi I masa, boleh?"dia mengangguk. Payah untuk ditelan, tetapi, itulah hakikatnya.

"Takpelah, you pergi masuk, mandi and rehat. I tahu you penat. Esok kerja, I tak nak you tak dapat cukup rehat."

"Thank you, Farhan. You selalu memahami I. See you later,"aku keluar daripada keretanya. Pintu ditutup rapat. Tangan dilambai ke arahku sebelum keretanya bergerak laju meninggalkanku di situ. Langkah di atur masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci.


-------

Aku memandang Wafa yang sedang menyuapkan mee kari di dalam mulutnya dengan begitu berselera sekali. Aku hanya memesan milo air memandangkan perutku terasa masih kenyang. Wajahnya dipandang dengan tawa. Dia menendang kakiku di bawah meja.

"Kau pahal ah gelak-gelakkan aku?"aku ketawa lagi. Jelingan tajam diberikan kepadaku.

"Kaulah!"

"Aku apa?!"

"Nampak macam sebulan tak makan. Aku fahamlah kau busy, tapi tak payahlah tunjuk sangat kau kebulur,"dia menyepetkan matanya.

"Nasib baiklah kau dah jadi tunang orang. Kalau tak, aku cubit-cubit kau biar sampai lebam."

"Alah, rilekslah. Aku gurau je."

"Tak payah berguraulah. Aku penat tau tak?"

"Kau ni mesti cuti kan?"dia tidak menjawab. Mee kari yang masih berbaki dihabiskan dengan laju.

"Elelele, betullah apa yang aku cakap tu kan?"aku mengangkat kening kiriku. Sengihan dihadiahkan kepada muka masam mencukanya.

"Diamlah! Habiskan air milo kau tu. Nanti mulalah merayu suruh aku tunggu kau habiskan air kau tu,"aku ketawa lagi. Air milo disedut perlahan.

"Weh, kau marahkan aku ke?"soalku kepada Wafa yang tidak banyak bercakap sejak pulang dari cafe tadi. Pinggangnya dipeluk erat dari tepi.

"Alah, janganlah marah aku. Aku gurau je kan?"

"Ei, yelah. Kau nak apa ni menggeletis macam perempuan gatal ni?"aku mengenyitkan mata. Dia menolak badanku kasar.

"Alah, dengan kau je. Bukan dengan lelaki pun."

"Cakaplah cepat. Ei,kau ni. Karang doktor Irma tu membebel dekat telinga aku. Kau nak tanggung?"laju aku menggeleng.

"Okay, okay. Garanglah! Aku nak minta tolong kau,"mata dikerdipkan berkali-kali.

"Minta tolong apa?"

"Hm, boleh tak kau tanyakan dekat doktor Faris kau tu pasal Doktor Izzul?"

"Tanya apa? Cakap biar jelas boleh tak?"dia memukul lenganku lembut.

"Alah, tanyalah, dia ada bagi bunga ataupun hadiah dekat mana-mana perempuan ke? Please!"

"Kau rasa dia ke yang bagi dekat kau semua hadiah tu?"lambat-lambat aku mengangguk.

"Maybe. Aku tak tahu. Sebab, takde lelaki yang pernah tegur aku selain daripada dia. I mean, dia je yang kenal aku. Orang lain just kenal gitu-gitu je."

"Mana tahu lelaki yang bagi dekat kau tu pemalu? Dia kenal kau tapi kau tak kenal dia?" aku terdiam seketika. Wafa memeluk bahuku erat.

"Takpe, kita cari sama-sama siapa lelaki tu. Aku rasa, aku ada idea."

"Idea apa?!"aku menjerit. Wafa menekup mulutku.

"Slowlah sikit! Nanti orang pandanglah!"

"Okay, okay. Sorry,"aku memeluk badannya sambil ketawa.

"Ehem ehem. Seronok ke berpeluk sakan?"kami memandang ke arah empunya suaranya. Wafa di sebelah dipandang. Dia menggeleng.

"Doktor Wafatul, Doktor Faris nak jumpa awak dekat tingkat tiga,"Wafa menarik tangannya daripada genggaman eratku. Dia membisikkan 'good luck' kepadaku sebelum beredar meninggalkan aku dan Daniel.

Aku mendongak memandangnya yang menunjukkan riak serius. Aku menelan liur. Dia yang berada dekat denganku memeluk badannya.

"Erm, saya, saya ada kerja nak kena buat. Bye!"baru sahaja aku hendak melangkah, dia sudah menarik bajuku dari belakang. Aku menoleh ke arahnya geram.

"Kenapa? Saya busy ni!"

"Tadi peluk-peluk tak busy pula?"aku menjeling tajam ke arahnya.

"So? Ada kena mengena dengan doktor ke? Ada apa nak cakap dengan saya? Kalau takde apa-apa, pergilah buat kerja. Kita bukan kenal pun,"dia tersenyum sinis.

"Takde. Aku rasa aku dah ingat kau,"tiba-tiba hatiku berdebar. Jantungku mula berdegup kencang.

"Oh ye? Saya siapa?"

"Kau perempuan yang datang rumah aku hari tu kan?"dia ketawa kuat. Aku menghentakkan kakiku kuat sebelum menarik bajuku daripada pegangannya.

"Dahlah. Lepas. Jangan buang masa boleh tak?"

"Aku ada benda nak cakap dengan kau,"dia melepaskan bajuku perlahan-lahan.

"Cakap jelah!"

"Ish nak jumpa kau lagi. Daripada semalam tak habis-habis dia suruh aku call kau. Tapi, aku takde nombor kau. So, aku nak ajak kau,"aku memandanya menunggu jawapan.

"Sabtu ni kitaorang nak pergi picnic. Dia suruh ajak kau sekali. Kau cuti kan sabtu ni?"

"Mana doktor tahu?"wajahnya berubah riak.

"Er, em, aku agak je,"aku mengangguk.

"Tengoklah. In Shaa Allah saya pergi. Tapi, saya tak janji,"dia mengangguk laju. Aku terus berlalu selepas meminta diri.

"Erm, Bella,"aku menoleh ke arahnya lagi.

"Takde apalah,"aku mengangguk dan terus melangkah pergi. Aku mengeluh berat.

Nak cakap pasal tu sampai kena tarik-tarik baju aku? Dahlah hari tu koyakkan baju orang. Ei, menyampahnya. Aku mengesat peluh di dahi. Perlahan-lahan, sengihan terukir di bibirku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience