Life is hard. You will fall, you will fail and you will be hurt. But remember, what hurts you today will make you stronger tomorrow. The only thing you have to know is to RISE-Ryan D'souza
Sebaik sahaja Daniel memberitahu bahawa dia akan mengambilku lagi setengah jam, aku terus mencapai dress berwarna merah hati. Dress yang separas betis itu dirapikan. Rambut yang sudah kering disanggul kemas. Kemudian, aku menacap wajah dengan sedikit bedak dan krim muka. Gincu berwarna merah pekat dioles nipis. Selepas melihat diriku dalam cermin dan berpuas hati, aku melangkah ke ruang tamu. Telefon dicapai. Akaun instagram yang sudah berhabuk, dibuka sementara menunggu kedatangan Daniel.
Pin pin pin
Aku menyelak langsir. Kereta berwarna putih dipandang lama. Daripada jauh aku dapat melihat Daniel sedang tersenyum ke arahku. Tangannya dilambai. Laju aku mencapai beg tangan dan terus mengunci pintu. Kasut tumit tinggi berwarna putih disarung sambil terlompat-lompat seperti katak. Sampai sahaja ke arah keretanya, dia terus ketawa terbahak-bahak. Aku menghadiahkan pandangan maut. Dia terus keluar daripada perut kereta.
"Apa gelak-gelak?"dia terus menutup mulutnya dengan tangan kiri. Pintu kereta dibukakan untukku. Kenapa tiba-tiba baik sangat ni?
"Kau yang terlompat-lompat macam tu apahal? Macam badak lompat dah aku tengok."
"Badak melompat ke? Jalan pun dia tak larat."
"Yelah. Macam kaulah,"aku menyepetkan mataku. Matanya dipandang dalam.
"Awak kalau takde benda nak cakap boleh diam tak? Suka sangat ke sakitkan hati saya?" dia ketawa lagi. Aku terus melangkah masuk ke dalam keretanya. Pintu ditutup kuat.
Dia terus masuk ke dalam kereta dengan ketawa yang masih berbaki. Aku hanya mendiamkan diri dan terus mencebikkan muka. Daripada ekor mata, aku dapat melihat dia sedang melihat wajahku lama. Lenganku dicubit manja. Aku cuba membatukan diri.
"Tak payahlah pegang-pegang!"
"Aku tak peganglah. Aku cubit,"balasnya selamba.
"Samalah. Boleh jalan tak? Saya rasa dah panas dalam kereta ni!"
"Dalam kereta ke dalam hati tu?"aku memandangnya sekilas. Dia sedang tersenyum sinis. Aku terus membuka pintu kereta. Terus dia menarik bajuku kuat.
"Ok ok ok. Kita jalan."
"Tahu takut,"kereta terus digerakkan laju ke arah Mid Valley Mall.
"Bukan takut. Cuma taknaklah nanti orang tu rugi pula tolak pelawaan aku,"dia ketawa lagi. Aku hanya mampu bersabar dan mengawal diri.
------
Sampai sahaja di Mid Valley, Daniel membawa ke restoran makanan Korea, Dubuyo. Kami mengambil tempat yang hanya memuatkan dua orang sahaja untuk satu meja. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, kami berbual-bual kecil.
"Kau ambil course sains kan?"aku mengangguk. Air dihurup rakus.
"Awak tak kerja ke? Shift bila?"
"Ada tapi malam ni. Time tak busy bolehlah keluar macam ni."
"Spm berapa A? Memang minat nak jadi doktor daripada kecil? Ermm, are you pediatrician ,cardiologist or maybe orthopedist?"
"Spm? Aku ambil 11 subjek. Alhamdulillah, aku dapat semua 11 subjek tu A. Hmm, tak. Actually, aku nak jadi lawyer. Tapi mak aku yang nak sangat aku jadi doktor. Lagipun, dia dulu pun doktor. Im not. Sekarang aku baru nak buat housemanship," kata-katanya membuatkan aku terpaku. Omg, 11 A? Fuhh, bukan calang-calamg orang ni. Gerun pula nak bercakap dengan budak bijak.
"Wahhh, tahniah! Hebat ah! Sekarang dia kerja apa?"tiba-tiba wajahnya bertukar merah. Matanya berkaca.
"Ehhh,kenapa ni? Saya ada cakap benda yang mengguris hati ke?"
"Mak aku dah meninggal. 10 tahun lepas. Its okay. Not you fault. Aku yang tiba-tiba emo."
"Sorry, saya tak tahu."
"Takpelah weh. Aku dah okay dah. Cuma kadang-kadang tu rindulah dekat diaorang"
"Diaorang?"
"Ye, mak dengan ayah aku meninggal sekali. Diaorang accident."aku memandang matanya dalam. Kesian dia.
"Hahaha okay. Sekarang kau, dapat berapa A spm?"aku terus mengalihkan mata ke arah lain. Aku tersenyum malu.
"Saya 8A je. Yang satu subjek lagi tu tak mampu ah."dia mengangguk dan tersenyum manis.
"Subjek apa duh?"air diteguk.
"Fizik,"dia ketawa kuat. Aku mengangkat kening.
"Apahal gelak? Apa yang kelakar?"
"Weh, fizik subjek paling senang kot. Kenapa kau boleh score addmaths tapi fizik kau fail ni?"
"Fail? Eh hello. Saya cuma dapat B je tau. Bukan fail! Senang apanya. Lagipun, I don't like physics. Even if I do many exercises, I still can't score"
"Hmm, yela. Padahal memang malas nak buat latihan."
"Nak kena tumbuk ke?"dia ketawa kuat.
"Okay,okay. Makan. Nanti sejuk tak sedap"
Kami makan dengan penuh selera. Selepas selesai menghabiskan makanan dan minuman, dia membawa aku ke ToyRus. Mataku terus terbeliak melihat baju-baju dan mainan yang sangat comel. Segala benda berwarna pink di situ telah menarik perhatianku.
"Comelnya. Nanti kalau saya dapat anak perempuan saya nak belikan baju macam ni. Warna pink. Lawa gila kot!"dia berjalan menghampiri baju ala-ala princess itu. Baju itu dipandang lama. Dia terus memandangku dan tersenyum sendiri.
"Kau ni mimpi jela. Belajar pun tak habis lagi dah nak berangan pasal anak bagai. Aduh, nilah budak zaman sekarang,"sebaik sahaja aku menoleh ke arahnya, dia terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Senyuman terus mati daripada wajah lelaki putih melepak itu.
"Biarlah. Sibuk je. Kalau saya beli pun bukan guna duit awak kan?"aku memeluk tubuh. Langlah diatur ke arah rak yang disusun patung Barbie.
"Boleh tak guna aku kau je? Aku lebih selesa daripada kau ber-awak saya dengan aku,"aku memandangnya dengan mata yang menyepet. Bahu diangkat ke atas. Dia mendengus kuat. Aku terus berlalu keluar daripada situ.
-------
"Bella, jom. Aku kena hantar kau balik. Aku baru dapat call daripada hospital," aku memandang wajahnya yang sudah mula cemas.
"Why?"
"Aku stand by harini. Sepatutnya aku tak boleh keluar macam ni. Tapi hari ni macam tak berapa busy so aku ajak kau keluar. Lagipun aku bosan duduk rumah,"aku melihat jam di tangan kiri. Sudah pukul 4 petang.
"Kenapa kau tak cakap awal-awal? Hm,takpelah. Kau pergilah. Aku boleh balik naik grab"
"Mana boleh. Aku yang bawa kau keluar so aku kena hantar kau balik!"
"Just go. Aku balik sendiri. Lagipun aku nak cari barang sikit ni,"dia memandang wajahku meminta pengesahan.
"Serius. Pergilah."
"Okay, thank you weh! Take care. Bye!"aku melambaikan tangan ke arahnya. Laju sahaja dia berlari ke arah escalator.
Terpaksa menipu. Aku bukan nak cari barang pun. Tapi, aku taknak menyusahkannya. Dia dah belanja aku makan hari ini pun dah cukup baik. Telefon aku berbunyi. Haih, bateri nak habis dah. Aku kena call ibu sebelum telefon mati. Selepas memberitahu ibu tentang keberadaan aku, ibu terus menyatakan kerisauannya. Mungkin ibu takut perkara yang sama akan berulang? Maybe.
Sedang aku memujuk ibu supaya tidak menyusahkan dirinya untuk mengambilku, bayang Farhan bersama seorang perempuan terus menarik minatku. Waktu itu, telefonku tiba-tiba mati. Harap ibu tak risau. Telefon diletak di dalam sling bag berbulu berwarna putih itu. Talinya yang sudah jatuh, dibetulkan. Mataku masih memandang ke arah mereka.
Mereka yang sedang berpeluk sakan di khalayak ramai itu terus dihampiri. Baru semalam Farhan menelefonku meminta maaf. Katanya dia berjanji untuk terus setia denganku. Dan sekarang, dia sedang berpelukan dengan perempuan lain? Perempuan yang sama yang berbual mesra dengannya tempoh hari?
Aku berlari ke arah Farhan yang sedang menunggu perempuan tersebut di luar kedai pakaian. Dengan kasar aku menarik lengan lelaki itu. Dia terkejut sebaik sahaja melihat aku sedang memberikan pandangan maut. Wajahnya terus pucat.
"What are you doing here?"soalku dengan suara yang bergetar. Air mata sedaya upaya ditahan agar tidak gugur.
"Sepatutnya I yang tanya you buat apa dekat sini,"wajahnya mula dibanjiri peluh. Aku menarik nafas dalam.
"Kenapa you tipu I Farhan? You dah janji dengan I, you nak berubah. You takkan keluar dengan mana-mana perempuan belakang I kan?"
"Apa you mengarut ni hah?!"dia menjerit kuat tepat ke mukaku. Aku tersentak. Tolonglah jangan nangis. Tahan, tahan!
"Sayang, kenapa ni?"perempuan yang memakai baju singkat sehingga menampakkan pusat dan skirt ketat paras peha itu terus memeluk lengan Farhan ketat. Aku memandang mereka berdua bergilir-gilir.
"Ni kerja you selama ni?"dengan air mata yang sudah gugur ke pipi, aku mendekati Farhan. Dia hanya mendiamkan diri.
"I tak sangka Farhan. You sama je dengan lelaki yang pernah I kenal selama ni. I ingat you lain. I ingat you takkan curang dengan I,Farhan! Tapi,I silap. Banyak kali dah I bagi you peluang. You bukan setakat dah kecewakan I, tapi you juga dah kecewakan ibu I. Dia letak harapan tinggi. Dia kata you boleh jadi suami yang baik untuk I tapi,hahaha ni yang kitaorang dapat lepas kitaorang bangga-banggakan you?"aku mengesat air mata dengan lengan.
"Apa ni? Siapa dia ni you?"Farhan memandang perempuan di sebelahnya itu. Farhan memeluk bahunya. Wajahku dipandang.
"Entah. I tak kenal."aku menamparnya pipinya kuat.
"Kau ni kenapa perempuan? Suka hati tampar boyfriend aku!"badanku ditolak kuat kebelakang.
"No,sayang. Biarkan dia. Entah siapa-siapa tiba-tiba meroyan kat sini. Jomlah. Jangan layan dia ni."
Ayat yang keluar daripada mulut Farhan membuatkan aku tergamam. Tak kenal? Aku cuba menahan sabar. Tapi, diriku terasa bagai sudah dirasuk. Aku mengenggam kuat penumbuk. Dengan tangan yang menggeletar, aku menumbuk kuat muka Farhan sehingga berdarah bibirnya. Hidungnya mula memerah.
"Aku benci kau jantan tak guna! Aku harap kau bahagia dengan hidup kau sekarang. Aku menyesal kenal kau! Bagi aku, kau dah mati. Pergi matilah jantan!!"terus aku menendang perutnya sebelum berlari keluar dari situ.
Selepas aku mendengar Farhan menjerit kuat namaku, aku dapat melihat orang ramai sudah berkerumun menghampirinya. Aku malu. Aku sudah tidak mampu menahan diri. Tapi, sedikit sebanyak aku puas dengan tindakan sendiri. Balasan untuk dia. Sekarang, aku sakit.
Sumpah. Hatiku sakit selepas dia berkelakuan sebegitu bersama perempuan lain. Bukan sekali aku memberi peluang, tapi sudah dua kali. Dua kali dia mensia-siakan peluang yang aku bagi. Baginya, aku bukan siapa-siapa. Depan sahaja pura-pura cinta. Ayat manis kalah romeo. Belakang? Allah sahaja yang tahu.
Aku berlari jauh daripada situ. Hujan mula turun dengan lebat. How can Farhan did that to me? Aku tak sangka dia macam tu. Kalau dia tak cinta aku kenapa dia bagi harapan? Siap melamar aku lagi. Aku hanya mampu menangis dan menangis lagi. Semua yang berkenaan Farhan sudah cukup membuatkanku sakit. Selepas aku mula cintakan dia, dia buat aku macam ni? Apa salah aku? Apa salah aku,Farhan? Kenapa kau kejam?
Sampai sahaja di sebuah taman, aku terus terduduk lemah di atas bangku di hadapan tasik kecil. Hujan lebat sudah tidak dipedulikan. Aku hanya mampu menangis dan mengenangkan nasib. Aku tertanya, kenapa dia berbuat demikian? Apa yang dia dapat lepas dia menipu dan curang denganku? Masa berlalu begitu pantas. Hari sudah senja. Langit sudah semakin gelap. Hujan sudah berhenti. Namun, aku masih di situ. Jam di tangan dipandang sekilas. Sudah pukul 7.20 malam. Akhirnya, dunia aku gelap. Yang aku tahu, bunyi terakhir yang aku dengar adalah suara seseorang memanggil namaku.
--------
Sebaik sahaja mata terbuka, aku dapat melihat wajahnya sedang tersenyum memandangku. Aku hanya mampu membalas dengan air mata. Perlahan-lahan air mataku jatuh membasahi bantal. Dia memanggil ibu. Ibu terus menghampiriku dan memeluk badanku erat. Belakang badanku diusap lembut. Aku menangis teresak-esak. Aku tahu, dia cuba untuk menenangkanku. Tapi tak mampu. Walaupun dia begitu, tapi dia bukan jenis lelaki yang sesuka hati berpelukan dengan perempuan yang bukan mahram baginya.
"Bella,kenapa ni sayang?"aku menggeleng laju. Aku tidak mampu bersuara. Aku belum kuat untuk bercerita mengenai kejadian yang berlaku petang tadi.
"Auntie,saya rasa baik kita biarkan Bella dulu. Dia perlukan masa. Okaylah,auntie. Saya nak minta diri dulu. Ada banyak lagi kerja dekat hospital. Esok saya datang sini lagi. Jangan lupa makan,Bella. Jaga diri,bye."
"Thank you,Daniel. I know I can count on you. You're her hero. Thank you so much."
Daniel hanya membalas dengan senyuman.Aku tidak membalas apa-apa selain daripada menangis dalam dakapan ibu. Sebaik sahaja telinga mendengar bunyi pintu bilik ditutup rapat, aku terus menangis kuat. Ibu terus memelukku sehingga aku tertidur dalam tangisan. Dalam hati, aku terus berdoa agar esok bakal menjadi hari yang paling bahagia dalam hidupku. Aku berharap agar sebaik sahaja aku bangun pagi esok, ianya hanyalah sekadar mimpi buruk. Aku berharap agar hari ini terus dilupakan dan tidak akan diingati sampai bila-bila.
Share this novel