Being deeply loved by someone gives you strength while loving someone deeply gives you courage-Lao Tzu
Sebaik sahaja aku membuka mata, kelihatan Daniel sedang berada di sebelahku. Wajahnya yang cuak dipandang lama. Macam mana dia boleh masuk dalam kereta aku? Eh, apa yang dia buat dekat aku? Pakaian pada tubuh dipandang. Mujur. Cepat-cepat aku menjauhkan diri daripadanya.
"Kau buat apa kat sini, ha?!"dia merenjis air tepat ke mukaku. Aku terus memukul badannya kuat. Tak guna! Dia ketawa.
"Kau tak nampak ke aku selamatkan kau tadi? Jangan tanya soalan bodoh boleh tak?"
"Eh, macam mana kau boleh masuk kereta aku ni?"dia ketawa lagi. Mukaku yang sudah basah dilap dengan lengan baju.
"Tu ah,"aku memandang cermin kereta sebelah pemandu yang sudah pecah. Aku terpanar. Ya Allah! Pecah! Cermin kereta aku pecah! Ergh!
"Siapa suruh kau memandai pecahkan ah?!"
"Dah tu. Aku nak sedarkan kau. Takkan aku nak tunggu kau sedar kot?"jawabnya selamba seraya meneguk air yang tinggal separuh dalam botol yang berada di tangannya. Aku memukul badannya lagi. Kali ini lebih kuat. Dia tersedak. Padan muka!
"Oi, kalau aku mati tersedak dekat sini?"
"Biarlah. Padan muka. Siapa suruh kau memandai. Kau nak ganti ke ah cermin kereta aku ni?"
"Eh, kau ni. Aku dah tolong kau tadi kira baik tau. Nak minta ganti rugi pula. Kalau aku tak lalu sini tadi, kau rasa kau masih berkeadaan macam ni lagi ke?"aku tersengih. Dia memandang tajam ke arahku dengan tangan yang mencekik pinggangnya.
"Okay, aku minta maaf. Er, thank you sebab kau baik nak selamatkan aku tadi."
"Well, aku memang baik. Ei, takde maknanya aku nak selamatkan kau. Kalau aku tahu yang ada dalam kereta ni tadi, kau. Memang aku takkan berhenti,"aku menjeling.
Mataku memandang tangannya yang kelihatan berdarah. Selepas dia mengetahui bahawa aku sedang melihat tangannya, cepat-cepat dia menyorokkan tangannya itu ke belakang badan.
"Kenapa dengan tangan kau tu?"
"Takde apa. Dah. Jom, aku hantar kau balik. Ibu kau risau nanti,"dia membuka pintu kereta. Aku menarik tangannya. Laju dia menepis.
"Sorry. Meh aku tengokkan tangan kau tu,"dia terus keluar tanpa banyak bicara.
"Cepatlah, perempuan!!"
"Habis tu, kereta aku ni takkan nak letak sini?"
"Nanti esoklah ambil. Banyak songehlah! Cepat! Kang ada hantu kacau aku tak nak tolong kau lagi dah."
Cepat-cepat aku mencapai beg. Kereta dikunci sebelum melangkah ke arah kereta Daniel. Aku membuka pintu tempat duduk belakang. Dia yang sudah berada dalam kereta terus menjerit.
"Duduk depan!"aku menurut tanpa membantah. Sudah terbiasa disuruh begitu olehnya. Ei, ketuk kepala tu baru tahu.
"Sorry. Aku banyak susahkan kau,"aku menoleh memandang wajahnya. Kereta mula bergerak meninggalkan tempat tersebut.
"Berapa kali nak minta maaf?"
"Biarlah. Mulut aku kan?"
"Ah, dah tu. Biarlah aku nak tanya apa pun. Mulut aku juga!"
"Malaslah nak layan dia ni. Menyakitkan hati je,"aku membebel sendirian.
"Apa kau cakap?"
"Takde apa. Aku cakap sorang-sorang. Tak cakap dengan kau pun."
"Orang gila memang suka cakap sorang-sorang," jawabnya sambil tersenyum sinis.
"Boleh tak sehari tak sakitkan hati aku?"
"Tak boleh."
Aku menarik nafas dalam-dalam. Sungguh, boleh sakit jiwa kalau layan mamat Menopause ni lebih-lebih. Akhirnya, aku memutuskan untuk tidak bercakap. Makin banyak bercakap, makin sakit pula hati ni. Aku memandang ke luar. Ingatanku tiba-tiba teringatkan Ezmir. Air mata tiba-tiba mengalir. Aku mengesat dengan jari.
"Kau kenapa?"
"Takde apalah,"dia ketawa.
"Macamlah aku tak kenal kau. Cerita jelah. Aku kan kaw..."kata-katanya tiba-tiba mati. Aku memandangnya sekilas. Riak wajahnya sudah berubah.
"Takpelah. Aku bukan siapa-siapa untuk kau. Masalah aku. Biarlah aku yang selesaikan. Aku dah banyak susahkan kau."
"Ikut kaulah. Tidurlah. Nanti dah sampai aku kejut,"aku memejamkan mata. Badan dipusingkan ke kiri. Tubuh dipeluk erat. Air mata mengalir lagi.
"Weh, bangun!"Daniel mencuit bahuku perlahan.
"Bella, bangun,"kemudian, dia mencubit lenganku lembut.
"Dia ni, tidur ke mati? Aku renjis air kang baru tahu,"dia membebel sendirian. Wajahku dipandang lama. Comel juga, detik hatinya. Cepat-cepat dia tepis perasaan yang mula bercambah dalam hatinya itu.
"Bella, sayang. Bangunlah woi bangun!!!!!"dia menjerit. Aku tersedar lalu cepat-cepat aku keluar daripada kereta. Daniel ketawa kuat. Mataku dikelipkan berterusan. Pedihnya. Kawasan perumahan itu dipandang. Ini macam. Ya Allah! Baru teringat. Aku masuk semula ke dalam keretanya. Dia mengerutkan dahi.
"Apahal kau masuk balik? Pergilah masuk rumah kau. Aku nak balik dah ni,"aku menggaru kepala.
"Aku lupa nak cakap tadi! Aku tak duduk sini dah. Aku dah pindah rumah..."mulut dicebikkan. Dia membulatkan mata. Mulutnya ternganga.
"Lahhhh, asal tak bagitahu, duh? Dah tu, kau duduk mana?"enjin kereta dihidupkan.
"Eh, takpelah. Aku balik naik teksi. Kau baliklah,"aku membuka pintu kereta.
"Jangan nak mengada. Sekarang dah nak pukul 11. Memang taklah aku nak biarkan kau balik sorang-sorang. Nanti jadi apa-apa? Siapa susah?"
"Eh, takpelah. Aku pandai jaga diri!"
"Pandai jaga diri? Habis yang kes aku selamatkan kau enam tahun lepas dengan yang tadi tu apa? Sebab kau pandai jaga diri juga ke?"
"Alah, takpelah. Kan aku cakap aku boleh balik sendiri! Aku taknak susahkan kau lagi."
"Boleh tak dengar cakap aku?! Tutup pintu tu!"aku tergamam. Pintu ditutup kuat. Air liur ditelan. Tengkingannya membuatkan aku terdiam seketika.
"Mana rumah kau?"soalnya memecahkan kesunyian.
"Wangsa Maju Seksyen 2,"dia menepuk dahi.
Aku tahu aku dah menyusahkan dia. Jarak rumah lamaku dengan rumah baharu tu bukannya dekat. Namun, dia tidak mengeluh. Walaupun dia selalu menyakitkan hati aku, tapi ada juga sisi baiknya yang membuatkan aku terjatuh hati padanya buat kali kedua. Siapalah perempuan bertuah yang dapat mamat ni agaknya? Eh? Haha. Yang pasti bukan akulah.
------
"Dah sampai,"Jam dijeling sekilas. Sudah pukul 11.20 malam. Daniel di sebelah dipandang. Dia sudah menguap beberapa kali. Bersalahnya. Kalau dia tak jumpa aku tadi, lama dah dia sampai rumah. Mesti dia dah sedap tidur atas katil dia sekarang ni.
"Thank you, Doktor Izzul."
"Buang tebiat ke?"aku tersengih.
"Hahaha. Okaylah. Thank you banyak-banyak. Sorry again. Bye, Assalamualaikum."
"Hm, waalaikummussalam,"aku terus keluar daripada keretanya. Langkah di atur ke arah pagar rumah.
"Bella!"aku mematikan langkah. Aku menoleh ke arahnya.
"Good night. Jangan lupa esok! Bye," keretanya terus bergerak meninggalkan aku yang terkaku di situ. Aku tersenyum sendirian. Daniel, Daniel. Terus aku masuk ke dalam rumah. Betullah. Aku dah jatuh cinta untuk kali kedua dengannya.
------
Sesampai sahaja di HKL, aku terus berlari anak mencari Daniel. Aku sudah lambat 10 minit. Aku terlupa untuk mengunci jam loceng. Seronok sangat tidur sampai tak sedar dah pukul 6.30 pagi. Agaknya, apa reaksi dia kejap lagi? Matilah. Harap-harap mood dia baik pagi ni. Selepas aku menjumpainya, cepat-cepat aku berlari ke arahnya. Dia sedang berbual dengan pakcik india tersebut. Dia memang rapat dengan semua pesakit. Tapi, pakcik ni yang paling rapat dengannya. Setiap pagi, pasti mereka akan berbual walaupun hanya untuk beberapa minit.
"Sorry, Doktor Izzul. Tadi saya..."dia memusingkan badannya ke arahku. Aku mendongak memandang wajahnya yang tiba-tiba masam. Aku menelan liur.
"Kenapa lambat?"dia mengecilkan matanya. Wajahnya didekatkan dengan wajahku. Aku melangkah setapak ke belakang.
"Saya lupa nak kunci jam. Maaf,"dia menundingkan jari telunjuk ke luar wad. Aku mengangguk.
"Tunggu aku dekat luar,"bisiknya perlahan di telingaku. Aku terus melangkah laju meninggalkan mereka berdua. Aku dapat mendengar suara mereka berdua ketawa.
Hari ini hari ahad. Jika difikirkan, orang lain sedang seronok berehat di rumah. Aku pula terpaksa berkerja. Inilah istimewanya kerja sebagai seorang doktor. Hahaha istimewalah sangat. Masa untuk keluarga perlu dibahagikan. Aku tak dapat mengagak bagaimana kehidupan anak-anak aku nanti? Terpaksa menerima hakikat bahawa ibunya ini tak mampu nak jadi ibu yang baik. Tak mampu nak luang masa lebih bersama. Eh, kenapa masuk bab anak pula ni?
Aku duduk di kerusi. Jam pada pergelangan tangan dipandang lama. Lama lagi ke mamat tu nak berbual dekat dalam tu? Aduh. Mujurlah esok aku dah tak perlu susah-susah nak kena dengar arahannya. Esok aku dah boleh buat semua kerja aku tanpa disuruh itu dan ini. Yeay!
"Seronok berangan. Tersengih-sengih sorang-sorang. Apahal?"aku terus berdiri dan menggeleng laju. Aku menunduk memandang lantai.
"Boleh tak kalau aku bercakap pandang muka aku? Tak pandai hormat orang ke?"aku mengeluh. Kau tu dahlah tinggi. Sakit kepala asyik nak kena dongak je. Stres betullah bila kena hadap dengan lelaki ni.
"Nasib kaulah. Siapa suruh pendek sangat," aku menjeling. Ingat aku nak sangat ke jadi pendek?
"Bukan saya minta nak jadi pendek pun. Allah dah bagi. Saya syukur jelah!"aku menjeling lagi.
"Mata tu elok sikit eh. Terjeling-jeling. Aku cungkil baru tahu."
"Biarlah."
"Sekali lagi kau menjawab, aku cium kau."
"Macam berani,"aku membebel sendirian.
"Aku dengar apa kau cakap. Kalau aku cakap aku berani?"dia melangkah mendekatiku. Aku sudah cuak. Takkan dia nak buat betul-betul kot? Dia mendekatiku sehingga aku terduduk di atas kerusi. Dia ketawa lalu berlalu pergi. Tak guna!
"Ikut aku. Cepat!"aku menghentakkan kaki sebelum membuntutinya.
"Seronoklah kau esok kan? Tak perlu nak jumpa aku lagi,"kami melangkah ke dalam wad yang menempatkan pesakit yang sedang menunggu giliran ke bilik pembedahan.
"Of course. Tak perlu nak tengok muka doktor lagi dah. Aman hidup saya. Bestnya!"sengaja aku menayangkan riak happy. Dia tidak membalas apa-apa. Setiap pesakit diperiksa. Entah kenapa selepas aku berkata begitu, wajahnya tiba-tiba berubah riak.
Aku bercakap pun dia tak pandang. Layan aku pun macam nak tak nak je. Dia terasa dengan kata-kata aku ke? Tapi, bukan ke dia tak ada hati? Tak mungkin dia terasa. Selepas aku pulang dari cafe, Wafa terus berlari mendapatkan aku. Hari ini, aku terpaksa rehat lambat kerana ada banyak kerja perlu diselesaikan. Aku memandang bunga yang sedang dipeluk Wafa. Dia tersengih lebar.
"Amboi, dah dapat bunga dah. Orang lawa kan,"aku mencebikkan mulut. Dia ketawa.
"Seriuslah? Kau ingat aku ke yang dapat bunga?"aku meletakkan stetoskop dalam poket kot putihku.
"Apa maksud kau?"
"Bunga ni untuk kau. Bukan untuk aku!"
"Aik, kenapa kau yang dapat?"
"Tadi budak praktikal mana tah bagi. Dia cari kau tapi tak jumpa,"jambangan bunga ros putih itu dihulurkan kepadaku. Aku mengambilnya dengan perasaan ragu-ragu. Entah daripada siapa entah. Takkan aku nak terima?
"Kau ambillah. Siapa yang bagi pun aku tak tahu. Taknaklah aku ambil,"bunga itu dihulur kembalik kepada Wafa. Dia mengeluh.
"Ambil jelah. Orang dah bagi. Kalau aku, aku ambil. Simpan dalam bilik. Jarang-jarang dapat macam ni."
"Ah, kau ambil. Letak dekat bilik kau. Aku taknak,"aku berjalan ke arah tandas. Dia membuntutiku dengan pujukan agar aku menerima bunga tersebut.
"Ei, yelah aku ambil. Kau pergilah buat kerja kau. Nanti tak pasal-pasal kena masuk bilik Doktor Ibrahim,"dia memelukku sebelum berlalu pergi.
Aku berjalan dengan jambangan bunga. Banyak mata memandangku sepanjang berjalan di kaki lima tersebut. Malu weh. Sedang aku menahan malu, ada suara yang menyapa. Aku memandang kotak berwarna pink di tangannya.
"Hai, doktor Bella!"dia menghalang laluanku.
"Kenapa,Taufiq?"nurse lelaki itu tersengih. Kotak berwarna pink dihulurkan kepadaku.
"Apa benda ni?"dia menggeleng.
"Siapa bagi?"
"Tadi ada atas kaunter nurse tu. Tu ha, kad. Untuk doktor. Ambillah. Saya ada kerja nak kena buat ni,"tanpa menyoalnya lagi, aku terpaksa menerima kotak tersebut. Penutupnya dibuka. Terdapat coklat cadbury di dalamnya. Terselit sekeping surat. Aku menutup kembali lalu berlalu dari situ. Siapa agaknya yang bagi semua ni? Agaknya dia orang yang sama ke?
Sebaik sahaja aku dan Wafa ingin pulang ke rumah, tiba-tiba telefonku berdering. Nombor tak dikenali? Entah-entah salah nombor. Puat hijau ditolak ke kiri skrin telefon.
"Hello, siapa ni?"sengaja tidak disapa dengan salam. Takut-takut orang yang disana bukan muslim.
"Hello, Bella,"aku tersentak. Mana dia tahu aku Bella? Siapa agaknya dia ni?
"Mana tahu nama saya?"dia ketawa.
"Serius ah tak cam suara aku?"
"Tak. Siapa ni?"
"Amboi. Dah delete nombor aku ke?"
"Daniel! Kau kan?Ada apa call aku ni?!"
"Hahaha. Aku nak cakap something."
"Cakap apa? Esok tak boleh ke?"
"Tak boleh. Kau kena turun daripada kereta sekarang!"aku sudah cuak. Dah apahal pulak ni?Wafa sudah memandangku pelik. Dia mengangkat kening. Aku menggeleng.
"Ada apa ni? Cepatlah cakap. Jangan buat orang cuak boleh tak?"
"Doktor Izzah dah bersalin tadi. Partner yang sama-sama oncall dengan aku takde. So, aku nak kau ganti dia!"
"Ah? Mana boleh!"dia mendengus kasar.
"Apasal pula tak boleh?"
Aku mendiamkan diri sekejap. Idea,idea. Please, muncul. I really need you...
"Ah, aku...aku dah gerak nak balik rumah!"dia ketawa kuat.
"Kalau ye pun nak tipu, agak-agaklah. Dari sini pun aku dah boleh nampak kau dalam kereta kancil kawan kau. Aku nampak weh,"aku membulatkan mata.
Oiemji! Mana dia?! Daripada jauh, aku melihat dia sedang memandangku dengan senyuman sinis. Dia sedang bersandar pada dinding sambil tangan kirinya memeluk tubuh. Aku menepuk dahi.
"Tak payah nak tepuk-tepuk dahi kau. Keluar daripada kereta now!!"aku mengeluh kuat. Panggilan dimatikan.Beg dicapai. Wafa menarik tanganku.
"Kau nak ke mana? Taknak balik ke?"
"Aku kena oncall malam ni. Dr.Menopause tu nak aku ganti tempat Doktor Izzah!"aku mencebikkan mulut. Wafa ketawa.
"Takde orang lain ke?"
"Tulah. Padahal boleh je kot dia ambil doktor-doktor senior!"
"Dia nak luangkan masa dengan kaulah tu!"dia menepuk lenganku kuat sambil ketawa. Aku mengecilkan mata. Wajahnya dipandang tajam.
"Kau jangan nak memandai! Weh,aku baru ingat nak balik rumah tidur,"Wafa masih ketawa. Geramnyalah dengan minah seorang ni.
"Pergilah! Esok pagi kau tidurlah."
"Weh, dia datang!"aku memandang ke arah luar kereta. Dia sedang menghampiri kereta Wafa dengan wajah yang serius. Cermin kereta diketuk. Aku menarik cermin ke bawah.
"Lama lagi ke nak membebel dalam kereta ni? Aku dah penat nak tunggu kau."
"Siap suruh tunggu!"dia membuka pintu kereta. Lengan bajuku ditarik kasar. Aku menepis tangannya.
"Boleh tak jangan tarik-tarik baju orang? Ingat orang beli guna air liur ke?!"dia melepaskan pegangannya itu.
"Kau yang paksa aku buat semua ni. Dah, jom!!"aku mencapai beg tangan sebelum membuat riak sedih kepada Wafa. Dia menahan ketawa.
Aku membuntuti langkah Daniel. Kami masuk ke dalam bangunan hospital kembali. Kasut dihentak kuat ke lantai.
"Kau yang cari pasal dengan aku!"aku membebel sendirian.
"Aku dengar tu,"jeritnya kuat. Aku membuat muka.
"Dasar telinga lintah!"
"Kau cakap lagi pasal aku, aku cium kau!" mulut dicebikkan.
"Alah ingat orang takutlah tu,"dia memusingkan badannya ke arahku. Langkah diatur mendekatiku.
"Okay, okay! Aku senyap!"dia ketawa kemenangan sebelum melangkah ke hadapan kembali. Aku mendengus perlahan. Kenapalah aku kena ikut semua arahan mamat ni? Menyusahkan aku je! Aku berlari anak mengikuti langkahnya yang sudah jauh di hadapan.
Share this novel