If you love to two people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn't fallen for the second-Johnny Depp
Aiman menarik kerusi di hadapanku. Anisa sedari tadi menayangkan muka blurnya.
"Kau orang pernah jumpa?"aku dan Aiman ketawa.
"Bukan setakat pernah jumpa, dah lebih daripada kenal dah Nisa,"Anisa membulatkan matanya yang sedari azali sudah bulat.
"Hah? Kenal? Kenal dekat mana?"
"Abang saya tunang Kak Bella."
"Abang Farhan?!"kami berdua mengangguk laju.
"Kecilnya dunia ni!"Anisa terus ketawa teruja.
"Siapa kata dunia ni besar?"jawabku selamba. Anisa menjeling.
"Macam mana sebelum ni saya boleh tak tahu ni?"
"Sekarang dah tahu kan?"aku menghirup air minuman yang dipesan.
"Dah, dah. Ni Aiman, Anisa ni adik Kak Bella. So, kalau Kak Bella tahu Aiman ada sakitkan hati dia, just wait and see,"aku mengecilkan mataku. Aiman membalas dengan ketawa.
"Don't worry, Kak Bella. Aiman ni bila dah sukakan seseorang tu, nak marah dia pun Aiman tak sampai hati,"Anisa tersengih malu.
"Hm, sweet talker. Biasa lelaki macam tulah. Mula-mula je ayat manis kalah madu. Lama-lama, angkat tangan pun berani,"Anisa menendang kakiku di bawah meja.
"Sorrylah, awak. Along saya ni memang macam ni. Maklumlah adik dia saya seorang je," aku mencebikkan mulut.
"Faham. Takpelah. Siapa je tak sayang adik dia kan?"aku mengangguk setuju.
-----
Hari ini, aku sudah berjanji untuk keluar berkelah dengan family kecil Daniel. Nadia turut menyuruhku membawa ibu dan Anisa bersamaku. Setelah mereka semua bersetuju, kami terus bersiap sebelum Daniel mengambil kami sebentar lagi. Aku hanya menyarungkan skirt kembang berwarna hitam dengan blouse putih. Rambut dijalin kemas sebelum mencapai beg tangan putih.
Aku terus turun ke tingkat bawah. Beg tangan diletakkan di atas sofa sebelum melangkah ke dapur. Jam dipandang sekilas. Tinggal lebih kurang setengah jam untuk Daniel mengambil kami bertiga. Aku meletakkan sandwich ham dan kentang wedges yang sudah siap disediakan ke dalam tupperware, aku mencapai bakul kayu. Juice oren diletakkan sekali bersama makanan.
Sementara menunggu ibu dan Anisa bersiap, aku membuka televisyen. Rancangan masakan menjadi pilihan.
"Hui, tengok apa tu?"Anisa memukul bahuku kasar sebelum terus duduk di sebelahku. Aku menjeling ke arahnya tajam.
"Sakitlah!!"aku menjerit kuat. Dia hanya ketawa puas.
"Alah, along ni. Lembiklah. Cuba jadi macam Nisa ni. Dahlah comel, tak lembik pula tu. Untung tau siapa yang dapat Nisa ni,"aku mencubit lengannya penuh geram. Dia tidak mengaduh malah terus menyambung tawanya tadi.
"Lagi untung along! Pandai masak, basuh baju sendiri, cantik pula tu. Nisa ada?"kening diangkat. Anisa mencebikkan mulutnya.
"Eleh, Nisa pun basuh baju sendiri."
"Tapi, Nisa tak pandai masak. Masak telur rebus pun boleh hangit. Goreng telur pun sampai hangus. Tak sesuai langsung jadi isteri mithali."
"Takpelah. Masak tu nanti kahwinlah belajar,"dia tersengih lebar. Aku menepuk dahi. Pening layan budak ni.
"Fuh, ibu!"kami terus memandang ibu yang sudah cantik berpakaian. Macam nak pergi tackle lelaki je gayanya.
"Cantiknya ibu. Macam nak cari teman hidup baru je,"usikku sengaja mahu mencari pasal. Ibu mengampiriku lalu dipukul lenganku manja.
"Jangan nak mengada! Ibu setia dengan abah sampailah ibu mati,"aku dan Anisa ketawa.
"Awww. Sweetnya ibu Nisa ni. Nanti Nisa pun nak jadi macam ibu dengan arwah abahlah."
"Calon pun takde nak berangan lebih pula,"lidah dijelir kepadanya. Dia menjeling lalu memeluk tubuh ibu.
"Ada eh!"
"Tengok tu,bu! Belajar pun tak habis lagi dah nak menggatal,"ibu menggeleng laju.
"Eh, dahlah. Asyik nak bertekak je. Ni, Bella, Daniel mana?"ibu menyoal seraya terus duduk di atas sofa.
"Entahlah. Adik dia kata nanti dia orang sampai, dia call."
"Bella?"
"Hm?"
"Sejak bila Bella jumpa balik dengan Daniel? Ni siap nak keluar sekali ajak ibu semua ni, ada apa-apa ke?"
"Dialah doktor yang Bella selalu cerita tu. Adik dia suka sangat jumpa Bella. Tu yang dia ajak sekali. Tak kan Bella nak pergi seorang je. Awkward,"ibu memandang mataku dalam-dalam. Aku mula rasa tidak selesa.
"Bella suka dia lagi kan?"
"Ma, mana ada ibu!"
"Jangan nak banyak bagi alasan. Ibu tahu, anak ibu ni still ada perasaan dekat orang tu. Ibu pun pernah jadi muda macam Bella,"aku tertunduk.
Kenapa semua orang kena tanya soalan yang sama? Soalan yang boleh buat air mata aku gugur? Soalan yang susah untuk aku jawab? Aku penat nak hadap soalan sama. Nampak sangat ke yang aku memang cintakan Daniel? Sedangkan aku juga cuba untuk cintakan Farhan sama macam aku cintakan Daniel.
"Kan ibu dah kata,"wajah ibu dipandang dengan air mata yang sudah mula mahu gugur ke pipi.
"Ibu..."aku merintih seraya terus berlari ke arah ibu. Tubuh ibu dipeluk erat.
"Dah. Ibu dekat sini,"badanku diusap lembut. Sedikit sebanyak aku rasa bebanku selama ini sudah mula berkurangan.
"Bella tak tahulah ibu. Bella penat nak hidup macam ni."
"Bella. Dengar ibu cakap ni. Semua ni berkenaan hidup Bella. It depends on what you want and what you choose. If you choose Daniel, I will never question you. If you choose Farhan, I hope you happy with your decision. Choose wisely. I will support you whatever it is," pelukan makin diperketatkan.
Aku menangis sepus-puasnya. Anisa turut menenangkan diriku yang sedang emosi. Aku bersyukur, walaupun abah dah tak ada, tapi Anisa dan ibu masih ada denganku. Masih setia di sisiku. Masih menyokong tindakan dan keputusan aku. Asalkan semua itu terbaik untuk kami semua. Air mata diseka sebelum memeluk Anisa dan mencium pipi ibu lama.
"Thank you ibu, Nisa. Bella sayang ibu. Along sayang Nisa,"mereka tersenyum ke arahku.
"Along, Nisa pun akan ada dengan along. Kita orang akan support along."
Tangan ibu dan Anisa digenggam erat.
"Yang penting, jangan lupa doa, solat istikharah, minta pada Allah. Okay?"aku mengangguk lemah sebelum menjawab panggilan daripada Nadia.
------
Aku hanya mendiamkan diri sedari tadi. Masuk-masuk sahaja ke dalam kereta, Nadia menyuruhku duduk di tempat duduk hadapan kerana dia mahu duduk di belakang bersama ibu dan Anisa. Hatiku terasa mahu menjerit kuat. Sungguh aku tidak puas hati. Sengaja sahaja mahu aku duduk di sebelah lelaki itu.
Sepatah Daniel menyoal, sepatah yang aku jawab. Ish yang sudah nyenyak di pangkuanku dipandang lama. Mereka bertiga di belakang dipandang. Semuanya sudah tidur. Patutlah senyap. Kini, tinggal aku dan Daniel sahaja yang terjaga. Perjalanan yang hanya memakan masa dua jam itu terasa lama.
"Hm, Bella?"aku tidak menoleh juga tidak menjawab.
"Aku nak minta maaf,"suaranya kedengaran bergetar. Aku membuang pandangan ke luar kereta. Tumbuhan hijau dipandang penuh minat.
"Takde buat salah kenapa nak minta maaf?"air mata yang terasa mahu mengalir ditahan. Aku tidak mahu kerana tindakanku sendiri, Ish terjaga. Dia tidak tidur daripada pukul tiga pagi tadi kerana tidak sabar mahu berjumpaku. Kesian.
"Aku..."
"Saya nak tidur."
Aku memusingkan kepala ke kiri. Kepala disandarkan pada kerusi. Mata dipaksa untuk dipejam. Bukan mahu tidur. Cuma mungkin alasan itu sahaja yang mampu menutup mulut lelaki itu. Entah kenapa, aku rasa marah dengannya. Bagiku, dia pengecut. Tidak berani meluahkan isi hatinya.
Tanpaku sedar, air mataku mengalir perlahan ke pipi. Aku tidak mampu melelapkan mata kerana sudah cukup tidur malam tadi. Jadi, aku terus berpura-pura tidur.
"Aku minta maaf,"suara Daniel yang perlahan itu berjaya menarik perhatian telingaku.
"Aku sayang kau. Tapi, kau dah jadi milik orang lain. Aku tak nak jadi perampas. Aku cuma nak tengok kau bahagia."
Jantungku terasa seperti berhenti berdegup untuk beberapa saat. Mungkin ke Daniel tengah cakap pasal aku? Ataupun pasal perempuan lain?
"Aku tak mampu nak jaga kau. Cukuplah aku tengok kau bahagia daripada jauh,"air mataku mengalir lagi. Ditahan daripada teresak. Bimbang jika dia tahu aku tidak tidur dan sedang mencuri-curi dengar luahan hatinya itu.
Namun, tanpa ditahan aku terus menangis teresak-esak.
"Bella?"setelah dia memanggil namaku, aku terus membetulkan duduk. Aku memandang ke arah pantai yang terbentang luas di hadapan kami. Kereta juga sudah diparkir. Aku menoleh ke arah Daniel dengan air mata.
Mukanya memerah. Kini aku tahu. Luahan hatinya tadi adalah untukku. Mungkin dia ingat aku sudah terlena. Ish yang sudah terjaga terus diletakkan di atas riba Daniel. Tanpa berkata apa-apa, aku terus keluar daripada kereta.
Langkah diatur laju ke arah pantai. Aku berlari-lari anak ke arah batu-batu besar di tepi pantai tersebut. Setelah duduk di atas salah satu daripada batu-batu tersebut, aku kembali menangis dan melayani perasaan.
Selama ni, dia sayang aku? Kenapa dia pura-pura seperti dia langsung tak sayangkan aku? Kenapa dia seksa perasaan aku? Dia bahagia ke tengok aku menangis? Ataupun aku tak layak untuk dia? Mungkin dia sayang aku tak macam dia sayangkan Jasmin? Kenapa Daniel? Kenapa kau kejam sangat? Kenapa kau tak terus terang dengan aku?
"So, kau dengar semua luahan hati aku?"suara itu membuatkan aku terus menyeka air mataku. Dia duduk di sebelahku. Aku tidak menoleh ke arahnya. Aku terus mendiamkan diri. Hatiku masih sakit.
"Kau pun dah tahu kan yang hantar mesej-mesej tu semua aku?"
"Kenapa?"
"Kenapa aku buat semua ni?"
Aku menoleh ke arahnya sekilas sebelum kembali memandang laut yang membiru. Angin yang sepoi-sepoi bahasa yang sedang bertiup sangat menenangkan jiwa. Sedikit sebanyak perasaan sedihku mula hilang.
"Aku buat semua ni sebab aku malu. Aku malu nak terus terang dengan kau. Setiap hari aku kumpul keberanian aku untuk terus terang dekat kau. Tapi, hari tu, aku tahu kau dah bertunang. So, yeah. He's better than me. You both deserve each other. Maybe kau akan lebih bahagia dengan dia."
"Kenapa kau kejam sangat?"perkataan 'saya-awak' telah bertukar kepada 'kau-aku'.
"Cakaplah apa yang kau nak cakap pun. Aku akan hilangkan perasaan ni. Kau memang layak untuk lelaki tu. Lupakan jelah aku. Aku tak boleh nak bahagiakan kau,"aku memandang wajahnya penuh geram. Jantungku berdegup laju.
"Tapi aku lebih bahagia dengan kau!"
Dia ketawa.
"Lupakan jelah. Kalau kau bahagia dengan aku kenapa kau pilih dia?"
"Sebab dia terus terang dengan aku. He said he loves me. Aku pun ada life. Takkan aku nak sia-siakan hidup aku semata-mata nak tunggu kau luahkan perasaan kau?"
"See. Dia cintakan kau. Kau pergilah dengan dia. Dia boleh buat kau bahagia lebih daripada kau bahagia bila dengan aku. Aku dengan kau memang tak boleh bersama pun. Kau tu muda lagi. Aku dah macam abang kau. Dahlah. Buang masa je kita cakap pasal benda yang tak kan jadi pun."
"You know what? Aku benci kau Daniel. Aku benci kau sebab kau pengecut. Kau tak pernah nak turunkan ego kau tu. Kau terlalu sombong! Berlagak. Kadang-kadang bila difikirkan balik, aku menyesal kenal kau! Aku menyesal jadi kawan kau! Aku menyesal aku bodoh sebab cintakan kau even kaulah lelaki yang selalu buat aku menangis. Aku doakan kau bahagia dengan Jasmin!"tangannya sudah diangkat. Aku tidak terkejut. Entah apa yang telah merasukku untuk berkata sedemikian.
"Better kau pergi sekarang sebelum aku t..."aku terus bangun dan berlari meninggalkannya. Air mataku diseka. Sungguh aku mahu pulang.
Tapi, aku tak kan biarkan tindakan Ish pula kecewa dengan aku. Cukuplah Daniel sahaja yang sudah kecewakanku. Bukan setakat kecewa. Hatiku turut terasa sudah berkecai. Aku sudah mendapatkan jawapan. Aku sudah bertekad untuk memilik Farhan sebagai teman hidupku.
"Sebelum aku t...terus sayangkan kau."setelah dia menghabiskan kata-katanya, dia terus menangis sepuas-puasnya.
Bella adalah perempuan pertama yang boleh buat dia menangis sebab cinta dan sayang. Ya, dia memang pengecut. Sampaikan rela tengok orang yang dia sayang diambil lelaki lain. Tapi, apa yang boleh dia lakukan? Mungkin Bella memang bukan jodohnya.
------
"Kak Bella!"
"Hm?"
"Along mana? Tadi dia kata dia nak cari akak. Tapi, sekarang dia pula yang hilang. Akak ada nampak dia tak?"aku terdiam seketika sebelum menggeleng.
"Hm, takpelah. Kita susun makanan ni dulu. Nanti Nad cari,"tanpa banyak bercakap, kami menyusun bekas-bekas makanan yang dibawa di atas tikar. Pinggan dan cawan turut disusun kemas.
"Akak!"Ish terus berlari laju ke arahku sebelum memeluk tubuhku erat.
"Ish, boleh tak jangan lari-lari? Kalau along nampak Kak Nad juga yang kena marah!"Ish mencebikkan mulut.
"Kak Nad jahat! Tak macam Kak Bella. Baik. Sebab tu Ish sayang Kak Bella!"aku ketawa seraya terus meraup rambutnya ke belakang.
"Ish, tak baik cakap macam tu. Kak Nad bukan jahat. Dia cuma sayangkan Ish. Kalau Ish jatuh, siapa yang susah?"
"Ishlah yang susah. Ish yang jatuh bukan Kak Nad,"aku terus memicit pipinya. Dia menjerit.
"Tengok ni. Dah berpeluh dah. Meh, Kak Bella ikatkan rambut,"tanpa membantah, Ish memusingkan badannya menghadap laut.
"Kak Bella. Tengokkan Ish sekejap eh? Nad nak cari along kejap. Mana entah mamat ni pergi,"aku mengangguk laju.
"Ish! Along! Jom!!"jeritnya Anisa yang sedang membina istana pasir jauh daripada tempat kami duduk. Ibu pula sedang asyik termenung sambil melihat laut. Teringatkan abah mungkin.
Tanpa menunggu lama, aku mencapai tangan kecil Ish. Dia hanya menurut sahaja langkahku ke arah ibu dan Anisa. Kami terus membina istana pasir bersama-sama. Melihat Ish tersenyum bahagia, hatiku turut berasa bahagia. Kesian. Nasibnya sama seperti Yaya. Kecil-kecil lagi sudah tiada ibu. Cuma, Yaya bertuah kerana dia masih mempunyai ayah. Ayah yang penyayang seperti Farhan. Ish juga bertuah kerana mempunyai abang dan kakak yang baik.
------
"Along?"cepat-cepat diseka air matanya. Wajah Nadia dipandang dengan senyuman palsu dibibir.
"Along menangis ke?"Daniel ketawa.
"Please. Along bukan jenis kuat nangis macam Nad. Mata pedih je. Tak cukup tidur. Ish tu sibuk duk kejut along pagi tadi,"Nadia terus duduk di sebelahnya.
"Macam Nad percaya. Tadi along berbual apa dengan Kak Bella?"
"Mana ada berbual apa-apa. Tak jumpa dia pun,"Daniel berdalih. Matanya sedaya upaya ditahan daripada memandang ke dalam mata Nadia. Takut adiknya itu tahu yang dia sedang menipu.
"Along memang tak boleh menipu. Cakaplah."
"Along, along dah luahkan perasaan along dekat Kak Bella,"Nadia membulatkan matanya. Dia terkejut. Wajah Daniel dipandang tidak percaya. Betul ke ni alongnya? Dia masih tidak percaya.
Share this novel