If two hearts are meant to be together, no matter how long it takes, how far they go, how tough it seems, fate will bring them together to share their love forever-unknown
Aku meminta nombor telefon Daniel daripada Nadia. Setelah dia menghantar nombor Daniel melalui aplikasi WhatsApp, aku memerhatikan nombor tersebut. Kenapa macam pernah nampak nombor ni? Aku membuka messages. Setiap mesej yang dihantar diperhatikan satu per satu.
Nombornya sama seperti nombor yang selalu menghantar mesej kepadaku. Bukan ke tu nombor Farhan? Dahiku berkerut. Ataupun, itu memang Daniel? Tak mungkin Daniel yang menghantar ayat-ayat begitu kepadaku! Hatiku berdebar. Peluh sudah membasahi badanku.
"Assalamualaikum,"Farhan menyapaku sebaik sahaja dia menjawab panggilan. Aku menarik nafas dalam-dalam.
"Waalaikumussalam. Farhan?"suaraku terasa bergetar.
"Yes? What's wrong, wifey?"
"Farhan? Can I ask you something?"
"Yeah, sure. You nak tanya apa? Kenapa tak tunggu esok je?"
"It's urgent."
"Okay,okay. You may ask,"aku menarik nafas lagi.
"You ada mesej I ke? I mean you selalu ke mesej I?"jantungku berdegup laju.
"Er, kenapa you tanya ni?"
"Alah, jawab je,please?"
"Hm, you tahu kan I tak suka mesej-mesej ni. Kalau I nak tanya apa-apa pun I akan call,kan. Peliklah you ni. I jarang mesej you. Kenapa you tanya ni?"dadaku berombak. Selama ni, bukan Farhan? Nombor tu maknanya memang nombor Daniel?
"I tanya je. Takpelah, sorry, ganggu."
"Erm, wifey?"
"Hm?"
"You dah fikir ke?"
"I tak tahu Farhan. I tak fikir lagi. Bagi I masa?"
"Okay. Apa pun keputusan you, I terima,"aku hanya terdiam tanpa kata.
"Wifey?"
"Hm?"
"Do you have a plan for this saturday? Are you free?"
"Why?"
"I think I want to spend more time with you and Yaya. Maybe we can have a picnic together?"aku teringatkan permintaan Daniel yang mahu aku mengikuti mereka sekeluarga berkelah memandangkan Ish mahu bertemu denganku lagi.
"Let me think about it?"
"Sure. Call me, if you have the answer?"
"In Shaa Allah."
"Okay. Love you, wifey. Bye. See you later. Assalamualaikum,"aku terus memutuskan panggilan. Salam dijawab di dalam hati.
Aku bersyukur kerana aku belum lagi memberikan jawapan kepada Daniel mahupun Farhan. Aku perlukan masa untuk berfikir. Fikiranku teringatkan Daniel lagi. Aku mengeluh. Telefon dicampak ke atas tilam.
Entah kenapa aku mahu sahaja pergi ke rumah Daniel dan meminta penjelasan. Aku memang nak tahu jawapan daripada mulutnya. Kenapa dia buat semua benda ni? Kenapa dia menghantar mesej sebegitu sedangkan dia hanya menganggap aku seperti adiknya? Dia bukan cintakan aku pun. Tanpa dapat ditahan, air mataku mengalir laju ke pipi.
-------
Aku mendail nombor telefon Daniel setelah berkali-kali berfikir. Mungkin dah tiba masanya untuk dia terus terang denganku. Aku menarik nafas dalam sebelum menekan butang call. Panggilanku ditolak. Aku mencuba lagi. Namun, masih gagal.
Aku cuba menahan perasaan amarah. Nafas ditarik dan dihembus dengan betul. Setelah merasa tenang, aku mencuba sekali lagi. Gagal. Dengan perasaan geram, aku mencabut sim card daripada telefon dan terus dipatahkan. Langkah di atur ke bilik Anisa di sebelah.
"Nisa!"jeritku sambil mengetuk pintu bilik Anisa.
"Kejap!"setelah hampir dua minit menunggu, akhirnya pintunya terbuka. Wajahnya yang kelihatan segar dipandang.
"Kenapa along macam tak betul je ni?"
"Alah. Bisinglah. Jom teman along,"dia mengeringkan rambutnya dengan tuala di tangan.
"Nak pergi mana? Nisa ada dat..."dia menekup mulutnya dengan tangan kiri. Aku mengecilkan mataku.
"Date? Dengan siapa? Kata dah putus dengan budak mana tu, siapa nama dia?"Anisa menjeling.
"Biarlah dia. Alah, bukan date. Nak pergi minum-minum je. Baru nak kenal."
"Ah, kalau macam tu, bawalah along pergi jumpa dia sekali. Nak juga kenal bakal adik ipar along."
"Ei, sibuklah along ni!"
"Okay. Tapi jangan haraplah Nisa dapat jumpa dia lagi lepas ni!"aku terus melangkah laju ke arah biliku. Tanganku ditarik kasar. Aku tersengih kemenangan.
"Okay, fine! Along boleh ikut."
"Yeay! Sayang Nisa,"dengan pantas aku menutup pintu bilik.
T-shirt putih dan seluar jeans hitam disarungkan pada badan. Setelah menyikat dan mengikat rambut, aku menyarungkan cardigan labuh berwarna coklat cair. Beg tangan dicapai. Perfume disemburkan pada pakaian. Setelah merasakan semuanya sudah beres, aku terus melangkah ke tingkat bawah. Ibu sedang membaca buku di ruang tamu.
"Ibu,"panggilku manja sebelum memeluk tubuh ibu erat. Ibu memandangku pelik.
"Nak pergi mana ni?"aku tersengih.
"Nak keluar dengan Nisa. Bolehkan,bu?"ibu memandangku tidak puas hati.
"Ibu tengok Bella asyik keluar je. Bella tu bakal jadi isteri orang. Ibu tak nak nanti bila dah kahwin, Bella keluar sampai suami pun tak terjaga,"aku mencebikkan mulut.
"Please,bu? Nanti dah kahwin dah tak boleh macam ni dah. Ibu, Bella akan jaga suami Bella. Bella tak sanggup nak tengok suami Bella kena rampas dengan perempuan lain!"ibu mencubit lenganku manja. Aku ketawa.
"Mulut tu menjawab je!"
"Bella cuma cakap benda betul je!"
"Apa-apalah. Yang penting jaga diri. Tengokkan sikit Nisa tu. Makin gatal ibu tengok dia tu. Nanti karang, dia yang kahwin dulu,"aku ketawa lagi.
"Bella?"
"Hm?"
"Bella okay ke dengan Farhan?"aku memandang ibu lama. Lidahku menjadi kelu.
"Bella betul-betul nak kahwin dengan dia ke?"
"Kenapa...kenapa ibu tanya macam tu?"
"Taklah. Ibu tengok Bella macam tak serius je dengan Farhan tu. Nampak macam kena kahwin paksa,"aku tertunduk memandang lantai.
"Entahlah, bu. Bella, Bella..."
"Ibu!"belum sempat aku menjawab, Anisa sudah terjerit-jerit sambil berlari ke arah kami berdua.
"Ni nak pergi mana ni?"
"Along tak cakap dengan ibu ke?"Anisa memandangku tajam.
"Nisa, jaga diri. Ibu tak suka sebenarnya tengok anak-anak ibu keluar dengan lelaki tanpa ikatan ni. Kalau Nisa rasa Nisa dah ada calon, bawa dia jumpa ibu,"Anisa menggaru kepalanya sambil tersengih.
"In Shaa Allah,bu. Nisa baru je kenal dia. Nanti kalau kita orang dah serasi, Nisa akan bawa dia jumpa ibu,"ibu mengangguk lemah. Kami bersalaman dengan ibu sebelum bergerak.
Jauh di sudut hatiku, aku bersyukur Anisa datang tepat pada masanya. Sekurang-kurangnya, tak perlulah aku menjawab soalan ibu tadi. Entah kenapa, aku tak suka apabila orang bertanyakan soalan hubungan aku dan Farhan. Bagiku, untuk menjawab soalan berkenaan Farhan cukuplah susah.
Sebenarnya, tidaklah susah mana. Cuma entah kenapa, lidahku akan menjadi kelu untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Aku bukan tidak mahu menjawab, cuma kadang-kadang kejujuran itu amatlah menyakitkan walaupun itu yang terbaik. Aku cuma tak mahu sesiapa terasa hati terutamanya Farhan.
Cukuplah kenangan dahulu membuatkan hubungan aku dan Farhan terputus begitu sahaja. Aku tidak mahu Farhan pula kecewa denganku. Aku cuma mahu melihat dia dan keluarganya bahagia terutamanya Yaya. Budak itu kecil lagi. Tidak patut dia merasai zaman kanak-kanak tidak seperti kanak-kanak sebayanya.
"Along?"
"Hm?"wajah Anisa dipandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke arah bangunan-banguna pencakar langit di kanan dan di kiri jalan raya.
"Okay ke?"
"Okay je. Kenapa?"
"Takdelah. Along asyik termenung je daripada tadi. Fikirkan apa?"
"Pasal siapa lagi. Pasal dua orang lelaki tulah,"jawabku lemah.
"Along, along tak payah fikir sangat pasal dia orang tu. Along buatlah solat istikharah. Minta petunjuk mana satu yang terbaik untuk along. Tanya diri sendiri. Along rasa selesa dengan yang mana. Along lebih tahu apa yang along nak."
"Along cuma confius. Along cintakan abang Nad. Tapi, along tak tahu apa perasaan dia dekat along. Dengan Abang Farhan pula, dia cintakan along, tapi along tak boleh nak cintakan dia. Along tak nak kecewakan dia. Dia terlalu baik."
"Yelah, even dia kata dia okay dengan apa pun keputusan yang along buat, tapi mesti dia akan rasa kecewa juga. Kalau along cakap along tak nak kahwin dengan dia, dia tak boleh pun nak paksa along. So, dia terpaksa mengalah. Apa yang along nak buat?"
"Along buat dulu solat istikharah. Tengok, apa jawapan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita,"aku mengangguk lemah.
Air mata dikesat sebelum sempat ia jatuh ke pipi. Nafas ditarik dalam-dalam. Mata dipejam dengan hati mengharapkan Allah akan tunjuk apa yang terbaik untuk aku dalam masa terdekat.
------
Kami bergerak ke dalam kedai-kedai di dalam Wangsa Walk Mall sementara menunggu kedatangan teman lelaki Anisa. Sempat juga aku membeli baju baru dan dua helai shawl. Anisa memandangku pelik memandangkan aku tidak bertudung sehingga sekarang. Kadang-kadang, aku terasa malu dengan Anisa. Walaupun Anisa nakal, dia tidak pernah menunjukkan auratnya dengan lelaki yang bukan mahram baginya.
Aku ni, bukan setakat tidak menutup aurat, malah pergaulan dengan lelaki juga agak tidak terbatas. Pegang tangan sana sini. Selepas berkahwin dan bergelar isteri orang kelak, aku sudah berazam mahu menjaga aurat dan pergaulanku. Bukan kerana terpaksa, tetapi kerelaan aku sendiri.
"Along beli tudung untuk siapa?"aku tidak mampu menjawab apa-apa.
"Along nak berhijrah ke?"soalnya lagi. Suaranya terdengar teruja.
"Hm, along ingat nanti lepas kahwin, along nak cuba pakai. Along dah banyak buat dosa,"Anisa mengenggam tanganku erat. Dia tersengih.
"Along, apa pun keputusan along, Nisa akan sokong. Nisa happy kalau along ada rasa nak tutup aurat macam yang sepatutnya kita buat."
"Kalau ibu tahu, mesti ibu happy,"aku mengangguk lemah. Mestilah. Ibu mana je tak nak tengok anaknya berubah menjadi wanita solehah.
"Ibu akan happy. Sebab abah dah tak perlu nak tanggung dosa along lagi. Along bukan anak yang baik,"air mataku terasa sudah mengalir di pipi. Air menyeka air mataku dengan tangannya.
"Jangan cakap macam tu. Ibu happy sebab along dah tahu mana yang haram, mana halal. Takpe, slow slow berubah. Jangan memaksa. Asalkan semua tu datang daripada sini,"dia meletakkan tangan kanannya ke hatiku. Aku memeluknya erat.
"Thank you Nisa. Along sayang Nisa. Along harap kita dapat jadi anak yang baik untuk ibu dan abah. Walaupun Nisa bukan darah daging along, tapi along sayang Nisa lebih daripada diri along sendiri. Along syukur ibu dengan abah ambil Nisa masuk dalam keluarga kita orang."
"Nisa pun sayang along! Dah, jom kita pergi minum dulu sementara nak tunggu kawan Nisa,"kami berpimpin tangan melangkah bersama-sama.
Hampir setengah jam menunggu, akhirnya rakan lelaki Anisa tiba juga. Aku memandang wajah budak lelaki itu tidak percaya. Dia juga terkejut sebaik sahaja Anisa memperkenalkan aku sebagai kakaknya.
"Aiman?!"
"Er, Kak Bella?!"Anisa memandang aku dan Aiman silih berganti. Aiman hanya mampu tersengih. Aku mengukirkan senyuman tawar. Kepala digaru. Anisa memandang kami dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.
Share this novel