Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan-Imam al-Ghazali
"Bella, bangun sayang. Nanti lambat pergi kelas. Cepat bangun,"ibu mengejutku lembut sambil duduk di birai katil. Rambut panjangku diusap perlahan.
"Tak boleh ke Bella skip kelas harini? Bella rasa tak sedap badanlah,"dengan mata yang masih mamai,aku bangun daripada tidur. Aku menguap beberapa kali. Tubuh kecil ibu dipeluk erat.
"Kenapa ni?"ibu menyentuh dahiku dengan muka yang beriak cemas.
"Tak panas pun. Bella cuba nak tipu ibu lagi,eh? Kalau itulah niat Bella,ibu takkan terperdaya lagi kali ni. Bangun,mandi terus bersiap. Lepas sarapan, kita gerak,"aku mengeluh perlahan.
"Hm,ok,"balasku akur. Well,takkan nak melawan. Lagipun,untuk kebaikan aku juga.
"That's my girl"
------
Dengan pantas, aku mencapai baju kurung yang tergantung di dalam almari. Harini tiba-tiba mood baik pulak nak berkurung bagai. Selalunya baju kurung ini bila nak ke kenduri kahwin ataupun sewaktu raya jelah aku pakai.Siap menyikat rambut panjangku, aku mengambil beg dan bergerak ke tingkat bawah. Ibu mesti dah mula membebel seorang diri.
"Cepat sayang.Kita dah lambat. Harini ibu ada appointment dengan patients!"cepat-cepat aku mencapai beberapa keping roti sandwich di atas meja dan berlari ke luar.Sandal berwarna hitam dimuatkan pada kaki.
"Lepas kelas,terus balik ok?Ibu tak sempat nak ambil Bella harini.Bella naik grab or uber eh?Bolehkan?"aku mengangguk malas.Macam tak biasa.
"Jom,"kami masuk ke dalam perut kereta dan terus bergerak laju.
------
Aku terus melangkah ke dalam bilik kuliah. Kelihatan semua mata sedang memandangku. Wajah masam mencuka Prof.Iwani membuatkan jatungku laju sahaja berdegup. Peluh terasa sudah membasahi hampir sepenuh tubuhku. Dia kelihatan sedang menarik nafas yang penuh dengan amarah beberapa kali.
"Setiap hari awak lambat. Awak tu pelajar. Sedar diri sikit. Kalau nak belajar, buat cara nak belajar. Sebab inilah saya tak setuju bila universiti ni benarkan pelajar-pelajar balik and stay dekat rumah. Hari-hari ada je yang datang lewat. Alasannya balik-balik jammed,kereta rosak,terlepas bas. Kali ni apa alasan awak?"soal Prof.Iwani menahan sabar.Kakiku sudah terasa lemah.
"Maaf,Prof. Saya tahu salah saya. Saya akan cuba datang awal untuk kelas yang lain,"aku tidak berani hendak pandang wajah wanita berusia itu. Dia memang terkenal dengan sifatnya yang garang tak bertempat. Kadang-kadang rasa menyesal pilih untuk masuk dalam kelas dia. Patutnya daripada awal lagi aku ambil kelas Prof.Mahathir. Nampak je garang,tapi orang kata,dia la Professor paling sporting dekat sini.
"Boleh tak awak kalau bercakap dengan saya pandang muka saya? Awak ingat saya bercakap dengan dinding belakang awak tu ke? Dahlah. Saya dah malas nak peduli pasal awak lagi. Awak nak datang ke taknak datang ke,saya taknak kisah lagi dah. Lagipun,yang nak belajar bukan saya,tapi awak,"dia memandangku dengan penuh kebencian.Kemain dia perli aku. Ergh,nasib baiklah aku yang pelajar. Sabar jelah.
"Dah pergi duduk,"aku mengangguk lalu bergerak ke arah kerusi di sebelah lelaki berbaju biru muda.
Malangnya,kerusi itu sahaja yang kosong.Yang lain semua dah penuh. Di akhir sesi pada pagi itu, namaku dipetik lagi.
"Isabella,awak dengar tak apa yang saya cakap ni?"aku tersentak. Dah tu memang aku tengah makan keropok pun sekarang ni kan. Ada jelah yang nak cari pasal dengan aku. Rindu agaknya kalau sehari tak cari pasal.
"Saya tengah dengarlah apa yang prof cakap,"balasku dengan nada yang agak tinggi.
"Melawan. Macam manalah ilmu nak berkat!"aku hanya pekakkan telinga. Macam yang selalu ibu cakap,kadang-kadang kita hanya perlu pekakkan telinga dan anggap ianya tak wujud.
"Saya ada benda nak cakap. Hari ni,adalah hari terakhir saya mengajar di sini. Minggu depan, akan ada pensyarah baru yang akan ganti tempat saya. Harap kamu semua bergembira dengan berita ni,"terus dia memandang wajahku selepas dia selesai bercakap.
Oiemji! Dia memang tak puas hati dengan aku. Baguslah. Aku memang bahagia pun kalau dia tak ada dan tak serabutkan hidup aku lagi. Memang ni pun yang aku tunggu-tunggu selama ni.
------
Sampai sahaja di cafe, cepat-cepat aku mengambil tempat duduk di meja betul-betul bawah kipas. Panas-panas macam ni,memang sedaplah kalau duduk tempat berangin ni. Beg diletakkan di atas meja tersebut.Mujurlah tak sesak cafe harini. Kalau tak,nak beli nasi ayam pun berjam-jam nak tunggu turn.
Selesai sahaja membuat pembayaran,aku segera duduk dia tempat tadi. Kelihatan sudah ramai pelajar yang berasak-asak masuk menyerbu makanan. Sebiji macam tak makan sebulan. Lol. Sama jelah macam aku pun. Padahal dekat rumah tadi takdelah lapar mana.
"Ada orang?"macam kenal suara ni.Aku mendongak memandangnya . Mata dipandang ke kiri dan ke kanan. Padanlah baik je. Takde tempat kosong rupanya. Kalau tak jangan haraplah dia nak bermesra-mesra dengan orang.
"Duduklah. Takde siapa marah,"pelawaku acuh tak acuh. Ikutkan hati memang taknak pun. Nanti orang kata apa pulak. Dahlah terpaksa duduk berhadapan. Nasiblah nasi aku pun dah nak habis. Selesai makan dan minum,aku terus mencapai beg dan bangun untuk berlalu pergi.
"Sombong,"aku yang baru sahaja hendak melangkah terus duduk kembali.Wajah lelaki itu dipandang bengang.
"Excuse me?Apa awak cakap?"aku mengecilkan mataku memandang matanya yang sepet. Sengaja hendak panaskan hatinya.
"Sombong. Dah,puas hati?"aku terus melangkah meninggalkannya. Buang masa je layan lelaki noob macam tu. Tak hinginlah woi aku nak pandang muka kau. Nasib aku baik je. Sedap mulut kata orang sombong. Dia yang tak bergaul.
Beep beep beep!
Bunyi itu berulang berkali-kali. Siapalah yang rajin sangat nak mesej aku banyak macam ni? Inbox dibuka. Mataku terbeliak membaca mesej yang tertera.
Assalamualaikum.
Sihat?
Awak cantik Harini.
Kalau tak keberatan,tegur-tegurlah saya.
Dah lama saya usha awak,Bella [love]
"Ya Allah,geli geliman aku. Siapa punya kerja ni,eh?"berkerut dahiku cuba mengingati berapa ramai lelaki yang aku kenal sejak masuk ke sini. Tak ramai. Farid,Daim dengan... mamat poyo tu jelah. Takkan mamat tu. Mustahil. Orang sombong macam tu mana ada hati. Hati pun dah mati. Dah tu,takkan Farid dengan Daim pulak. Rasanya dia orang dah ada makwe. Maybe dia ni aku belum pernah tengok . MAYBE.
Setelah aku melangkah masuk ke dalam bilik kuliah tersebut,aku terus mencari tempat duduk kosong. Aih,ada dua tempat kosong je. Tepi dia pulak tu. Apalah nasib aku harini.
"Apa pandang-pandang?"soalku geram sebaik sahaja mata lelaki itu sedang memerhatikan pergerakanku sejak daripada pintu masuk. Creepynya mamat ni.
"Hello,aku tengah pandang perempuan depan tu. Tolong jangan perasan,eh?"aku terus menjelingnya tajam. Malangnyalah aku ni. Asyik-asyik kena duduk sebelah dia. Kerusi sebelah patah pula. Kalau tak memang tak hinginnya nak duduk sebelah orang macam dia ni.
"Kau memang sengaja eh masuk kelas lambat sebab nak duduk sebelah aku?"aku menarik nafas perlahan-lahan. Sabar jelah.
"Kalau kerusi sebelah aku ni tak patah,dah lama tau aku duduk situ.Kau kalau bercakap,tolong pandang-pandang sikit eh. Aku takde niat langsung nak duduk sebelah lelaki sombong macam kau. Muka biar tak hensem tapi jangan bodoh,"terus aku mengambil earphone di dalam beg dan terus disumbat ke dalam lubang telinga. Malas nak dengar suara mamat ni. Buat serabut otak je. Ingatkan bila Prof.Iwani takde,aman dah hidup aku. Rupanya,ada lagi kaum kerabat dia yang tercicir kat sini.
"Ok,harini,saya nak bahagikan pasangan untuk presentation next week.Saya harap seminggu yang saya bagi dah cukup untuk siapkan kerja tu selengkapnya. Saya panggil nama,terus duduk sama-sama dan berbincang,"aku menarik nafas panjang. Tolonglah jangan dengan mamat sebelah ni. Tolonglah. Aku dah cukup penat nak tengok muka dia. Dengar suara dia je dah cukup menambahkan stres aku.
"Isabella dan Farhan. Ok,bergerak sekarang,"aku tercari-cari manusia bernama Farhan. Takde seorang pun lelaki yang datang ke arahku. Tiba-tiba aku terpandang buku nota mamat sebelah yang tertulis 'Andy Farhan'. No way. Takkan dia! Mesti ada Farhan lain dalam kelas ni. Takkan seorang je Farhan. Lagipun Prof tak mention pun Farhan apa. Dia just sebut 'Farhan'.
"Kau cari apa?"soalnya bosan.
"Cari partner akulah. Takkan cari kau pula,"dia terus menarik aku ke arahnya. Betul-betul rapat . Aku boleh dengar hembusan nafasnya yang cukup hangat.
"Nampak tak?Pandai baca?"dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah buku nota tadi. Aku terpaksa akui,dia memang partner untuk presentation nanti. One week will be the worst week ever. I swear.
"Ingatkan ada lagi Farhan dalam kelas ni. Baru ingat nak bahagia sikit dapat pair dengan lelaki hot,"dia memandang wajahku dengan mata yang makin menyepet. Ingat comel ke?
"Kau memang tak layak dengan lelaki-lelaki hot tu. Dah,kau tolong stop membebel,sebab aku nak bincang pasal topic yang kita dapat ni,"aku hanya mampu akur dan mendengar. But,one thing I know about him, he's not bad as I thought. Sometimes,I like certain things about him. Yes,I shouldn't judged him before I know he well. I had no right to think bad about him. I think,he will be a good friend to me. I guess. Lol.
Share this novel