Never ignore a person who loves you, cares for you and misses you because one day,you might wake up and realize you lost the moon while counting the stars- unknown
Melihatkan dan menyedari diriku masih dalam pelukan Daniel, cepat-cepat aku menolak badannya jauh daripadaku. Aku membetulkan baju pada tubuh. Wajah Daniel tidak dipandang. Malu apabila ditangkap sedang berkeadaan begitu oleh Ish.
Ish mengecilkan matanya. Dia memandang aku dan Daniel silih berganti. Ya Allah, malunya. Rasa nak menyorok bawah ketiak ibu sekarang ni. Ish melangkah mendekatiku. Dia tersengih gatal. Apa agaknya yang ada dalam fikiran budak kecil itu?
"Ha, apa yang akak buat dengan along tadi?" wajahku terasa berbahang. Aku tersengih dengan kerutan pada kening. Nak jawab apa ni?!
"Er, apa Ish ni? Kitaorang tengah basuh pinggan tadi,"Daniel menepuk dahinya. Aku sudah kesuntukan idea. Jawapan tak logik pun keluar.
"Oh, tak tahu pula orang basuh pinggan kena peluk-peluk macam tu,"ayat selambat budak itu membuatkan keadaan bertambah awkward. Macam mana dia boleh terfikir ayat macam tu? Macam orang tua bercakap je gayanya. Makin malu aku dibuatnya.
"Ish, along cuma tolong akak Bella je. Dia nak terjatuh tadi. Dah, jom, keluar,"Daniel menarik tangan Ish lembut. Ish masih tidak berganjak daripada tempat dia berdiri.
"Alah, along tipu. Kalau nak tolong kenapa sampai kena peluk-peluk? Ahhh, along suka kak Bella, ye?"Ish tersengih sambil mengangkat kening kirinya. Aku menggigit kuku. Alahai, budak ni. Rasa nak tutup mulut dia tu.
"Eh, apa Ish merepek ni? Dah, jom! Jangan nak mengarut. Along merajuk karang,"Daniel mendukung Ish sebelum melangkah meninggalkan aku seorang diri di dapur. Ish menoleh ke arahku. Dia menunjukkan gaya 'I see you' kepadaku sebelum memandang wajah Daniel dengan senyuman penuh makna.
"Aduh! Matilah aku. Mulut budak tu bukan boleh percaya. Karang dia canang cerita dekat semua orang,"bebelku sendiri sebelum melangkah ke arah ruang tamu.
"Lamanya. Buat apa dekat dapur?"soal Nadia yang sedang bersembang dengan Anisa di atas sofa. Aku mencapai beg tangan sebelum menarik tangan Anisa kasar. Anisa hanya menurut dengan wajah pelik.
"Kenapa?"
"Nak baliklah! Dah pukul berapa dah ni. Nanti ibu bising pula!"Anisa mencebikkan mulut.
"Cepatnya nak balik?"soal Nadia seraya berdiri mendekati kami. Daniel yang sedang mendukung Ish memandang kami dengan wajah yang tiada riak. Gayanya macam tiada apa yang berlaku tadi.
"Haahlah, kak. Apa kata akak tidur sini? Along pun macam suka je akak datang rumah Ish!"Ish tersengih. Aku terdiam. Budak ni kan!
"Tak boleh. Ibu akak dah call suruh balik. Terima kasih jemput datang rumah. Sedap masakan tadi. Jumpa nanti, ye?"Nadia mengangguk. Daniel menurunkan Ish. Ish terus datang memelukku erat.
"Nanti datanglah lagi. Bila-bila masa Nad boleh masak."
"Akak, nanti kita jumpa lagi, eh? Ish suka akak. Kalau boleh, Ish nak akak jadi kakak Ish!"wajahku memerah. Malu pula.
"Hai, Ish. Tak cukup ke kakak Ish dua orang? Nak tambah lagi seorang ke?"Daniel memandang wajahku penuh makna. Pandangan dialihkan daripada memandang wajahnya. Bertambah malu jadinya.
"Biarlah! Akak Bella baik. Ish suka dia!"
"Okay, Ish. Nanti In Shaa Allah, akak darang lagi,"dia tersengih. Kami ketawa.
"Janji?"
"Ye, janji!"kami bersalaman sebelum melangkah meninggalkan rumah itu. Anisa hanya diam. Tak puas berbuallah tu. Ini yang malas nak ajak tadi. Mengada betul!
------
Sampai sahaja di rumah, kelihatan Farhan sedang berbual mesra dengan ibu. Anaknya, Yaya yang sedang duduk diam di atas riba ayahnya itu menoleh ke arah kami.
"Daddy, auntie Bella dah balik!"jeritnya dengan suara nyaring. Jarang betul budak kecil itu bersuara. Dia akan bersuara jika perlu sahaja. Berbeza dengan ayahnya yang bersuara tidak kira masa, tempat dan keadaan. Mereka memandangku dengan senyuman.
"Nisa naik dulu,"Anisa mendaki anak tangga dengan laju. Tak puas hati pasal tadilah tu. Aku mengeluh berat. Nak kena hadap hal yang satu ni pula.
"Bella, duduk sini. Ada benda bincang sikit dengan Bella,"pinta ibu sambil tersengih lebar. Mesti dah cair dengan Farhanlah ni. Lelaki itu memang mahir dengan ayat-ayat manis ni. Aku duduk tanpa banyak bicara.
"Farhan datang ni nak minta kebenaran ibu. Nak jadikan Bella isteri halal buat dia. Bella setuju tak?"aku terdiam. Wajah ibu kelihatan sangat gembira. Mungkin ibu terlalu berharap aku menjadi isteri Farhan suatu hari nanti.
"Ibu memang berkenan sangat dengan Farhan. Lagipun, bukannya orang lain. Kau orang dah kenal lama dah kan? Kalau dah setuju, benda baik macam ni tak boleh lambat-lambatkan,"Farhan tersenyum manis. Dia mengenyitkan mata ke arahku.
"Ibu, Bella tak habis fikir lagi..."wajah ibu mula bertukar serius. Tiada lagi sengihan lebar di wajah tuanya.
"Farhan dah bagi kamu masa lama dah. Tak kan still no answer?"
"Look, Bella. I tak kan paksa you. I akan hormat apa pun keputusan you. Kalau you rasa you love me, and I'm the one for you, you should say yes. But, if you think you love me like you love your friend, you should refuse it," aku menarik nafas dalam.
Farhan. Dia memang baik. Dia cintakan aku. Dia sayang aku. Aku tahu, walaupun dia pernah buat perkara yang tak patut dulu, tapi sekarang dia dah berubah. Aku dah nampak usaha dia untuk dapatkan aku balik. Tapi Daniel, Daniel tak cintakan aku. Daniel tak sayang aku. Dia sendiri cakap dia masih cinta dan sayangkan Jasmin. Walaupun aku bahagia setiap kali ada dengan dia, tapi dia tak rasa benda yang sama. Dia anggap aku adik. Kawan sekerja. Tak lebih daripada tu.
Aku memandang ibu lama. Beralih pula pada Farhan. Aku menarik lagi nafas dalam-dalam. Aku tahu, aku patut buat kelutusan yang betul. Aku dah ada jawapan.
"I think you're the one for me. I want to be your wife, Farhan,"Farhan menjerit gembira. Ibu terus memelukku erat.
Aku harap keputusan yang aku buat ni, akan bawa kepada kebahagiaan aku. Aku harap, aku tak kan menyesal dengan keputusan sendiri. Aku memeluk Yaya. Yaya tersengih. Pipi paunya dia cium lama. Tak lama lagi, dengan izin Allah, aku akan jadi isteri kepada Farhan dan mama kepada Yaya. Mungkin mereka akan jadi hadiah terbaik buat aku tahun ni. Aku akan jadi isteri dan ibu yang terbaik. Jauh di sudut hati, aku memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga. Aku tersenyum bahagia.
------
Hari ini merupakan hari pertunangan aku dan Farhan. Tidak ramai yang dijemput. Ibu mahu semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Kalau ramai-ramai katanya takut ada banyak pula masalah nanti. Rumah kami yang sederhana besar itu dipenuhi saudara mara aku dan Farhan. Hanya kawan-kawan rapatku sahaja yang dijemput. Nanti bila majlis resepsi, barulah boleh ajak satu hospital.
Aku menyarungkan baju kurung moden berwarna putih. Solekan tipis disapukan pada wajah. Tak mahu melebih-lebih. Rambut disanggul rapi. Tudung dipakai kemas. Terasa mahu berjinak-jinak memakai tudung. In Shaa Allah, suatu hari nanti, aku mahu berhijab. Cuma mahu menunggu masa yang sesuai.
"Pergh, lawa gila kau, Bella!"puji Wafa kuat. Dia memandangku tidak percaya. Aku hanya mampu tersengih malu. Jarang dipuji begitu. Bila dah dapat, malu pula rasa.
"Ah kau! Bab membodek pandai eh!"lengannya dipukul kuat. Dia ketawa. Izzah yang berada di sebelahku turut ketawa. Perutnya diusap manja. Perutnya sudah kelihatan membuncit sedikit.
"Seriuslah. Lawa, Bella. Aku pun mengaku kau memang lawa hari ni,"Izzah menolak tubuhku perlahan. Kami ketawa kuat.
"Untunglah, Farhan. Dapat isteri lawa, hot, pandai pula tu. Rugi siapa yang tolak kau!"Wafa mengangkat keningnya.
"Kan! Kak Zai yang perempuan ni pun dah cayaq. Apatah lagi hat lelaki-lelaki dekat luar tu," makin dilayan, makin menjadi-jadi. Aku hanya mampu menggeleng. Tidak mampu ketawa lagi. Perut terasa senak. Daripada semalam asyik ketawa tak henti.
"Dahlah. Malu tau kau orang puji macam tu. Takpe, aku memang hari-hari lawa. Kau orang je tak perasan."
"Elelele, tampaq pipi sat gi baru tau. Menyampah! Ni yang malas nak puji. Nanti perasan ja lebih."
"Mana ada perasan, Kak Zai. Bella memang lawa pun,"aku membuat wajah berlagak. Mereka memukul badanku manja.
"Blahlah kau!"Wafa menjeling.
"Ni ha, Kak Zai dengan Wafa, bila boleh makan nasi minyak kau orang pula?"soal Izzah sengaja mencari pasal.
"Boleh. Minggu depan Kak Zai belanja makan nasi minyak dekat restoran mamak. Nak dak?"
"Eh, restoran mamak ada jual nasi minyak ke?"soal Wafa. Alah, dia ni. Lambat betullah! Bergurau dengan serius pun tak boleh beza.
"Loading betuilah hang ni Wafa. Kak Zai melawak ja. Boleh jangan serius sangat boleh dak? Serabut kepala ni."
"Girls, jom! Kau orang ni bercakap, tak ingat dunia. I dah penat dengar you all bercakap daripada malam semalam lagi,"komen Joji yang sedang berdiri sambil bersandar pada dinding. Kami mencebikkan mulut.
Majlis berjalan dengan lancar. Selepas aku bergelar tunang kepada Farhan, kami disuruh untuk menangkap gambar kenang-kenangan. Banyak gambar yang berjaya diambil. Aku menyuruh Wafa mencuci semua gambar di dalam kameranya itu untuk di simpan di dalam album. Nanti kalau dah beranak cucu, bolehlah tengok balik gambar-gambar tu semua.
Walaupun sekarang ni zaman serba canggih, aku tetap memilih untuk menyimpan gambar di dalam album dan bukannya di dalam telefon atau komputer. Nanti hilang juga gambar-gambar tersebut. Lagi selamat, jika disimpan di dalam album.
Sebaik sahaja semua tetamu sudah pulang, Mak Su bercadang untuk tinggal di rumah kami selamat semalaman. Esok pagi, mereka mahu pulang ke kampung sebelum bertolak ke Singapura kembali. Sebelum tidur, aku bermain dengan anak kembarnya. Comel. Sungguh tembam pipi mereka berdua. Rasa macam nak gigit je. Comelnya sangat! Teringin nak ada anak sendiri. Aku tersenyum sendiri.
Telefon berdering. Aku menjawab tanpa melihat siapa yang sedang berada di hujung talian.
"Assalamualaikum,"suara itu menyapa. Suara lembutnya cukupku kenali.
"Waalaikummussalam, Nad! Kenapa call akak malam-malam macam ni? Tak tidur lagi ke?"
"Akak tak cakap pun akak dah bertunang! Tak ajak pula tu. Sampai hati! Tak lagi. Tak mengantuk. Tiba-tiba baru teringat nak cakap congratulation lepas Anisa bagitahu akak bertunang pagi tadi,"aku terasa bersalah. Anisa ni memang tak boleh tutup mulut agaknya. Geram betul.
"Sorry. Akak bukan tak nak ajak. Tapi kita orang memang ajak sikit je. Nanti akak kahwin, akak bagi Nad meja VVVIP,"dia ketawa kuat.
"Suka sangat. Cakap dengan siapa tu?"aku dapat mendengar suara Daniel di hujung talian walaupun tidak berapa jelas. Lama Nadia mendiamkan diri. Mungkin sedang bercakap dengan Daniel.
"Hello, kak. Sorry. Along ni sibuk je. Dekat mana kita tadi?"
"Nanti akak ajak Nad. Jangan risau. Dahlah, Nad. Pergi tidur. Nanti along bising pula. Jumpa nanti!"
"Okay, kak. Thank you! See you later. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam,"Nadia memutusukan talian. Aku menguap beberapa kali sebelum melangkah dengan mata yang sudah tidak mampu dibuka ke bilik. Terpaksa tidur sebilik dengan Anisa hari ni memandangkan biliknya dihuni Mak Su sekeluarga.
Aku tersedar daripada tidur sebaik sahaja mendengar pekikan Anisa. Apalah yang budak ni melalak pagi-pagi macam ni? Nak mandi, mandi jelah. Aku membuka mata dengan payah. Baru sahaja aku hendak melangkah ke bilik mandi, telefonku berbunyi beberapa kali. Siapalah yang rajin sangat nak mesej ni? Mesti Farhan! Telefon di atas meja tepi katil dicapai.
Hey, cutie-pie! Enjoy and have a nice day ;)
Aku melihat nombor penghantar. Bukan nombor Farhan. Mungkin dia ada nombor lain. Aku tersengih lebar dan mula membalas.
You too, Farhan [kiss]
Setelah mesej berjaya dihantar, aku meletakkan kembali telefon di atas meja. Kaki melangkah ke arah bilik mandi dan mula mengetuk pintu kuat. Anisa di dalam langsung tidak mengendahkan ketukanku. Aku mengeluh. Tak guna punya adik! Dia boleh buat tak tahu je? Tengah berangan kahwin dengan anak rajalah tu. Aku ketawa seraya menggeleng kepala. Nisa, Nisa.
-----
Aku mengangkat panggilan daripada nombor yang menghantar mesej kepadaku pagi tadi. Apa agaknya yang Farhan nak? Aku menarik nafas dalam sebelum menolak butang hijau.
"Hello?"
"Hi, assalamualaikum,"aku tersneyum sebaik sahaja mendengar suara Farhan menyapa.
"Waalaikummussalam, Farhan. You nak apa call? Tadi baru call. Takkan dah rindu?"aku ketawa kuat. Panggilan terus dimatikan. Dahiku berkerut. Apahal dia putuskan panggilan? Merajuk ke? Tapi, tadi call aku okay je berayat manis bagai.
"Along!"Anisa terus menerpaku daripada belakang. Aku memukul lengannya kuat.
"Jangan terkejutkan along macam tu boleh tak?!"aku mencebikkan mulut dan menjeling tajam ke arahnya. Jambangan bunga di tangan Anisa dipandang lama. Anisa sudah tersengih lebar.
"Hai, untunglah pakwe bagi bunga. Along ni even dah tunang, abang Farhan tak pernah bagi bunga,"Anisa ketawa. Jambangan bunga tersebut dihulurkan kepadaku.
"Seriuslah? Dah tu ni daripada siapa kalau bukan daripada abang Farhan along tu?"dahiku berkerut.
"Kenapa abang Farhan nak bagi dekat Nisa pula?"Anisa mencubit pipiku. Aku menjerit kuat. Anisa ketawa.
"Jangan blur sangat boleh tak? Ni untuk alonglah. Bukan untuk Nisa. For your information, Nisa dengan Akil dah putus lama dah. Tak romantik langsung!"jambangan bunga tersebut dihulurkan kasar kepadaku. Aku mengambilnya lambat-lambat.
"Er, Nisa. Nah, ambillah!"
"Bukan untuk Nisa! Ambillah, abang Farhan dah bagi kan?"
"Ni bukan daripada dia. Dia tak pernah bagi benda-benda macam ni dekat along. Membazir je. Lagipun, dia tahu akak memang tak suka bunga!"
"Dah tu, maknanya bunga-bunga tu semua bukan abang Farhan yang bagi?"soal Anisa seraya menunjukkan bunga-bunga yang kuletak di atas meja. Sudah enam jambangan bunga yang kudapat sejak aku bekerja di HKL. Semuanya tidak diketahui siapa pemberinya.
"Along selalu dapat. Tapi, tak tahu siapa yang bagi. Kadang-kadang dapat sekali dengan chocolate. Cincin yang hari tu pun dia yang bagi."
"Secret admirer alonglah tu yang bagi! Ya Allah, untungnya. Ei, along tak nak siasat ke siapa yang bagi benda ni semua dekat along?" aku mendiamkan diri. Betul juga. Aku memang nak tahu siapa yang bagi semua ni dekat aku.
"Nak, tapi takde masalah Nisa."
"Takpe, Nisa tolong. Kalaulah Nisa dapat orang macam lelaki tu, untungnya Nisa. Romantik kan lelaki tu?"aku mencebikkan mulut. Mulalah tu nak berangan.
"Ambillah. Along dah ada abang Farhan,"aku ketawa.
"Nisa tahu, along tak cintakan abang Farhan kan?"aku terdiam. Aku duduk perlahan-lahan di atas katil. Nisa melutut seraya mengenggam erat tanganku.
"Apa Nisa ni. Along cintakan dialah!"
"Tak. Nisa tahu. Along kenal ke dengan abang Daniel tu?"
"Hm, kenapa Nisa tanya macam tu?"
"Sebab, time dekat rumah Nad haritu, setiap kali along pandang abang Daniel tu,mata along macam bercahaya. Lain sangat. Macam, along ada perasaan dekat dia. Kalau dengan abang Farhan, Nisa tak boleh nampak semua benda tu. Along tak anggap abang Farhan tu lebih daripada kawan kan?"air mataku mula mengalir.
Aku tak tahu nak bagi jawapan apa. Serius. Aku malu. Malu dengan Anisa. Aku malu nak luahkan semuanya.
"Nisa, along..."air mengesat air mata. Nafas ditarik dalam sebelum bersuara.
Share this novel