BAB 10

Romance Completed 52907

Kadang-kadang, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Terimalah dengan hati terbuka. Setiap yang Allah beri, adalah terbaik untuk kita dan hidup kita-unknown

Aku mencapai surat di tangan ibu. Selepas ibu memberitahu mengenai surat tawaran untuk menyambung belajar ke Trinity College Dublin,Ireland, aku terus terdiam. Aku tak tahu nak rasa apa. Sedih ataupun bahagia. Sedih sebab kena tinggalkan ibu seorang diri dekat sini. Tak ada siapa nak teman ibu nanti. Aku terpaksa tinggalkan orang yang aku sayang di sini. Lima tahun. Lima tahun aku tak boleh jumpa ibu. Kalau nak ulang alik, banyak nak kena pakai duit. Kami bukannya kaya. Duit pun cukup-cukup makan.

"Ibu rasa, patut ke Bella pergi?"ibu memukul lenganku lembut.

"Apa punya soalan ni? Mestilah patut. Ibu memang nak Bella masuk situ. Dah, keputusan ibu muktamad. Bella nak atau tak, Bella still kena pergi,"badanku dipeluk sekejap. Tiba-tiba hatiku terasa berat.

"Tapi,.."

"No tapi,tapi. Ibu nak Bella pergi. Okaylah. Ibu kena pergi dah ni. Balik nanti kita bincang. Esok ibu minta cuti. Boleh kita beli barang."

Ibu berlalu daripada situ. Macam mana aku nak sampai hati tinggalkan ibu? Lima tahun kot. Lama sangat. Tak boleh ke aku belajar dekat sini je? Haih.


------

Aku memandang wajah ibu lama. Sampai sahaja di rumah, ibu terus memanggilku untuk berbincang. Aku tertunduk memandang lantai.

"Bella, ibu nak yang terbaik untuk Bella. Lagipun, ni memang cita-cita Bella kan? So,Bella dah dapat. Apa nak fikir lagi?"

"Bella tahu. Yes, memang Bella nak jadi doktor. I want to be like you. You're my idol. Bella cuma taknak tinggalkan ibu sorang-sorang dekat sini. Kalau ibu sakit? Siapa nak tengokkan? Lima tahun pula tu."

Ibu memelukku erat. Fikiranku mula serabut. Hati sudah tidak tenang memikirkan hal ini.

"Sayang, look. Ibu dah besar. Ibu boleh jaga diri. Ibu cuma nak tengok Bella berjaya. Bella happy. Bella dapat capai cita-cita Bella. Ibu cuma nak Bella senang je."

"Tapi..."

"Dah. Jangan fikir lagi. Lagipun ibu kan ada Nisa? Nisa dah nak balik sini dah,"aku melepaskan pelukan.

"Ah? Nisa nak balik dah? Bukan Mak Su nak jaga sampai tahun depan ke?"ibu tersenyum lebar. Dia menggeleng.

"Tak jadi. Mak Su kena pindah Singapura hujung tahun ni. So, ibu tak bagi. Lagipun, dah lama ibu tak tengok dia. Rindu pula."

"Oh ye? Ibu tak bagitahu pun. Kenapa tak ambil dia awal-awal lagi? Lama dah tak jumpa budak tu."

"Kan ibu busy. Lagipun, siapa nak tengokkan dia? Sekarang dia dah 14 tahun, so bolehlah dia jaga diri dia kalau ibu kerja nanti. Ah, lagipun, anak pak long yang baya Bella tu nak tumpang sini. Dia kan dapat masuk UKM. Dekat sikit kalau duduk sini. Bolehlah dia tengok-tengokkan Nisa juga kalau ibu oncall."

"Alahhh. Bella kena pergi juga ke?"ibu memandangku dengan pandangan maut.

"Jangan nak mengada eh! Jom, siap-siap. Lepas kita ambil Nisa, kita terus cari barang," aku mencebikkan muka. Langkah diatur ke bilik dengan hati yang berat.


------

"Nisa sihat?"soal ibu ceria.

"Hmm..."aku memandang Anisa di sebelah. Daripada tadi, matanya masih tidak beralih daripada skrin telefon.

"Dah makan?"soal ibu lagi.

"Hmm..."

"Telefon baru ke tu?"

"Hmm..."aku merebut telefon tersebut daripadanya. Dia terus menjerit.

"Bagilahhh!"aku menjelirkan lidah.

"Ya Allah, Bella. Apa bising-bising tu?"Anisa masih terjerit-jerit di dalam kereta tersebut. Bingit telinga dengan jeritan nyaringnya.

"Along ni,ibu. Main rampas je telefon Nisa!"

"Apa? Alah kedekut. Orang nak tengok sekejap je pun. Ni ha, along ada telefon lagi canggih. Ibu baru belikan semalam!"dia menajuhkan dirinya daripadaku. Tangannya disilangkan. Muka dimasamkan sehabis mungkin.

"Bella. Bagi jelah telefon tu balik. Suka mengusik. Haih, kalau tak jumpa masing-masing rindu. Ni, dah jumpa, macam budak kecil bergaduh."

Aku cuba merapatkan diri dengan Anisa. Dia menolak tubuhku kasar. Dengan geram, aku memeluk tubuhnya erat sehingga dia rimas.

"Ei apa ni?"

"Hahaha, dah tak boleh peluk ke sekarang?"aku menggelikan tubuhnya yang bulat. Dia ketawa kuat.

"Hahaha, mana adalah. Nisa rindu along!"dia membalas pelukanku.

"Along pun rindu nisa."

"Nisa lagi rindu ibu!!"dia melepaskan pelukan lalu memeluk tubuh ibu daripada belakang. Kami bertiga ketawa.

Sampai sahaja di Aeon Big, ibu terus membeli barang keperluanku sewaktu di sana nanti. Aku dan Anisa hanya membuntuti ibu daripada belakang. Setelah membuat pembayaran, ibu membawa kami makan. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, kami berbual kosong.
"Along nak pergi mana?"Anisa memandang ibu meminta jawapan.

"Along nak belajar. Jadi, selama lima tahun ni, kita berdua jelah dekat rumah tu."

"Ahhh? Lepastu, takkan along tak balik rumah dah kot?"ibu menggeleng.

"Tak. Kalau along balik,ibu takut dia taknak balik sana balik,"aku menggaru kepala. Memandai jelah ibu ni.

"Alah, bosanlah. Nanti ibu kerja, Nisa sorang je dekat rumah."

"Kak Mas ada. Minggu depan dia datang."

"Kak Mas? Akak penyibuk tu? Er, Nisa rasa, lagi elok kalau dia tak datang. Hidup dia, nak menyusahkan orang je!"ibu memukul lengan Anisa manja.

"Tak baiklah. Siapa yang ajar ni?"

"Takde siapa ajar pun. Memang benda betul."

"Yela tu. Entah-entah, Nisa lagi suka kalau along takde dekat rumah kan?"Anisa memeluk pinggangku erat.

"Mana ada! Nisa ingatkan Nisa balik sini bolehlah Nisa spend time dengan along dengan ibu. Tapi..."aku mencubit paunya kuat.

"Takpelah. Lima tahun je. Lepastu, kita bolehlah spend time together. Okay?"dia mengangguk dan tersenyum manis.

Selepas makanan sampai, kami terus makan sambil berbual-bual. Wajah ibu kelihatan sangat bahagia. Sudah lama wajah ibu tidak ceria sebegitu semenjak abah meninggal. Mujurlah ada Anisa. Sekurang-kurangnya bolehlah menjadi peneman sewaktu ketiadaan aku nanti. Usai solat zohor di sana, ibu membawa kami berdua ke i-City Shah Alam. Ibu mahu aku meluangkan masa dengan Anisa sebelum berangkat ke Ireland minggu hadapan.


------

Seminggu berlalu. Esok, ibu dan Anisa akan menghantarku ke Ireland. Terpaksa ibu mengambil cuti lagi. Itu pun, setakat dua hari je. Selepas aku memberitahu Izzah mengenai hal ini, Ezmir terus menelefonku. Mesti dia yang menyibuk bagitahu Ezmir. Dia mahu mengajakku keluar sebelum aku berangkat esok pagi. Sebenarnya, aku lebih memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. Lagi elok rasanya.

Aku cuma tak nak perasaan rindu menganggu aku di sana. Tapi, Izzah dah bocorkan rahsia ni. Geram pula rasa. Aku hanya memakai pakaian yang sangat simple memandangkan pakaian lain sudah dimasukkan dalam luggage untuk dibawa esok. Seperti biasa, aku takkan memberitahu ibu bahawa aku mahu berjumpa dengan Ezmir. Sebaliknya aku memberikan alasan untuk bertemu dengan kawan-kawan lama. Ibu percaya. Agaknya berapa banyak dah dosa aku menipu ibu?

Aku hanya memberitahu Ezmir untuk bertemu di restoran mamak sahaja. Duit mesti dijimatkan. Banyak nak kena guna duit sewaktu di sana nanti. Sampai sahaja di restoran yang tidak jauh dari rumah itu, aku terus mendekati Ezmir yang sedang duduk membelakangiku. Bahunya dicuit. Dia memandangku dengan wajah yang masam.

"What's wrong?"aku menarik kerusi di hadapannya. Dia terus mencapai tanganku. Aku terkejut.

"Kenapa tak belajar dekat sini je?"soalnya dengan suara yang bergetar.

"Hani dah cakap dengan ibu. Tapi, ibu tak bagi. Lagipun, dah dapat tawaran belajar dekat sana, takkan nak tolak? Mir pun tahu kan, Hani memang daripada dulu nak masuk college tu?" Dia mengangguk lemah. Aku menggengam erat tangannya.

"Mir, tak lama pun. Sekejap je. Sedangkan kita pun pernah kan berpisah lima tahun? Takkan untuk lima tahun lagi dah tak boleh?"

"Tu lain. Tu sebab terpaksa..."

"Yang ni pun terpaksa. Terpaksa Mir. Hani cuma nak capai cita-cita Hani. Cuma tawaran ni je Hani dapat course Medicine. U sini semua dapat course architecture dengan law."

"Hani memang betul-betul nak pergi ke? Nak tinggal Mir lagi ke?"aku memandang wajahnya lama. Senyuman dihadiahkan kepadanya.

"Boleh tak jangan macam budak-budak? Tak lama punlah. Sekejap je. Pejam celik dah lima tahun. Janganlah macam ni. Nanti Hani tak sampai hati nak pergi. Mir nak yang terbaik untuk Hani kan?"dia mengangguk lagi. Kali ini, dia mengukirkan senyuman tawar.

"Okay, tapi janji dengan Mir?"

"Janji apa?"

"Janji untuk jaga diri, jaga solat, yang penting belajar rajin-rajin. Call Mir okay?Janji?"aku mengangguk laju.

"Of course boleh. Ye, Hani janji. Mir pun janji dengan Hani? Janji untuk cari isteri yang boleh jaga Mir dengan baik,okay? Hani cuma nak Mir bahagia. At least, boleh jaga Mir nanti,"terus mati senyuman di bibir merah itu.

"Isteri?"

"Yelah. Takkan sampai tua Mir nak hidup macam ni?"

"Hani kan ada? Mir cuma nak Hani je. Hani je boleh jaga Mir. Mir sayang Hani. Mir cuma nak nak jadikan Hani sorang je sebagai isteri Mir." aku tersentak apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulutnya.

"Mir, apa Mir cakap ni? Hani pun sayang Mir. Tapi, tak lebih sebagai seorang abang. Ya, memang dulu kita pernah bercinta. Tapi, tu dulu Mir. Waktu tu kita tak matang lagi. Kita hanya nak keseronokkan je."dia terus berdiri. Aku menarik tangannya.

"Duduk dulu. Hani nak cakap. Hani taknak Mir salah faham. Look, Hani tahu Mir sayangkan Hani. Tapi,lepas kejadian tu,ibu makin tak suka Mir. Kita memang takkan boleh bersama Mir. Kalau kita nak kahwin, kita kena ada restu ibu. Kalau ibu tak restu kita, macam mana kita nak bahagia?"dia menarik nafas dalam.

"Selama ni Hani tak sayang Mir? Kita boleh pujuk ibu Hani. Mir yakin, Hani untuk Mir. Hani memang dilahirkan untuk Mir,"dadaku terasa sebak. Fikiranku bertambah celaru. Payah dah ni.

"Hani sayang Mir. But, sebagai abang. Hani tahu, Mir boleh jumpa orang yang lagi baik. Lagipun, Hani tak bersedia lagi. Takkan Mir nak tunggu Hani?"dia mengenggam erat kembali tanganku. Tanganku diusap lembut. Penuh kasih-sayang.

"Tak. Hani yang terbaik untuk Mir. Takpe, Mir sanggup tunggu Hani."

"Jangan. Jangan tunggu Hani. Please. Kalau Mir sayang Hani, jangan tunggu Hani. Hani memang tak boleh. Hani tak nak Mir kecewa. Hani minta diri dulu. Banyak lagi benda nak kena buat. Assalamualaikum,"aku menarik tanganku kasar. Beg tangan dicapai. Langkah diatur berlalu dari situ.

"Hani..."langkahku mati.

"Mir akan tunggu Hani."

Tanpa menunggu lama, aku berlari pantas meninggalkan Ezmir di restoran itu. Teksi ditahan. Hanya Allah yang tahu betapa bersalahnya aku saat ini. Sungguh, aku memang sayangkan Ezmir. Tapi, sejak aku rapat dengan Daniel, perasaan sayangku terhadap Ezmir hanyalah sebagai adik. Aku memang tak mampu nak sayang Ezmir lebih daripada itu. Tanpa mampu ditahan, air mataku terus mengalir laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience