BAB 32

Romance Completed 52907

Happiness can't be traveled to owned, earned, worn or consume. Happiness is the spiritual experience of living every minute with love, grace and gratitude-Denis Waitley


Aku terus membasuh muka. Nurse yang turut berada di dalam tandas itu memandangku pelik. Setelah dia keluar, aku mencapai tisu dan mengelap muka yang dibasahi air. Pintu dibuka.

Dia berdiri betul-betul dihadapanku.

"Are you okay?"soalnya perlahan.

Aku terus melangkah tanpa membalas apa-apa. Dia menarik lengan bajuku kasar.

"Let me go!!"jeritku kuat. Wajahnya dipandang geram. Ya Allah. Kenapalah manusia ni selalu je menyakitkan hati aku? Daripada dulu sampai sekarang, sama je perangai. Suka buat orang marah.

"No until you answer me."

"Apa lagi yang kau nak?"

"I'm sorry..."

"Sorry for what?"

"For what happened four years ago. I know I'm wrong. I'm so sorry, Bella,"aku menarik kasar lengan bajuku.

"Benda dah lepas. Tak payahlah nak ungkit. Aku dah tak kesah dah pun. Dahlah, aku dah tak nak bergaduh lagi macam dulu dengan kau,"wajahnya dipandang lama.

"Kau happy tak?"

Sebaik sahaja soalan itu keluar daripada mulutnya, aku terdiam. Tidak mampu membalas apa-apa. Aku tak mahu dia tahu tentang perkara tersebut. Biarlah dia tahu yang aku masih bahagia bersama Farhan walaupun hakikatnya sudah lama aku bersendirian tanpa suami.

"Hm, talk to you later? I need to do some work. Bye!"aku terus berlari meninggalkannya tanpa jawapan.

"Still use the same phone number?!"aku menunjukkan tanda bagus ke arahnya.

Daniel mengeluh. Kesian kau Bella,detik hatinya sedih. Langkah lemah diatur ke wad yang menempatkan abangnya.

Telefon dikeluarkan daripada poket seluarnya. Nombor Nadia didail.

Setelah suara adiknya itu kedengaran di hujung talian, dia menjeling. Belum apa-apa lagi dah membebel.

"Along ada dekat hospital."

"Siapa sakit? Along okay ke ni?!"Daniel mengeluh. Gelabah betullah adiknya yang seorang ini.

"Ada hal sikit.Suara boleh jangan kuat sangat tak? Suka ke tengok along pekak?"Nadia ketawa.

"Sorry."

Daniel menjeling tidak puas hati walaupun tindakannya itu tidak dapat dilihat oleh Nadia.

"Sorry, sorry. Tak habis-habis dengan sorry dia tu,"Nadia ketawa lagi.

"Kelakar sangat ke?"

"Tak kan nak tunggu benda kelakar baru gelak?"

"Orang gila je gelak tak bersebab ni. Ei, boleh serius tak, Nad? Along mogok kang."

"Okay, okay. Fine! Orang seriuslah ni. Nak cakap apa ni? Jadi tak balik hari ni? Ish dah tunggu daripada pagi tadi lagi tahu tak!"bibir bawahnya digigit. Kepala digaru tidak bersebab.

"Tu yang along call. Along maybe balik esok. Ada kerja nak kena settlekan. Bagitahu Ish, eh? Nanti dia merajuk pandai-pandailah Nad pujuk."

"Amboi. Ingat Nad ni dibayar gaji untuk pujuk adik kesayangan along tu ke? Banyak cantik muka along!"

"Muka along memang cantik pun,"Daniel menjawab selamba.

"Dahlah. Malas Nad nak layan along. Bye!!"Nadia menjerit di hujung talian. Tawanya kedengaran sebelum panggilan diputuskan.

"Tak guna punya budak!"Daniel mendengus kasar.

Dia mengeluh berat sebelum memasukkan telefon kembali ke dalam poket.


------

Sampai sahaja di rumah, semua lampu sudah tertutup kecuali lampu dapur. Aku melangkah lemah ke bilikku. Baru sahaja hendak memulas tombol pintu bilik, Anisa yang berdiri tercegat di hadapan biliknya terus melambaikan tangan ke arahku. Aku mengucap panjang. Mujurlah tiada sakit jantung.

"Boleh jangan buat macam tu tak? Dahlah gelap. Nampak macam apa dah!"lengannya dipukul geram. Dia ketawa sambil menyanggul rambutnya.

"Sorrylah."Anisa tersengih sambil mengerdipkan matanya tanpa henti.

"Ni mesti nak minta tolong apa-apa kan? Nak apa?"soalku dengan nada menyampah. Tahu dah. Mesti ada benda yang dia nak kalau dah tergedik-gedik macam tu.

"Along ni...macam tahu-tahu je Nisa nak minta tolong,"dia menepuk lenganku sambil ketawa geli hati. Entah apa yang lawak entah.
"Cakap jelah cepat. Along penat ni. Mengantuk tahu tak?"

"Hmm, Nisa ada kirim barang dekat Nad. Boleh tolong ambil dekat rumah dia tak?"aku mengecilkan mataku. Tak boleh ke minta tolong Aiman?

"Aiman?"

"Aiman ada kerja dekat Sabah. Esok dia pergi. Tolonglah! Please..."lenganku dipeluk erat. Aku menggeliat kegelian.

"Hm, tengoklah kalau along tak busy,"wajah gedik Anisa dipandang tiada perasaan. Sungguh aku penat. Badan juga sudah berasa sakit.

"Yeay! Thank you, along."

"Tapi along tak janji."

"Alah. Nisa tahu along akan tolong Nisa juga sebab along kan sayang Nisa!"

"Bila masa tah. Dahlah. Pergi masuk tidur. Nanti Aiman cari,"tanpa menunggu lama, Anisa terus memeluk tubuhku sebelum melangkah ke dalam bilik tidurnya. Pintu ditutup rapat sebelum dikunci daripada dalam.

Aku melangkah lemah ke dalam bilikku. Lampu dihidupkan. Pintu ditutup. Setelah siap mandi, aku terus menghempaskan badan ke atas katil.

Telefon yang berada di atas bantal dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej yang dihantar dibaca dengan mata yang sudah berasa pedih. Entah kenapa hatiku tiba-tiba sahaja tergerak untuk melihat profile Daniel. Dia sedang online. Mungkin sedang berchatting dengan seseorang. Agaknya, dia sudah ada buah hati ataupun belum? Hm, mestilah ada, kan? Sudah empat tahun aku tidak bertemunya. Pasti banyak yang sudah berubah. Hatinya juga mungkin sudah banyak berubah.

Telefon yang berada di tangan tiba-tiba terjatuh ke muka. Aku menahan sakit. Mata sudah berair. Cepat-cepat aku mengangkat telefon yang sudah mendarat ke muka.

"Hello?"ada suara yang menyapa di hujung talian. Mataku terbeliak. Bila masa aku call orang ni?

Skrin telefon dipandang tidak percaya. Macam mana aku boleh tercall dia ni?!

"Hello? Kenapa call aku?"soalnya lagi. Aku menggaru kepala. Nak jawab apa ni? Badanku sudah mula berpeluh walaupun cuaca pada malam itu agak sejuk. Liur ditelan walaupun terasa payah.

"He, hello. Sorry. Tercall. Sorry ganggu,"aku mengesat peluh di dahi dengan hujung tangan.
Dia ketawa.

"Yeke tercall? Ke saja bagi alasan cliche macam tu sebab tak nak aku tahu yang kau memang nak call aku pun kan? Haih, baru jumpa tadi dah start rindu?"aku menggigit bibir. Mata mula dikecilkan.

"Eh, hello. Takde masa okay. Lagipun, buat apa nak rindu lelaki lain selain daripada suami aku?"aku terpaksa juga menuturkan ayat tersebut. Bila bercakap soal arwah Farhan, hatiku terasa pedih.

"Dah tu asal call aku? Elele, cakap jelah kau memang rindu kan?"aku mendengus kasar.

"Aku tercall kan? Boleh jangan menyakitkan hati boleh tak?"nada suaraku ditinggikan sedikit. Sengaja mahu menunjukkan kepadanya bahawa aku sedang marah. Tidak senang agaknya hidup itu kalau tidak menyakitkan hati aku.

"Okay, sorry."

Lama kami mendiamkan diri. Dia tidak mematikan panggilan. Entah kenapa, aku juga tidak mematikan panggilan. Dia berdehem di hujung talian.

"Er, Bella?"

"Ye?"

"Kau memang tak nak putuskan panggilan ke?"aku menggaru kepala. Awkward.

"Er..."tanpa menunggu lama, aku terus mematikan telefon selepas panggilan diputuskan. Kepala diketuk beberapa kali. Pipiku sudah memerah. Berbahang. Malunya!!

Hujung bantal digigit sebelum aku menekup muka dengan bantal. Tanganku sudah digenggam kuat. Tilam ditumbuk untuk melepaskan geram atas kebodohan sendiri.

"Arghhhhhhhh!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience