BAB 20

Romance Completed 52907

Decisions are hardest thing to make especially when it is a choice between where you should be and where you want to be-unknown

Sudah hampir tiga bulan Daniel pulih dan bekerja seperti biasa. Sejak itu jugalah aku kembali menjauhkan diriku daripadanya. Mujurlah. Aku sudah tidak bekerja bersamanya lagi. Bolehlah aku terus melupakan perasaan terhadapnya perlahan-lahan. Aku juga sudah bersetuju untuk menjadi tewan wanita Farhan semula.

Walaupun perasaan sayang dan cinta terhadap lelaki itu sudah lama terpadam daripada hati, aku cuba menerima dirinya. Mungkin dia yang terbaik untukku. Lagipun, ibu selalu pesan. Jangan terkejar-kejarkan lelaki. Biar lelaki yang berlari untuk mendapatkan kita. Yelah, seperti perigi cari timba. Nampak sangat desperate. Cukuplah selama ini aku yang terkejar-kejarkan Daniel. Cukuplah aku yang nampak tergila-gilakan dia. Sedangkan dia tidak pernah mencintaiku. Aku sudah penat. Penat untuk mengejar cinta yang tidak pasti.

Lagipun, Farhan dah cintakan aku. Kenapa nak cari orang yang jauh? Yang dekat ada, buat apa nak penat-penat buang tenaga semata-mata mahu menunggu perkara yang tidak mugkin akan berlaku? Dia sudah berjanji untuk selalu setia padaku. Aku patut memberinya peluang kedua. Yelah, manusia mana yang tidak pernah membuat silap?

Telefonku berdering. Terpapar nama Farhan pada skrin telefon. Aku menarik nafas panjang sebelum menolak butang hijau ke kanan.

"Assalamualaikum,"kedengaran suaranya begitu ceria. Aku tersenyum tawar.

"Waalaikummussalam. Ada apa you call I ni?" dia ketawa.

"Aik, takkan I tak boleh nak call sayang I ni?"

"Hahaha, bolehlah. I cuma pelik, selalu you call time malam je. Ni you call I time office hour ni you takde kerja ke?"
"Entahlah. Tiba-tiba hari ni I rasa rindu pula nak dengar suara you. Tak boleh tunggu malam karang. Lama sangat. Ada tapi I dah siapkan semua kerja I. Bosan. Tak tahu nak buat apa. So, I call you,"aku ketawa kuat. Ada-ada sahajalah mamat seorang ni.

"Mulalah buat ayat sweet dia tu. Ingat I boleh cairlah tu. I tahu, you call I time macam ni mesti nak cakap something kan? Apa dia, cakap jelah. I dengar."

"Elelele, kalau you tak cair dengan I, how come you terima I balik? You ni, tahu, tahu je."

"Okay, fine. You menang. Well, I bukan baru kenal you semalam, Farhan. Cakaplah cepat. Ibu dah bising dekat bawah tu!"

"That's my girl. Okay, malam ni you busy?"

"Nope. Why?"

"Tak oncall ke malam ni?"

"Takkk!"

"Okay, okay. Janganlah jerit. I, nak bawa you dinner malam ni. So, boleh tak?"aku mendiamkan diri sebentar sebelum membalas 'ya'.

"Yes! Thank you, sayang. Tengahari esok nanti ada orang akan hantar baju untuk you. I nak you pakai baju tu malam esok,okay?"

"Wah. Agak-agaknya cantik tak baju tu?"

"Mestilah cantik. I yang pilih kot. Taste I tinggi tau. Macam you. Cantik. Hahaha,"pipiku memerah. Kalau tak buat orang blushing memang bukan Farhanlah. Aku memeluk bantal pelukku.

"You ni, ada-ada je,"

"Betullah, sayang!"

"Dahlah. Pergi sambung kerja you. I nak tolong ibu masak ni. See you later."

"Bye. I will miss you!"

"Me too. Assalamualaikum."

"Love you muah muah. Waalaikummussalam."

Lama kami berdiam diri. Tiada antara kami berdua yang mahu memutuskan panggilan.

"Bella?"

"Hm?"

"Taknak balas ke? I tungggu ni,"aku menggigit jari telunjuk.

"Balas apa you?"sengaja aku menyoal.

"I love you?"

"Hahaha ye. I LOVE you,"lelaki itu ketawa sebelum dia memutuskan panggilan. Aku menepuk dahi.

Aku dapat rasakan mungkin ini adalah jalan untuk menggapai kebahagiaan aku. Mungkin Farhan adalah jodoh yang aku tunggu dan aku cari selama ini. Jauh di sudut hati, aku berdoa supaya Allah mencambahkan perasaan cinta dan sayang kepadanya jika dia benar-benar jodohku. Aku berharap agar kedatangan Farhan dalam hidup aku kali ni, menjadi titik permulaan untuk aku melupakan Daniel.

"Jika dia benar-benar jodohku, Ya Allah, kau bukakan hatiku. Dekatkan aku dan Farhan. Tapi, jika dia bukan ditakdirkan untukku, jauhkan ya Allah walaubagaimana cara pun,"air mataku mengalir perlahan ke pipi.

Setelah puas menangis, aku mengesat air mata yang sudah kering dan berlalu ke dapur.


-------

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam cafe, aku memandang Daniel yang sedang berada di meja paling tepi. Dia sedang bercakap dengan seorang wanita. Mungkin doktor baru. Mungkin juga nurse. Ataupun pesakitnya yang sudah pulih. Maklumlah, dia memang rapat dengan setiap pesakitnya. Entah kenapa, hati aku terasa bagai dicucuk bertubi-tubi dengan pisau yang tajam. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Bukan main mesra lagi mereka berbual. Siap tergelak-gelak sehingga menarik semua mata untuk memandang mereka berdua.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Sekejap lagi Farhan akan mengambilku untuk pulang ke rumah. Mata sudah terasa pedih. Seharian bekerja dan hanya dapat melelapkan mata selama lebih kurang 10 minit membuatkan kepalaku terasa berat. Air milo panas dipesan. Aku mengambil tempat tidak jauh daripada meja Daniel. Mata masih tidak dialihkan daripada melihat mereka berdua.

Ingatanku tiba-tiba teringatkan kejadian minggu lepas. Sewaktu itu aku sedang dalam perjalanan ke wad yang menempatkan pesakit yang sudah selesai dibedah. Pelik. Daniel sedang berbual dengan Doktor Izani. Setahu aku, Daniel tidak mengingati walau satupun memorinya sepanjang dua tahun dia bekerja di sini. Mana mungkin dia kelihatan seperti biasa sahaja sewaktu berbual dengan Doktor Izani. Ataupun, dia mengingati semua memorinya kecuali memori sewaktu bersama denganku?

Bila terfikirkan sebegitu, hatiku bertambah sakit. Barulah aku sedar, kedatangan aku dalam hidupnya tidak memberikan apa-apa kesan besar untuknya. Mungkin aku tidak sepenting pesakit-pesakitnya dan juga doktor-doktor lain.

Bahuku terasa disentuh lembut. Aku kembali ke kehidupan realiti. Aku mendongak memandang lelaki tersebut. Dia tersenyum manis sebelum mencuit hidungku manja. Aku ketawa kegeliaan. Dia menarik kerusi kosong di hadapanku.

"Patutlah I call tak jawab. Tengah termenung jauh rupanya,"dia mencebikkan mulut. Aku memijak kakinya di bawah meja. Dia ketawa.

"Mana ada. I silent phone tadi. Sorry, tak perasan. Lama ke you sampai?"dia membuat muka. Menyampah pula tengok.

"Hm, takdelah lama sangat. Cuma, berjanggut jugalah tunggu you angkat phone,"aku memukul lengannya kuat. Dia mengaduh sakit.

"Garanglah akak kita ni. Makin lama makin garang. Ingatkan makin cantik je."

"Can you stop say something flirty? I naik muak tau!"

"Elelele, padahal orang tu takut kalau terjatuh hati buat kali ketujuh dengan I kan?"dia mengangkat keningnya.

"Jangan nak memandai. I sekali pun tak pernah jatuh hati dengan you! Dahlah. Makin lama bercakap dengan you, makin I rasa nak hentuk kepala tu dekat dinding,"dia menjeling.

"Alah yelah! Nak gurau-gurau pun dah tak boleh dah kan sekarang,"aku menarik tangannya untuk bergerak ke luar cafe tersebut.

Sewaktu hendak memastikan sudah tiada barang yang tertinggal di atas meja, tiba-tiba mataku terpandang wajah Daniel. Dia juga sedang memandangku lama. Pipiku dicubit lembut. Aku menoleh ke arah Farhan.

"What's wrong, babe?"aku menggeleng sebelum melangkah keluar mengikuti langkah besar Farhan. Mentang-mentang kaki panjang, sedap je main tarik-tarik tangan orang!

"Sabarlah! Sakit kaki I nak langkah macam langkah you!"

"Hahaha, pendek sangat,"aku memukul belakang badannya geram. Haihlah. Kenapa semua lelaki yang aku kenal jenis menyakitkan hati macam ni?

"You cakap lagi sekali, malam ni cancel!"dia terus memperlahankan langkahnya. Aku ketawa puas.


------

Daniel memandang Irish yang sedang menyedut air minumannya yang masih berbaki.

"Rish, thank you!"

"For?"

"Because you agree to pretend like we're couple when she's around?"dia mengangguk laju.

"Well, aku dah kenal kau lama. Kau macam abang aku. Takkan aku taknak tolong kau kot," Daniel mengangguk dengan perasaan serba salah.

"Kau banyak gila tolong aku. Aku je yang selalu menyusahkan kau."

"Hahaha, rilex. Aku okay je. Asalkan kau belanja aku makan ah!"Daniel tersenyum tawar. Irish memandangnya pelik.

"Kau asal?"laju Daniel menggeleng.

"Aku..."

"Cakap jelah! Aku dengar."

"Aku bersalah. Aku bersalah dengan dia. Dengan apa yang aku buat sekarang ni. Tapi..."

"Tapi..?"

"Tapi, aku masih cintakan Jasmin. Aku tak boleh nak cintakan dia. Aku tak nak dia terlalu berharap. Aku tak nak dia kecewa dengan aku. I'm not ready yet to love someone besides Jasmin,"mata Daniel sudah berkaca. Irish memandang wajah yang mula memerah kepunyaan Daniel.

"Beb, aku tahu kau cintakan Jasmin sangat-sangat. Dia dah meninggal. Dia pun nak tengok kau bahagia. Jangan risau. Dia mesti tengah tunggu kau kat sana sekarang ni. Kau kena buka hati kau. Terima perempuan lain. Aku tahu, kau sayangkan perempuan tu kan?" Daniel mendiamkan diri lama.

"See. Kau sendiri tak boleh kata 'no', right? Please, beb. Aku nak tengok kau bahagia. Ada keluarga macam orang lain."

"Tapi, aku rasa dia dah berpunya. Aku taknak kacau hidup dia. Aku bukan perampas!"

"Kau yakin ke tu pakwe dia? Bukan lakonan macam yang kita buat tadi?"

Lama mereka berdua mendiamkan diri.

"Berdasarkan cerita kau kan, aku tahu dia sayang kau je. Dia cintakan kau. Kalau kau tak percaya, just wait and see."

"Hmm."

"Weh?"

"Ye..."

"Cubalah. Kau boleh lahirkan perasaan cinta tu. Just, kau kena try and terima dia seadanya. Okay?" Daniel mengesat air matanya yang sudah kering. Dia mengangguk lemah.


------

Aku menyarungkan dress kembang labuh berwarna putih keemasan itu pada tubuh. Cantik. Pandai juga Farhan pilih baju untuk aku. Rambut yang sudah kering disanggul kemas. Anting-anting dipakaikan pada telinga. Minyak wangi disembur beberapa kali. Setelah aku berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku mencapai tas tangan dan melangkah turun ke tingkat bawah. Ibu dan Anisa sedang berbual sambil menonton televisyen.

"Ibu, Bella keluar dulu, ye?"mereka berdua menoleh ke arahku. Mata mereka terbeliak. Janggal pula bila orang tengok aku sampai macam tu sekali.

"Wah, cantiknya along!"Anisa terus berdiri dan mendekati aku. Dia berjalan mengelilingiku dengan wajah yang masih terpaku. Well. Siapa kata aku tak cantik?

"Abang Farhan yang belikan ke baju ni? Mesti mahal, kan?"

"Entahlah. Dia tak bagitahu harga pula. Eh, dahlah. Janganlah puji lagi. Malu itew,"aku ketawa kuat. Anisa menjeling. Dia menolak badanku lembut lalu terus duduk semula di sebelah ibu.

"Baik kan Farhan tu? Ibu suka dia. Daripada dulu ibu harap Bella kahwin dengan dia."

"Ibu ni. Lambat lagilah nak fikir pasal kahwin semua tu. Kita orang baru nak kenal-kenal!"aku duduk di atas sofa. Wajah ibu dipandang. Ibu membuat riak tidak setuju dengan kata-kataku.

"Lambat apanya? Bella bukan muda lagi. Makin lama makin tua. Ibu nak juga rasa dapat menantu, cucu sendiri. Takkan nak suruh Nisa kahwin dulu? Lagipun, ibu tak suka kau orang keluar macam ni tanpa apa-apa ikatan. Sekali dua bolehlah. Tapi, kalau selalu sangat apa nanti orang kata,"tangan ibu dipegang dan digenggam.

"Ibu, In Shaa Allah, kalau ada jodoh dengan Farhan, Bella akan kahwin juga dengan dia. Tapi, biarlah kami kenal dulu. Bella taknak terburu-buru. Bella harap ibu faham,"bunyi hon kereta membuatkan kami bertiga memandang ke arah luar rumah. Mesti Farhan.

Aku meminta keizinan daripada ibu. Ibu mengangguk lemah. Aku terus melangkah ke luar rumah dan memuatkan kasut tumit tinggi pada kaki. Aku berjalan dengan penuh berhati-hati ke arah kereta Farhan. Senyuman dihadiahkan kepada lelaki tersebut. Pintu kereta dibuka. Aku duduk dan terus memusingkan badan ke arahnya.

"Cantiknya you!"

"You juga yang pilih baju ni kan?"dia ketawa. Aku memandang pula baju yang dipakainya. Ringkas tetapi masih menampakkan ketampanan Farhan.

"Alah, you memang semula jadi dah cantik. Pakai apa pun still nampak cantik,"aku tersenyum malu. Sungguh aku tidak dapat menafikan, Farhan memang pandai mencairkan hatiku. Walaupun perasaan cinta akan lelaki tersebut tidaklah tebal dalam hati aku.

"Dahlah. You ni, ada je kan ayat manis yang nak bagi dekat I? Ni, you nak bawa I makan dekat mana? Mana Yaya ?"

"Rahsia. Mana boleh bagitahu. You think I should bring her and ruin our date?"

"Hahaha, takdelah. Kalau you tak bawa siapa yang jaga dia? Takkan you tinggalkan dia dekat rumah sorang-sorang?"

"Apalah you ni. I bukannya kejam nak tinggalkan anak I sorang dekat rumah. Adik I ada. Dia yang jagakan."

"Dia balik rumah? Dah habis belajar ke?"

"Still study lagi. Tengah cuti sem,"aku mengangguk. Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan rumahku.

Kami memilih untuk mendiamkan diri. Farhan memang jarang bercakap sewaktu memandu. Perlukan fokus katanya. 15 minit perjalanan, akhirnya kami sampai di sebuah restoran. Nampak mewah dan romantik.

"Shall we?"aku mengangguk. Farhan menarik tanganku lembut untuk mengikuti langkahnya ke dalam restoran tersebut.

Sesampai sahaja di meja kami, Farhan terus menarikkan kerusi untukku. Aku mengucapkan terima kasih dan tersenyum lebar ke arahnya. Sementara menunggu makanan yang telah dipesan sampai, kami berborak kosong.

Kami makan tanpa mengeluarkan sebarang suara. Selesai makan, kami berbual lagi. Farhan memandangku lama. Tanganku digenggam erat. Wajahnya telah bertukar riak.

"You..."

"Hm? Kenapa ni?"

"I happy sangat bila hari tu you call I bagitahu yang you sudi nak bagi I peluang kedua. I tak tahulah apa yang boleh buatkan I bahagia selain daripada mencintai you. I sayang you sangat. Hari-hari I doa supaya Allah bukakan hati you untuk terima I balik. Sekarang, you dah jadi milik I balik. Mungkin you memang jodoh I, Bella,"aku terdiam. Tiada kata yang dapat dikeluarkan daripada kerongkong.

"I tahu I tak layak nak dapat peluang lagi daripada you. I tahu I tak perfect untuk you. I tak mampu nak jadi yang terbaik untuk you. Tapi, I akan cuba. I nak buktikan pada you, I really love you. I want you to be mine."

"Farhan, I manusia. I tak layak nak hukum orang. Sedangkan Allah pun boleh maafkan hamba-NYA, apatah lagi kita ni. I harap you boleh bahagiakan I. I harap you appreciate peluang yang I dah bagi dekat you ni."

"I will. Bella, I betul-betul maksudkan apa yang I cakap. So, I nak tanya. Sudi tak you jadi yang halal buat I?"aku menelan liur.

Wajahnya dipandang tidak percaya. Betul ke apa yang aku dengar ni? Pehaku dicubit kuat. Sakit. Aku tahu aku tak bermimpi. Bukan angan-angan. Jantungku berdegup laju. Aku masih tidak percaya dengan apa yang baru ku dengari tadi. Wajah Farhan yang mengharapkan jawapanku itu ditatap lama. Apa yang patut aku jawab? Ya Allah. Aku betul-betul buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience