For the first time in a long time I've met a man who makes my want to stay-Nikki Rowe
Aku ketawa. Aiman dan Anisa memandangku pelik. Tiba-tiba sahaja ketawa dah kenapa?
"Aiman ingat along desperate nak berlaki ke? Jangan mengarut boleh tak?"
"Lah. Mengarut apanya. Lagipun along dah 29 kan sekarang?"aku mengecilkan mataku.
"Do you think I'm too old? Aiman, kalau jodoh along dengan arwah abang Farhan, sampai bila-bila pun mungkin along takkan kahwin dengan mana-mana lelaki,"Anisa menggenggam erat kedua-dua belah tanganku.
"Along, Nisa nak along bahagia. Nisa tahu, along teringin nak ada anak sendiri kan?"
"Nisa sokong apa pun keputusan along. Lagipun, along berhak buat pilihan apa pun. Kalau along rasa along perlukan teman hidup, Nisa dengan Aiman boleh tolong carikan."
"Takpelah. Along okay je. Kalau ada jodoh, adalah tu. Along dah malas nak fikir. Along memanglah nak ada keluarga sendiri. Allah dah rancang yang terbaik. Kalau jodoh along ada, dia akan datang juga nanti,"Anisa terus memeluk badanku erat.
"Dah, dah. Jom makan. Ibu dah siapkan bubur untuk Nisa. Aiman dengan Bella, go and get your food. Pandai-pandailah hidang sendiri, ye?"aku dan Aiman mengangguk.
"Ibu nak solat dulu. Bella, dah solat ke belum?" Aku menggeleng sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Eh, dah pukul berapa ni? Pergi solat dulu. Dah besar panjang pun ibu nak kena ingatkan ke nak kena solat semua tu?"aku mengangguk laju.
Aiman ketawa kuat. Ibu memandang Aiman tajam. Jari telunjuk ditunding tepat ke muka Aiman. Aiman menelan liur.
"You?"laju Aiman menggeleng. Cepat-cepat dia berlari ke tingkat atas. Kami ketawa pecah melihat dia yang sudah cuak.
"Dah jadi bapak orang pun takkan ibu still kena ingatkan lagi? Apalah budak-budak ni,"ibu menepuk dahinya seraya melangkah ke biliknya.
"Eh, mana Fikry?"
"Ei, mak dia ni. Tahulah ada baby baru. Sampai Fikry pun dia dah lupa. Baru nak tanya ke?"Anisa menggaru kepalanya.
"Sorry. Lupa. Dia mana?"
"Dia dekat atas. Tadi tidur. Masih tidurlah kot. Dahlah. Along pun nak solat. Makanlah bubur tu dulu."
Pipi bayi yang masih belum diberi nama itu dicium sebelum melangkah naik ke bilik.
Setelah semua selesai solat, kami makan bersama-sama di meja makan. Fikry yang baru bangun tidur disuapkan nasi dan ayam goreng. Selera betul dia makan masakan ibu. Apa pun yang ibu masak, pasti licin pinggan.
"Sedap ke?"dia mengangguk laju. Kepala digaru-garu. Air milo dihirup rakus. Kami tersenyum melihat reaksinya.
"Minumlah slow sikit. Nanti tersedak kang,"Aiman bersuara. Dia mencapai cawan berisi air milo milik Fikry.
"Mak long, nak milo!"Aiman menjelirkan lidahnya ke arah Fikry. Fikry terus menangis.
"Makan dulu. Dah habis baru baba bagi."
Laju sahaja dia membuka mulut. Setelah nasinya telah habis, dia terus meminta air milo kegemarannya kembali. Tidak mahu dia menangis lagi. Aku terus memukul lengan Aiman. Suka sangat mengusik anak. Aiman ketawa sahaja.
"Bella, dah fikir ke apa yang ibu cakap hari tu?"aku memandang ibu. Aku yang sudah berdiri untuk melangkah ke dapur terus duduk kembali.
"Pasal apa, bu?"
"Pasal pengganti Farhanlah. Dia dah lama meninggal. Ibu cuma nak tengok Bella bahagia,"wajah ibu dipandang lama.
Tanpa menunggu lama, aku mencapai pinggan dan cawan kotor. Aku terus melangkah ke dapur.
"Ibu takde niat pun nak sakitkan hati Bella."
"Dahlah, bu. Bella penatlah. Kita asyik cakap pasal hal ni je. Bella tak sedia lagi, bu."
"Bella. Ibu nak yang terbaik untuk Bella. Sampai bila Bella nak macam ni? Bella bukannya makin muda. Bella perlukan someone yang boleh jaga Bella,"aku menoleh ke wajah ibu sekilas sebelum menyambung kembali kerjaku.
"Ibu kan ada?"
"Ibu hidup bukannya lama pun. Entah-entah esok ibu mati."
"Boleh jadi esok Bella yang meninggalkan?"
Ibu terdiam.
"Dah. Sekarang ni mati tu pasti bu. Bila-bila pun kita akan mati. Boleh jadi ibu dulu ataupun Bella yang pergi dulu. Soal jodoh Bella tu, pandai-pandailah Bella uruskan, okay?"
"Hm. Tapi, ibu harap Bella fikirkan hal ni, ye? Kalau Bella tak buat untuk diri Bella, please buat untuk ibu. Ibu sayang Bella. I'm sorry."
Tubuh ibu dipeluk erat.
"In Shaa Allah, bu. In Shaa Allah. Bella pun sayang ibu!"
Badanku diusap lembut. Aku terus memejamkan mata. Rindu mahu dipeluk begini. Terasa seperti sudah lama tidak berkeadaan sebegini dengan ibu.
------
Dia memandang ke arah luar rumah Bella. Stereng kereta dihentak kuat sehingga tangannya menjadi kebiru-biruan. Dia menjerit sakit. Rambut panjangnya diraup ke belakang. Dengan geram dia mengikat rambut kusat masainya itu.
"Tak guna punya perempuan!"
Dia menarik nafas dalam-dalam. Radio dibuka kuat. Cermin dinaikkan.
"Takpe. Aku akan pastikan kau takkan jadi milik mana-mana lelaki. You're only mine, Hani!"
"I love you forever. Aku akan buat semua lelaki yang jadi pilihan kau mati di tangan aku!!!"
Dia ketawa kuat sebelum menekan pedal minyak sepenuh hati.
------
Daniel mengangkat beg besarnya masuk ke dalam rumah yang sudah dua tahun tidak dijejaki itu. Rumah yang tiada penghuni itu dibuka pintunya. Kaki melangkah perlahan-lahan ke dalam rumah.
Televisyen dibuka. Setelah menghilangkan penat di atas sofa di ruang tamu itu, telefon diambil dan dikeluarkan daripada poket seluar jeans. Ada lima panggilan daripada nenek.
"Kalau call ni tak lain tak bukan mesti nak jodoh-jodohkan akulah ni!"dia mengeluh berat.
Stokin dicabut dan diletakkan di hujung bawah sofa. Kaki melangkah ke dapur untuk membancuh air milo sejuk. Tiba-tiba rasa dahaga pula selepas neneknya berbuat demikian.
"Sibuk sangat nak jodohkan orang, patutnya dia jelah yang kahwin. Menyibuk je kerja!"dia membebel sendirian sambil membuka tin susu pekat. Peluh dilap menggunakan lengan t-shirt yang dipakai.
Telefon sudah berbunyi beberapa kali. Skrin telefon memaparkan nama nenek. Malas mahu menjawab. Dibiarkan sahaja telefon itu berbunyi terus. Akhirnya, dia terus mematikan telefonnya. Dicampakkan telefon tersebut ke atas sofa.
Sedang dia mahu berbaring di atas sofa, loceng rumah ditekan. Pintu dibuka tanpa ragu-ragu dan berfikir dahulu.
Sebaik sahaja wajah lelaki itu dilihatnya, pintu terus ditutup kuat.
"Daniel!!!"pintu diketuk kuat. Walaupun abangnya itu kelihatan tidaklah sesado Fahrin Ahmad, namun kekuatannya mungkin setanding hulk.
"Baliklah!"jerit Daniel sambil duduk kembali. Air milo yang berada di atas meja dihirup dengan perasaan amarah yang sudah menebal.
"Please, buka. Aku minta maaf,"suara abangnya, Aaron sudah semakin perlahan.
"Blah!!"
"Daniel, please. Tolong..."
Lama Aaron mendiamkan dirinya di luar rumah. Tiada lagi ketukan. Tiada lagi jeritan. Daniel bangun dan melangkah ke arah pintu rumah. Dia membuka pintu tersebut perlahan-lahan. Mahu tercabut jantungnya sebaik sahaja dia melihat Aaron sudah terbaring kaku di atas lantai. Perutnya berdarah dan terdapat pisau yang sedang melekat pada perutnya. Dia kena tikam dengan siapa? Bila masa dia kena tikam?
Tanpa berlengah, dia terus menelefon ambulance. Dua puluh minit kemudian, kereta ambulans sampai. Daniel sedari tadi tidak mampu bercakap apa-apa. Lidahnya kelu. Abangnya terbaring kaku akibat ditikam? Orang gila je yang tak terkesan dengan semua itu.
Walaupun dia masih marah akan abangnya itu, namun dia tetap menyayangi lelaki yang membesar bersama-samanya. Aaron tetap abang kandungnya. Darah dagingnya. Dia berdoa agar semuanya selamat.
------
Aku mendapat panggilan kecemasan daripada hospital. Tanpa menunggu lama, aku terus meminta kebenaran ibu dan bergerak laju ke hospital. Selepas memarkir kereta, aku berlari ke arah bilik bedah sambil menyanggul rambut panjangku.
"What happened to him?"soalku setelah masuk ke dalam bilik bedah. Mask dipakai kemas. Setelah menyarungkan glove, aku bergerak ke arah pesakit yang terbaring tidak sedarkan diri.
"He has been stabbed. His brother found him lying stiff outside their house."
Aku mengangguk laju. Pembedahan dimulakan. Semua staff berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Alhamdulillah, semuanya selamat. Setelah tiga jam bertarung, aku keluar dari bilik bedah dengan lemah.
Tiba-tiba lenganku dipegang.
"How's my brother?"dia menyoal dengan nafas yang tercungap-cungap.
Mataku terbeliak. Aku memandangnya tanpa perkataan keluar daripada mulut. Entah kenapa, kami hanya memandang antara satu sama lain untuk beberapa minit. Tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Walaupun sudah lama tidak bertemu, namun wajah tersebut tidak mungkin mampu untuk dilupakan. Wajah insan yang pernah berada dalam hatiku buat sekian lamanya. Setelah tengkukku berasa sakit akibat lama mendongak, aku mengalihkan mataku daripada memandang ke arah wajahnya.
"He's fine. I gotta go. Excuse me,"aku terus berlari laju meninggalkannya di belakang. Air mata terus mengalir laju.
Kenapa aku kena hadap muka itu lagi? Aku masuk ke dalam tandas. Pintu dikunci selepas ditutup rapat. Aku terus menangis semahu-mahu selepas memori dan kenangan bersamanya kembali bermain di ingatan.
Share this novel