Hard times will come and a positive outlook is what gets you through-Marie Osmond
Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang. Suasana di hospital tidak begitu sibuk. Peluh pada dahi dikesat lembut. Aku membuka kot putih yang melekat pada baju sedari tadi. Entah kenapa cuaca hari ini agak panas. Selalunya tidaklah berpeluh seperti sekarang.
Aku bergerak ke arah surau untuk menunaikan solat Asar yang tertangguh sejak tadi. Baru sahaja hendak solat, ada pula panggilan daripada doktor lain. Akhirnya, boleh juga aku solat dengan tenang.
Selepas siap mengambil wuduk, aku terus mengeluarkan telekung daripada beg pink yang sentiasa dibawa untuk meletakkan telekung.
Sedang aku membetulkan telekung, terdengar seseorang sedang membaca al-Quran dengan bertarannum di sebelah. Merdunya suara lelaki itu. Buat seketika, aku terbuai dengan perasaan sendiri. Sejak dulu, aku selalu berangan untuk mendapat suami yang pandai bertarannum. Namun kini , cukuplah sekadar dia mampu membaca dengan bertajwid. Sudah lebih daripada syukur lagi jika dia mampu memahirkan pembacaanku.
Setelah melihat jam pada dinding yang sedang menunjukkan pukul 6.15 petang, aku terus mengangkat takbir. Usai solat, aku memohon doa daripada Allah. Aku berdoa agar aku sentiasa mengecapi kebahagiaan. Jika jodohku dengan mana-mana lelaki, dekatkanlah kami. Namun jika arwah Farhan adalah yang pertama dan terakhir, setiakan diriku dengannya. Aku berharap agar dapat bersamanya di syurga kelak. Aku juga berharap agar jodohku adalah daripada kalangan lelaki yang soleh dan mampu membimbing.
Sebelum pulang, aku melangkah ke arah cafeteria. Wafa mahu berjumpa denganku sebelum pulang. Katanya mahu menyampaikan berita penting. Mata merayau-rayau mencari bayangan Wafa. Namun, tiada langsung bayangannya di dalam cafe itu. Aku mengambil tempat duduk sementara menunggu kehadirannya.
"Weh!"air yang sedang dihirup hampir disemburkan keluar daripada mulut. Terkejut beruk sebaik sahaja disegah begitu oleh Wafa.
Aku memukul lengannya kuat. Dia hanya ketawa seraya terus duduk di hadapanku. Aku menjeling ke arahnya sambil mengelap mulutku dengan tisu.
"Kau nak aku mati tersedak ke,hah?!"aku mencebikkan mulut. Sengihan lebar diukir kepadaku.
"Alalala, sorry. Aku saja nak mengusik kau. Kita kan lama tak borak macam ni?"jelingan dihadiahkan lagi kepadanya.
"Kau busy sangat."
"Eh hello! Aky yang busy ke kau yang kerja kuat sangat?"bahu diangkat. Dia menjelir lidah.
"Budak-budak sangat."
"Biarlah. Aku muda lagi. Bukannya tua sangat pun!"
"Dahlah. Makin layan makin pening aku. Ni, ada apa kau nak bagitahu aku ni?"Wafa sudah menayangkan muka gatalnya sebaik sahaja aku menyoalnya dengan soalan tersebut.
"Hmm. Kalau aku cakap, jangan terkejut, okay?"aku mengangguk lambat-lambat. Apa yang dia nak bagitahu sebenarnya ini? Curious juga.
"Cakap jelah!"
"Aku..."
"Kau?..."
"Aku dah nak kahwin!!!"dia menjerit kuat.
Beberapa orang staf sudah memandang kami pelik. Aku memijak kakinya sebelum sama-sama menjerit. Tangannya digenggam erat.
"Betul ke ni, Fa?!"dia mengangguk laju. Kami ketawa kuat.
"Ya Allah! Bestnya! Tak sabar aku nak jadi pengapit kau, Fa!"
"Kan! Aku pun tak sabar kot!"
Setelah penat ketawa, kami berdua senyap dan mendiamkan diri seketika. Aku mula terfikir. Aku sudah tahu Wafa ingin berkahwin. Tapi,...dengan siapa?
"Jap, jap! Kau nak kahwin dengan siapa?"
Wafa menggaru kepalanya. Aku mengecilkan mataku.
"Faris..."aku membulatkan mata. Faris pelat tu?! I mean, Doktor Faris pelat tu? Oh my!
"Faris pelat?! Dia ke?!!"aku memegang kepalaku tidak percaya. Lambat-lambat Wafa mengangguk.
"Hmm."
"Wait a minute. Bukan ke dia ada tunang sebelum ni?"
"Tu dulu. Sekarang, dia dah putus."
"Macam mana, kau orang boleh bercinta ni? Sampai hati kau tak cerita kan?"aku menjeling tajam. Wafa sudah menayang muka bersalah.
"Sorry. Aku bukan tak nak share, tapi dia yang minta aku supaya tak cerita dekat siapa-siapa dulu. Takut tak jadi kahwin, buat malu je."
"Takkanlah nak tunggu dah akad nikah baru nak bagitahu aku kot? Aku best friend kau kot, Fa!"
"Seriously sorry gila. Janganlah macam ni. Sekarang aku dah bagitahu kau kan?"aku ketawa. Wajahnya memang betul-betul sudah cuak.
"Kau sengaja kan?"dia menyepetkan matanya. Tangan kecil Wafa sudah memeluk badannya erat.
"Hahaha, aku fahamlah. Lagipun, aku bukan jenis macam tu. Akulah kawan paling memahami kau! Dahlah cantik, baik pula tu!"dia menendang kakiku kuat sebelum sama-sama ketawa denganku.
Kami berbual lagi sehinggalah jam menunjukkan pukul 7.06 petang. Aku meminta diri sebelum pulang ke rumah. Banyak juga yang kami berbual. Maklumlah, memang sudah lama tidak berborak. Tambah-tambah berborak pula dengan makcik macam Wafa itu. Lagilah lebat!
Sampai di rumah, azan Maghrib baru berkumandang. Aku terus mandi dan bersedia untuk solat Maghrib berjemaah. Siap makan, aku terus naik ke bilik. Badan terasa lenguh dan berat. Mujurlah ibu tidak banyak menyoal. Aku menarik nafas lega.
------
Anisa terus masuk ke dalam bilikku. Mujurlah aku sudah siap berpakaian. Habis bersepah katil yang baru dikemas tadi. Wajahnya dipandang geram.
"Boleh tak jangan sepahkan? Masuk dengan tak ketuk tak bagi salam, tiba-tiba buat sepah."
"Alah nanti Nisa kemaslah balik. Tu pun nak kecoh,"dia menjeling. Aku bergerak ke arahnya. Mata dikecilkan. Rambut yang masih basah dilap menggunakan tuala.
"Ok we will see then!"aku terus duduk disebelahnya. Mulutnya telah dicebikkan.
Lama kami berdiam diri. Sedari tadi dia hanya memandang wajahku lama.
"Nak apa ni? Ke memang nak masuk sini sebab nak tengok muka lawa along?"
"Ermm, along lawalah hari ni. Muka nampak lain macam. Glowing je Nisa tengok,"
dia sudah menggulung-gulung rambut panjangnya sambil tersengih seperti kerang busuk. Dahiku berkerut. Buang tebiat ke apa?
"Sejak bila suka memuji macam ni? Ni mesti ada apa-apa kan?"dia menggeleng laju.
"Ish, tak baik tau along ni. Nisa kan memang suka puji orang. Takkanlah along tak tau!"
"Baik cakap sekarang apa Nisa nak! Kalau tak along bagitahu Aiman pasal kes Fikry jatuh hari tu!!"dia terus menekup mulutku dengan tangan kanannya.
Aku menolaknya kasar sambil tersenyum menang. Dia mengeluh berat. Matanya menjeling tidak puas hati ke arahku.
"Okay, fine! Nisa nak minta tolong along. Boleh?"aku berdiam diri sebentar sebelum membuka mulut kembali.
"Minta tolong apa? Tengoklah. Kalau along nak tolong, along tolong. Depends on my mood."
"Hmm, boleh tak along call along Nad?"
"Daniel?"Anisa mengangguk.
Aku memandangnya lama.
"Kenapa pula?"
"Alah, please! Daripada malam tadi Nisa call dia, tapi tak dapat. Semalam dia kata phone dia dah nazak. Maybe dah rosaklah kot. Please..."matanya dikerdipkan berkali-kali tanpa henti. Aku mengetap bibir.
Telefon di atas meja diambil dan dihulur kepadanya. Dia memandangku meminta jawapan.
"Ambillah. Call dia sendiri."
"Alonglah call! Nisa tak biasalah!"
"Ei, mengada-ngadalah dia ni!!"aku menghentak kaki sebelum mendail nombor Daniel.
Panggilan tidak dijawab. Aku mendail lagi buat kali ketiga. Lama menunggu, akhirnya suara itu kedengaran memberi salam. Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab salamnya.
"Kenapa call aku ni? Rindu ke? Hmm."
"Jangan mengarut boleh tak? Kalau ikutkan hati takde maknanya aku nak call kau!"
"Alah. Yang hari tu, tu apa? Bukan kau yang call aku ke?"
Aku cuba menahan sabar. Ikutkan hati mahu saja aku campak telefon ke lantai.
"Jangan nak cari pasal boleh tak?"
"Ok, ok. Garang-garang nak pergi mana. Em, suami kau..."
"Dia tak marah pun. Biarlah aku nak pergi mana pun. Sibuk je!"dia ketawa di hujung talian. Entah apa yang kelakar pun aku tak tahu.
"Serius boleh tak? Aku bukan saja-saja nak buang masa call kau."
Dia berdehem beberapa kali sebelum batuk kecil. Suaranya dibetulkan.
"Ok, ok. Kau call ni sebab apa?"
"Ni, Anisa call Nad tapi tak dapat. Phone dia rosak ke?"
"Sporting kan suami kau. Kalau aku, aku mungkin dah tak bagi dia call lelaki lain!"
Aku menarik nafas panjang lagi.
"Boleh jawab soalan aku tak?"sengaja aku menguatkan suara. Dia ketawa lagi.
Anisa turut ketawa. Aku menjeling kearahnya. Ni semua sebab Anisa. Kalau tidak, jangan haraplah aku nak call Daniel selepas apa yang berlaku tempoh hari. Malu masih terasa sehingga sekarang.
"Haah, phone dia dah inalillah. Nisa nak ambil barang dia ke?"
"Hm."
"Kejap. Aku panggil dia."
Lama aku menunggu sebelum suara halus Nadia kedengaran menyapa diriku ramah.
"Hai, Kak Bella!"
"Hai, Nad."
"Ni pasal barang Nisa ke?"
"Haah. Bila eh boleh ambil?"
"Hm, Kak Bella. Kita orang dekat kampung. Lambat lagi nak balik KL. Boleh Kak Bella ambil dekat sini tak?"aku menepuk dahi.
Anisa mula melangkah keluar dari bilikku. Aku menekup telefon dengan tanganku sebelum menjerit memanggil nama Anisa. Anisa berlari masuk ke biliknya di sebelah. Pintu ditutup kuat. Aku menyepetkan mata. Tak guna punya adik. Sengaja je nak sakitkan hati orang!
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum meletakkan telefon ke telinga.
"Hello? Kak Bella? Are you still there?"
"Yup. Sorry. Line tak clear. Apa Nad cakap tadi?"
"Boleh tak Kak Bella ambilkan barang tu dekat kampung Nad?"
Aku terdiam buat seketika. Berfikir sejenak sebelum memutuskan keputusan.
"Okay. Can you send the address?"
"Sure. Nanti Nad hantar."
"Okay. Thank you Nad. Kirim salam semua. Assalamualaikum."
Telefon terus dimatikan. Aku menghempas badan ke atas katil. Muka ditekup dengan bantal sebelum menjerit kuat untuk melepaskan geram. Geram yang masih terpendam terhadap Anisa. Mahu saja dipecahkan pintu biliknya.
Namun, aku masih mampu bersabar. Memang dia sudah begitu. Nak buat macam mana. Tahan sajalah. Ikut je rentaknya. Lama-lama dia penatlah tu. Aku mengeluh berat. Mata ditutup rapat.
Akhirnya aku tertidur sekejap. Aku termimpikan arwah Farhan. Dia sedang tersenyum manis. Wajahnya kelihatan bersih. Bercahaya sekali.
"Bella?"panggilnya lembut.
Aku terus berlari laju ke arahnya. Badan tegapnya dipeluk erat. Aku menangis melepaskan rindu.
"Farhan, I miss you so much!"dia mengusap badanku lembut. Sedaya upaya dimenenangkanku.
"Me too."
Lama kami berdiam diri melayani perasaan masing-masing.
"Bella?"
"Hm?"
"Do you love me?"aku mengangguk laju.
"Then, how about Daniel?"aku memandangnya lama. Dia masih tersenyum.
Aku tidak mampu membalas ya ataupun tidak. Aku tidak tahu untuk memberikan reaksi yang bagaimana. Liur ditelan. Wajahnya dipandang lagi.
Share this novel