Darkness cannot drive out darkness;only light can do that. Hate cannot drive out hate;only love can do that-Martin Luther King
Sampai sahaja di rumah tengahari itu, terus ibu menyuruh aku menelefon Farhan. Katanya daripada semalam Farhan cuba menelefon aku tetapi telefon aku pula kehabisan bateri. Pelik. Macam mana ibu tahu pasal mamat Farhan tu? Macam mana ibu tahu Farhan cuba call aku? Mesti ada something yang aku tak tahu.
"Tadi Farhan call ibu, dia tanya Bella macam mana pagi ni. Ibu cakaplah Bella dah boleh balik rumah. Terus dia kata dia nak datang sini pukul 12 nanti,"aku mengerutkan dahi. Ibu yang sedang membuka suis televisyen terus memandangku pelik.
"Apasal dahi berkerut-kerut tu?"aku menggeleng laju. Wajah ibu dipandang lama.
"Ibu ada benda nak cakap dengan Bella ke?"
"Benda apa?"
"Can you please be serious?"
"Okayyy,fine. Haritu ibu melawat kawan ibu dekat hospital. Jumpa Farhan. Rupanya kawan ibu tu ,ibu Farhan. Daripada situ kitaorang kenal and dia tahu ibu ni ibu Bella. Dia minta nombor ibu. Dia kata senanglah nanti nak call untuk tanya khabar Bella semua."
"So,ibu memang kenallah ibu Farhan tu?"ibu mengangguk seraya terus duduk disebelahku. Matanya difokuskan pada skrin tv.
"Baikkan Farhan tu? Ibu berkenan dengan dia. Lepas dia tahu Bella masuk hospital haritu,dia terus nak pergi jumpa Bella. Tapi, ibu tak bagi sebab ibu taknak sesiapa ganggu Bella. Ah sebelum terlupa. Ni, Farhan bagi dekat ibu lepas dia balik daripada London haritu,"aku mengambil sekotak cincin yang berada di tangan ibu.
Rasanya baru haritu aku jumpa dia. Tak tahu pula dia pergi London. Buat apa dia pergi sana? Maybe pergi bercuti kot. Memandangkan sekarang tengah cuti semester. Aduh, biarlah dia nak pergi mana pun. Kenapalah aku kena menyibuk macam ni? Aku bukan sesiapa pun. Kawan dia je. Itu pun, tak adalah rapat mana. Kawan gitu-gitu je.
"Dia bagi Bella?"aku mengecilkan matanya memandangku.
"Takkan untuk ibu pula?"aku ketawa kecil. Manalah tahu kan dia ada hati dengan ibu. Lagipun, ibu tak adalah tua mana. Baru nak masuk 43 tahun. Muka pun muda berseri-seri lagi.
"Bella pergilah mandi. Lepastu siap-siap. Sekejap lagi dia sampailah. Ibu nak pergi masakkan sikit untuk dia,"aku hanya mengangguk dan terus bergerak naik ke bilik.
------
Aku terus menyarungkan blouse putih dan seluar slacks berwarna hitam sebelum menyanggul malas rambutku. Sewaktu hendak menutup pintu bilik,aku dapat mendengar suara lelaki yang cukup asing bagiku. Bukan suara Farhan. Aku jamin. Sah. Bukan Farhan. Kelihatan seorang lelaki sedang berbual rancak dengan ibu di ruang tamu. Mukanya tidak kelihatan memandangkan dia sedang duduk membelakangiku. Ibu memandangku dengan senyuman.
"Ah tu Bella. Daniel berbuallah dulu dengan Bella. Auntie nak selesaikan apa yang patut kat dapur tu,"dia mengangguk laju. Aku menarik nafas panjang sebelum berjalan ke arah sofa di hadapannya. Tanpa memandang mukanya, aku terus duduk.
Buat seketika, aku hanya mendiamkan diri dengan membaca mesej-mesej lama dalam telefon. Dia mula batuk kecil. Dalam hatiku terus berharap agar Farhan segera datang. Malas nak berbual dengan manusia macam mamat di hadapan aku ni. Langsung tak menarik minat.
"Dah sihat?"aku mengangguk perlahan. Wajahnya dipandang seketika. Dia sedang tersenyum manis. Huh,ingat handsome ke? Tak cair pun. Ya Allah,apa yang aku fikir ni? Kenapa aku tak suka dia sangat? Dia bukan buat salah dengan aku pun. Dia siap tolong aku lagi semalam.
"Awak?"soalku. Taknak dilabel sombong dan tak mengenang jasa. Terpaksalah buat baik sikit.
"Aku sihat je. Tak macam orang tu,"aku memandangnya dengan mata yang mula disepetkan.
"What do you mean by tak macam orang tu?" dia tersenyum sinis.
"Yelah. Kaukan sakit. Tangan tu pun masih luka. Kaki pun sakit. Nasiblah aku ada malam semalam kan? Kalau tak aku rasa kau dah jadi makanan mamat-mamat tu semua, ye tak?"dia ketawa kuat. Aku terus memandang matanya dalam-dalam. Nak kena mamat ni.
"Ei, saya tak hingin pun tau dengan pertolongan awak tu. Saya tak minta pun supaya awak ada dekat situ dan selamatkan saya. Buat pertama kali,boleh tak saya minta awak stop bagi ayat menyakitkan hati?"soalku cuba menahan marah. Aku tahu,mukaku mula bertukar menjadi merah.
"Hahaha, yelah tu budak. Macamlah aku tak kenal perempuan macam kau. Sengaja pergi tempat gelap macam tu sorang-sorang. Lepastu mengharapkan seorang hero datang selamatkan kau?"aku terus bangun. Terus dia menarik bajuku kuat.
"Lepaslah. Koyak nanti baju saya!"
"Duduk"
"Taknak!"dia terus menarik bajuku kuat. Aku memandangnya tidak puas hati.
"Duduk.."
"Taknak!"
"Bella,are you okay?"soal ibu di dapur. Aku mengeluh kuat. Wajah mamat yang sedang memegang kuat bajuku dipandang dengan jelingan maut. Dia hanya membalas dengan senyuman sinis.
"Okay,bu. Ni ha Doktor Daniel ni tengah buat lawak. Hahahaha,"aku ketawa kuat. Konon.
"Okay. Berbuallah dulu. Ibu tengah nak siapkan nasi goreng ni"
"Duduklah budak"
"Kalau saya taknak?!"
"Aku koyakkan baju kau."
"Gila ke?"
"Ikutlah. Teruskan berdiri kalau kau nak baju kau masuk dalam tong sampah harini,"aku terus duduk kembali di tempat duduk tadi dengan muka yang dicebikkan. Dia tersenyum menang.
"Kena guna cara kasar rupanya baru nak dengar cakap,"dia meraup rambutnya kebelakang.
"Nak apa? Tak cukup lagi ke sakitkan hati aku?"
"Aku nak cakap pasal sweater kau."
"Mana sweater tu?!?"
"Aku buang,"balasnya selamba. Air anggur dalam cawan diteguk beberapa kali.
"Awak buang? Kenapa awak buang? Siapa bagi kebenaran untuk awak buang sweater saya? Siapa?"air mataku mula mengalir laju. Pintu diketuk beberapa kali. Daniel bangun untuk membuka pintu.
"Auntie,ada orang datang,"jerit Daniel. Aku terus bergerak ke atas dengan laju. Farhan memandang aneh.
"Ah,Farhan. Masuklah. Duduk dulu. Sikit lagi nak siap. Minum air tu dulu,eh?"Farhan mengangguk. Ibu terus bergerak ke dapur. Wajah Daniel dipandang. Mereka bersalam sebelum masing-masing duduk.
"Mana Bella pergi?"Farhan melilau memandang ke tingkat atas.
"Dia kata dia nak pergi toilet,"Daniel meneguk air lagi.
"Pakcik Bella?"Daniel terbatuk kecil. Pakcik? Tua ke aku?
"Hahaha. Taklah. Saya doktor Daniel. Saya kerja dekat hospital yang sama dengan ibu Bella,"Farhan ketawa perlahan.
"Ops,sorry. Saya tak tahu. Oh,awak yang selamatkan Bella semalam kan? Thank you sangat. Tak tahu apa yang akan jadi dengan dia kalau awak takde,"Daniel tersenyum. Dalam hatinya mahu sahaja dia maki lelaki di depannya itu. Boleh pula dia kata aku pakcik minah tu? Rabun agaknya. Memang padanlah diaorang dua. Serasi sangat.
"Takpe. Takde apa pun. Kebetulan saya lalu situ. Apa salahnya saya tolong. Boyfriend dia ke?"Farhan tersenyum malu.
"Hahaha,tak. Kawan. Tengah nak kenal-kenal. InShaaAllah,kalau dia setuju, kitaorang akan tunang hujung bulan ni,"aku menarik nafas panjang. Muka dimaniskan.
"Farhan! You baru sampai ke?"langkah diatur ke arah Farhan. Terus aku duduk di sebelah lelaki yang segak berbaju lengan panjang merah itu. Lengan bajunya dilipat rapi. Cair tengok. Aku menjeling ke arah Daniel. Wajahnya cukup selamba.
"Takdelah baru mana. Yo..you okay?"aku mengangguk laju. Senyuman dibibir dimaniskan.
"Okaylah. Nampak muka you terus I rasa sihat sangat,"Farhan tersenyum malu. Wajahnya mula memerah. Sengaja aku menaikkan suasana dengan menunjukkan scene sweet dengan Farhan. Biar mamat tu rasa awkward dan tak selesa. Hahaha.
"Awww, sweetnya you,"Farhan mencubit pipiku. Daripada hujung mata,aku dapat melihat pandangan menyampah Daniel kepada kami.
"Tadi I dengar you kata kita tunang hujung bulan ni kan? Kenapa hujung? Kalau boleh I nak esok juga kita tunang,"Farhan ketawa riang. Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Nak mainkan perasaan Farhan semata-mata nak tunjuk happy depan mamat tu? Apa yang aku dapat kalau aku buat semua ni?
"You serius ke?"aku mengangguk perlahan. Farhan menjerit kuat. Daniel mula mengatur langkah ke luar rumah.
"Daniel nak ke mana? Jom, makan. Auntie dah siap masak,"Daniel memandangku sekilas sebelum mengangguk. Aku menjeling.
"Jom Farhan. Bella,tuangkan air dengan nasi untuk Daniel,"Daniel tersenyum sinis. Aku hanya menurut.
Aku menuangkan air separuh cawan untuknya dan Farhan. Dengan hati yang riang,aku mencedok nasi sehingga penuh pinggan untuk Farhan. Untuk Daniel,aku hanya mencedokkan setengah pinggan nasi sahaja. Terus hilang senyuman diwajah lelaki itu. Puas hati aku. Ibu datang dari dapur dengan membawa pinggan berisi ayam goreng.
"Aik,sikitnya Daniel makan? Cukup ke tu?"soal ibu seraya duduk di sebelah Daniel. Makanya terpaksalah aku duduk dihadapan mamat itu.
"Aaa.."baru sahaja dia mahu menjawab,terus aku mencelah.
"Cukup,bu. Dia kata dia tak makan banyak-banyak. Nak jaga body katanya. Nanti gemuk. Lagipun,awak dah kenyang kan?"terus berubah air mukanya. Wajahnya mula memerah. Tahan marahlah tu. Farhan disebelah hanya terdiam.
"Aik,bukan Daniel kata Daniel tak makan daripada semalam ke tadi? Macam mana boleh kenyang?"ibu memandang wajah Daniel pelik.
"Ahhh,betul apa yang Bella cakap tu. Saya taknaklah nanti badan penuh dengan lemak. Nanti takde siapa nak pandang. Kita kena jaga badan,barulah nampak hot,"dia memandangku dengan pandangan tajam. Ibu ketawa kuat. Farhan juga.
Tengahari itu, memang aku cukup puas dapat kenakan mamat itu. Banyak kali jugalah dia kena dengan aku harini. Padan muka. Nak main-main sangat dengan aku. Aku main sampai muka kau merah. Selepas Farhan dan mamat tu balik,aku terus menelefon Farhan. Dia mengucapkan terima kasih. Niat sebenarnya aku mahu memberitahu perkara sebenar. Berkenaan hal bertunang dan layanan baik aku terhadapnya tadi. Tapi memandangkan dia terlalu gembira dengan semua itu,aku terpaksa mendiamkan diri. Aku taknak disebabkan aku jujur, dia akan terasa.
Biarlah. Buat masa sekarang aku kena simpan. Sampai masa yang tepat nanti, pandai-pandailah aku cerita hal yang sebenar. Haih, tak patut sebenarnya aku buat Farhan macam tu. Bagi harapan, berlakon kononnya aku pun sukakan dia. Tapi,aku terpaksa. Aku nak kenakan mamat tu. Akhirnya,aku tertidur di atas sofa kerana kepenatan.
Share this novel