•bab 26•

Romance Series 12832

          "MAWAR, jom sarapan sayang. Semua dah ada kat bawah" ketukan pintu bilik itu diiringi suara Ibu Ayana, tidak lama kemudian wajah ibunya itu mulai menyapa mata. Dia tersenyum kecil tatkala ibunya itu melabuhkan duduk di sisinya.

"Termenung apa sayang, kenyangkah duduk diam je?" Gurau Ibu Ayana lalu mengusap rambut anaknya penuh sayang.

"Nanti Mawar turun, ibu makanlah dulu" balas Mawar bersama sengihan kecil. Bukan apa, dia tidak terasa lapar lagi.

Ibu Ayana tersenyum segaris memandang anaknya, ini tidak lain tidak bukan pasti memikirkan khabar bakal suami yang berada di sana. Bukan sehari dua Mawar begini, tetapi sejak pemergian Nathan ke negara luar lagi anaknya mendiamkan diri begini. Ada kalanya mulut murai itu kecoh, ada kalanya dia akan sunyi. Banyak betul penangan orang muda zaman ini, aduhai.

"Tak nak cerita pada ibu? Mana tahu resah pada hati tu kurang" pujuknya bersama usikan, tangan anaknya dipegang kasih lalu diusap sayang.

Usikan itu mewujudkan tawa kecil di bibir Mawar. Wajah ibunya itu dipandang  lama, wanita itu seperti tahu-tahu sahaja isi hatinya ini.

"Mawar okay" pujuk Mawar, dia tahu ibunya itu risau dengan keadaanya. Namun bukannya dia kelihatan seperti orang putus cinta sehingga tidak makan dan minum, cuma hatinya ini terasa sedikit kosong tanpa penghuni. Maklumlah, tuannya sudah lama tidak memberi khabar.

"Cuba pandang situ" tunjuk Ibu Ayana ke arah sesuatu.

Serentak itu kepala Mawar turut mengikut, matanya hanya disajikan dengan sepasang baju pengantin yang tergantung kemas di sisi almari.

"Seminggu dari sekarang, Mawar akan jadi isteri orang. Jadi Mawar kena pandai jaga diri dari sekarang, jangan biarkan perasaan tu terlalu menghukum diri" nasihat Ibu Ayana bersama usapan lembut di tangan anaknya, dia menggenggam erat tangan Mawar. Sebagai ibu, dia turut merasakan perkara yang sama dari anaknya. Tipulah jika firasat ibu selalu tiada, jujur dia katakan hati tuanya itu turut terasa sama.

Mawar sekadar tersenyum nipis. "Dia datangkah ibu?" Hanya persoalan itu yang sering bermain di mindanya, dia percaya dan akan menunggu. Tetapi kadangkala permainan syaitan itu sering menghasut minda, dan akhirnya melawan segala pemikiran positifnya.

"Apa pula kata macam tu" tegur Ibu Ayana, tidak suka.

"Dia tipu Mawarkah? Dia nak kahwin dengan Mawar cuma sekadar simpati dan kesian dengan perkara yang sebelum ni?" Persoalan Mawar itu mendapat tepukan lembut dari ibunya, dia sedar kata-katanya itu seperti mempersoalkan takdir Tuhan namun dia tidak boleh berhenti dari memikirkannya.

"Mawar, tak baik kata macam tu. Cara Mawar ni sama seperti tak menunjukkan rasa kepercayaan pada Nathan tau" ujar Ibu Ayana bersama nada tegas, dia tidak suka dengan budi bicara anak perempuannya ini. Seperti sudah pasrah dan mengala, bukan ini yang dia mahukan sepanjang penantian Mawar.

"Sampai sekarang Mawar langsung tak dengar khabar berita dia, kalau dia jujur dia akan bagitahu Mawar semuanya" luah Mawar dengan perasaan yang masih bersisa. Tipu jika dia kata dia tidak percayakan Nathan, kerana percayalah dia bersetuju untuk menerima lamaran lelaki itu. Namun dia tidak mampu menahan rasa sedihnya, satu ayat mahupun satu perkataan dari lelaki itu pun masih belum menyapa gegendang telinganya. Bagaimana dia tidak terasa?.

"Apa yang buatkan Mawar fikir macam tu?" Soal Ibu Ayana pula.

"Nathan terlalu banyak berahsia dengan Mawar, dia tak nak kongsi apa-apa pun" luahnya kecewa.

"Selepas ini kan Mawar akan hidup berdua dengan dia, mestilah dia akan berkongsi semuanya" pujuk Ibu Ayana, ingin menyejukkan hati anaknya. Dia tahu Mawar sudah dibelitkan dengan berbagai pendapat, ada yang negatif dan ada yang positif. Cuma anaknya masih keliru dengan perasaan sendiri.

"Kalau dia nak kongsi" perlunya bersama keluhan kecil, susah sungguh ingin membuka cerita bersama lelaki itu. Kebiasaannya akan berakhir dengan rasa kekecewaan di hatinya.

"Kenapa Mawar nampak perkara itu je?" Soalan Ibu Ayana itu mewujudkan kerutan kecil di dahinya, nampak?.

"Maksud ibu?" Soalnya setelah penat berfikir.

"Cuma nampak yang Nathan tu seorang yang berahsia, kenapa tak nampak usaha dia untuk ada dengan Mawar?" Kata-kata itu akhirnya mengunci mulut Mawar, dia tertunduk memandang genggaman erat Ibu Ayana di tangannya. Benar juga kata ibunya, mengapa dia hanya melihat sisi yang satu sahaja tetapi tidak mempedulikan segala usaha lelaki itu bersamanya.

"Ibu nampak yang Nathan tu ada usaha dengan Mawar, cara dia pun dah menunjukkan semuanya. Kenapa Mawar tak lihat perkara tu sayang?" Pujukan Ibu Ayana itu berjaya menenangkan hatinya, malah diganti dengan rasa bersalah pula. Perangainya terlalu mendesakkah?.

"Mawar cuma.." entah mengapa, dia terlalu terusik untuk meneruskan kata-katanya.

"Ibu tahu, ada sesuatu yang Nathan buat sehingga mengguris hati anak ibu ni. Tapi, jangan sebab satu kesalahan dia,  Mawar lupakan semua susah payah dia untuk Mawar" Sungguh, pujukan seorang ibu itu benar-benar berhasil. Hati yang sebelum ini diselubungi panas rasa sakit hati, kini dihiasi semula dengan penyejuk yang menyenangkan.

"Maafkan Mawar, ibu. Mawar cuma kecewa dengan dia" kadangkala dia tidak sedar, satu kelakuannya menjelaskan satu perilaku buruk di pandangan orang lain. Bila diri terlalu mengikut bisikkan, akhirnya kalah dengan amarah sendiri.

"Beberapa hari lagi dari sekarang, anak perempuan ibu ni tak akan ada lagi depan mata ibu. Bukan tugas ibu lagi untuk jaga Mawar, perhatikan Mawar dan jadi tempat untuk Mawar meluah kasih. Ibu cuma mampu doakan kamu dari jauh sayang, syurga Mawar sekarang pada Nathan" perasaan sebak mulai datang mengetuk hati, Ibu Ayana mengusap sayang pipi anak perempuannya. Pejam celik pejam celik setelah beberapa tahun, akhirnya satu-satu anak perempuannya kini akan berganti tempat bergantung.

Mawar tertawa kecil tatkala matanya mulai bertakung. Ibu ni, pandai betul menjentik hatinya.

"Janganlah kata macam tu ibu, Mawar tetap akan jadi puteri ibu tau!" Balasnya bersemangat sambil mengelap air mata yang menitik. Aduhai ibu ni, pandai pula buat cerita jejak kasih.

"Tahulah, saja je ibu kata. Dah, selepas ni jangan selalu sangat berprasangka buruk. Dia dekat sana tengah usaha untuk balik sini" ayat terakhir Ibu Ayana itu menerbitkan senyuman kecil di bibirnya. Entah mengapa dia perlu merasa perasaan seperti itu, tetapi kata-kata Nathan sebelum ini ibarat tidak akan pulang kembali.

Nathan cuma menjalan tugas sebagai polis, mengapa perlu menjelaskannya dengan terlalu rumit dan mendalam?. Kata-kata lelaki itu seolah-olah sama seperti menjalankan tugas yang berat pula, padahal ia tidak melibatkan hidup mahupun nyawa. Kan?.

"Dah, termenung apa lagi. Jom makan" tegur Ibu Ayana, pantang orang biarkan, pasti leka.

"Baik ibu" sahutnya perlahan.

"Ibu turun dulu, jangan asik termenung je. Turun" sempat lagi Ibu Ayana mengusik anaknya, dia bergegas bangun lalu melangkah turun ke bawah. Bukan boleh lama sangat di atas ini, nanti baby shark di bawah itu bising.

Mawar bangkit dari duduknya lalu melangkah ke arah baju pengantin yang tergantung itu, dia membelek baju nikahnya. Cantik. Kini pandangannya beralih ke arah baju Nathan pula, dia mengusap lembut lengan baju itu. Fitting pun tanpa empunya tubuh, cuba berdasarkan ukuran di Ummi Dahlia. Segala persiapan juga hanya melalui pendapat dia seorang, termasuklah campuran Ibu Ayana dan Ummi Dahlia.

Entah entah, pernikahan mereka yang bakal berlangsung seminggu dari sekarang pun hanya dia seorang. Tanpa pengantin lelaki.

"Tolong tunggu aku balik"

Mawar mengeluh perlahan.

"Jangan selalu sangat berprasangka buruk. Dia dekat sana tengah usaha untuk balik sini"

Cincin berkilau dijari manisnya dibelek, bagaimanalah keadaan awak Nathan?. Pernikahan kita bakal berlangsung lagi seminggu sahaja, tapi khabar berita awak langsung tak sampai ke pendengaran saya.

"Percaya pada aku"

Mawar kembali menyimpan kedua-dua baju pengantin itu ke dalam almari sebelum melangkah turun ke bawah.

Sesungguhnya aku berserah kepadamu, Ya Allah. Doa hati kecilnya.

          NUBHAN meletakkan fail siasatan di atas meja mesyuarat, dia membentangkan satu slide penuh siasatan di skrin yang termampang besar itu.

"Proceed" arah Hujan. Dia bersandar selesa di atas kerusi, di tangannya terdapat sebuah laptop.

"Lokasi yang ke-32 ditemui oleh Raaid dan Gween semasa penangkapan sindiket penyeludupan. Lokasi tersebut menjadi tempat mereka melakukan penjualan organ secara haram dengan sistem tukar beli dan sebanyak RM 36 juta ringgit Malaysia berjaya ditemui" jelas Nubhan lancar, satu persatu gambar mulai muncul dengan teratur di skrin. Bermula dari penjenayah sehingga ke jumlah wang ringgit yang terkumpul.

"Anything else?" soal Hujan.

"5 buah bot berjaya ditahan dengan penangkapan seramai 18 orang ahli penyeludupan, dan 8 kotak organ yang dilabel" tambah Nubhan lagi, serentak itu fail siasatan ditutup kemas. Sesi perbincangan mulai bermula dari sekarang.

"Kebanyakan organ yang diperolehi diketahui daripada kidney, jantung, hati dan paru-paru. Dan semua organ tersebut dikaji masih lagi baru didapati dan senang cerita ianya fresh" jelas Raaid sambil memutar-mutar pen dijarinya, hendak membayangkannya pun tidak rela. Masih berdarah-darah dan berurat, apatah lagi ditambah dengan bau yang kuat dan menyengat. Loya.

"70% daripada mereka adalah pendatang haram dan datang ke sini dengan tujuan untuk mencari duit. Terdapat dua orang warga emas yang bekerjasama di dalam penyeludupan itu dan selebihnya adalah dewasa. I can say that itu adalah penyeludupan kali-6 secara senyap, they did it clean tho" tambah Gween pula, dia memuji cara penyeludupan mereka. Kemas dan teratur.

"Soal siasat?" Soalnya Hujan lagi.

"Gween akan buat, sebab aku bila-bila masa akan dipanggil untuk serbuan. Jadi apa-apa hal Gween akan ambil alih dulu" balas Raaid. Dia mengeluh kecil sambil mengusap santai belakang lehernya, letih dengan kerja yang bertimbun. Namun dia tidak boleh membantah apa-apa, ini dikira sebagai tanggungjawabnya dan dia sendiri yang memilihnya. Lagipun, ianya seronok.

"Baguslah, nanti send aku full report. Perancangan seterusnya akan diberitahu kemudian" putus Hujan lalu menutup mesyuarat mereka.

"So, how about Nathan?" Soal Nubhan ingin tahu, sudah beberapa hari dia tidak mendengar cerita lelaki itu. Hanya Hujan sahaja yang berpeluang bercakap dengan lelaki itu, itu pun kadang-kadang. Sibuk sungguh. Hendak pula ketika ini mereka semua sedang bekerjasama menguruskan location Nathan, sentiasa bersiap sedia jika ada apa-apa yang berlaku.

"Diorang tengah uruskan peralihan rakyat ke tempat lain, jauh dari kawasan letupan" terang Hujan tenang, santai sahaja dia berkata-kata sambil menggodam laptop di tangan. Ada sesuatu yang dia hendak selesaikan.

"Berapa peratus dah? Rakyat diorang tu mencecah puluhan ribu bukannya seorang dua, kau rasa sempat kah?" Kata-kata Raaid itu mewujudkan tawa kecil di bibir Hujan, alahai.

"Tak payah fikir, Nathan tu bukannya bodoh sangat" ringkas sahaja ayatnya, noktah. Lagipun mereka tahu bagaimana kecekapan lelaki itu, jika tidak Nathan tidak akan diperintahkan sendiri oleh Raja Luthfan untuk ke sana. Cuma, buat masa ini mereka tidak melihat lagi tanda-tanda letupan kedua itu akan berlaku, dia cuma khawatir jika sistem komunikasi utama itu menghadapi masalah.

"Rasanya semua dah boleh bersurai, aku ada hal jap nak diuruskan" arah Hujan serentak itu mengarahkan mereka untuk beransur melakukan kerja masing-masing, lagipun sudah tiada apa-apa lagi hendak dibincangkan.

"Baik boss" ajuk Gween sebelum melangkah keluar, dia mengemas segala kelengkapan sebelum berlalu pergi. Masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan, dia tidak boleh berlengah lagi.

"Nubhan, wait. Kau boleh bantu aku periksa pusat utama? Tersekat-sekat bro, aku risau kalau benda tu ada masalah. Kita punya rangkaian terjejas" pinta Hujan namun matanya masih tidak beralih dari skirn laptop, tekun tangannya menaip dan menggodam. Status rangkaikan mulai tidak teratur dan tersekat, seolah-olah dikawal oleh seseorang.

"Sure, bagi aku 5 minit" balasnya sebelum bergegas keluar.

Hujan hanya mengangguk. Dia kembali memerhati skrin komputer, seperti ada yang tidak kena dengan rangkaian utama mereka. Agak tersekat dan jem.

"Macam ada something" desisnya. Kalau bukan pusat utama, pasti ada seseorang yang menyerang rangkaian utama mereka. Sistem akan mula berterabur dan beralih tempat, sambungan akan lambat dan tersekat-sekat.

Jari Hujan mulai menaip dengan pantas, laju matanya bergerak memulihkan kembali sistem utama.

WARNING.

Hujan terkedu.

Tatkala itu tubuh Nubhan mulai muncul di muka pintu, di tangan lelaki itu terdapat sebuah laptop. Riak yang sedikit cemas terpapar di wajah lelaki itu.

"Bro"

"Apa yang jadi?" Soal Hujan, menginginkan kepastian.

"Kita dah kena godam" kata-kata Nubhan itu membuatkan Hujan bergegas mencapai alat komunikasi utamanya bersama Nathan, dia bergegas menyambungkan rangkaian bersama lelaki itu melalui laptop. Skrin itu mulai bertukar hijau. Connected.

"Nathan" panggil Hujan, agak cemas. Nubhan di sisinya masih lagi cuba memulihkan situasi, jelas terpapar riak tidak tenang di wajah mereka.

Suara di sebelah sana agak tersekat-sekat sebelum suara Nathan mula didengari.

"Asal kau?" Soal Nathan, dia masih lagi mengatur kedudukan rakyat di Kerajaan Nawrilia. Satu persatu kapal mulai penuh untuk dihantar ke lokasi selamat, sekarang ini dia perlu memastikan semua rakyat lengkap tanpa meninggalkan satu apa pun.

"Bro, macam mana situasi kat sana?" Soalan Hujan itu menimbulkan kerutan kecil di dahinya. Dia memerhati suasana sekeliling tanpa suara, hanya kelihatan rakyat yang sedang menunggu giliran mereka ke kapal. Malah ditambah pula dengan keadaan yang agak berangin dan deras.

"Biasa, cuma berangin" balas Nathan tenang.

"Jangan off speaker, teruskan berbual dengan aku" ayat Hujan itu berjaya membuatnya tertawa pelik, rindukah?.

"Kau rindu aku kah bro?" gurau Nathan, masih belum merasai suasana tegang yang berlaku di sana.

Gurauan Nathan itu gagal untuk melegakan hatinya, dia masih leka menguruskan sistem yang tergodam. Pihak sana masih belum menyerah untuk menyekat saluran mereka, atau letih tepat lagi menghilangkan segala data utama mereka. Jika segala data musnah, automatik hubungannya dengan Nathan juga terputus. Berkemungkinan dia tidak dapat menjejak lelaki itu.

Mendengar situasi yang agak senyap di sana membuatkan Nathan menjongketkan bahunya. Dia tidak mahu bertanya lebih lebih, mungkin mereka sedang sibuk menguruskan hal di balai.

"Tuan, 93% penduduk sudah berjaya di asingkan ke tempat selamat" ujar salah seorang anggotanya, Nathan menganggukkan kepalanya sebagai balasan.

Senang cerita, tepat sahaja hari pertama dia menjejakkan kaki ke sini, seluruh rakyat telah diarahkan untuk berpindah ke tempat selamat. Di atas persetujuan dari Raja Nawrilia sendiri, mereka dibenarkan untuk membuat peralihan rakyat ke tempat yang lebih dilindungi.

"Nathan" panggil seseorang.

Mendengar suara itu Nathan dengan pantas menundukkan tubuhnya, dia memberi salam hormat kepada Raja Kerajaan Nawrilia. Raja Eidlan Qaayed, raja yang dikenali dengan sikap kepimpinan dan keadilannya.

"Terima kasih sebab sanggup tolong Kerajaan kami" kata-kata Raja Eidlan itu dibalas dengan senyuman ikhlas, tiada apa pun yang hendak diucapkan, ini sudah ditugaskan sebagai amanahnya. Jadi dia perlu melaksanakannya sebaik mungkin.

"Tidak apa-apa Tuanku, ini amanah Raja Syeikh Luthfan kepada saya" jelas Nathan berhemat, dia memberi laluan kepada Raja Eidlan untuk melabuhkan duduknya. Kerusi kayu kecil yang terdapat disitu dijadikan sandaran, sudah tiada apa-apa lagi yang boleh digunakan di Kerajaan ini, hampir semua keperluan musnah dengan hancur.

"Kami dah tiada harapan lain, pegawai diraja yang lain sudah dihujani dengan tanggungjawab yang lebih berat. Jadi saya terpaksa memohon bantuan Kerajaan lain sebagai perancangan, dan kebanyakkan mereka memberi bantuan dari segi senjata api dan bekalan keperluan. Saya berterima kasih dengan Raja Syeikh Luthfan kerana menghantar bantuan ketenteraan dari Kerajaan Versailles ke mari" terang Raja Eidlan dengan panjang lebar, dia cukup bersyukur dengan bantuan yang diterima di dalam keadaan darurat ini. Sudah lebih dari mencukupi bagi Kerajaan mereka.

"Jangan risau, Tuanku. Insyaallah semuanya akan selamat. Saya sedia memberi bantuan sepanjang berada di sini" kata-kata Nathan itu mewujudkan senyuman nipis di bibir Raja Eidlan, dia tidak tahu bagaimana lagi cara dia hendak berterima kasih dengan mereka. Bantuan yang diberi ini amat bermakna baginya.

"Maaflah, sudah menyusahkan kamu dan Raja Syeikh Luthfan"

Nathan segera menggelengkan kepalanya. "Tidak ada yang menyusahkan Tuanku, ini memang tanggungjawab saya" dia tahu Raja Eidlan Qaayed amat mengharapkan bantuan dari segi ketenteraan memandangkan populasi tentera di sini sudah berkurangan, oleh itu beliau memilih untuk menebalkan muka demi kepentingan rakyat.

Raja Eidlan Qaayed tertawa syukur, alhamdulillah.

Beberapa saat kemudian angin tiba-tiba bertiup dengan kencang, habuk dan pasir yang bertiup sama saat itu mulai memedihkan mata.

"Apa yang berlaku ni?" Soal Raja Eidlan. Dia menutup matanya dengan tangan, tidak tahan dengan cakaran pasir yang menyentuh muka. 

"Maaf Tuanku, saya minta Tuanku untuk segera masuk ke dalam kapal" pinta Nathan agak cemas, dia mengiringi Raja Eidlan ke kapal dengan selamat dan mengarahkan kesemua kapal untuk bergerak ke tempat peralihan.

"Semua rakyat diminta untuk naik ke kapal dengan pantas" Arah Nathan tatkala melihat beberapa buah kapal mulai sampai ke pangkalan. Tanpa diarah kali kedua, kesemua rakyat mulai berpusu-pusu naik ke kapal. Himpitan demi himpitan sehingga kapal yang kosong itu mulai penuh.

Nathan memerhati sekeliling buat kali terakhir, angin kembali bertiup dengan kencang.

"Ini ribut, Tuan" ujar anggota di situ.

"Kumpulkan semua tentera dan bergerak pergi" arah Nathan lagi, kali ini mereka harus beredar dengan selamat.

Pada masa yang sama, Hujan dan Nubhan masih lagi bergelut dengan sistem rangkaian yang dihack. Mereka berusaha untuk mengembalikan data yang hampir terpadam, dan menggodam semua sistem pihak musuh.

"Sikit lagi Nubhan, aku dah boleh detect location Nathan" ujar Hujan cemas, situasi di tempat Nathan mulai terpapar di skrinnya. Dia berkerut memandang gelombang yang merebak kasar itu, segera dia menekan alat komunikasi mereka.

"Nathan!" Panggilnya cemas.

Suara itu kedengaran samar-samar.

"Bro, cakap dengan aku sekarang. Apa yang berlaku dekat sana?" Tangan mulai bergerak dengan pantas, peluh mulai menitik di tepi dahi.

"Tskkk-- akuu-- ribut -- tskk- tskk-"

Hujan semakin gelisah tatkala rangkaian mereka hampir terputus. Suara Nathan semakin tidak jelas dan tersekat-sekat, dia segera memasang sistem satelit utama.

"Bagaimana keadaan ribut dekat situ?" Soal Hujan lagi, tangannya masih bergerak gelisah di atas papan kekunci.

"Settle!" Ujar Nubhan lalu dengan segera Hujan membuka layar utama mereka.

Dia membuka sistem di setiap kekunci tersebut sebelum satu gelombang besar terpapar besar di skrin laptop. Dia memerhati dengan teliti, matanya membulat tatkala simbol merah mulai kelihatan di saluran. Semakin lama semakin mendekat.

"Nathan! Kau dengar tak suara aku?!" Panggil Hujan sedikit kuat, mereka tidak ada banyak masa lagi.

Dia mendiamkan diri seketika sebelum suara Nathan mulai didengari.

"Akuu-- tskkk-- dengar!" Sahut Nathan.

"Okay, bro. Dengar sini, pastikan Kerajaan itu sekarang kosong dan jauhkan diri korang sejauh-jauh yang boleh dari situ" arah Hujan dengan
pantas, suaranya semakin tidak teratur dan nafasnya menghembus dengan pantas.

"Tskkk-- apa yang berlaku?" Soal Nathan, mulai cemas. Kawasan di sekelilingnya mulai dihumbani dengan sisa letupan dan ribut yang kencang. Habuk dan pasir semakin memedihkan mata.

"10 minit dari sekarang letupan tu akan serang Kerajaan Nawrilia, aku nak kau keluarkan diri dari Kerajaan tu secepat yang mungkin. Kali ni, letupan tu akan hapuskan seluruh Kerajaan" terang Hujan dengan laju setelah menggodam bahan letupan, letupan kali ini akan menghancurkan Kerajaan itu seratus peratus. Musnah, sama seperti debu.

"Andai kata letupan tu datang masa kau bergerak pergi, aku minta kau arahkan semua orang lompat dalam air dan berenang sedalam yang mungkin. Mampu atau tidak, bertahan ataupun lemas, aku mohon untuk korang berkorban. Aku dan yang lain akan sentiasa doakan keselamatan korang dari jauh" pinta Hujan, terdesak. Sudah tiada jalan lain, lokasi bahan letupan mulai diketahui setelah jaraknya benar-benar dihujung landasan.

Manusia yang menggodam sistem mereka itu sudah berjaya melekakan masa, dan tanpa rasa bersalah akan menghancur nyawa rakyat yang tidak berdosa.

"Bro, dengar tak? Nathan?" Panggil Hujan tatkala suara lelaki itu sudah tidak didengari. Rasa cemasnya kembali menggunung.

"How?" Soal Nubhan, setelah lama memerhati. Dia juga turut merasa debarannya, gelisah, cemas dan risau mula bergabung menjadi satu.

Hujan hanya mendiamkan diri, tiada jawapan.

"Nathan" panggilnya lagi.

"Hujan" Balas Nathan semula, Hujan menghembuskan nafas lega buat seketika.

"Kau kat mana?" Laptop kembali dicari, lokasi Nathan di detect secepat mungkin.

"Apa lagi kau buat dekat situ?! Keluarlah bodoh!" Marahnya apabila lokasi lelaki itu masih menunjukkan di tempat yang sama, Nathan masih lagi berada di kawasan Kerajaan itu.

"Aku tak boleh, bro... kapal semua tenggelam" kata-kata Nathan itu membuatnya tergamam, dia semakin terkedu memandang lokasi letupan yang semakin menghampiri kawasan itu.

"Kau tahu kan, sedalam mana pun aku berenang dalam keadaan letupan yang betul-betul atas kepala... berapa peratus aku akan bertahan?" Tambah Nathan lagi, tatkala itu dia memandang beberapa orang tentera yang turut bersamanya. Semuanya menghadapi situasi yang sama, dia tersenyum nipis. Qada' dan Qadar Allah.

Bibir Hujan bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu, namun tiada sebarang suara yang terkeluar. Dari alat komunikasi, dia mendengar kalimah sahabatnya itu. 

"?????? ??????? ???????? ???????? ?????????? ?????????? ???????? ??????????? ?????????? ??????????? ?????? ???????????? ??????? ?????? ??????? ??????? ????????? ????????? ??????? ???????"

Kedengaran suara Nathan menarik nafas di akhir kalimah.

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya. Ya Allah, di sisi-Mu aku rela dengan musibah yang menimpaku, maka berilah aku pahala dan gantilah dengan yang lebih baik."

Di akhir ayat itu Hujan mendengar suara-suara tentera yang lain melaungkan takbir, dia menunduk menahan rasa.

"Doakan keselamatan kami. Walau macam mana sekalipun, aku dengan yang lain akan usaha untuk balik" pinta Nathan tanpa nada, cuma ketenangan yang mengiringi kata-kata lelaki itu.

Serentak itu, dia mendengar bunyi ombakkan air diiringi sebuah letupan yang kuat.

Hujan tersentak, Alluakhbar.

"Hantar bantuan sekarang!"

          KETUKAN di pintu menyedarkan Mawar, dia bergegas menyarung tudung dan melangkah ke pintu utama setelah membasuh tangan di dapur.

"Eh Gween, Raaid. Masuklah" sapa Mawar bersama senyuman ceria. Dia membuka luas pintu utama untuk memberi mereka masuk, di belakang mereka terdapat beberapa anggota polis yang lain. Dia mulai berkerut kecil bersama hati yang tiba-tiba gelisah.

"Tak apa, kami datang untuk sampaikan satu pesanan" ujar Gween dengan nada mendatar, di wajah itu juga tiada riak mengusik seperti selalu. Ketat dan tegas.

"Kenapa ni?" Soal Mawar perlahan, seperti tidak suka dengan apa yang bakal didengarinya.

"Ada apa ni, Mawar? Lah, tetamu datang kenapa tak panggil masuk" sahut Ibu Ayana dari belakang, dia menyambut dengan senyuman di pintu utama. Namun senyumannya sedikit pudar tatkala melihat beberapa anggota polis di situ, dia memandang anak perempuannya dengan tanda tanya.

"Kami datang dengan satu berita" ujar Gween sambil memandang tepat ke dalam mata Mawar.

"Apa beritanya?" Serentak itu Mawar dihulurkan satu tablet kecil di tangan, di dalam skrin tersebut memaparkan satu letupan besar yang berlaku. Dia melihat dengan penuh keliru.

"Letupan?" Soalnya kembali. Tidak faham.

"Salah seorang daripada anggota penting kami terlibat dalam letupan tersebut" terang Gween dengan tenang, dia mengambil semula tablet itu dan menyimpannya.

"Jadi, apa kena mengena dengan saya--"

"Nathan, dia merupakan salah seorang anggota utama yang terlibat di dalam letupan tersebut" kata-kata Gween itu terus menghentikan dengupan jantungnya buat seketika, dia terdiam tanpa kata, tergamam.

"Kenapa.." seolah-olah tidak faham dengan situasi yang berlaku, dia mulai keliru dengan tanda tanya.

"Nathan merupakan pegawai keutamaan diraja, dia diamanah oleh Raja Syeikh Luthfan untuk memberi bantuan di Kerajaan jiran akibat kemusnahan letupan pertama. Beberapa minit lepas, kami dimaklumkan mengenai letupan kedua yang terjadi dan melibatkan beberapa anggota yang terkorban termasuklah Nathan" jelas Raaid dengan pantas, tidak betah melihat wajah penuh tanda tanya itu. Mawar kelihatan benar-benar keliru dan terkejut.

"Jadi kamu nak bagitahu yang.." Ibu Ayana tidak dapat menghabiskan kata-katanya, dia seolah-olah terkedu dengan apa yang didengari.

"Betul, Puan. Sekarang ini kami sedang menghantar bantuan keselamatan di Kerajaan jiran, saya mohon agar tetap bersabar dan perbanyakkan doa" pesan Gween sambil melemparkan senyuman nipis, dia turut merasakan hal yang sama namun mereka semua harus bersikap profesional. Hal seperti ini sudah sering terjadi kepada mereka.

Mawar terkedu ditempatnya, dia masih lagi cuba untuk menghadamkan kata-kata yang didengarinya.

"Kami minta diri dulu, terima kasih" ucap Gween sebelum beredar pergi bersama yang lain.

Ibu Ayana mengusap lembut kepala anaknya, dia turut terkejut mendengar berita yang disampaikan. Apatah lagi perkara ini amat mengejutkan bagi mereka, baru sahaja anak perempuannya diberikan kata-kata semangat, tidak lama kemudian mereka mendengar pula berita yang tidak disangka-sangkakan.

"Jom, kita masuk" ajak Ibu Ayana tatkala merasakan mereka sudah terlalu lama berada di luar.

"Masinkah mulut Mawar, Ibu?" Soal Mawar setelah lama mendiamkan diri. Dia memandang wajah ibunya dengan mata yang berkaca, akibat fikiran buruk yang sering menghasut diri, mengundang dirinya mendengar berita yang tidak diingini. Kadangkala, kata-kata itu memakan diri.

"Apa maksud Mawar ni sayang?" Soal Ibu Ayana, tidak mengerti.

"Mulut Mawar ni jahat sangat asik kata dia akan biarkan Mawar sendiri, pergi tanpa pedulikan Mawar... dan akhirnya berita ni, jahatkah Mawar ibu?" Soalnya lagi, fikirannya sekarang sudah melampaui kewarasannya, dia tidak mampu memikirkan apa-apa. Rasa terkejut dan tidak percaya masih lagi menguasai diri.

"Kita tak boleh persoalkan ketentuan Allah, sayang. DIA lagi mengetahui" tangan anaknya digenggam erat, memberi salur semangat. Beberapa hari sahaja lagi bakal diijabkabulkan, lelaki yang ditunggu-tunggu untuk pulang terkorban dalam tugas.

"Kenapa Mawar ni jahat sangat? Mulut Mawar ni terlalu sebutkan perkara negatif!" Marahnya pada diri sendiri, dia tidak dapat mengawal rasa amarah terhadap sikapnya yang terlalu negatif!. 

"Jangan macam tu, Mawar patutnya doakan dia untuk balik. Kalau Mawar betul-betul nak dia semula" nasihat Ibu Ayana dengan lembut, amarah tak akan pulangkan apa-apa kembali selain memudaratkan diri sendiri. Dia sudah mengakui pengalamannya, jadi dia merasai bagaimana sakitnya.

Mawar tertunduk sebak, baru sahaja tadi dia memberitahu hatinya yang dia akan gembira dan bahagia. Namun semuanya punah semula, berita tentang keadaan lelaki itu meluluhkan hatinya.

"Cakap pasal ni, Mawar nak ibu tangguhkan majlis dulu?" Soalan Ibu Ayana itu menangkap kembali perhatiannya, dia memandang wajah ibunya dengan pandangan bercampur baur.

"Ibu boleh berbincang semula dengan Ummi Dahlia" tambah Ibu Ayana lagi.

Mawar seolah-olah terdiam memikirkan sesuatu, dia memandang wajah ibunya dengan pandangan kosong.

"Jangan, Ibu. Tak perlu" balasnya lebih kepada meminta, dia menggeleng tidak mahu.

"Tapi sayang, Nathan--" genggaman Mawar semakin erat di tangannya, dia memandang wajah anaknya itu dengan penuh keliru.

"Mawar yakin dia akan balik, dia akan ada dengan Mawar masa majlis pernikahan kami nanti" balas Mawar yakin, dia memegang tangan ibunya dengan lebih erat. Cuba menyampaikan perasaannya tatkala ini, bukan kerana amarah ataupun emosi dengan berita yang didengari tetapi dia benar-benar yakin yang Nathan akan kembali.

"Pencarian mereka mungkin akan memakan masa dan majlis kamu cuma beberapa hari lagi je Mawar, kita tangguhkan dulu ya" pujuk Ibu Ayana, dia mengusap lembut pipi anaknya.

"Tak perlu, Ibu. Kita teruskan, Mawar akan tunggu dia balik" tekad Mawar, walau bagaimanapun dia tetap akan tunggu Nathan.

"Mawar yakin?" Soal Ibu Ayana, ragu-ragu. Tidak salah jika mereka menangguhkan pernikahan ini buat sementara, dia boleh berbincang semua dengan pihak lelaki.

Mawar menganggukkan kepalanya, dia benar-benar yakin.

"Dia minta Mawar tunggu dia, jadi Mawar akan tunggu. Tak akan ada lelaki lain yang akan ganti tempat dia semasa pernikahan kami nanti, Mawar percayakan dia Ibu. Mawar yakin dia akan balik" ujar Mawar penuh harapan, dia tetap akan meneruskan pernikahan. Cepat mahupun lambat waktunya dia tetap akan tunggu, dia percaya Nathan akan hadir ke majlis itu nanti. Lelaki itu tidak akan memungkirkan janjinya, Nathan akan pulang.

"Kalau Mawar tukar fikiran, bagitahu ibu ya?" Pinta Ibu Ayana, dia tidak mahu hati anaknya kecewa kerana terlalu berharap. Mawar betul-betul mengharapkan kepulangan lelaki itu, malah meyakinkan dirinya dengan kepulangan Nathan.

"Mawar akan sentiasa doakan kepulangan dia. Dia dah berjanji yang dia akan nikahi Mawar, jadi dia perlu tunaikannya. Mawar akan tuntut janji dia" tekad Mawar dengan penuh berharap, dia tidak kira macam mana sekalipun dia akan tetap menunggu lelaki itu. Jika Nathan mencuba untuk memungkiri janjinya, dia sendiri akan mencari lelaki itu dengan kedua tangannya dan mengerjakannya cukup-cukup.

Akhirnya Ibu Ayana menganggukkan kepalanya, dia memeluk Mawar dengan penuh sayang.

'Walau apa pun yang berlaku, permudahkanlah urusan mereka Ya Allah'. Bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience