•bab 36•

Romance Series 12832

          PENCIL dihayunkan selesa di atas kertas, lakaran baju pengantin yang hampir siap itu dipandang bersama anggukan kecil. Berpuas hati.

Mawar menyandarkan tubuhnya di kerusi dengan santai, dia termenung seketika.

"Tipulah kalau aku kata aku tak suka. Cuma bila datang rasa yang satu tu, buat aku lagi berdebar lain macam" bisik Mawar sendirian, dia menggelengkan kepalanya tatkala membayangkan perangai suaminya.

Yup, Nathan is not Nathan.

"Kasar, tapi manis" tambah Mawar lagi, tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman mengenangkan perangai lelaki itu beberapa hari ini.

Mawar mengambil cawan di dalam laci sebelum terasa pinggangnya dicuit, dia menoleh ke sisi dengan pantas.

"Hye, baby" senyum Nathan, manis.

Mata wanita itu terkebil-kebil, lain pula lelaki itu pagi ini.

"Erm, morning" balasnya, pelik.

"Aku nak pergi kerja dah, don't make me breakfast. Bye" serentak itu Nathan mencium dahinya sebelum dia terdengar beberapa bisikkan ayat di ubun-ubunnya.

"Eh, makan?" Tahan Mawar bersama rasa terkejut, pagi-pagi lagi jantungnya sudah memainkan peranan.

"It's okay, aku kenyang" balasan suaminya itu membuatkan dahinya berkerut, kenyang?.

"Awak belum sarapankan?" Menipulah jika dia kata Nathan makan di dalam bilik, sedangkan sebarang makanan pun tiada di situ.

"Kissing you is already make me full"

Mawar tergamam.

"Huh?"

Tergeleng-geleng kepala Mawar mengenangkan perkara itu, malu tapi sibuk mahu memikirkannya. Bukan fikir, teringat.

Lebih-lebih lagi kejadian malam semalam.

Jari Nathan lembut melingkar di helaian rambut isterinya, sesekali dia mengusik telinga wanita itu.

"Janganlah Nathan" jari suaminya ditepis.

"So bad, i love your hair" balasan Nathan itu mewujudkan cebikkan kecil di bibirnya, memandai. Dia membetulkan kedudukannya di sofa, malu tatkala jari lelaki itu masih bermain di rambutnya.

"Mainlah rambut awak" cebiknya geram, rambut sendiri ada namun tangan tu masih gatal lagi nak main dengan rambut orang.

"Your hair is way more attractive" bisikkan Nathan itu mengundang debaran di dadanya.

Mawar membalas pandangan suaminya dengan debar, degupan jantungnya semakin laju tatkala melihat pandangan itu berubah nakal.

"Like you as well" sambung lelaki itu lagi.

Ya Allah.

"Can I have it again?" Soalan Nathan itu mengundang kerutan kecil di dahinya. Nak apa?.

"Apa dia?" Soal Mawar semula.

Dia terkedu tatkala tangan lelaki itu mulai naik menyentuh bibirnya.

"My strawberry flavour"

Subhanallah, hampir-hampir saja dia pengsan ditempatnya.

Kedua-dua tangan Mawar naik menutup wajahnya, boleh pengsan dia mengenangkan perangai lelaki itu. Nathan always make me pounding time to time.

"Kepala hotak kau! Cerewet sangat kenapa?!" Dia tersedar dek jeritan Jebat di hadapan pintu butik, dahinya berkerut.

"Kalau setakat menjerit depan pintu, aku pun boleh. Kau pergi keluar dekat customer tu, then maki depan muka dia" balas Maya dengan rasa menyampah, punyalah si sotong ni siap bersilat depan pintu memaki hamun semua namun bukan orang yang dicaci itu dengar pun. Buat malu saja.

"Dia nak baju pengantin panjang sepanjang jalan raya bapak dia tu, lepastu bila I bagitahu harga dia mengamuk. Kata kain riba'. Bebal dia" marah Jebat sambil menghayunkan penumbuk di awang-awangan. Sakit hati.

Customer punya hal je? Mawar menepuk dahinya, buat sakit kepala aku je.

"Kau ikut fabric type tak?" Soal Maya pula.

"Iya, Cik Puan. Dan kain yang dia pilih tu memang yang import punya, memanglah berharga sikit" rungut Jebat, masih lagi tidak berpuas hati. Geram aku. Nasib baik penyabar.

Mawar menongkat dagunya melihat situasi itu, payah berhadapan dengan pelanggan yang mahu bermewah namun kedekut.

"Lepastu, perempuan tu blah cari kedai lain kah apa?"

"Bukanlah, katanya nak datang esok. Nak pilih fabric lain plak" kalau diikutkan hati tadi, mahu sahaja dia menghentak wanita itu. Sudahlah melemparkan pandangan lain macam padanya, apa fikir sotong tak boleh buat kerja? Adumak.

"Woi Mak Cik, kau tengok apa?" Jerkah Maya pada sahabatnya, bukan main lagi termenung.

"Dah habis kah?" Ingatkan ada siri ke dua.

Maya melangkah ke arah Mawar bersama gubahan bunga yang penuh di tangan sebelum melabuhkan duduk dihadapan sahabatnya itu.

"Design tu dah siapkah?" Maya memuncungkan bibirnya ke arah lakaran Mawar, dia mengangguk kagum melihat hasil tangan sahabatnya itu.

"Almost, aku perlukan beberapa touch je lagi" Mawar menahan tawa melihat wajah Jebat yang menuju ke arah mereka, masam benar.

"Lepasni, I akan main riba' betul-betul" aduhai, belum habis lagi dengan hujah kemarahan dia tu. Dia melabuhkan duduk dengan kasar.

"Sebab satu riba' kau, haram satu butik aku" perli Mawar, bukan boleh buat main si sotong ni.

"U tahu tak, ini adalah pelanggan kedua yang i hadap harini perangai macam bontot badak. Tahu mengentut je" kutuk Jebat, mengungkit kenangan-kenangan lalu yang tersimpan rapi. Atau lebih kepada menyakitkan hati.

"Samalah macam engkau tu, tahu mengencing bila kerja" amik kau, sedebik kena.

Jebat berpura-pura pengsan di atas meja.

"Babe, kau okay tak?" Soal Maya tatkala sahabatnya itu mendiamkan diri, seolah-olah berada di dalam dunia sendiri.

"Huh?" Balas Mawar, keliru.

"Anything to share?" Soal Maya lagi, dia tahu Mawar memikirkan sesuatu kerana itu minda sahabatnya itu seakan-akan kosong sahaja. Bersembang pun seperti tidak fokus, apatah lagi mahu membuat kerja.

"Tak ada apalah" nafi Mawar. Dia juga tidak tahu apa yang dia fikirkan, mindanya kosong.

"Kau ada masalah dengan Nathankah?" Soalan Maya itu mengundang tawa kecil di bibir Mawar, masalah itu tiada. Namun Nathan itu yang menjadi dalang utamanya.

"Sebenarnya, aku--"

"Omygosh, kita tengah sembang pasal Nathankah? I nak dengar" sedar Jebat, laju dia mendekatkan tubuhnya kepada mereka. Dia menongkat dagu dengan penuh minat.

"Kau jangan nak beriya sangat" tegur Maya, bukan main lagi menggeletis dia tu.

"Hello, I tak beria tapi I minat. Benda tu berbeza okay"

"Arh minat tak minat, kau tetap gatal" tegas Maya.

Jebat mencebik. "Sekurangnya, dia pernah sentuh I. Huhu" bangga Jebat, dia tersengih-sengih membayangkan kenangannya bersama lelaki sasa itu.

Wajah Mawar bertukar riak, bukan marah tetapi terkejut. Seumur hidupnya, dia langsung tidak pernah melihat Nathan menyentuh si sotong ini.

"Bila dia sentuh kau?" Soal Mawar.

"Kenapa? Jeles?" Dengki Jebat, batu api. Baru kau tahu aku siapa.

"Bukan. Macam menipu" pft, Jebat tersedak.

"Hey, you ingat I ni haram sangatkah untuk disentuh lelaki? I ni lagi direlakan untuk dipegang tau" balasnya geram, tangannya sengaja ditebar-tebarkan di hadapan kedua-dua wanita itu. Menunjukkan takkan separuh bengkok ya.

"Pelacur"

Jebat terbatuk mendengar semburan Maya itu, matanya terbeliak tidak sangka. Sampai hati awak.

"No. No. It's like g.r.o level" tambah Mawar pula.

"Woi, kau fikir aku ni hina sangatlah?" Itu dia, terkeluar suara abang jantan.

Mawar menutup mulut manahan kagum, this is so fake. Fakeu fakeu.

"Instead of touching kau, better dia touch isteri dia" kata-kata Maya itu sedikit sebanyak mengundang rasa malu Mawar, dia mengemam bibir menahan rasa.

"I jamin, Mawar tak pernah kena pegang dengan Nathan lagi" aduhai si Jebat ni, tak ada benda lainkah kau nak cakap.

"Aku jamin, muka si Mawar ni pun dah kena kiss" Jebat ternganga mendengar hujah si Maya.

"Adui" perlahan-lahan tangan Mawar naik menutup wajahnya, bukan ini yang aku mahu.

"Habistu, kenapa Mawar nampak biasa--" kata-kata Jebat terhenti tatkala melihat wajah kemerahan bossnya itu, dia menarik nafas menahan kenyataan yang perit.

"You dah kena cium?" Soalan Jebat itu berjaya meningkatkan rasa malu Mawar.

"Nampak? I've told you" yakin Maya.

"Cam we stop this stupid conversation? Nampak terlalu bebal" potong Mawar, aku tak sanggup untuk meneruskan semua ni.

"Ia sangat menyakiti saya" ujar Jebat, terluka.

"Actually, kau okay tak? Are you sure, kau okay dengan Nathan?" Soal Maya, malas mahu melayan karenah Jebat. Terlalu dramatis dan membuang masa.

"Okay, sebenarnya aku dengan Nathan tak ada apa pun" jujur Mawar.

"Hati I dicarik-carik, selama ni I ingat dia tunggu I" tambah Jebat, kesedihan.

"Kalau macam tu, kenapa hari ni nampak different sangat?" Soal Maya lagi. Bukan apa, Mawar bukan seolah-olah seperti dirinya sendiri hari ini.

"I tak sangka, Mawar. I percayakan U" rintihan Jebat itu disambut dengan bunyi cengkerik yang bermain kejar-kejar.

"Aku dengan Nathan, okay. Cuma aku yang, macam tengah loading maybe" jujur Mawar, dia dan Nathan tiada sebarang masalah pun. Mungkin dia hanya, terlalu terkejut dengan perubahan drastik yang diterima

"What's wrong?, Nathan tak pedulikan kau?"

Tak peduli?. Haha, Mawar menggelengkan kepala bersama senyuman kecil.

"Dia layan aku secukupnya, terlebih lah senang cerita" dia menongkat dagu di atas meja, wajahnya terukir senyuman nipis mengenangkan situasi 'terlebih' peduli itu.

"Apa yang perlu I korbankan lagi? Apa yang perlu I buat untuk dapatkan perhatian suami you?" Allahuakbar, belum habis lagi.

"Kalau terlebih, kenapa gaya kau macam orang hilang suami? Rimas?" Maya tertawa dihujung ayat, tidak boleh membayangkan situasi sahabatnya ketika dimanjakan. Kelakar.

Mawar tersenyum. "I can say, he treated me like a Queen" jujurnya. Memang benar, Nathan melayannya memang persis seorang pemaisuri, walaupun kadang kala dia terpaksa menghadap mulut puaka lelaki itu.

"I suka Nathan--"

"Diamlah mangkuk!" Marah Maya, tak boleh fokus bila dengar suara si nyah ni.

Jebat terdiam, garang.

"So, kenapa kau act macam ni? Dia layan kau istimewa kot" soal Maya, keliru.

"Bukan apa, bila aku dah biasa hadap perbagai kasar dia dan tiba-tiba lepas kahwin dia berubah lain sangat, aku rasa macam terkejut sikit" balasnya dengan tawa kecil, jika hendak difikirkan pun kelakar. Daripada kasar kepada romantik, sangat berbeza.

"Kau isteri dia, level kau dalam hidup dia dah naik. Tak akanlah dia nak layan kau kasar pula, sedangkan kau wife dia" kata-kata Maya ini sama seperti ayat yang Nathan pernah lontarkan padanya dulu, sayangnya sebagai isteri. Erm.

"Kau jangan buang tebiat, Mawar. Ingat senangkah kau nak ubah perangai ice kutub suami kau tu macam sekarang?" Sambung Maya lagi.

Benar juga, tak akanlah dia mahukan Nathan terlalu kasar dengannya. Perubahan lelaki itu pun sudah cukup menggentarkan hatinya, tidak boleh bayang jika Nathan melayannya kasar sama seperti perkenalan mereka dulu. Selalu menyakitkan hati. Masa kahwin pun sama, eleh.

"I know, but aku tak ada pun buat sesuatu yang boleh ubah dia. Dia berubah, drastik" ujar Mawar turut keliru. Sebaik sahaja mereka berkahwin, Nathan terus berubah menjadi suami ideal semua wanita. Uhuk, atau suami idealnya sahaja.

"Iyalah tu, entah-entah kau goda dia tanpa sedar. Kalau dah kata suami, even kau cuci pinggan pun tetap akan nampak cantik pada mata dia" kata-kata Maya itu berjaya membuat wajahnya berona merah, pandai pula si Maya ni mahu berhujah.

"Cara kau cakap ni, macam dah kahwin tau" Maya tersedak, tak kena!.

"Kau tahu tak? Even aku single, orang yang single ni always jadi love counselor tau. Nampak lebih berpengalaman" pft, kadang aku rasa nak muntah dengar nasihat sendiri.

"Betul, lebih-lebih I" sampuk Jebat. Aik? Ingatkan dah bisu.

"Kalau engkau, banyak orang yang berubah suka sejenis"

"Choi, nyah. Mulut syetan" marah Jebat, terasa hati. Suka hati dia je.

"Better kau jaga suami kau elok-elok, buatnya dia dah tunjuk semua effort but kau ignore dia erm.. cerita dia memang makan dalam lah engkau nanti" ayat Maya itu berjaya menyentapkan hatinya. Tidak mungkinlah, Nathan bukan seperti itu.

"Iya, Mawar. You kena bertindak dulu sebelum perempuan lain berjaya tarik hati dia macam mana dia nak you tarik hati dia, masa tu memang gigit kuku lah you" tambah Jebat pula, sengaja lah tu ingin membuatnya susah hati.

"Nak buat macam mana? Buatnya aku beria goda dia tapi dia bagi pandangan tiga sekupang, Ish tak naklah aku" geleng Mawar berkali-kali, tidak boleh membayangkannya. Dia bertindak sopan pun sudah dipersoalkan oleh lelaki itu, apatah lagi ingin menggoda.

"Aku tak rasa macam tu, sebab Nathan tu memang jelas nampak adore dengan kau"

"Pft" Mawar tertawa kuat, celah mana?!.

"Ayat kau ni, sama macam Abang Ferhadh. Always kata yang Nathan tu sebenarnya sayangkan aku, I don't see that" balasnya dengan tawa yang bersisa, kelakar setiap kali mengenangkan perkataan itu. Aduhai.

"I just said what I saw, mungkin bagi engkau zero and nothing. But, bagi kami perkara tu memang ketara" yakin Maya, mungkin Mawar sebagai isteri tidak merasai dan melihat perkara itu namun mereka yang memandang dari sekeliling sudah terang lagi bersuluh melihatnya.

"Yang itu, I setuju even I suka Nathan" sambung Jebat pula, tidak habis-habis ingin broken.

Mawar menggeleng kecil, suka hati koranglah.

"His action, is more important than words" tambah Maya, dia memberi senyuman kecil kepada sahabatnya itu. Dia tahu, Mawar masih di dalam proses mengenal hati budi masing-masing. Tidak peliklah jika sahabatnya itu berhati-hati.

Mawar tersenyum nipis, I don't know.

This love affair is too surprising for me.

          JARI diluncur laju di atas skrin, maklumat mangsa terpapar dengan jelas di LCD berskrin besar itu.

"Hujan, fail ni dah di copy dua kali. Did you do the first copy?" Soal Nathan tanpa memandang sahabatnya, matanya tajam memandang beberapa fail yang bertanda merah itu.

"Tak, aku tak suka kopi. Nak americano" balasan itu membuat Nathan menggelengkan kepalanya, bebal.

"Of course, stupid like always" kutuknya tidak bersalah.

"Kau ada in this room kah last day?" Kali ini soalannya tidak berjawab, Nathan memandang ke sisi dengan wajah yang sakit hati. Macam berbincang dengan dinding.

"Woi bebal" panggilnya kasar, geram melihat Hujan yang termenung di atas meja.

Santai lelaki itu bersandar namun pandangannya lurus memandang ke hadapan, melihat dinding yang kosong itu dengan tajam.

"Hodoh" ketika itu Hujan terkebil-kebil memandangnya.

"Apa?" Soal lelaki itu, keliru.

"Apa masalah engkau ni? You're in meeting with me, tapi otak kau dekat rumah" ujar Nathan, langkah diatur ke kerusi fabrik itu sebelum dia melabuhkan duduk dengan keluhan berat, letih berdiri dari tadi.

Hujan terdiam seketika sebelum dia memandang Nathan dengan wajah berharap.

"Bro--" panggilnya lembut.

"No. Aku geli" potong Nathan pantas.

"Dengar jelah" keluh Hujan, susah tau bercakap dengan si king kong ni.

"What is it? Actually, asal dengan engkau? Since three day ago, macam orang hisap dadah" soal Nathan bersekutu kutukan. Bukan apa, sejak tiga hari lepas perangai si sasau ini serupa orang hilang arah. Ada badan, tetapi jiwanya dengan dalam tanah lagi.

"Tak ada asal dengan aku pun, cuma--"

"Kau jumpa pontianak waktu shift block hari tu ea?" Seloroh Nathan, sengaja ingin menyakitkan hati.

"Haish, mulut kau ni memang kategori lahanat antarabangsa" akhirnya Hujan bersandar sepenuhnya, kepalanya tertutup menyandar di kepala kerusi. Stress aku bila bercakap dengan Nathan ni.

Nathan tersenyum sinis. Tahu pula frust, aku yang hadap berpuluh tahun ni tak nak tanya pula?.

"Okay okay, what's up?"

Hujan terus menegakkan tubuhnya, matanya membalas pandangan sahabatnya itu dengan teragak-agak. Seolah-olah tidak mahu keluar sahaja apa yang dia hendak katakan.

"Weird tak, if aku caring dengan mangsa kes kita" soalan itu membuat dahi Nathan berkerut seketika. Dengan siapa pula kau caring ni?.

"Contoh" iyalah, maksud Hujan itu caring melalui bahagian apa?.

"Macam, aku cuba bantu mangsa sebelum ni tentang kes jenayah yang menimpa family dia. Lepastu, aku selamatkan dia dari bahaya" terang Hujan teragak-agak.

"Itu bukan caring, itu tanggungjawab" balasan Nathan itu mewujudkan tanda noktah di kepalanya. Buntu.

"Lagipun, dah memang tugas kita untuk bantu mangsa. Tak akan nak biarkan" bingo! Kata-kata Nathan itu memang tepat pada sasarannya.

"Kalau ada istilah caring, itu dah lain maksud" okay, itu pun benar juga. Macam tahu-tahu pula si Nathan ni.

"Tapi, still aku laksanakan tugas aku kan?" Soal Hujan dengan nada berhati-hati, tidak mahu sahabatnya salah faham.

"If you want to talk about Leinani, then talk"

Pap ! Kepalanya seolah-olah terasa diketuk dari belakang apabila mendengar kata-kata itu. How can he know?.

"Like-- erm hh-how erm you ish-- macam--"

"Aku dengar dari Raaid semalam"

"Cibai punya Raaid" aku dah agak, Jantan tu memang mulut serupa bontot ayam. Pantang nampak sikit, terus buat andaian.

"Kau dah tua untuk berfikir, so dah lebih dari layak untuk buat keputusan sendiri" perlinya sengaja.

Hujan menjeling tajam.

"Wait, Mawar pun one of  the victims in your cases. So, why did you choose to marry her?"  Hujan melemparkan soalan maut, sebelah keningnya terjongket sinis.

Nathan terdiam seketika, mengapa?.

"Kalau dah cerita soal Leinani, then cerita. Tak ada kena mengena untuk libatkan aku--"

"We in the same story. Bezanya, you already married" potong Hujan, seperti tidak dapat menangkap pula tindakan Nathan yang ingin mengelak itu.

Nathan mengeluh, gagal.

"Tak ada beza, I just marry her" balasnya ringkas, menutup cerita dengan pantas.

"Yah. In that case, kau boleh kahwin dengan semua mangsa yang kau pernah handle sebelum ni" perli Hujan, tepat dan jelas menembaknya.

"Kau expect apa? Cerita Disney land?" Perli Nathan semula.

"Cuma, why do you choose Mawar?. Or kau masih setuju dengan reason yang aku bagi" cabar Hujan, dia melemparkan senyuman sinis kepada sahabatnya. Ingat senang ingin berbincang soal hati dan perasaan bersama Nathan? Huh, jauh sangat.

"Tak ada sebab, aku cuma kahwin je" nafi Nathan sekali lagi. Keliru, apa yang Hujan mahukan?.

"Aku tak rasa macam tu, kau buat keputusan untuk nikahi dia. Kau usaha untuk balik pada Mawar semasa letupan berlaku di Kerajaan Nawrilia.."

Nathan mengalihkan pandangannya ke arah lain tatkala Hujan mulai membangkitkan soalnya.

"Kau abaikan sakit kau sendiri untuk hadir majlis pernikahan korang. Kau bersama or should I say always ada dengan Mawar anytime when dia dalam masalah and every time it takes. How can't I question that?" Jelas Hujan dengan wajah yang beriak tanda tanya, sengaja ingin mengusik dan bermain-main. Bukan dia tidak melihat telinga lelaki itu yang semakin lama semakin bertukar  kemerahan.

"Kebetul--"

"Iya iya, kebetulan yang sangat sesuai. Kahwin pun tiba-tiba kebetulan ya" tambah Hujan dengan nada menyampah, malas melayan ego sahabatnya itu.

Nathan menjulingkan matanya ke atas, menyakitkan hati. Dia menghembuskan nafas perlahan, Hujan benar-benar tekad mendesaknya.

"Aku boleh kata, yang mangsa perempuan sebelum ni pun boleh jadi isteri kau juga" kata-kata Hujan itu membuatnya memicit dahi sendiri, mulalah tu si rintik-rintik nak membangkitkan kisah-kisah lalu.

"But, in many women who--"

"I love her"

Dan keadaan di antara mereka bertukar senyap, Hujan terdiam seketika.

"Engkau--"

"Aku cintakan Mawar" jujur Nathan, dia tersenyum sinis memandang wajah mengusik sahabatnya itu. Weirdo.

"And I shouldn't doubt that" akhirnya Hujan berpuas hati dengan jawapan yang diterima, memang itu yang dia mahu dengar dari awal lagi.

Dia tahu Nathan ego, namun sebagai sahabat sudah terang lagi bersuluh dia melihatnya. Nathan bukan lelaki yang mudah jatuh dengan wanita.

"Did she know?" Soalan itu dibalas dengan gelengan.

Hujan tergelak. "Asal tak bagitahu? Malu?" Usiknya.

"Not the perfect time yet, aku tahu Mawar tengah keliru dengan perubahan aku" bukannya dia tidak dapat melihat kelakuan Mawar setiap kali dia mendekat dan bermesra, isterinya itu akan menjadi seperti cacing kepanasan dan pelik.

"She's your wife, walau macam mana pun dia tetap akan terima kau" balas Hujan, yakin.

"But i'm the happiest guy to have her as my wife" ujar Nathan tanpa sedar, lancar sahaja kata-kata itu meluncur laju di bibirnya.

"Eee, geli" Hujan menayangkan wajah jijik.

Nathan tergelak malu, bendul betul. Dia mengangkat kedua-dua belah tangan mengusap wajahnya, panas. Malu tatkala meluahkan segalanya kepada sahabatnya itu.

"I'm happy for you" balas Hujan tiba-tiba, lega ketika melihat wajah bahagia sahabatnya itu.

"Eee, jijik" Nathan menggoyangkan badannya kegelian. Membalas paku buah keras.

"Bodoe" carut Hujan.

"Aku--"

Terjahan pintu menghentikan kata-kata Hujan, mereka berdua memandang ke arah pintu dengan wajah yang mendatar.

Wajah Nubhan menyapa pandangan mereka, riak lelaki itu tergesa-gesa dan dahinya tersisa berpeluh.

"Anything?" Soal Nathan, keliru.

"Code red, kita dah dapat serbuan. All team gather now" sesaat selepas itu wajah Nubhan hilang dari pandangan mereka.

"Proceed"

Mereka berdua bergerak ke kawasan utama dengan pantas.

          "KENAPA MASAM je muka anak ibu ni?" Soal Ibu Ayana sebaik sahaja menyambut kedatangan Mawar di hadapan pintu.

"Aik, mana Nathan?" Soalnya lagi namun tidak bersahut. Dahinya berkerut memandang wajah sedih Mawar itu, amboi busuknya muka dia.

"Adik" panggil Ibu Ayana dengan lembut tatkala Mawar mencium kekura tangannya, kepala yang berbalut tudung itu diusap sayang.

"Tak tahu, Mawar datang naik teksi" balas Mawar dengan nada perlahan, sedikit terasa hati.

"Lain macam je ni, kenapa?" Pipi Mawar itu dicubit geram, bukan main lagi cebiknya.

"Tsk, ibu ni" rajuknya. Dia bergerak ke sofa sebelum melabuhkan duduk dengan kasar di situ.

"Ibu tanya ni, mana Nathan?" Sudah dua kali diulang soalan yang sama namun dibuat tidak peduli sahaja, merajukkah?.

"Entah, Mawar tunggu dekat butik dia tak datang pun"

Oh! Ibu Ayana mengangguk faham. Patutlah masam sungguh wajahnya.

"Dia sibuklah tu, janganlah marah" pujuknya lembut.

"Dia boleh je call or text Mawar kata tak boleh ambil, Mawar boleh je call teksi. Tapi ini tak, dia biarkan Mawar tunggu hampir 3 jam dekat situ and it's almost 8 night! Mawar hampir terlepas makan malam dengan ibu tau" rungut Mawar dengan nada yang agak tinggi, benar-benar terasa dengan tindakan suaminya itu.

"Adik tunggu dekat dalam butik kan, bukan dekat luar. Lagipun ibu tak kisahlah, yang penting adik selamat sampai rumah" lembut Ibu Ayana membalas kata-kata anaknya, tidak mahu Mawar terlalu mengikut perasaan amarah itu.

"Memanglah, tapi dia tetap kena bagitahu Mawar. Adik bukan akan marah dia pun kalau dia tak boleh ambil" setakat mesej kata sibuk pun dia boleh terima, ini tidak dibiarkan sahaja tanpa sebarang bunyi.

"Sekarang ni, bukan marah?" Soalan ibunya itu dibalas dengan wajah yang masam. Ibu ni, suka sebelahkan Nathan.

"Adik kata kalau dia bagitahu" balasnya merajuk.

"Mungkin dia ada emergency call, tak akanlah dia nak pegang telefon masa tu kan?" Kata-kata Ibu Ayana itu mengundang keluhan kecil di bibirnya. Memang benar tetapi entah, dia tetap terasa dengan tindakan lelaki itu.

"Jangan macam ni, kata nak makan dengan Ibu hari ni" tidak habis-habis Ibu Ayana memujuk anaknya, karang sehingga malam tidak mahu makan pula.

"Iya" Mawar mengalah, tidak mahu terlalu mengikut perasaannya.

"Dahtu, kenapa masam lagi ni?" Sengaja Ibu Ayana menyoal.

"Dia biarkan adik dekat butik sampai pukul 8 malam, alone. If anything happens pada adik masa tu, baru dia nak rasa bersalah" rasa traumanya pada kejadian sebelum ini masih lagi bersisa di ingatkan, dia tidak boleh membayangkan keadaannya sekira perkara itu berulang lagi.

"Adik, He's your husband. Adik boleh berbincang dengan dia, bukan tuduh dia macam ni" lembut nada Ibu Ayana menegur anak gadisnya itu, tidak mahu Mawar dikawal dengan perasaan amarah.

"I know, adik cuma.. terasa. Itu aja" bukan dia mahu berlebih-lebihan pun. Dia hanya, terasa.

"Nathan bukan sengaja tinggalkan adik, as his wife, adik patut fahami dia"

"And as adik punya husband, Nathan pun kena ingat adik" sambung Mawar pula, membalas kata-kata ibunya dengan nada yang berkecil hati.

"He will say sorry, dia mesti rasa bersalah juga sebab tinggalkan adik" kepala anaknya itu diusap sayang, biasalah hidup berumah tangga. Ketika inilah mahu menunjukkan rasa rajuk dan manja itu.

"Nanti Nathan balik jangan marah dia pula, dia mesti penat" sempat Ibu Ayana menyelitkan nasihat.

Mawar berdecit kecil, tidak habis-habis Nathan.

Ketika itu kedengaran bunyi enjin kereta di luar.

"Ha, balik dah menantu ibu" usik Ibu Ayana, melihat riak wajah anaknya.

"Sambutlah dia dekat pintu" dia menolak tubuh anak perempuannya bangun namun Mawar mengakukan badannya.

"Tak naklah" dengan pantas Mawar berlari naik ke atas, meninggalkan ibunya yang masih menjerit memanggilnya.

"Budak ni" keluh Ibu Ayana.

Pintu rumah terbuka. Wajah kepenatan Nathan menyapa pandangannya, dia tersenyum kecil.

"Ibu" Nathan mencium tangan ibu mentuanya bersama senyuman nipis.

"Pergi naik mandi dan solat dulu, nanti ibu hidangkan makanan" lengan menantunya ditepuk lembut, kesian melihat wajah letih lelaki itu.

"Maafkan Nathan, Ibu" rasa bersalah menyelubungi diri kerana membiarkan Ibu Ayana menunggunya, makanan malam pun tidak berusik lagi.

"Tak apa, ibu faham. Pergilah naik dulu" balas Ibu Ayana bersama senyuman, dia tidak marah pun. Dia faham dengan pekerjaan Nathan itu, tidak pelik jika balik sehingga lewat malam pun.

Bersama senyuman nipis Nathan melangkah ke atas, dia membuka pintu bilik Mawar dengan berhati-hati namun sekujur tubuh pun tidak kelihatan. Dia berkerut pelik, pergi mana?.

Dengan berat hati dia melangkah ke dalam. Letihnya badan, nanti abang pujuk ya sayang.

Setengah jam kemudian Mawar turun ke bawah, dia melabuhkan duduk di meja makan.

"Mana suami kamu? Kenapa tak turun sekali?" Soal Ibu Ayana tatkala menghidangkan makanan, dia menyusun lauk-pauk itu dengan kemas.

"Entah, atas kot" balas Mawar ringkas.

"Bukan kamu berdua kat bilik?" Berkerut dahi Ibu Ayana menyoal anak perempuannya, seperti tidak kena pula.

"Mawar mandi dalam bilik ibu"

"Astaghfirullahalazim, Bunga Mawar Maylea" Mawar menundukkan kepalanya tatkala mendengar nada Ibu Ayana, mengetahui apa yang bakal berlaku jika nama panjangnya disebut.

"Adik patut sediakan pakaian dia, ajak dia turun makan sekali. Ni solat Isyak sendiri lah ni?" Sekali lagi Mawar menganggukkan kepalanya.

Ibu Ayana menggeleng kecil, agak marah dengan tindakan anaknya itu.

"Ibu tahu adik marah, tapi macam mana pun keperluan suami zahir dan batin adik kena laksanakan. Suka ya jadi isteri derhaka?" Kata-kata ibunya itu berjaya menyentapkan hatinya, pandai betul ibu dalam soal mengugut ni.

"Tak nak cium bau syurga?"

"Ibuu" potong Mawar, tidak suka mendengar ayat itu. Isteri mana yang tidak mahu mencium bau syurga, tipulah jika ingin menolak pun.

"Jadi, pergi panggil Nathan turun makan" arah Ibu Ayana, tidak mahu Mawar terlalu keras kepala.

"Nanti dia turunlah"

"Mawar" akhirnya Mawar bangkit dari duduknya tatkala mendengar nada tegas Ibu Ayana itu, sayang sungguh dengan menantu dia.

"Manis sikit muka tu" tegur Ibu Ayana.

Mawar mengukirkan senyuman lebar yang terpaksa lalu melangkah ke atas, namun senyumannya pudar sebaik sahaja tiba di pintu biliknya. Dia membuka pintu dengan terpaksa.

"Nathan" panggil Mawar sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, tatkala itu terlihat tubuh Nathan yang terduduk keletihan di bucu katil. Berbaju melayu dan berkain pelekat, mesti ibu yang sediakan.

Dia terdiam memerhati, tidak dengarkah?.  Kelihatan lelaki itu mengurut pelipisnya.

"Patutkah aku buat macam ni?" Soal Mawar di dalam hati.

"Ibu panggil makan kat bawah" ujar Mawar, memecahkan kesunyian.

Ketika itu pandangan mereka bersatu.

"Nanti jangan lupa turun" sempat Mawar memesan sebelum melangkah keluar, hamun tangannya dipegang dari belakang.

Sesaat sahaja, tubuhnya berhadapan dengan tubuh suaminya.

Nathan memandang wajah cantik isterinya bersama senyuman kecil. "I'm sorry, for keep you waiting alone" pintanya lembut, rasa bersalah.

That dimple. Menawan.

Pandangan Mawar kembali terarah kepada suaminya, dia melepaskan pegangan lelaki itu.

"Tak apa, saya faham" tipunya, walhal dia sedikit berkecil hati.

"Jomlah turun, kesian ibu tunggu kita" dia kembali melangkah tetapi ditahan sekali lagi.

Kali ini Nathan memusingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu, tatkala itu terasa satu pelukan hangat dibelakangnya.

"Aku tahu kau marah, aku minta maaf. If you're mad at me, then i'm sorry. But let me hug you from behind, I need it" lembut bisikan itu menyapa halwa telinganya, Mawar memejamkan matanya. Berdebar.

"I'm so sorry, baby" tangan lelaki itu mulai naik memeluk erat di pinggangnya, bibir lelaki itu meniti di telinga. Menciumnya lembut.

Debarannya kian meningkat ketika bibir lelaki itu menjalar di pipinya, ciuman hangat itu terasa menjalar di seluruh tubuh.

"Abang minta maaf, sayang"

Mata Mawar terbuka kembali, abang?.

Ketika itu tubuhnya dipusingkan dengan lembut menghadap suaminya, matanya kaku terkedu.

Nathan tersenyum kecil melihat wajah kemerahan itu, manis. Cantik sangat.

"I'm sorry. Cause leave you alone for hours, I guess" tawa Nathan dihujung ayat, masih diselubungi rasa bersalah. Dia tahu dia tidak patut membuat Mawar seperti itu, namun perkerjaannya menghalang.

Mawar mengikut tatkala Nathan menarik tubuhnya merapat, serentak itu kepalanya ditarik bersandar di dada suaminya. Terasa usapan lembut di rambut panjangnya yang terurai ke pinggang, dia seolah-olah terbuai dengan tindakan lelaki itu.

"Without any call or text, ada emergency yang naik mendadak di balai. I'm so sorry. Abang minta maaf sebab buat macam tu, baby" Ya Allah, hampir luluh jantungnya mendengar bisikan maaf itu. Lebih mendebarkan tatkala tangan sasa itu mulai naik mengusap belakang tubuhnya, seakan-akan memujuk.

Ab-abang. Thats sounds so attractive for me, it hits different.

Mawar mengemam bibirnya. "It-it's okay" balasnya berdebar, nafasnya juga seolah-oleh tidak teratur.

Ketika itu Nathan menjarakkan tubuh mereka. Mawar hanya mengikut tanpa paksaan, tubuhnya seakan-akan dikawal dengan rasa rela hati.

Wajahnya semakin kepanasan tatkala jari kasar itu menyelit helaian rambutnya di belakang telinga, menyerlahkan wajahnya yang semakin kemerahan itu. Sebelah tangan lelaki itu selesa melingkar di pinggangnya.

"You forgive me?"

Mawar mengemam bibirnya, tipu lah jika dia kata tidak.

"Baby?" Mawar mengangguk kecil tatkala mendengar suara lelaki itu, nadanya.. mencengkam jiwa.

Dia mengalihkan pandangan ke arah lain, tidak sanggup membalas pandangan mereka. Boleh pengsan sekiranya dia menerima hentakan ini secara berterusan.

"Masih marah?" Soal Nathan ketika wajah itu cuma menunduk menekur lantai, langsung tidak mempedulikannya.

"Nn-no" gagapnya, dia menggigit bibir. Why why why?!.

Jantungnya hampir tercabut tatkala tangan berurat itu memegang pipinya, menolak wajahnya ke atas. Beberapa inci sahaja dengan wajah suaminya.

"Marah?" Bisik suara itu lagi.

Ya Allah, this situation really hits me.

Berdebar. Allahu.

Mawar menggeleng perlahan.

Wajahnya semakin kemerahan apabila lelaki itu mendekatkan wajah mereka, hidung mereka berlaga lembut.

"Marah?" Bisiknya sekali lagi.

Bibirnya dikemam malu, suara Nathan itu benar-benar membuat jantungnya lemah. Ya Allah.

"Tt-takk" balasnya getar, bibirnya langsung tidak berkerjasama ketika ini.

Dahi mereka mulai bercantum, puncak hidung Nathan menyentuh pipinya.

"Marah?" Subhanallah. Nada suara itu, sungguh menguji hatinya.

"You can't forgive me?"

Mawar menahan debarannya yang kian memuncak. Hilang akalnya jika dia mengatakan bahawa dia marah, perasaan marah itu sudah hilang dari hatinya walaupun sebesar kuman. Lesap.

"Mawar" ingin sahaja dia menjerit tatkala namanya itu meniti dengan lembut di bibir suaminya. Reidht Nathan is not a game.

"Mawar maafkan" Allahu, dia berjaya mengatakan itu dengan lancar. Hatinya benar-benar tidak terkawal ketika ini.

Suara yang tersisa semasa lelaki itu tersenyum menarik minatnya. That 'huh' really make me interested.

Mereka menikmati keadaan itu dengan selesa sebelum--

"Nanti dah habis, jangan lupa turun. Nanti makanan sejuk" suara Ibu Ayana menghentikan suasana romantik di antara mereka.

Pelukan mereka terlerai dengan pantas, Mawar membetulkan kedudukannya dengan segera.

"Ma-mawar" aduhai, mulut ni tidak berfunction sungguh hari ini.

Nathan melepaskan tawa kecil, terkantoi pula.

"Ibu bagi masa, tapi jangan lupa turun makan. Ha, tutup sikit pintu tu" sempat Ibu Ayana menyelitkan usikan sebelum dia melangkah turun ke bawah bersama senyuman mengusik. Bukan main lagi romantiknya, sampai tak perasan orang sekeliling.

"You forgot to close the door" senyum Nathan, kelakar mengenangkan keadaan mereka yang menjadi tontonan. Mujur ibu sahaja yang berada di rumah. Kalau tidak, erm naya.

"Manalah Mm-mawar nak tahu" balasnya, malu. Ha sudah, muncullah nanti adegan kedua pula pada hari esok.

Debaran Mawar kembali berlagu tatkala Nathan menggapai tangannya, pegangan erat itu terasa disulaman jari mereka.

"Jj-jomlah turun" kenapa asik gagap ni?!.

"Turunlah dulu, abang nak ambil wuduk" kata-kata Nathan itu membuat dahinya berkerut, bukankah lelaki itu sudah solat?.

"Awak belum solat lagi?" Soalnya, pelik.

"Belum" Nathan menggeleng.

"Why?"

"Wuduk abang dah batal" dia mengangkat pegangan tangan mereka, atau lebih tepat lagi dari awal sudah batal. Semasa dia memeluk isterinya.

Ayat itu membuat Mawar tersenyum kecil, tidak sedar pula soal itu.

"Marah lagi?" Ha mulalah, mengingatkannya kepada situasi yang mendebarkan hatinya tadi.

"Tak" jujurnya.

"Betul?" Soal Nathan lagi.

"Iya, abang. Mawar tak marah" balasnya lembut.

Nathan tersenyum penuh makna, that 'abang' on her lips was so seductive.

"Thanks, baby" tangan isterinya dicium lembut.

Tindakan lelaki itu mengukirkan senyuman manis di bibirnya.

Starting today, I will willingly face his temptation.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience