•bab 28•

Romance Series 12832

          DARI jauh Mawar sudah melihat betapa eratnya pelukan Ummi Dahlia pada Nathan, wajah tua itu terlakar sebuah senyuman sebak.

"Cucu Tok Ummi dah balik" sayu suara itu berucap, jelas kelihatan air mata yang mengalir lebat itu. Air mata kesyukuran.

"Ibu dah kata, Nathan akan balik" kata-kata Ibu Ayana itu membuatnya tersedar, dia memandang ke sisi dengan riak terkejut. Suka muncul tiba-tiba tau.

"Sebab Ibu minta Mawar percaya, bukan pasrah" tambah Ibu Ayana lagi.

"Iya" Mawar menganggukkan kepalanya, sedar akan kesalahan diri sendiri.

"Nampak sekarang, kesabaran membawa makna" tegur Ibu Ayana.

"Mawar bukan tak sabar, Ibu" balas, menjawab.

"Dah tu, gelojoh?" Gurau wanita tua itu.

"Ish, apa pula. Cuma, haih susahnya nak terang" Mawar menghela nafas lemah, ingin mengingatinya pun sudah cukup rumit apatah lagi ingin menerangkannya.

"Nathan tu memang nampak bongkak dari luar" amboi, ayat Ibu mentua Ayana ini.

"Tapi dalam hati dia, ada taman. Ada si bunga Mawar ni ha" dagu anak perempuannya sengaja dicuit, ingin mengusik. Walhal Mawar ini pun sama, luar acah-acah gangster tapi dalam hati penakut.

"Memandai jelah ibu ni" balasnya, malu.

"Nak jumpa suami tak?" Argh! Meremang bulu roma mendengar ayat itu. Dulu bolehlah mengelak konon tidak mahu, namun sekarang tidak boleh berpatah balik. Dia harus menghadap nak menerima.

"Merendeng lah bulu roma Mawar ni, Ibu. Takut" jujurnya bersama wajah berkerut, menunjukkan riak gelisah.

"Nak takut buat apa? Dia tak ajak kamu pergi menembaklah. Ingat ya Mawar, syurga kamu sekarang pada dia. Jangan nak buat perangai" tegur Ibu Ayana berbaur amaran. Pandailah dia nak buat perangai, aku campak dekat lombong taik belakang rumah tu.

"Tahulah" balasnya pasrah. Susah benar hendak membidas ibu ni, banyak sungguh jawapannya.

"Itu ha, Nathan datang sini"

Mawar kembali gelisah seperti cacing kepanasan. Bukan apa, dia malu!.

"Duduk diam diam, itu suami" aduhai Mak Cik Ayana ini. Sudahlah dengan teguran tu, takkan tidak melihat keadaannya yang seperti perempuan berpinggang lintah ini. Dia mahu lari!.

"Ibu" Ya Allah, datang dah.

"Duduklah dengan Mawar, mesti ada banyak perkara nak sembangkan. Ibu nak jumpa tetamu dulu" nampak itu! Banyak sahaja alasan Ibu Ayana, sengajalah tidak mahu menemaninya.

Nathan sekadar mengangguk sebaik sahaja tubuh ibu mentuanya itu melangkah pergi. Erm, ibu mentua.

Tak lama kemudian dia kembali melihat tubuh kecil di hadapannya yang bergoyang gedik itu. Dahinya berkerut.

"Apa?" Soal Mawar, garang. Amboi, bini orang ni. Bukan main lagi.

"Cantik"

Eh, dia ni.

Pujian Nathan itu membuatnya terkebil-kebil di tempat sendiri, aku salah dengarkah?.

"Maaf, baru sekarang aku boleh sebut benda tu" pinta Nathan bersama senyuman nipis, majlis pernikahan yang sibuk dari pagi sampai petang itu menyukarkannya untuk berbual dengan Mawar. Sebaik sahaja selesai dengan acara pembatalan air sembahyang, mereka terus dipanggil untuk sesi bergambar dan bertemu para tetamu. Banyak betul perkara yang diaturkan semasa majlis pe

Mawar sekadar mengangguk kepalanya, dia mengusap jari manisnya yang tersarung cincin nikah. Ketika itu seolah-olah masih terasa lagi kucupan Nathan di dahinya, dan ayat-ayat manis yang dilontarkan oleh lelaki itu sewaktu bersamanya.

"Jangan nangis, aku dah balik"

Tanpa sedar dia tersenyum kecil, gembeng betul.

"Terima kasih, sebab percaya pada aku" ujar Nathan dengan nafas yang lega, mujur dia sempat menghadirkan diri di majlis pernikahan mereka tepat pada waktunya. Malah berpeluang untuk melihat wajah manis Mawar yang menyarungkan baju kurung nikah, cantik, sangat cantik.

"Saya dah kata, kalau awak tak balik saya akan nikah dengan lelaki lain" kata-kata Mawar itu mengundang tawa di bibir Nathan.

"Aku tak nampak mana-mana pengganti" usiknya.

"Ada je, dia ada masa majlis tadi" balas Mawar pantas.

"Siapa?" Soal Nathan bersama kening yang terjungkit sebelah, ingin tahu walaupun dia tahu perkara itu tidak benar.

Otak Mawar loading seketika sebelum menjawab. "Jebat" aduhai, bongok gila jawapannya.

"Pft, tak mencabar langsung" balasnya riak.

"Eh, sekurangnya dia lelaki kan" bidas Mawar pula.

"Bukan 100%" sambung Nathan.

"Ish, dahlah" ujar Mawar mengalah, suami kan, kita kena hormat. Erm, tahu pula dengar kata.

Dia mencebik, geram.

"Eh eh eh, nak apa ni?" Soal Mawar gelabah tatkala tubuh Nathan semakin mendekat. Dia menarik nafas penuh debar.

"Apa? Salahkah nak dekat sikit?" Balasan Nathan itu hampir membuatnya ternganga besar. Nak dekat sikit? Apa?!.

"Ap-apa yang awak merapu ni?" Ya Allah, lindungilah aku dari debaran yang ingin meletup ini. Dia tidak tahu di mana dia ingin menyorokkan wajahnya tatkala ini, Nathan pula selamba sahaja riaknya!.

"Benda dah halal. Aku nak pegang kau pun, ikut suka hati aku"

Ya ampun, Mawar mengucap perlahan. Jauhkanlah dia dari aku.

"Nak buat macam ni pun, tak dosa" ketika itu juga bibir mungilnya dicuit. Mata wanita itu terbeliak sebesar-besarnya, eeeee!. Dengan segera Mawar menutup bibirnya.

Serentak itu Mawar menjauhkan dirinya sedikit, dia tak tahu kah jantung aku ni hampir nak meletop? Suka hati je tau!.

"Sinilah, orang tak akan tangkap basah kita pun" balas Nathan bersama senyuman penuh makna, smirk. Lagipun Mawar sudah menjadi isterinya, hendak membuat lebih dari itu pun boleh.

"Awak jangan sampai saya tampar muka awak" ugut Mawar, segan. Dia tidak mahu membuat benda merapu yang boleh memalukan dirinya.

"Kita masuk dalam nak?"

Persoalan Nathan itu membuat wajah Mawar semakin berona merah, mas--masuk dalam?. Ketika ini degupan jantungnya semakin laju, seolah-olah boleh didengari sehingga gegendang telinga. Mawar segera memegang jantungnya, Ish.

"Orang tak nampak" tambah Nathan lagi, sengaja. Bukannya dia tidak dapat melihat wajah tomato itu, semakin merah lagi semakin menaikkan semangatnya untuk mengusik.

"Janganlah kacau saya!" Marah Mawar berbisik, tidak mahu didengari oleh ibu. Karang betul-betul aku kena campak kat dalam.

"Dah jadi bini pun, nak malu" perli Nathan selamba, geram pula aku.

"Suka hati sayalah!" Marahnya lagi.

"Ingat tau, bukan hari ni je kau jadi bini aku. Berterusan sampai ke depan pun kau tetap bini aku, jadi jangan nak pemalu sangat" bukan main lagi ayat dia, bini aku. Sombong betul.

"Mana ada saya malu, saya cuma.. cu--cuma--"

"Cuma apa?" Potong Nathan, mengada-ngada betul bunga ni.

"Jangan kacau sayalah!"

Aik, jangan kacau pula. Entah dari mana datang aku kacau dia pun tak tahu, sedangkan dari tadi dia hanya berdiri di sisi sahaja.

Nathan berpeluk tubuh, aku nak tengok sampai bila dia nak macam ni. Jangan kacau, jangan kacau.

"Pergilah dekat kawan awak sana, duduk sini kenapa?" Halau Mawar dengan semangat, dari tadi duduk sini tenung aku baik pergi dekat kawan dia sana!.

"Janganlah kacau aku" ajuk Nathan semula.

Mawar ternganga besar, dia ejek aku?! Bacsyzydtevehsjsw.

Dengan sengaja Nathan mendekatkan lagi dirinya dengan Mawar.

"Nathann" bunyi Mawar, karang aku nangis kat sini kang.

"Nak dekat je pun" balasnya dengan perlahan, nak dekat pun tak boleh.

"Tak akanlah dah jadi suami, aku nak kena berdiri dekat parking kereta luar sana pula" balasnya menganjing. Dulu sebelum kahwin bolehlah, sekarang sudah berikatan kasih pun masih banyak pantang larang lagi.

Mawar menjeling sekilas, nak mengata akulah tu.

"Berdiri jelah dekat situ, ruang ni luas kan" bidasnya geram.

"Entah, rasa sempit" Alluakhbar, dosa apa yang dia buat ni sampai semuanya sempit.

"Sebab tu nak dekat" tambahnya pula sebelum mendekat lagi.

"Nanti orang nampaklah, malulah sikit" tegur Mawar garang, ada yang aku rembat guna batang penyapu karang. Baru aku tahu perangai mengada-ngada dia ni level apa.

Nathan memandang sekeliling. "Semua tengah sibuk" balasnya jelas, nyata, dan terang.

"Tetap kena jaga-jaga juga" eleh, riak betul. Nak dekat je pun.

"Kedekut" perli Nathan. Nak main dekat-dekat pun tak boleh.

"Tak apa, kau tunggu aku" ugut Nathan penuh makna.

Mawar terdiam gerun, entah apalah dia nak buat ni.

"Aku nak tengok kau kedekut dengan aku ataupun tidak bila semua orang tak ada" sambungnya lagi sebelum melangkah pergi ke khemah yang menempatkan sahabatnya, sempat dia mencuit pipi kemerahan itu sebelum berlalu. Geram aku.

"Dia ni.." ujar Mawar perlahan sambil memegang pipinya, Ish.

"Tak dapat habuan kah tu?" Ejek Hujan tatkala tubuh Nathan menghampiri mereka.

"Bisinglah kau"

"Kesian dia, dah ada bini pun tak boleh pegang-pegang lagi" tambah Raaid pula, sengaja menjadi nahas. 

"Tak apalah, marilah awak pegang saya" serentak itu Hujan menggenggam tangan sahabatnya itu, dia mengusap-usapnya ganas.

"Berkurap gila!" Jerit Nathan sambil menarik tangannya, melekit aura gatal si Jebat tu.

"Korang kalau nak bini, pergi cari. Yang mengacau si Nathan ni kenapa?" Ujar Nubhan setelah memerhati gelagat mereka, hendak muntah melihat muka gatal masing-masing.

"Eleeee, dia try jadi matured gaiss" ejek Raaid sambil tertawa besar, nak muntah aku dengar.

"Takpe Nathan, malam masih muda" balas Nubhan menghindarkan kata-kata Raaid itu, lagipun dia memang matang apa? Kan?.

Nathan berfikir sejenak.

"Malangnya malam ni tak ada" jawab Hujan pula.

"Eh, asal pula?" Soal Nathan pantas. Amboi, gelojoh. Entah apa yang dia fikirkan.

"Kau kena check-in hospital, gila. Doktor izinkan kau keluar sebab ini je tau" kata-kata Hujan itu membuatkan Nathan menepuk dahinya. Aduhai, pelupa betul.

"Suruh jelah bini dia jagakan" sampuk Raaid. Benda sudah senang, mengapa mahu menyerabutkan kepala lagi?.

"Dia muncul tiba-tiba hari ni pun tak ada siapa tahu macam mana, tahu-tahu nikah" kata-kata Hujan itu membentukkan bunyi 'ouh' di bibir mereka.

"Suruh je Mawar jaga budak ni, dia kan dah ada isteri" sampuk Nubhan pula.

"Jangan kita sengaja menyusahkan diri sendiri untuk jaga dia" sambungnya lagi.

"Aku pun malas nak jaga, penat aku tak hilang lagi" Hujan berpura-pura merenggangkan leher dan bahunya. Lenguh.

"Suruh je bini dia, giliran kita pula rehat" tambah Raaid menyokong, dia pun mahu melabuhkan tubuh di katil dengan segera.

Nathan menayangkan muka toya, fikir aku kesah. Sudah masak dengan kata-kata kasar itu, langsung tidak termakan.

"Haahlah, aku nak bini aku jagalah" tersengih-sengih Nathan menyokong, siapa je tidak suka, hehe.

"Tak payahlah, aku jaga dia" bantah Raaid, dengki.

"Jangan nak panjangkan cerita, gila" tadi beria tidak mahu, sekarang melebih-lebih pula. Aku simbah guna air longkang tu nanti.

"Nak juga tidur dengan Nathan malam ni" Raaid mencebik terasa, merajuk.

"Ish kau ni" Nubhan segera mengambil air sirap di dalam cawan sebelum menyimbahnya ke arah Raaid, namun pantas pula lelaki itu mengelaknya. Geram aku, menyirap je.

"Tak selera aku kalau kau jaga, aku ni kena perempuan yang belek-belek. Bukan lelaki miang macam kau" cebik Nathan lalu menanggalkan songkoknya, berpeluh. Panas betul cuaca hari ini, baru sahaja dia ingin bersantai.

"Nanti aku bagitahu dia" ujar Hujan, mudah. Di samping itu ingin menghentikan pergaduhan tidak bermoral itu.

"Anyway, terima kasih sebab korbankan masa korang untuk selamatkan aku" ujar Nathan, bersyukur. Tidak ternilai waktu dan tenaga yang mereka habiskan semata-mata untuk membawanya pulang, dia benar-benar menghargainya.

"Small mater, tak perlu fikir" balas Nubhan, berbesar hati. Huhu.

"Dahlah, pergi bagitahu Tok Ummi dengan Tok Ayah, bagitahu ibu mentua kau sekali. Aku nak hantar kau dah" arahan itu membuatkan Nathan menunduk malas, mengapalah dia terikat dengan hospital?. Susah!.

"Tak payah masuklah macam tu" selamba sahaja Nathan membalas.

"Kau gila? Kalau dia tahu kau buat macam ni, memang dia tak akan lepaskan kau. Diorang boleh datang sini bawa ambulance, untuk ambil kau" jelas Hujan panjang lebar, orang dah bagi peha dia nak betis pula. Beruntung sahaja doktor melepaskan lelaki itu untuk majlis hari ini, kalau tidak dia perlu ditahan sehingga sebulan di dalam hospital. Kecederaan Nathan bukannya ringan, namun nampak santai pula lelaki itu. Sengaja mencari maut sendirian.

"Baru nak tidur dengan isteri" pasrahnya sendirian, dia tertunduk lemah.

"Cibai je kau" Raaid menunjukkan riak ingin muntah, geli aku. Macam dia je ada bini.

"Ingat, lepas selesai majlis ni aku akan terus bawa kau pergi sana" tegas Hujan.

"Iya" balasnya malas.

Apalah nasib badan.

          WAJAH Leinani dicengkam kasar, ingin sahaja tangannya naik menampar wajah itu.

"Apa yang susah sangat, Leinani? Aku bagi kau jalan mudah je" tegas Pak Ayob diiringi tawa sinis, benda yang senang pun hendak dirumitkan. Menyusahkan.

"Leinani tak mahu! Ibu pun tak setuju!" Bantah Leinani dengan kuat, tangannya pantas ingin meleraikan cengkaman yang menyakitkan itu. Pedih!.

"Sudahlah tu, Ayob. Anak aku tak mahu, janganlah paksa dia" rayu Ibu Wardah sambil menolak lengan tua itu dari mencengkam anaknya. Sayu wajahnya tatkala mata anak gadisnya itu mulai berkaca.

"Diam Wardah, jangan sampai engkau yang aku jadikan mangsa nanti!" Tenking orang tua itu kuat, wajah Leinani ditolak kasar ke lantai. Pantang sungguh bila orang membantah kata-katanya.

Dengan segera Leinani memeluk ibunya, air matanya mulai menitis keluar. Takut.

"Dia baru habis belajar, belum sedia lagi nak berumah tangga" pujuk Ibu Wardah dengan lembut, dia tidak sanggup melihat anaknya menjadi seksaan orang. Bukannya dia tidak tahu niat Pak Ayob terhadap anaknya, cuma untuk melempiaskan nafsu!.

"Aku tak peduli, itu je cara untuk kau langsaikan hutang kau. Kau ada duitkah? Kalau tak ada, dengar cakap aku!" Lengan gadis itu ingin dicapai oleh Pak Ayob namun segera ditepis oleh Ibu Wardah, belum apa-apa lagi sudah ingin menyentuh! Dasar orang tua gatal!.

"Aku akan langsaikan! Bagi aku masa!" Semakin buntu mindanya menerima amarah lelaki ini. Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini. Berikanlah kami jalan penyelesaian, Ya Tuhanku.

"Aku dah beri banyak masa, tapi sesen pun belum sampai dekat tangan aku" Pak Ayob menepuk kocek seluarnya seolah-olah membawa maksud wang yang kosong. Tempoh sudah diberikan, tetapi mereka tidak mampu membayarnya, jadi dia akan menyelesaikan hutang itu dengan caranya sendiri.

"Aku mohon, bagi aku sikit lagi masa. Aku akan selesaikan secepat mungkin" pinta Ibu Wardah sayu. Buat masa ini mereka cuma mempunyai wang untuk barangan dapur sahaja, cukup-cukup untuk mengisi perut mereka.

"Anak kau dah mati, kau nak harapkan siapa lagi untuk bayar hutang kau?" Perli Pak Ayob bersama senyuman penuh makna, dengan santai dia melabuhkan duduk di kerusi kayu yang kelihatan reput itu.

"Asalnya dulu hutang kami dah langsai, tapi kau guna cara kotor pada arwah anak aku!" Marah Ibu Wardah dengan kasar, gugur air matanya mengingati kembali detik kotor yang hampir menimpa arwah anak perempuannya. Dasar lelaki berhati binatang.

Pak Ayob tertawa besar, seolah-olah tidak termakan dengan amarah itu.

"Anak kau yang datang pada aku, bukan aku yang pergi pada dia" dengan sinis dia membalas, wajahnya terpapar riak tidak bersalah mahupun menyesal.

"Dia datang sebab nak beri hutang, tapi kau guna cara jijik pada dia masa tu!" Tamparan demi tamparan menyinggah padanya tatkala mengingati peristiwa itu, sungguh dia kecewa dan marah terhadap lelaki yang bertopengkan syaitan ini.

"Dengan tak tahu malu, kau naikkan hutang bila dia tolak permintaan kau!" Tengking Ibu Wardah lagi bersama esakan.

"Itu bukan salah aku, kalau dia terima masa tu, hutang korang satu keluarga dah langsai" tersenyum-senyum dia membayangkan kejadian itu, jika dia dapat ketika itu pasti sudah menjadi habuan besar buatnya.

"Kau munafik Ayob!" Jerkah Ibu Wardah dengan lebih kuat, amarahnya semakin tidak tertahan lagi. Dia sudah lama memendam perkara ini dan kemarahannya meletus tatkala tindakan lelaki itu semakin melampau.

"Suka hati kau, Wardah. Tapi ingat, kalau dulu aku tak dapat yang sulung, aku akan ambil yang lagi sorang ni. Lagi muda, lagi sedap" Pak Ayob menjilat bibir bawahnya gatal, dia merenung tajam tubuh Leinani yang menyorok di belakang Ibu Wardah itu.

"Aku tak peduli, sampai aku mati pun aku tak akan lepaskan anak aku pada kau" tubuh Leinani ditarik ke  belakangnya, dia memegang erat tubuh anaknya itu.

"Kalau kau dah mati, aku terus ambil anak kau. Aku tak perlu susahkan diri hadap muka kau lagi" Jika ibu sudah tiada, lagi mudah caranya untuk dia mengambil anaknya. Tidak perlu perah otak, terus cekup.

"Dengar sini, aku tak akan sesekali lepaskan anak aku dekat tangan lelaki macam kau. Sama ada kau bunuh ataupun penggal kepala aku, sehelai rambut anak aku pun tak akan singgah pada kau!" tegas Ibu Wardah sambil menunding jari ke wajah Pak Ayob, riak kebencian jelas terpapar di wajahnya.

Pak Ayob tergelak puas, terhibur melihat drama dua beranak ini. Leceh.

"Aku dah pegang rambut dia tadi, masih terasa betapa lembutnya rambut dia pada tangan aku" perli Pak Ayob sambil mengajuk gaya tangan yang dia lakukan semasa memegang rambut Leinani, wajahnya sengaja didekatkan seolah-olah sedang menghidu rambut itu.

"Sebab tu isteri kau sendiri jijik dengan kau!" Tengking Ibu Wardah semakin kuat.

"Diam!" Jerkah Pak Ayob lalu menampar wajah tua itu, tingkat kesabarannya sudah hilang tatkala dihina dan dicabar betubi-tubi.

"Ibu!" Tangis Leinani lalu memeluk ibunya namun Pak Ayob segera memegang wanita itu mendekatinya. Dia memaksa wanita itu berdiri di sisinya, wajah itu didekatkan ke wajahnya. Dia tersenyum kepuasan.

"Tolong jangan Pak Ayob, tolong" tangisan Leinani semakin kuat, dia menolak tangan tua itu kasar tetapi tidak berjaya.

"Lepaskan dia Ayob, tolonglah!" Ibu Wardah menggenggam kaki lelaki itu, merayu. Wajah tua itu juga turut penuh dengan air mata.

"Wanginya bau awak, bau sedap" ujarnya sebelum hidungnya turun ke tepi telinga. Dia menghidunya geram.

"Lepaslah!" Leinani menolak dengan kasar wajah lelaki itu, dia tersembam ke lantai tatkala cuba melarikan diri. Berusaha dia merangkak ke sisi ibunya, dia memeluk wanita itu dengar erat. Tangannya terketar-ketar ketakutan.

"Tak apa, lain kali ada" balas Pak Ayob bersama senyuman sinis.

"Aku bagi kau masa Wardah, kalau dalam tempoh tu duit masih tak ada dekat tangan aku. Anak kau, aku terus ambil" ugutnya sebelum berlalu keluar tanpa bersalah, dengan sinis dia meninggalkan keluarga susah itu. Hidup menyusahkan orang.

Ibu Wardah memandang langkah itu dengan kebencian. Dasar lelaki berhati hitam.

"Maafkan ibu, adik. Maafkan ibu" Ibu Wardah mencium dahi anaknya dengan penuh kasih, air matanya merembes keluar mengenangkan tindakan lelaki itu.

"Dia rentap tudung adik, ibu. Rambut adik" Leinani memegang rambutnya jijik, tangisannya semakin kuat mengenangkan perkara itu. Tatkala Pak Ayob menariknya masuk ke dalam rumah dan terus merentap tudungnya dihadapan ibu. Lelaki itu benar-benar diluar kewarasannya, bertopengkan syaitan!.

"Ibu tak akan biar dia buat macam tu lagi, ibu tak akan biar dia sentuh adik" janji Ibu Wardah lalu memeluk anaknya dengan erat, penyesalan di masa lalu berputar kembali. Air matanya semakin merembes laju.

Bantulah hambamu yang lemah ini, Ya Allah.

          "WHAT? katil ni juga aku hadap" keluh Nathan, kemalasan. Cubalah bagi katil king kah, ini katil single ni juga dia nak bagi. Aku dah ada isterilah.

Dengan lemah dia melabuhkan badan di katil hospital itu, pasrah.

"Aku tertinggal barang, nanti aku datang balik" ujar Hujan sebelum berlalu keluar, payah sungguh ingin memujuk lelaki itu pulang ke hospital. Banyak benar alasannya, terkeluar semua taik telinga yang tersisa.

Nathan sekadar menganggukkan kepalanya. Pasrah.

Sejurus selepas itu dia terus membetulkan kedudukannya di atas katil, perit yang dirasai di anggota badan cuba di tahan. Berkerut dahinya menahan sakit, berhati-hati dia membaringkan diri menghadap siling. Perit.

Tidak lama kemudian dia terlelap, keletihan selama satu hari dilepaskan begitu sahaja.

Beberapa minit kemudian pintu wad hospital terbuka, Hujan menjengukkan kepalanya.

"Mamat ni tidur, siot" bisik Hujan.

"Ada siapa tu?" Terjah Mawar.

Badan Hujan terenjut sedikit, terkejut. Aku sepak juga bini si Nathan ni, aduhai.

"Diam lah, jom masuk" arah Hujan lalu melangkah ke dalam.

Mawar mencebikkan bibirnya, seperti dia tidak tahu sahaja siapa di dalam wad itu.

Walaupun agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Hujan baru tadi, namun dia harus menghadamnya. Sudah banyak kejutan yang diterima olehnya pada hari ini. Otaknya sudah hampir Meletop untuk memutarkannya kembali. Lebih pedih tatkala hanya dia sahaja yang tidak mengetahuinya.

Sama seperti tatkala ini, tiba-tiba sahaja Hujan menyuruhnya untuk bersiap dan beredar dan ketika itulah lelaki itu memceritakan bahawa Nathan berada di hospital.

Rasa hendak botak kepala tatkala ingin mengingatinya.

"Kemas barang kau, jom" arah Hujan sebaik sahaja tiba di halaman rumah.

Mawar yang sedang mengemas itu terus mengerutkan dahinya, berkemas kenapa pula?.

"Nathan dekat hospital, nanti aku terangkan" kata-kata Hujan itu membuatnya terkedu. Hospital? Bagaimana pula?.

"Aku tunggu dalam kereta, aku dah minta izin Ibu Ayana tadi. Aku malas nak jaga mamat tu malam ni, pergi siap cepat" balas Hujan lalu terus masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan wajah Mawar yang keliru itu. Hampir berlipat wajah itu akibat berkerut terlalu dalam.

"Yang dah macam K-drama ni kenapa? Terasa bodoh pula tiba-tiba" sasaunya sendirian. 

Petikan jari di wajah menyedarkan Mawar, terkebil-kebil matanya memandang wajah serius Hujan itu.

"Gerak lu paper roger, jaga dia baik baik ya bini orang" ejek Hujan lalu melangkah keluar.

"Eh, tapi baju dia tak--" ayat Mawar terhenti apabila pintu wad itu sudah tertutup serapatnya, dia terdiam seketika di tempatnya.

"Tak tukar lagi" sambungnya perlahan.

Dia menolehkan kepalanya ke katil sebelum menggaru kepala, apa aku nak buat ni?. Dia menghampiri tubuh Nathan yang masih berbaju melayu itu, tidak rimas kah?.

"Macam mana nak tukar ni? Suruh nurse lah buat" soalnya sendirian. Tapi tidak baik pula, mereka sudah menjadi suami isteri tak akanlah mahu meminta nurse pula yang menukarnya.

Tapi aku malu, erm.

"Buat jelah, bukan dia bangun pun" akhirnya Mawar mendekati tubuh yang terbaring kepenatan itu.

"Nak mulakan dari mana ni?" Sudah seperti drama melayu pula keadaannya, kekok sungguh.

Dengan hati-hati Mawar memegang hujung baru melayu lelaki itu, dia menolak keatas dengan perlahan-lahan sebelum tangannya ditangkap oleh seseorang.

"ARGH!" jeritnya ketakutan.

"Bukan dari situ" ujar Nathan perlahan.

"Astaghfirullahalazim" ucap wanita itu perlahan, dia mengeluh lemah. Sesak dadanya.

"Kenapa awak ni ha?!" Marah Mawar, geram.

"Tak baik tinggi suara" tegur Nathan, masih dengan mata yang terpejam. Dia tersedar tatkala terdengar suara Hujan beberapa minit tadi, suara jantan tu mana pernah perlahan.

Mawar mengemam bibirnya tatkala mendengar teguran itu. Nampak itu, sudah tambah dosa kering.

"Saya minta maaf, saya cuma nak bukakan baju awak tapi awak terkejutkan saya" tercebik-cebik bibir Mawar membalasnya, kita bukannya sengaja nak tinggi suara tapi tertinggi suara erm.

Ketika dia terasa tangannya diusap lembut, matanya membulat besar. Pantas Mawar menarik tangannya namun digenggam dengan kemas. Dia terlihat senyuman sinis Nathan.

"Jangan tarik, this is our first touch" ujar Nathan bersama dengan tawa kecil. Ya Allah, dengan mata dia yang tertutup tu. Nampak comel je, uhuk.

"Aww-awakk ni kan! Ambil kesempatan!" Marahnya gagap, wajahnya semakin kemerahan apabila Nathan meletakkan tangannya itu ke dada lelaki itu. Dia menahan rasa tatkala tangannya terasa degupan jantung Nathan, tenang sahaja.

"Dalam istilah suami isteri, tiada maksud ambil kesempatan. Aku cuma sentuh isteri aku" Nathan membetulkan kedudukan tangan Mawar di dadanya sebelum menindih dengan tangannya. Dia menarik nafas perlahan, seolah-olah terasa hilang pula semua sakitnya ketika ini.

Mawar terdiam sejenak, dia hanya memerhati tindihan tangan mereka di dada lelaki itu. Degupan itu terasa lain, apabila mereka mulai bersentuhan. Debaran apa ini, Ya Allah?.

"Awak tak nak tukar bajukah? Tak rimas?" Soal Mawar ingin menarik sekali lagi tangannya namun tidak berjaya, Nathan menahannya dengan sengaja.

"Tukarlah" balas lelaki itu selamba.

"Saya panggilkan nurse sekejap"

"Kau kan ada, tukarkan lah" ketika itu Nathan membuka mata memandang wajah isterinya, dia tersenyum kecil memandang wajah kemerahan itu. Malu betul.

"Tt--tapi awakkan ss-sakit ssa--saya takut--"

"Tak apalah, aku tukar sendiri" balas Nathan mengalah, niatnya ingin mengusik. Saja ingin melihat wajah kemerahan isterinya, merah benar. Dia mulai bangkit dengan perlahan-lahan, tindihan tangan mereka terlerai. 

"Eh" Mawar menahan dada lelaki itu. "Sa--saya bukakan" entah mengapa, dia terasa bersalah apabila membiarkan lelaki itu melakukannya sendirian. Isteri jenis apalah kau ni, Mawar.

Nathan menjongketkan sebelah keningnya, seriuskah minah ni?. Tangan dah menggigil macam parkinson.

"Tak payah--"

"Saya bukakan" potong Mawar, Pantas.

Nathan merenung wajah itu seketika sebelum bangkit dari baringannya, dia menukar posisi duduk di hadapan isterinya. Dengan selamba pinggang Mawar ditarik lembut mendekatinya, dia memandang wajah yang benar-benar di hadapan mata itu.

"Bukalah" balasnya sepatah.

Mawar menelan liurnya, perit. Bergetar matanya membalas pandangan suaminya itu, debarannya semakin memuncak.

"Tapi bukan dari hujung" Tangan isterinya diambil lembut.

"Dari sini" tangan wanita itu diletakkan di butang bajunya lalu dia membantu tangan itu membuka sebahagian butang dengan kemas.

Wajah Mawar semakin merah tatkala terlihat sebahagian dada lelaki itu yang terdedah apabila dua butang baju itu dibuka.

"Sambunglah" Nathan melepaskan tangan wanita itu dengan sengaja.

Mawar tertunduk malu, penyesalan mulai menguasai dirinya.

'Apa yang kau buat ni, Mawar!' marahnya pada diri sendiri.

Dia tersedar kembali tatkala terasa rangkulan tangan Nathan di pinggangnya.

"Tunggu apa lagi?" Soalan Nathan itu membuat nafasnya semakin pantas, saya menyesal!.

"Sa--saya--" Ya Allah, kenapa asik tergagap sahaja?!.

Mawar ingin menurunkan tangannya tetapi dihalang oleh Nathan, lelaki itu menindih semula tangannya. Tatkala itu sebahagian jarinya tersentuh dada lelaki itu tanpa sengaja, Mawar tergamam.

"Hey" panggil Nathan, berbisik.

Dia menundukkan kepalanya apabila lelaki itu tertawa sinis.

"Sekarang ni tiada sesiapa dengan kita" 

Mawar terkedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience