•bab 41•

Romance Series 13115

           NATHAN menuruni tangga dalam keadaan yang bertuala, rambutnya masih lagi dalam keadaan yang basah. Dia mengambil tuala yang terletak elok di bahu sebelum mengelap wajahnya.

Cuma satu masalah. Seluar kerja aku ada, tapi baju kemeja putihnya hilang.

"Baby! Baju abang mana?" Jeritnya diruang tamu. Lagi satu hal pula, bini aku hilang. Adui.

Nathan melangkah ke meja makan, meja itu sudah dipenuhi dengan sarapan pagi. Pelik.

"Main sorok-sorok ea? Ingat aku tak boleh cari dia" gumamnya sendirian, dia tersengih sinis. Kita tengok siapa sorokkan siapa nanti.

Dia meneruskan langkah ke halaman belakang, tempat terletaknya kolam renang dan ampaian.

Kosong. Isteri aku kena culik alien.

"Baby!" Laungnya lagi, dia mulai menggaru kepala yang tidak gatal.

Langkahnya terhenti tatkala melintasi bilik pakaian mereka, keningnya terjongket saat mendengar suara-suara halus yang berada di dalam.

"Habis dah rosak, haa tak nak kena marah" gumam suara di dalam bilik itu.

Dengan segera Nathan menerjah bilik itu, matanya disajikan dengan tubuh Mawar yang sedang menyorok di balik pintu almari. Dahinya berkerut.

"Kenapa-- kita ada main hide and seek kah?" Soalnya, pelik.

Mawar tersengih. "Abang nak apa?" Soalnya semula.

"Abang cari awaklah, baju kemeja abang tak ada. Abang nak pergi kerja ni" ujar Nathan sambil melangkah ke dalam, dia bercekak pinggang memandang bilik yang bertaburan baju itu. Macam baru lepas gempa bumi, entah apalah yang dia buat ni.

"Ada ada, nanti Mawar bagi" dalih Mawar, seakan-akan ingin menyuruh suaminya keluar.

Nathan terdiam memerhati, macam ada sesuatu.

"Asal bersepai sangat ni?" Soalnya terus.

Mawar tersengih. "Mawar cari barang, tak jumpa" jujurnya separuh tipu.

"Barang? Sampai berterabur semua? Kenapa? Tak tahu nak pilih baju pergi kerja kah?" Soal Nathan bertubi-tubi, lebih kepada menyakitkan hati.

"Err, abang keluarlah" halau Mawar dengan lembut, seakan-akan sedang menyembunyikan sesuatu.

Nathan memeluk tubuh, pelik.

"Tak apa, abang tunggu" dalihnya pula.

Dia melangkah setapak demi setapak ke belakang, pintu bilik yang terbuka itu ditutup.

Mawar hanya memerhati dengan mata yang terkebil-kebil.

Klak !

Matanya membulat.

Nathan mengunci pintu bilik bersama senyuman penuh makna, that smirk is coming back.

"Ke--kenapa kunci? Tak ada orang pun kat sini" nada Mawar mulai tersekat-sekat, entah mengapa debaran di hatinya seolah-olah sedang memuncak naik.

"Tahu" balas Nathan ringkas, kali ini dia mengubah arah ke arah langsir di bilik itu.

Matanya perlahan-perlahan membalas pandangan isterinya yang gugup itu, dia tertawa di dalam hati. Comelnya awak, sayang.

"Abang tak nak orang ganggu" serentak itu langsir bilik ditarik menutup tingkap sepenuhnya.

Keadaan yang agak gelap itu mengundang debaran yang hebat di dada Mawar, dia menahan gugup memandang suaminya yang kian mendekat.

Dengan masih bertuala, Ya Allah.

"Nan--nanti Mawar beri baju abangg" dia semakin mengecilkan diri di almari apabila tubuh tanpa sebarang pakaian itu mendekatinya, semakin lama semakin dekat.

Tanpa sedar hanya seinci sahaja ruangan di antara mereka, automatik pandangannya ke atas membalas renungan mata suaminya. Tajam. Memukau.

Hari-hari kena macam ni, boleh mati aku.

"Mana bajunya?" Soal Nathan, dalam nada yang seakan-akan menggoda.

"Macam mana Mawar nak bagi, ab--abang halang Mawar" Mawar mengemam bibirnya, kalah. Janganlah berlaku apa-apa yang boleh mengkomakan diri sendiri.

"Abang tak halang" Nathan merehatkan tangannya di pintu almari, sikit demi sikit cuba mengepung isterinya.

"Abang nak tengok, bajunya di mana?" Kali ini dia melangkah setapak lagi ke hadapan. Senyumannya terukir mendengar bunyi almari yang berlaga itu.

Mawar mengawal nafasnya, sesak. Ruangan untuk melarikan diri juga sudah tiada, bunyi dentuman kecil di almari itu menunjukkan tiada lagi laluan untuk dia melangkah ke belakang. Gagal.

"Pe--pergilah tengok sa--sana, tapi bagi Ma--mawar keluar dulu" bibir mungilnya digigit geram, gagap!. Dia tahu keadaannya ini semakin menaikkan semangat Nathan untuk mengusiknya, lelaki itu jarang bersamanya tanpa sebarang godaan. Selalu kena!.

"Dalam ni kah?" Nathan menghalakan tangannya ke dalam almari, berjaya untuk melagakan tubuhnya dan Mawar. Senyumannya semakin melebar tatkala bibir bak delima itu menyentuh dadanya.

"Eh, Mawar kiss abang?" Usik Nathan, sengaja.

Mawar menutup ni bibirnya, Ish!.

"Abang nak kat bibir pula"

Arghhh! Bwjsbsksksksjw.

"Tepilah!" Akhirnya Mawar mengeluarkan nada tingginya, geram. Kalau diam nanti lagi teruk kena, tapi kalau bising lagi double triple teruk kena. Menyirapnya.

"Aip, nakalnya bibir ni" bibir muncung itu dijentik lembut. Amboi, bukan main lagi nak tinggi tinggi.

"Abanglah! Kata nak ambil baju, tapi halang jalan orang nak keluar. Baju dia dekat dalam almari, tapi kurung orang dalam ni. Lepastu, bila orang nak keluar tak bagi" bebel Mawar dengan panjang lebar, dada terdedah itu ditepuk dengan geram. Kalau boleh aku nak gigit biar terobek, buat sakit hati aja.

Nathan mengendahkan kata-kata itu, malah dengan selamba dia menyandarkan lengannya di pintu almari. Comel betullah dia bising, Ya Allah tolonglah bising lagi.

"Kau ni, menggilakan aku faham tak. Mencanak naik bila aku dengan kau ni" ayat itu membuat Mawar terkedu di tempatnya, gg--gila?.

"Kepala ni, rasa serabut bila tak nampak wajah kau. Lagi rasa menggila, bila bibir ni tak henti-henti meninggi suara" Ya Tuhanku, manisnya ayat dia. Betul-betul luluh jantung aku. Siapa sangka? Reidht Nathan yang dulu dirasai amat kasar, rupa-rupanya sangat memukau dalam diam.

"Lebih menguji, bila tangan ni naik sentuh abang. Abang rasa luluh, sayang" tatkala itu terasa tangan Nathan membawa naik tangannya ke dada, dia menelan liur memegang dada yang terdedah itu. Tapak tangannya menggigil kecil.

"Rasa khayal, baby. Mawar ibarat dadah untuk abang" Mawar menggigit bibirnya tatkala tangan kasar itu bermain di bibirnya, dia mengecilkan tubuhnya apabila wajah suaminya semakin mendekat.

"Abb--abang" lemahnya jantung, rasa nak pengsan.

"Diam, baby. Jangan ganggu kerja abang" jantungnya hampir meletop tatkala dua ulas bibir itu menyentuh telinganya. Tempat kesukaan Nathan, setiap kali menciumnya.

"Nn--ni!" Mawar mengangkat baju kemeja putihnya yang terkoyak itu, sekaligus menutup wajah suaminya yang hampir-hampir mencium bibirnya.

Dahi Nathan mulai berkerut, dia mendengus tidak puas hati.

"Nantilah, baby" dia menurunkan baju itu namun ditahan oleh isterinya.

"Mawar terbakar baju abang!" Balas Mawar dengan kuat, dia melebarkan kemeja yang terbakar tengah itu bersama sengihan tidak bersalah.

Nathan terdiam. Terbakar?.

Dengan rasa pelik dia mengambil kemeja itu, kesan terbakar di tengah kemeja itu dipandang keliru.

"How come--" ayatnya terhenti.

"Mawar-- err Mawar tadi-- erm apa tu, tak sengaja. Dia dd--ia panas--"

"Wait. Bukan kaleng-kaleng lobang dia ni" ujar Nathan bersama tawa kecil.

Eh, dia tak marah?.

"Abang.. tak marah?" Soal Mawar dengan perlahan, takut.

Baju itu diturunkan, Nathan tersenyum memandang isterinya. "Nak marah apa, sayang? Baju je" tawa Nathan lagi.

"Mawar minta maaf, masa nak gosok tadi tak perasan seterika tu tahap max. Mawar lupa nak tengok tadi" Mawar tersengih bersalah, sebab tu gelabah tak bertempat bila terlihat wajah suaminya tadi.

"Patutlah sorok dari abang" gumam Nathan sambil menggeleng kecil, beria menyorok belakang almari. Patutlah.

"Nanti Mawar ganti" Nathan terdiam seketika. Dia tersenyum penuh makna.

"Tak apa, banyak benda yang boleh dicagarkan" eh, lain macam pula ayat dia.

Nathan melemparkan baju kemeja itu kebelakang, tuala mandi yang sedari tadi terletak elok di bahunya juga dicampak jauh. Dia menguak rambutnya ke belakang bersama senyuman menggoda.

"We can proceed now" Nathan mengenyit sebelah matanya.

"Huh?" Mawar terkedu. Matanya berjaya dipukau.

"Come here, baby" dia menyatukan tubuhnya bersama Mawar, rambut yang terlerai cantik itu diselit ke belakang telinga.

"Ta-ta--tapi" Mawar tergagap-gagap ingin melarikan diri.

"Shhh. This work need to done quiet, baby"

He--he really teased me.

           "JUST LIKE that? Leinani yakin?" Soal Hujan, menginginkan kepastian. Tak akan semudah itu.

Leinani mengangguk.

"Jadi mahu Pak Ayob dilepaskan hukuman begitu sahaja? Mudahnya" sempat Hujan mengumam di hujung ayat. Untung, dah buat salah besar tapi masih diberi kasih.

"Lagipun Leinani tahu, itu bukan niat dia" ujar Leinani perlahan.

Taipan tangan Hujan terhenti, bukan niat?. Wajahnya naik bertentang mata bersama wanita itu.

"Niat dan nafsu tu berlainan, kena faham perkara tu. Leinani tak boleh samakan nafsu dia dengan niat. It's different" balas Hujan lembut, hilang sudah gerakan tangannya yang sedari tadi menaip.

Leinani menundukkan kepalanya, salahkah?.

"Dia pun dah berumur, macam buang masa kalau masa dia yang tersisa tu dihabiskan dengan hukuman" Ya Allah, tolonglah jangan jadi terlalu baik sangat. Sekurangnya sebagai wanita, patut ada satu pertahanan dalam diri. Bukan biarkannya berlalu seperti halimunan.

"Masih dalam keadaan sedar kan?" Soalan itu membuat Leinani mengemam bibirnya.

"Jadi, use your brain. Jenayah dia bukan cuti gula-gula di kedai, ia melibatkan seluruh spesifik hukuman" laptop di hadapannya ditutup, terus tiada moodnya untuk menyiapkan laporan.

"Leinani cuma--"

"Jangan samakan cubaan merogol, membunuh, dan penjualan dadah secara haram tu adalah satu niat, kebanyakkannya disebabkan nafsu" potong Hujan, tidak suka mendengar kata-kata yang terlampau baik hati itu.

"Isteri dan anak-anak Pak Ayob masih perlukan dia, Leinani cuma minta ringankan hukuman dia sahaja" pujuk Leinani perlahan, takut. Pandangan tajam itu seakan-akan ingin menikamnya.

Hujan melepaskan keluhan lemah. "I can't. Itu bukan tugas aku, kau perlu berurusan dengan lawyers" buntu otaknya untuk membalas, gadis itu terlalu membiarkan dirinya sendiri. Dijadikan seperti hamba pun masih mahu memaafkan.

"Lawyer tu, kat mana?" Soal Leinani, polos.

"Tiada sorang pun yang nak ambil dia lagi" ayat itu membuatnya terdiam, tiada lagi balasan.

"Kalau kau rasa nak dia dibebaskan, kau sendiri carikan lawyer untuk dia" ujar Hujan agak kasar. Sedikit geram dengan tindakan gadis itu, terlalu polos.

Leinani terdiam, sedar akan salah diri sendiri.

Suasana di antara mereka bertukar senyap, kekok. Hujan masih lagi merenung gadis itu manakala Leinani pula sedari tadi tidak mengangkat kepalanya. Takut. Gerun melihat wajah tegas lelaki itu.

Ketukan di pintu menarik perhatian mereka, muncul wajah Mak Cik Wardah di muka pintu.

Hujan tersenyum.

"Duduklah, Mak Cik" Hujan melirik ke arah kerusi di hadapannya.

"Bagaimana Hujan? Apa tindakan yang dilakukan?" Soal Mak Cik Wardah sebaik sahaja melabuhkan duduk di kerusi, dia tersenyum kecil tatkala Leinani memeluk lengannya.

"Tindakan--" Ayat Hujan terhenti, dia memandang sekilas wajah gadis itu. "Ada, Mak Cik. Namun hukuman bergantung kepada Mak Cik, sama ada mahu meneruskan atau ingin menarik semula. Namun Pak Ayob tetap akan terima hukuman bagi kesalahan dia yang lain. Cuma hukuman ini, di atas kes Mak Cik" jelas Hujan terperinci.

"Leinani macam mana?" Soal Mak Cik Wardah kepada anaknya.

Soalan itu mewujudkan senyuman sinis di bibir Hujan, rasanya tak perlu tanya.

"Leinani mahu menarik semula hukuman" balas Hujan bagi pinak wanita itu.

Lagipun dia tidak boleh buat apa, tidak guna juga dia mahu masuk campur ataupun mementingkan diri sendiri. Itu kes Leinani, dan wanita itu yang berhak mengatakan selanjutnya.

Mak Cik Wardah menatap anaknya meminta kepastian, kepala yang berlaku tudung itu diusap.

"Leinani yakin ke, sayang? Walaupun Pak Ayob ditahan kat sini, kita masih perlu lagi hadap keluarga dia. Mak Cik Syuhana tak akan berdiam diri tau" pujuk Mak Cik Wardah, sekurangnya mereka perlu ada satu pertahanan yang boleh melindungi mereka. Jika tidak, pasti akan ditindas semahunya.

Leinani mengangkat wajah memandang Hujan, lelaki itu sedaya upaya cuba mengelakkan pandangannya. Mengabaikannya seperti angin.

"Terserahlah. Leinani ikut aja" Balasnya, mengalah. Betul juga kata ibunya, dia perlu bersiap sedia.

"Jadi keputusannya bagaimana?" Soal Mak Cik Wardah lagi, menginginkan keputusan.

Leinani menggigit bibirnya, buntu.

"Saya akan ringankan hukuman, jika Mak Cik mahu. Sebab iyalah, Pak Ayob tu pun dah berumur" sempat Hujan memerli dihujung ayat.

Dia tersenyum kecil tatkala gadis itu mengalihkan pandangan ke arah lain, tahu pula terasa. Ingat lelaki macam aku ni tak ada kasarkah?.

"Kalau kamu dah kata macam tu, Mak Cik ikutkan sahajalah" mahu dibantah bagaimana? Leinani sendiri ingin menarik semula kes, dia hanya mampu berdiam diri sahajalah.

"Baik, Mak Cik. Saya akan sampaikan kes ni pada Nathan sebagai penutup. Selepas ini, tunggu sahaja keputusan dari lawyer dan mahkamah" kalau ada orang yang nak back-up orang tua tu.

"Kalau begitu, Mak Cik dan Leinani boleh balik dulu. Apa-apa hal saya akan beritahu dengan segera" ujar Hujan bersama senyuman manis, memandangkan selepas ini dia perlu mengawasi kawasan jenayah.

Sesaat selepas itu Mak Cik Wardah bangkit dari duduknya, dia menarik lengan Leinani yang seakan-akan termenung itu. Mengelamun apalah.

"Bagi kes selanjutnya, Mak Cik dan Leinani boleh berurusan dengan Raaid. Saya tak akan pegang kes ni buat masa ni, ada beberapa hal yang saya perlu uruskan" ayat itu berjaya menyentakkan Leinani, lelaki itu terasakah?.

"Kamu ada kerja kah?" Soalan Mak Cik Wardah itu mewujudkan tawa kecil di bibirnya.

"Iya, ada dua amanah besar yang saya perlu langsaikan. Jadi, kes Mak Cik ni saya akan serahkan pada Raaid" rasa hendak Meletop jantungnya tatkala sepasang mata lawa itu merenungnya dengan lama, Leinani seakan-akan tidak malu untuk memandangnya seperti itu.

Takut aku.

"Kalau kamu kata macam tu, okaylah. Tapi, Mak Cik masih boleh berhubung dengan kamu kan?" Soal Mak Cik Wardah lagi.

"Mestilah, Mak Cik boleh jumpa saya bila-bila masa aja Mak Cik nak" sengih Hujan.

Ibu aja?, Gumam Leinani di dalam hati.

"Erm, dah alang-alang kita semua berkumpul ni. Boleh Mak Cik tanya?" Ujar Mak Cik Wardah dengan nada gusar, teragak-agak untuk menyampaikan kata-katanya.

Kening Hujan terjongket menyoal, ada sesuatukah?.

"Tentang niat kamu haritu"

Bam ! Mindanya seakan-akan terhenti buat seketika.

"Kamu memang berniat untuk jagakan Leinani untuk Mak Cik?" Soalan itu seolah-olah sedang mencucuk-cucuk hatinya.

Dia memandang ke arah gadis itu, tidak menyangka dengan tatapan redup yang membalas pandangannya. Pelik, kalau tidak pasti sudah lama Leinani membantah, namun kali ini wanita itu hanya mendiamkan diri saja.

"Saya memang berniat"

Mak Cik Wardah tersenyum kecil.

"Tetapi saya rasa sekarang bukan waktu yang sesuai, Leinani masih ada masa yang panjang lagi untuk dia kecapi dalam hidup dia. Saya tak nak musnahkan masa muda dia" balas Hujan bersama senyuman tipis, sayang memang sayang namun masa gadis itu masih lagi jauh. Tak akan dia mahu menyekatnya begitu sahaja.

Dia membalas sekilas pandangan gadis itu, tidak mahu menatapnya terlalu lama. Risau akan punahkan diri sendiri.

Senyuman kecil itu mulai bertukar kelat, Mak Cik Wardah cuma menganggukkan kepalanya. Siapa dia untuk menghalang? Dan di mana pula kedudukannya untuk mendesak?. Kalau itu keputusan Hujan, dia akan terima dengan hati yang terbuka.

"Haritu, Tuan kata Tuan nak jaga saya. Kenapa sekarang tidak?" Soalan itu berjaya menyentakkan Hujan di tempatnya, tidak sangka dengan keberanian Leinani untuk menyoal seperti itu.

"Saya minta maaf, Mak Cik. Saya akan--"

"Tuan cuma beri harapan pada ibu" dan juga pada saya. Sambungnya di dalam hati.

Hujan menarik nafas perlahan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Leinani, membalas pandangan berani itu.

"It's not about hope. Lelaki macam aku, tak suka permainkan perempuan" tatkala itu juga bibir Leinani terkunci, nada itu berjaya mendiamkannya.

Dia menundukkan kepala tatkala bibir lelaki itu mengukirkan senyuman sinis. Thats it. Hujan membetulkan kedudukannya semula.

"Again. I'm really sorry. Mak Cik jangan risau, Mak Cik boleh berurusan dengan saya apa-apa sahaja. Cuma mengenai kes ni, Mak Cik perlu berurusan dengan Raaid" sambung Hujan lagi. Menutup perbicaraan mereka.

"Tak apa, Hujan. Mak Cik faham" dia tersenyum mendengar balasan itu.

Dia memandang Leinani melalui ekor mata, wajah yang menunduk itu meluluhkan hatinya.

Bukan sebab aku tak sayang. Tapi aku tahu, kau belum bersedia.

           RAJA SYEIKH LUTHFAN meletakkan satu fail bewarna perang ke atas meja di hadapannya, dia melempar wajah tenang kepada Nathan sebaik sahaja melabuhkan duduk di kerusi.

"Itu adalah fail persetujuan Kerajaan Laurent mengenai kerjasama Pencarian Raja Syeikh Lais, mereka akan mulakan pencarian bersepadu pada hari lusa" ujar Raja Syeikh Luthfan mendatar, kekangan masa yang berpanjangan mewujudkan keluhan panjang di bibirnya.

"Baik, Tuanku" Nathan menundukkan tubuhnya sedikit memberi rasa hormat, ingat senang untuk berduaan bersama golongan diraja?.

"Saya minta maaf, saya sendiri tak boleh halang Pemaisuri Lelyana dari bertindak terburu-buru" pintanya perlahan, payah untuk membincangkan soal abang kembarnya bersama Lelyana. Menjadi terlalu rumit dan tergesa-gesa.

"Tidak mengapa, Tuanku. Saya faham, lagipun saya ditugaskan untuk mencari golongan kerabat diraja. Saya tahu amanatnya lebih besar" balas Nathan senada, sedar akan taraf yang diutuskan itu.

"Saya bagi kamu masa, lagipun banyak kes yang perlu kamu pegang. Kalau boleh, saya nak hentikan dulu kes Abang Lais, tetapi terpaksa dibuka semula atas sebab-sebab tertentu. Dan telah pun mendapat persetujuan dari ahli keluarga diraja yang lain, saya tak boleh beri kata putus sendirian" jelas Raja Syeikh Luthfan panjang lebar, perbincangannya bersama ahli kerabat diraja yang lain juga memakan masa hampir setengah hari. Semuanya membincangkan soal positif dan negatif yang bakal berlaku.

"Masa yang diambil juga hampir 11 tahun, Tuanku. Bukan saya tiada usaha, namun segala bukti juga masih samar-samar dan berbelit sepanjang pencarian. Saya minta maaf, kerana mengambil masa yang terlalu panjang" Nathan menunduk bersalah, golongan diraja yang lain pasti memandang serong ke arahnya kerana mengambil masa bertahun hanya kerana satu kes pencarian.

Ini bukan golongan tadika, ini golongan diraja. Sila faham.

"Tak perlu minta maaf, saya sendiri sebagai adik gagal untuk temukan abang kembar saya sendiri. Sepatutnya, saya yang berusaha lebih" tanpa sedar Raja Syeikh Luthfan melepaskan rasa kecewanya yang bersarang lama di hati, dia tersenyum kecil.

"Kamu pasti dah dengar banyak cerita negatif pasal saya" kata-kata itu membuat Nathan terkaku ditempatnya.

Raja Syeikh Luthfan tertawa kecil, sudah agak. "Ramai orang berpandangan negatif di atas pemerintahan saya, sedangkan saya di sini sedang berusaha untuk kembalikan semula keamanan negara, malah cuba untuk temukan abang saya semula" Dia menghembuskan nafas perlahan, hatinya sudah lebih dari koyak mendengar caci maki rakyat dan darah daging sendiri.

Nathan hanya mendiamkan diri, tiada niat untuk membantah. Namun ayat Tuanku Luthfan itu berjaya mengakukannya ditempat sendiri, tidak percaya dengan luahan yang didengari itu.

"Rakyat dan istana berkesimpulan saya mahukan takhta, dan cuba memerangkap abang kandung sendiri.." dia terhenti seketika, sedih untuk menyambung kata-kata yang seterusnya. Terluka mengenangkan masa yang dia tempuhi sendirian.

"Tuanku, saya--"

"Tapi diorang tak tahu, sayalah yang berkorban semuanya demi pemerintahan Abang Lais dulu. Saya mahukan Abang Lais sebagai Raja, sebab saya tahu saya tidak mampu. Tetapi tempias negatif yang saya dapat sebagai adik" sambungnya kecewa, dia cuma mampu tersenyum melihat mereka yang bersikap palsu dengannya. Hanya menghormati jasadnya sahaja, bukan jiwa.

"Bagi rakyat Versailles, perkara ini terlalu mendadak, Tuanku. Raja Syeikh Lais hilang secara tiba-tiba dan Tuanku diangkat sebagai Raja pada hari seterusnya. Mereka masih lagi mamai dengan semua kejadian ini" ujar Nathan sekadar untuk menenangkan hati, dia perlu menghormati Raja yang sekarang. Tidak kira bagaimana pengakhirannya sekalipun.

Raja Syeikh Luthfan tersenyum kecil. "Mamai yang masih sama walaupun sudah berbelas tahun berlalu" kali ini Nathan hanya mendiamkan dirinya.

"Saya tahu, pada pandangan kamu dan ahli istana juga beranggapan yang saya tidak layak. Saya tidak boleh salahkan perkara itu, itu pandangan masing-masing. Saya cuma menjalankan tugas yang tidak berpenghuni" keluhnya kecewa, walaupun dia menerima sokongan di depan mata namun dia tahu dibelakangnya pasti ramai yang mempersoalkan.

"Saya cuma risau, orang yang kamu semua anggap salah nilah yang bakal meninggalkan impak yang besar pada istana. Kehilangan saya, berkemungkinan juga boleh membalikkan seluruh istana" ujar Raja Syeikh Luthfan tanpa sedar, lancar sahaja kata-kata itu meniti di bibirnya. Wajahnya mulai bertukar mendung.

Nathan terngadah seketika. Entah mengapa, ayat itu seakan-akan membawa satu maksud.

"Saya hilang satu permata yang amat berharga, isteri saya meninggal beberapa tahun selepas saya diangkat menjadi Raja. Daiyan berpaling dari saya, mengabaikan kewujudan saya sebagai ayah. Sebahagian anggota utama berpindah ke Kerajaan lain, dengan alasan untuk menindas saya semula. Saya sendiri keliru, apalah salah yang saya lakukan selama ini" Sedih. Jujur dia sangat sedih, dia hanya mengganti tempat Abang Lais sebagai Raja namun dipandang serong oleh orang sekeliling. Sungguh, dia amat terasa.

Nathan menarik nafas perlahan. "Saya tak salahkan mereka, Tuanku. Berkemungkinan mereka mempunyai tujuan mereka sendiri, tetapi saya yakin mereka tidak akan mengkhianat" terangnya dengan jelas, tidak mahu mewujudkan salah faham.

"Saya tak akan salahkan kamu, kalau kamu berpaling dari saya" tatkala itu Raja Syeikh Luthfan melemparkan pandangannya ke arah Nathan, dia tersenyum kecil.

"Mungkin kamu juga ada tanggapan kamu sendiri" sambungnya lagi.

"Buat masa ini, saya masih berpegang teguh pada Istana Versailles" jawapan itu membuat Raja Syeikh Luthfan tertawa perlahan.

Buat masa ini. Noted.

"Tak apalah, saya dah banyak buang masa kamu. Apa-apa sahaja kata putus dari pihak istana, saya akan panggil kamu semula" ujarnya menutup bual bicara, tidak mahu memanjangkan cerita. Sama seperti sebelum ini, dia boleh menempuhnya sendirian. Insyaallah.

"Maafkan saya, Tuanku" pinta Nathan.

"Tak mengapa, saya faham. Pergilah" balas Raja Syeikh Luthfan sebelum bangkit dari duduknya, spontan tangannya menyeluk masuk ke dalam kocek seluar.

Nathan menunduk dengan patuh sebelum meminta diri ke luar, dia melangkah tanpa suara keluar dari bilik itu.

Dia menghembuskan nafas kecil sebaik sahaja menutup pintu bilik itu, boleh terhenti jantung aku. Tak cukup nafas.

Dia terus menuju ke pintu utama istana.

"Nathan!"

Dia mengendahkan suara itu.

Tatkala itu telefonnya berdering, dia mengambil telefonnya di dalam poket. Nama Bunga Aku terpapar di skrin telefon, dia tersenyum lebar.

"Hye, sayang" sapanya ceria sambil meneruskan langkah. Tatkala itu terdengar bunyi tapak kaki yang mengikutinya dari belakang.

"Abang" panggil suara itu.

"Iya, baby. Nak apa?" Soalnya, pelik. Biasanya terus sembur je, jarang nak panggil- panggil ni.

"Dah habis kerja kah?" Dia tersengih mendengar soalan itu, terharu pula.

"Belum lagi, abang baru selesai kerja dalam istana" Nathan menolak pintu besar berukiran mewah, dia menuruni tangga depan pantas.

"Oh, nak makan?" Soalan apa ni?.

"Kau nak suap melalui telefon ke apa? Bengap ea?" Gelaknya kuat, dah lama tak sakitkan hati bini sendiri.

"Ish, tanya je pun. Dah lah, saya bagi makanan ni kat Jebat jelah" cebik Mawar dibalik telefon, tanya pun salah.

"Tak payah, si sotong tu makan kicap je senang. Simpan lauk aku" balasnya membantah, sepenuh jiwa dan raga. Tak rela aku berkongsi air tangan bini bersama sotong dua alam, berjangkit.

Tawa Mawar memenuhi ruangan telefon, suka mengenakan suaminya bersama Jebat. "Jahat lah abang ni, dah lah pagi tadi buat orang" rajuknya pula.

Nathan tersenyum, pandai dah sekarang nak buat nada ngayat. "Abang buat apa, sayang?" Soalnya, mengusik.

"Arrgh! Sibuk tanya" Marah Mawar terus, suka lupakan kesalahan sendiri.

"Dahlah, orang nak tutup" rajuk Mawar.

"I love you abang mana?" Soal Nathan, sengaja. Dia melangkah ke kereta yang terparkir beberapa jarak darinya, tak sabar nak balik jumpa isteri.

"Otak abang"

"Where's my love, kitten" ayat Nathan, marah sangat tu.

"I love you abang!" Nathan tersenyum suka, dia membuka pintu kereta bersama senyuman lebar.

"Mawar punya?" Ala comelnya soalan dia.

"Abang--" pintu keretanya ditutup dari sisi secara tiba-tiba, dia memandang tubuh wanita yang berdiri sombong itu dengan kerutan kecil di dahi.

"Abang?" Panggil Mawar. Senyap je.

"Nanti abang call balik, baby" dia menjeling sekilas wajah yang tersenyum itu.

"Huh?" Nathan menamatkan panggilan, dia berpeluk tubuh memandang tubuh yang berdiri di sisi itu. Dia melangkah beberapa tapak ke belakang, samak.

Flora Yulia tersenyum lebar, dia menyandar di sisi kereta.

"Laju-laju ni, nak pergi mana?" Soalnya lembut.

Kening Nathan terjongket sebelah, kisah pulak aku?. Dia membuat isyarat tangan agar wanita itu ke tepi.

Dahi Flora berkerut seribu.

"You nak apa?" Soalnya lagi, masih bersandar selesa.

"Berambus" balas Nathan sepatah, rimas. Kerana itu dia malas menjejakkan kaki ke istana sejak dua menjak ini. Ada sarang tebuan.

Flora mengendahkan kata-kata itu, seperti tidak biasa pula.

"Anyway, dah lama kita sembang berdua. I rindu nak keluar makan dengan you" lentik sahaja nada suaranya, sengaja ingin menarik perhatian.

Sejak bila aku pernah sembang dengan kau?. "Day dreaming huh? Stop with that bullsh*t" balas Nathan kasar, tidak suka dengan situasi itu.

"Jangan kasar sangat, Nathan. I ni perempuan, you patut berlembut dengan I" ujar Flora beralun, masih tidak putus asa untuk bersembang dengan lelaki itu.

Motif? Nathan mengendahkan ayat itu. Malas mahu menyerabutkan kepala.

"I nak you bawa I keluar" arah Flora dengan selamba.

Nathan menjongketkan sebelah keningnya. Excuse me?.

"Unless, you nak berhadapan dengan Pemaisuri Lelyana. My mom" ugut Flora dihujung ayat. Dia tahu, itu sahaja ugutan yang dapat dia lakukan di dalam istana ini. Termasuklah mengawal tentera dan pegawai yang bertugas di bawah istana ini.

Nathan tersenyum sinis, ugutan. Lame.

"Bonda I arahkan you untuk awasi dan jaga I setiap kali I hadir ke Kerajaan Versailles. You tak boleh mungkir janji, sama dengan you hancurkan amanah bonda I" tambah Flora lagi, suka melihat wajah kelat itu. Nampak sangat terpaksa, namun dia tidak peduli.

"Macam aku kesah" gumam Nathan perlahan, namun tetap didengari oleh Flora. Wanita itu tersenyum menahan rasa geramnya, Reidht Nathan jarang tidak menyakitkan hati.

"You tahu apa yang akan jadi pada you, sekiranya you abaikan I kan?" Tidak henti-henti dengan ugutan yang sama.

Nathan menarik nafas, rasa kena samak bila hampir terpalit aura gedik dia.

"You kena ingat, setiap kali you ignore I. You will face my mom, and tell her the reason why you leave me. You kena berkepit dengan I sepanjang I ada di sini" tidak putus-putus Flora menggunakan amanah ibunya sebagai alasan, itu sahaja cara untuk mendapatkan perhatian lelaki itu. Nathan terlalu beku.

"Aku geli" balas Nathan dengan ringkas.

Flora menahan rasa peritnya. Dia memaksa diri untuk mengukirkan senyuman.

"Jadi, you dikira geli juga untuk berkepit dengan isteri you" sambungnya lagi.

Nathan tersenyum sinis. Terhegehkan perhatian. "Itu isteri aku, she's my soul" pintu kereta itu dibuka dengan kasar sehingga melantunkan tubuh Flora ke sisi, wanita itu tersembam ke tanah.

Nathan mencapai botol mineralnya sebelum menyiram ke arah tempat yang diduduki oleh wanita itu.

"Dirty" botol itu dilempar ke arah Flora, menyampah.

Flora masih tersenyum sinis, ingat dia kisah dengan perkara itu?. Perlahan-lahan dia bangkit dari jatuhnya, membuang debu tanah di tangan dan kaki.

"I dah biasa, I already adapt with it. Cubalah sekasar mana pun, secebis kuman pun tak akan punahkan usaha I" Balas Flora dengan yakin, sudah bertahun dia menerima perkara seperti ini. Nathan masih sama dengan perangainya, kasar.

But I love it. It's attractive.

"You know what, rasanya kalau you terima I dulu, berkemungkinan sekarang you dah jadi Raja Kerajaan Laurent. You merugikan diri you sendiri dengan kerja-kerja macam ni" Flora cuba menarik Nathan dengan gelaran berpangkat itu, siapa sahaja yang tidak mahu mendapat title itu?.

"I don't give a damn about it. Memang aku tak suka kau" tolak Nathan terang-terangan, jijik. Dia terus melangkah masuk ke dalam kereta, pintu ditutup dengan kasar.

Flora menahan laluannya, wanita itu berdiri di hadapan kereta.

"Jangan sombong sangat, Nathan. You akan makan diri you sendiri" ujar Flora masih tidak berputus asa.

Nathan menurunkan tingkap keretanya, wanita ini terlalu membuang masa, sudah banyak masa yang dibuang untuk berjumpa isterinya.

"Really waste my time" balasnya sinis, enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan, semakin menguatkan deruman enjin kereta yang sudah panas.

"Isteri you akan tinggalkan you, kalau dia tahu perkara sebenar. Dia tak akan bertahan lama dengan you" tidak habis-habis mahu mengugut dengan ayat yang sama.

"Rimasnya" keluh Nathan, letih. Boleh tak aku langgar je?.

"You rasa isteri you akan terima masa silam you? Especially the split personality that you've got, dia tak akan terima lelaki yang bersikap sebaliknya. She will be completely shock with that" hasut Flora lagi, dia tidak kira. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap tidak akan putus asa. Dia mahukan Nathan, sudah berpuluh tahun dia menunggu.

"Excuse me, who are you again?" serabut Nathan, stress aku tengah-tengah hari ni.

"I je yang faham you, Nathan. You don't need your wife, you need me" tambah Flora lagi, aku patut halang perkahwinan dia dulu. Tapi aku terlambat.

"The Fu*k? Rimaslah aku" Dengan segera Nathan membetulkan gear, kereta itu diundur ke belakang sebelum dia meluncur laju melepasi sisi wanita itu. Kalau boleh aku nak langgar je.

Flora menjerit kegeraman. "Arghh! Jangan cabar I Nathan!" Jeritnya amarah.

Aku tak kira, aku akan dapatkan dia.

I will get his wife first.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience