•bab 20•

Romance Series 12837

          HUJAN tersenyum memerhati dua beranak itu, masing-masing dengan wajah berdebar untuk melihat jenazah. Dia tahu, kedua-dua mereka sedang menahan rasa sedih dan sebak. Buktinya, mata mereka mulai diselaputi kaca jernih.

"Hujan, bila Makcik boleh masuk dalam?" Soal Ibu Wardah, tidak sabar. Rindu benar hati tuanya untuk melihat wajah anak perempuannya, biarkan tidak bernyawa. Hanya jasad yang terpelihara dengan baik terpampang di hadapan mata, tanpa apa-apa pergerakan.

"Kejap lagi mereka akan panggil, makcik sabar ya" pujuk Nathan bersama senyuman nipis sebelum dia memandang wajah manis di sebelah Ibu Wardah. Gadis itu memeluk erat lengan ibunya, malah tangan itu tidak berhenti dari mengusap kekura tangan ibunya.

Tanpa sedar Leinani mengalihkan pandangan ke arahnya, serentak itu juga dia tertunduk segan. Apa kah lalok sangat kau ni Hujan, suka hati pandang anak dara orang.

"Tuan..." panggil gadis itu lembut.

Serentak itu juga Hujan mengangkat kepalanya, terkebil-kebil dia membalas pandangan wanita itu.

"Yyaa-yaa?" Sahutnya gagap. Allahuakbar, aku tumbuk mulut ni nanti.

"Tak apa kah kalau kami berlama kat dalam tu?" Soalan Leinani itu mengundang rasa bersalah di hatinya, bagaimanalah dia hendak membalas?. Keluarga itu amat berhak untuk berlama namun dia perlu mematuhi undang-undang yang diberikan.

"Bila dah habis waktunya, saya akan panggil" Fuhhh, jawapan selamat.

Leinani menganggukkan kepalanya tanda faham, tak apalah. Asalkan mereka berpeluang untuk melihat wajah arwah kakaknya untuk melepaskan rindu, selepas ini rindu itu akan disampaikan melalui doa.

Beberapa minit kemudian pintu besar itu terbuka, wajah pekerja yang memakai mask itu menyapa wajah mereka.

"Dipersilakan masuk" ujarnya sebelum berlalu pergi.

"Jom" balas Hujan lalu membuka pintu itu untuk mereka, dia memberi peluang kepada dua beranak itu untuk masuk ke dalam. Dia sedikit teruja memandang wajah kegembiraan mereka berdua, senyuman di wajah mereka terlakar dengan jelas.

Leinani dan ibunya memerhati kain putih yang diselak perlahan itu, dengan sabar mereka melangkah ke arah jasad yang terbaring itu. Serentak itu juga air mata mereka menitis tatkala memerhati wajah yang bersih dengan calar itu, lembab dan dipenuhi luka.

"Anak ibu..." panggil Ibu Wardah dengan nada yang serak, menggigil tangannya menyentuh lembut rambut yang terurai itu. Subhanallah, sahutanku tidak bersambut Ya Allah, benarlah anak yang aku tatang selama ini telah pergi meninggalkan aku.

Leinani menggigit bibirnya, kuat. Menahan tangisan. Mereka tidak boleh bersifat seperti ini di hadapan jenazah, mereka perlu menerima kenyataan dan menghormatinya.

"Kakakkk, Leinani datang nn--ni" dia menutup mulut yang hampir mengeluarkan esak tangis, berusaha dia menahan sebaknya walaupun sudah berjuraian air matanya di pipi.

"Ibu doakan kakak tenang kat sana, kakak anak solehah, ibu bersyukur ada anak yang taat macam kakak. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk keluarga kita, sekarang ibu redhakan pemergian kakak. Kakak berehat ya, nak" luah Ibu Wardah sebak, hati tuanya sayu mengenangkan pemergian anaknya. Kerana sikap dan sifat manusia binatang di luar sana, anaknya yang menjadi mangsa bernafsu mereka. Malah dibiarkan jasadnya dalam keadaan yang mengaibkan, Allahuakbar.

"Kakak jangan risau, Leinani akan jaga ibu baik-baik. Leinani akan sara keluarga kita" janjinya sebak, tersekat-sekat suaranya berkata-kata. Dia mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir, dia tidak patut meratapi jenazah kakaknya seperti ini.  

Terkelip-kelip mata Hujan tatkala memerhati situasi mereka, bagaimana pula dia turut berasa sedih ni?. Tanpa kata dia melangkah keluar dari bilik itu, jatuh air mukanya sekiranya mereka melihat matanya yang mulai berair.

"Asal kau nangis, nyah? Nampak pondan lah" suara yang menegur membuatkan dia segera mengangkat kepalanya. Ya Allah, waktu-waktu darurat macam ni lah muka dia nak muncul.

"Apa kau buat kat sini?" Soal Hujan, bengang. Kenapa kau tak ada jalan lain nak lalu hah? Jalan ni jugalah kau nak pakai, ish.

Raaid mencebikkan bibirnya. Macam jalan ni, ayah dia punya je. Eleh.

"Aku datang sebab kes Liany Rihanna lah, jenazah dia akan dibawa pulang harini kan?. Aku nak telefon keluarga dia" terang Raaid sambil menggaru keningnya, pelik dengan soalan Hujan. Bukankah mereka berdua yang bertanggungjawab dalam kes ini, bagaimana pula lelaki itu boleh mempersoalkannya?. Kalau hendak dikatakan lupa, lelaki itu berada di hadapan bilik mayat. Nyanyoklah tu.

"Tahu" balas Hujan, ringkas.

"Dahtu, asal tanya aku lagi?" Kali ini Raaid pula yang bengang, takkan waktu-waktu macam ni pun ingin menyakitkan hati lagi. Di hari yang mulia ini janganlah merosakkan suasana bahagia aku. Fuhhh, sabar sabar. Macam tak tahu je, Hujan ni tiga suku.

"Aku nak tegur kau, karang kalau tak tegur kata aku sombong" balas Hujan dengan nada separuh merajuk, tapi masalahnya Raaid yang menegur dia dulu bukannya dia yang menyapa dahulu. Tak apa, asalkan dia rasa dia betul.

Kening Raaid mulai bercantum, tidak faham.
"Kau datang bulan kah, jantan?" Ujarnya tanpa rasa malu, sesuka hati sahaja. Tidak dihiraukan orang sekeliling yang lalu di antara mereka, sungguh tidak senonoh.

Mata Hujan membulat besar, kotornya mulut awak ni.
"Biadapnya kamu ni" jeling Hujan, geram.

"Kau--"

"Tuan" sahutan lembut dibelakang menarik perhatian Hujan, segera dia memusingkan tubuhnya memandang kebelakang manakala Raaid pula sudah ternganga kecil. What..?.

Hujan tersenyum membalas senyuman Leinani, wajah cantik itu sedang tersengih memandang ke arahnya. Hanya separuh kepalanya terkeluar dan badannya terlindung di sebalik pintu.

"Doktor... nak jumpa tuan" terang Leinani sambil menunjukkan jarinya ke dalam, dia tersenyum nipis menyapa wajah terkejut Raaid. Rasa pelik pula apabila lelaki itu sedari tadi merenungnya, aku ada buat salah kah?.

"Haa, baik" balas Hujan. Sejurus selepas itu bayangan gadis itu terus hilang dari pandangan mereka, dengan sengaja dia memutarkan pandangan matanya di sekeliling tempat lalu lalang itu. Berusaha untuk mengelakkan pandangan mata Raaid, yang terpapar banyak persoalan itu.

"Erm... cepat kau buat kerja" perli Raaid sedikit mengusik, sebelum ni tak pernah pun selaju ini. Selama ini dia yang menguruskan mayat mangsa dahulu, kebiasaannya Hujan akan hadir sekadar untuk mengambil maklumat dan berbincang. Namun kali ini, lain pula ya. Bau ikan pula kat sini.

Hujan menggosok belakang lehernya, rasa lain macam pula.

"Aku masuk dululah" elaknya laju, semakin lama dia di sini, semakin bertambah pula celoteh Raaid nanti.

"Ha jom" sambut Raaid, turut ingin melangkah masuk ke dalam.

"Eh, kau nak buat apa?"

Soalan Hujan itu berjaya mewujudkan tawa kecil di bibirnya, buat apa?.

"Uruskan mangsa lah, kau buat-buat lupa kah yang aku ni terlibat?" Soal Raaid lebih kepada mengusik, bukannya dia tak tahu bahawa sahabatnya itu sedang gelisah. Gelabah lah tu apabila dia mengetahui rahsia lelaki itu, tindakan Hujan kepada keluarga mangsa itu pun sudah jelas di pandangan matanya. Tak perlu diterangkan pun, dia sendiri sudah dapat melihatnya.

Seolah-olah tidak cukup udara pula ketika itu, Hujan menelan air liurnya kelat.

Tergesa-gesa dia masuk ke dalam bilik mayat itu, dia mengendahkan tawa Raaid yang meletus dengan kuat di situ. Apalah yang dia buat ini, entah apa yang merasuk dirinya sehingga bertindak tidak tentu arah di situ.

"Ya, doktor?" Soal Hujan sebaik sahaja berada di hadapan doktor tersebut, sempat dia memandang mayat mangsa yang sudah tertutup kembali dengan kain putih. Masa yang diberikan pada anak beranak itu pasti sudah habis, cukuplah untuk mereka melepaskan rasa rindu. Walaupun tidak terlalu lama.

"Macam ni..." Hujan mendengar dengan tekun setiap patah perkataan yang disampaikan, sesekali wajahnya berkerut mendengar maklumat tersebut. Kadangkala dia mengangguk dan kadangkala dia mengeluh, rumit.

Dari jauh, Leinani memerhati dengan tanda tanya. Mengapakah reaksi lelaki itu seperti itu? Bukan hendak menyibuk, tetapi sudah semestinya perkara itu melibatkan keadaan kakaknya. Jika dia meminta untuk bertanya, belum tentu pertanyaannya itu akan terjawab. Memandang itu adalah kes polis, dan bukan masalah keluarga.

"Leinani" panggil Ibu Wardah, sayu.

"Ya, ibu?" Serentak itu juga dia tersenyum manis memandang ibunya, bahu ibunya dipeluk sayang.

"Lepasni, ibu akan cari cara untuk dapatkan bantuan ya. Biar ibu yang--"

"Tak apa, ibu. Selagi adik ada, biar adik yang jaga ibu" bantah Leinani separuh tegas, dia tahu apa yang ingin disampaikan oleh ibunya. Ini bukan kali pertama mereka berbincang soal ini, sudah beberapa kali sebelum ini namun jawapannya tetap sama. Dia tidak akan sesekali mengubah kata-katanya.

"Tapi adik baru habis belajar, tak akan adik tak ada keinginan untuk lanjutkan pembelajaran adik?" Kata-kata Ibu Wardah itu sememangnya menusuk ke dalam hatinya. Benar, dia memang ingin menyambung pembelajarannya tetapi keadaan mereka sekarang menghalang keinginannya itu. Biarlah dia bersusah bersama Ibu Wardah daripada dia melihat ibunya berada di dalam kesusahan, biar dia sendiri yang kesusahan dalam mencari pendapatan hidup mereka sekarang.

"Ibu" pujuk Leinani, tidak betah lagi untuk mempersoalkan topik ini.

"Adik jangan risaukan ibu, ibu kuat lagi" pujuk Ibu Wardah, Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia dan berjaya. Dia tidak mahu, kerana situasi ini anaknya melepaskan satu-satunya peluang cerah untuk melanjutkan pembelajaran.

"Ibu, kita jangan bincang kat sini ya. Cukuplah perbincangan kita haritu" Dia tidak betah melihat keadaan Ibu Wardah yang membanting tulang hari-hari demi menyara mereka, hatinya tidak sanggup. Biarkanlah dia yang sakit dan susah, asalkan keperluan ibunya itu sentiasa dipenuhi.

"Adik--"

"Maaf, ibu. Adik tak boleh, adik cuma ada ibu je sekarang ni. Izinkan adik ya, ibu" Leinani merebahkan kepala di bahu ibunya, menahan air mata yang mulai mengalir keluar dari mata. Dia tidak mahu lagi membahas perkara ini, cukuplah di sini sahaja percakapan mereka. Dia tidak akan meninggalkan Ibu Wardah, tidak akan.

Kelakuan dua beranak itu dipandang oleh Hujan dari jauh, tanpa sedar ada sesuatu yang mengetuk pintu hatinya.

Ya Allah, benarkah apa yang aku rasakan ini?.

          MAWAR mengemam bibirnya, malu. Pandangannya langsung tidak terangkat untuk memandang susuk tubuh Nathan yang benar-benar berada di hadapannya, sejak kedatangan lelaki itu tadi dia hanya berdiam diri. Jika disoal pun dia hanya membalas dengan anggukan dan gelengan sahaja, sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya. Bantal yang berada dipelukannya semakin dieratkan.

"Dan kau terus pergi lepas dapat lokasi kononnya dari aku?" Soal Nathan tanpa nada, sedari tadi dia memandang wanita itu namun wanita itu langsung tidak membalasnya. Cuma menunduk memandang selimut hospital yang sedikit renyuk kerana genggamannya sendiri, kata-katanya juga tidak dibalas dengan sebarang suara. Pelik juga, kerana selama ini ada sahaja bantahan dan suara Mawar memekak dan melawan. Kali ini sunyi pula, dan membuatnya seakan-akan bercakap dengan tiang elektrik.

"Weh" panggilnya pelik, semalam okay sahaja. Hari ni senyap pula, sudahlah tidak mahu memandang wajahnya. Membalas kata-katanya apatah lagi, sedari tadi dia tidak menatap sepasang mata cantik itu.

Mawar hanya memandang sepantas kilat sebelum menundukkan kembali pandangannya, dia menggenggam erat selimut hospital yang sudah renyuk itu. Dia tidak dapat menahan rasa malu apabila berada berdua bersama lelaki itu, jantungnya tidak tenang. Perutnya bergelodak, hatinya berdegup kencang.

Terdengar keluhan kecil meniti di bibir lelaki itu, dia mulai dihurung rasa bersalah. Bukan dia tidak mahu melayan, tetapi dia malu.

"If you're not ready, then aku akan datang lain kali" perlahan sahaja suara lelaki itu membalas, dia menutup fail itu dengan kemas.

Nathan mula mengatur langkah ke arah pintu wad, dia tidak akan memaksa sekiranya wanita itu tidak bersedia. Dia faham, Mawar masih lagi berada di dalam keadaan trauma. Dan dia sanggup untuk memberi ruang kepada wanita itu, jika sudah bersedia dia sendiri akan datang kepada wanita itu.

"Bbu--bukan" serentak itu juga langkah Nathan terhenti, dia memusingkan tubuh memandang wajah Mawar yang masih lagi menunduk di katil hospital.

Bukan?.

"Sa--saya cuma... saya--" suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong sahaja, langsung tidak mahu keluar. Dia menutup wajahnya yang memerah, bukan kerana malu tetapi sebak.

"Aku tak paksa, kalau kau tak bersedia" pujuk Nathan, separuh lembut. Ish, aku tak pandailah pujuk perempuan.

Mawar mengambil nafas perlahan, kenapalah pada waktu-waktu ini juga air matanya ingin keluar. Memalukan! Dia hanya, hanya sebak dan malu mengenangkan tubuhnya yang terpampang di hadapan mata lelaki itu, dalam keadaan yang memalukan dan menyedihkan. Dia tidak boleh membuang perkara itu difikirannya, tertutamanya sikap lelaki-lelaki yang memperlakukannya seperti binatang itu.

"I... I can't" ujarnya sedikit serak, tubuhnya ketika ini pun tidak mampu bergerak. Kerana sikap tidak berperikemanusiaan seorang lelaki yang menghentak kaki kanannya dengan kuat, hendak berjalan pun memerlukan bantuan apatah lagi ingin melarikan diri dari memanjang wajah Nathan itu.

Tanpa kata Nathan melangkah semula di hadapan katil wanita itu, dia memandang tunak wajah yang bersungguh menahan air mata itu. Fail yang berada di tangan diletakkan kemas di atas meja.

"Aku tahu, benda tu menyakitkan. Dan ini bukan kali pertama kau lalui, dan tipulah kalau aku kata yang aku tak risau" pujuknya lagi, dia memandang lembut wajah yang semakin kemerahan itu. Berusaha sungguh wanita itu menahan air matanya, walaupun di mata itu sudah terlihat jelas kaca jernih yang meliputi.

Mawar mengalihkan pandangannya ke arah lain, dia menunduk memandang selimut hospital yang renyuk itu.

"Untuk... untuk apa awak nak risau?" Soalan dari Mawar itu agak menggelukan lidahnya, sebab? Dia sendiri tiada jawapannya.

"Jangan persoalkan aku perkara tu, aku bertindak masatu sebab kau dalam bahaya" jawab Nathan agak mendatar, menunjukkan riak kurang senang dengan soalan Mawar itu.

Mawar menyembamkan sepenuh wajahnya di bantal lembut itu, dia menahan tangisannya yang sedari tadi berbunyi esakan kecil. Cuba memujuk hatinya sendiri, yang masih lagi sakit sejak semalam. Pedih.

"Kalau dalam masa satu saat aku boleh sampai, masa tu juga aku sampai. Tapi apa yang aku bersyukur, sekurangnya aku selamatkan kau dalam keadaan yang masih bernyawa" lembut sahaja nada Nathan berbica, seakan berbisik. Niatnya untuk memujuk wanita itu agar berbicara dengannya, dan tidak memendamkannya sendirian.

"Jadi walau apapun, aku akan ada dengan kau. Okay?" Jika boleh dipeluk sudah lama dia memeluk wanita itu, tetapi mengenangkan status mereka yang masih lagi tidak halal membatalkan niatnya. Dia tahu, Mawar bukan wanita yang boleh disentuh suka hati, wanita itu benar-benar menjaga maruahnya sebagai seorang perempuan.

Hanya ngumaman kecil yang membalas kata-katanya, Nathan sekadar mengangguk faham.

"Jadi... kalau ada apa-apa, just tell me" tambahnya lagi, dia berusaha memandang wajah kemerahan itu namun Mawar dengar segera mengalihkan pandangannya. Nathan tersenyum kecil, belum terpujuk lagi rupanya.

"Kenapa.. kau tak nak pandang aku?" Akhirnya terluah juga soalan itu dibibirnya, sudah lama dia ingin bertanya tetapi melihatkan keadaan Mawar yang lansung tidak mahu berkomunikasi dengannya menghentikan tindakannya.

Mawar mengumam perlahan, dia mengelap air matanya yang menitis. Esakannya seolah-olah tidak mahu berhenti, sedari tadi dia berusaha menahan air matanya namun gagal setiap kali terpandangkan lelaki itu.

"Kau tak selesa dengan aku?" Soal Nathan lagi. Manalah tahu, selepas kejadian semalam Mawar mulai berasa kurang selesa dengannya. Memandangkan kejadian semalam agak.. tapi dia tidak mahu kerana kejadian itu Mawar menjauh darinya.

Melihat anggukan wanita itu sedikit menyentakkan hatinya, jadi benarlah sangkaannya.

"Why?" Walaupun sudah tahu jawapannya namun dia tetap ingin bertanya. Biar Mawar sendiri yang mengatakannya.

Dengan perlahan Mawar mengangkat kepala memandang wajah Nathan, dengan mata yang kemerahan dia memandang wajah lelaki itu.

Nathan terkedu seketika, wajah berseri itu hatta menangis sekali pun tetap cantik. Matanya seakan-akan dipukau sekelip mata, tanpa kata dia segera menundukkan pandangannya. Payah ni, marah cantik, nangis pun cantik. Sasau aku.

Namun tindak balas Mawar masih sama, hanya menggelengkan kepalanya. Luah atau pun tidak, perkara itu tetap tidak dapat mengubah apa yang dirasainya saat ini. Bagaimana dia ingin menutup rasa itu jika setiap kali dia berhadapan dengan Nathan, perasaan dan situasi itu akan muncul dengan mendadak.

"Sebab aku hampir nampak tubuh kau?" Malas hendak berbalas kata, akhirnya dia menjawab tepat. Memang itu pun yang dia fikirkan sedari tadi, apa lagi perkara lain yang membuatkan wanita itu malu dengannya.

Spontan Mawar mengalihkan tubuhnya ke arah lain, wajah semakin kemerahan dengan mata yang berkaca. Walaupun dia tahu, situasinya itu memang sudah berlaku dan lelaki itu tidak sengaja untuk melihatnya namun dia masih berasa malu dan sebak. Bukan sahaja tubuhnya hampir diperkosa dan dibiarkan tanpa seurat benang, malah auratnya juga sudah menjadi tatapan mata lelaki-lelaki ajnabi yang bernafsu itu. Dia tahu Nathan menjalankan tanggungjawabnya, dan lelaki itu berhak untuk mempertahankan diri sendiri sekiranya dia menuduh ataupun memfitnah. Tetapi, hati kecilnya juga sayu apabila mengingati peristiwa auratnya yang terpampang itu.

Lagipun dia perlu sedar, Nathan terlihat tanpa sengaja. Bukannya lelaki itu berniat, malah tubuhnya juga ditutupi oleh lelaki itu sendiri dengan pakaiannya. Jadi apa haknya dia menyalahkan lelaki itu, sepatutnya dia yang berterima kasih, dan bukan memberontak.

"Aku faham, itu adalah mahkota kau yang paling berharga sekali. Tapi aku tak berniat, dan aku sendiri tak jangkakan keadaan kau waktu tu" jelas Nathan tenang, dia tidak mahu meninggikan suara untuk menerangkan situasinya, biarlah dia mengalah dan mendengar balasan seterusnya. Walaupun secara kasar dan halus, dia tidak bersalah.

Nathan mengangkat pandangan memandang wajah kemerahan itu, masih lagi tersisa air mata di pipinya.

"Tapi kau kena faham, kami sebagai polis perlu jalankan amanah tak kira macam mana pun situasinya. Aku tak boleh biarkan kau dibunuh semata-mata untuk lengahkan waktu, Mawar" tambah Nathan lagi.

"Sebab itu, aku terjah kejadian tadi. Sebab otak aku dah tak boleh nak fikir apa-apa, dalam otak aku fikirkan keadaan kau" sambungnya lagi sebelum menundukkan pandangan memandang kertas yang bertulis itu, semuanya mengenai keadaan Mawar. Namun masih kosong.

Mawar menggemam bibirnya, kuat. Hendak membalas tetapi ditahan teguh dengan ego.

"Kalau kau rasa, kedatangan aku lepasni akan menyebabkan kau tak selesa.. fine, I will go" luah Nathan separuh kecewa, dia sendiri tidak mahu merumitkan keadaan. Biarlah wanita itu mengambil masa untuk bertenang, mungkin Mawar akan dilindungi olehnya secara tersembunyi. Dia tahu itu tanggungjawabnya, namun dia harus menghormati pihak yang lain.

'Saya berterima kasih dengan awak Nathan, tapi saya tak tahu apa yang merasuk diri saya' Luah Mawar sayu, di dalam hati.

"Selepas kes kau selesai, aku akan undur diri" kata-kata Nathan itu menjentik ego Mawar, dia berusaha memandang wajah lelaki itu. Yang setia melihatnya sedari tadi, tunak.

"Tanggungjawab aku dalam kes kau, dah selesai. Mungkin lepas ni, orang lain yang akan ambil alih" Mawar tidak dapat menahan perasaannya mendengar kata-kata lelaki itu. Tidak, dia tidak berniat langsung untuk melayan Nathan seperti itu, di mana perasaan bersyukurnya selama ini.

Pandangan lelaki itu masih lagi terarah fokus ke arahnya, seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.

"Nat--Nathan, Mawar tak--"

"Aku berniat untuk jalankan tanggungjawab yang lain pada kau" potong Nathan pantas, tidak mahu mendengar balasan wanita itu. Tatkala ini, biar dia sendiri yang berbicara.

Air mata Mawar semakin bertakung, matanya yang jelas berkaca tidak dapat disorokkan.

"Nathan--"

"I will marry you"

Tunak sahajanya pandangannya memandang Mawar, seolah-olah menzahirkan satu perasaan yang selama ini dia sendiri tidak menyedarinya.

Mawar terkedu, jantungnya berdegup laju. Serentak itu juga, air matanya menitis.

"Jadi isteri aku"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience